Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

Menerima

Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh
rakan sepasukan. Pemain yang menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola. Dalam
kemahiran menerima, penerima bola perlu sentiasa memandang ke arah pemain yang akan
melakukan hantaran. Penguasaan kemahiran menerima bola bergantung pada adaptasi
penerima dalam situasi permainan. Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada
untuk menjaring atau mengelecek.

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang


Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan
bola keranjang ialah menghantar, menerima, rebound, mengelecek,
menghadang dan menjaring.

Menghantar

Menghantar ialah kemahiran menyerang dan cara yang


selamat untuk mengekalkan kawalan bola. Menghantar juga adalah
cara terpantas untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan.
Faktor yagn perlu diambil perhatian ketika melakukan hantaran ialah
kelajuan dan ketepatan.
Jenis-jenis hantaran adalah seperti

o Hantaran paras dada

o Hantaran atas kepala

o Hantaran lantun

o Hantaran sisi

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang


Menghadang

Menghadang ialah kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada


mengelecek bola, melakukan hantaran atau melakukan jaringan. Pemain perlu
sentiasa mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa bola ke arah
keranjang ( bola--pemain menghadang--keranjang).
Terdapat dua situasi menghadang iaitu menghadang pemain lawan yang
mengelecek bola dan menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran
atau jaringan.

menghadang pemain lawan yang mengelecek bola


menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran atau jaringan

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

Mengelecek

Mengelecek adalah salah satu cara untuk menggerakkan


bola ke kawasan pihak lawan dan juga mengekalkan kawalan bola.
Pemain perlu mengelecek tanpa melihat ke arah bola.

Mengelecek dinamik
Mengelecek terkawal
Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

Menjaring

Menjaring dalam permainan bola keranjang adalah


memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan. Semua pemain
boleh melakukan jaringan dari mana-mana bahagian gelanggang.
Terdapat tiga jenis kaedah menjaring iaitu :

o Set shot

o Lay-up shot

o Jump shot
Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

Rebound

Reboung ialah situasi bola yang melantun semula dari


papan jaring yang dilakukan dengan melontar bola ke arah papan
jaring. Rebound juga terhasil daripada lontaran jaringan yang
tersasar. Kemahiran menangkap bola hasil daripada rebound adalah
penting sama ada untuk terus menyerang atau bertahan. Rebound
offensif memberi peluang kedua kapada pasukan lawan untuk
melakukan jaringan. Rebound defensif pula memberi peluang pihak
lawan melakukan jaringan dan mendapatkan bola.

Fasa Persediaan
Fasa Pelaksanaan

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang


Pelanggaran peraturan ( violations )

Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan


pengawalan bola dan pelanggaran peraturan masa. Pelanggaran peraturan ini
akan mengakibatkan pasukan kehilangan bola kepada pihak lawan ( turn over ).

*Pelanggaran Peraturan Pengawalan Bola

Mengelecek berganda
Mengelecek semula selepas berhenti dan memegang bola atau mengelecek
dengan kedua-dua belah tangan serentak.

Over and Back


Membawa bola balik semula ke kawasan gelanggang belakang oleh pasukan
penyerang selepas melintasi garisan tengah gelanggang.

Travelling
Membawa bola lebih dari satu langkah tanpa mengelecek bola tersebut.

Anda mungkin juga menyukai