Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PERMAINAN KABADI

Cara Bermain Kabaddi


1. Kabaddi haruslah dimain oleh dua pasukan dan tujuh orang dalam setiap
pasukan.
2. Kabaddi dimain secara pusingan bergiliran.
3. Semasa giliran pasukan, seorang penyerang dihantar ke kawasan pihak lawan
dan terus menggumamkan kabaddi selama di kawasan pihak lawan.
4. Penyerang perlu menyentuh lawan tanpa sama sekali tertangkap.
5. Manakala pihak lawan perlu membuat satu rantai dengan memegang tangan
antara ahli-ahli semasa bertentangan dengan pihak penyerang.
6. Sekiranya rantai tersebut putus, seorang ahlinya dikehendaki singkir
keluar.
7. Pihak lawan yang tersentuh turut disingkir keluar.
8. Manakala si penyerang ditangkap dan dijatuhkan sampai kehabisan nafas,
bererti si penyerang tersebut keluar.
9. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam
bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan.
10. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri,
menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan.
11. Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan.
Jika dia tetap berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar".
12. Terdapat juga garisan bonus yang memastikan mata tambahan dapat dipungut
oleh penyerang jika dia berjaya untuk menyentuhnya dan kembali semula ke
tempat asal pasukannya.

Anda mungkin juga menyukai