Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Fakhruddin Bin Bakri

Inovasi dalam permaianan Kabaddi



Permainan tradisional merupakan suatu permainan yang dimainkan oleh golongan
sesuatu masyarakat yang dimainkan secara turun temurun. Permainan tradisional ini
adalah permainan yang tidak mempunyai catatan mahupun peraturan yang khas. Ini
menyebabkan peraturan-peraturan permainan tersebut boleh berubah mengikut situasi
dan keadaan sesuatu permainan itu dijalankan.
Jika kita masih memainkan permainan tradisional tersebut dengan cara yang diwarisi, ia
mungkin akan menyebabkan pemain lama-kelamaan berasa bosan untuk bermain dan
permainan tersebut tidak akan dimainkan lalu lupus ditelan zaman. Untuk mengelakkan
perkara sebegini berlaku, permainan tersebut perlulah mempunyai inovasi supaya ianya
dapat dimainkan dengan menarik lantas dapat menarik minat golongan muda yang
semakin lupa terhadap permainan tradisional ini.
Saya akan cuba membuat inovasi terhadap satu permainan tradisional masyarakat
India iaitu permainan Kabaddi. Kabaddi merupakan suatu permaianan yang dimainkan
oleh golongan tentera sekitar 4000 tahun yang lalu bagi membantu kecekapan serta
ketangkasan tentera tersebut. Kabaddi haruslah dimainkan oleh dua pasukan yang
terdiri daripa 5 orag setiap 1 pasukan. Kabaddi dimainkan secara pusingan bergiliran,
semasa giliran pasukan, seorang penyerang dihantar ke kawasan pihak lawan dan
terus menyebut perkataan 'kabaddi' selama si kawasan pihak lawan. Penyerang perlu
menyentuh pihak lawan tanpa sama sekali tertangkap oleh pasukan lawan. Manakala
pihak lawan pula perlu membuat satu 'rantai' dengan memegang tangan antara ahli-ahli
semasa bertentangan dengan penyerang. Sekiranya rantai tersebut putus, maka
seorang ahlinya tersingkir. Pihak lawan yang disentuh oleh penyerang juga tersingkir
sekiranya pihak penyerang berjaya kembali ke kawasannya kembali manakala si
penyerang yang tidak berjaya kembali ke gelanggangnya sendiri setelah ditangkap oleh
pasukan lawan akan tersingkir.
Inovasi yang pertama ialah dari segi cara permainan dijalankan. jika mengikut cara
tradisional, pemain pasukan lawan perlu membuat satu 'rantai' dengan memegang
tangan antara ahli-ahli semasa bertentangan dengan penyerang manakala penyerang
hanya berseorangan. Inovasi yang boleh dilakukan di sini ialah pemain pasukan lawan
tidak hanya memegang bahu tetapi kaki mereka perlu diikat antara satu sama lain. Ini
akan menyebabkan permainan menjadi semakin menarik. Ini menggabungkan
permainan lari sambil ikat kaki. Manakala si penyerang pula perlu memakai terompah
semasa menyerang. Ini akan menyukarkan si penyerang untuk bergerak kerana
pasukan lawan juga berasa sukar untuk bergerak. Ini telah meningkatkan keupayaan
permainan kabaddi ini ke peringkat yang lebih mencabar lagi. Si penyerang perlu
menyentuh bahagian badan sahaja untuk mematikan pihak lawan.

Anda mungkin juga menyukai