Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan yang dihormati, Pengarah IPGKTB, Tuan Hj Daud Bin Md Saman diiringi oleh wakil ketua unit

Gerko,En. Kuppusami a/l Krishnan,En Rosdaud bin Ayob serta penceramah kita, Encik Ahmad Fazil bin Zainal masuk ke dalam dewan. Para hadirin diminta untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri pulau pinang. Hadirin dipersilakan duduk.

Lenggang bertapak seni memandang, Silat sendeng menyusun jari, Salam sembah selamat datang, Sudi tuan ke majlis kami. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang dihormati, Tuan Haji Daud bin Md Saman, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Yang berusaha, Encik Kuppusamy a/l Krishnan, wakil ketua unit gerko Yang berusaha, En Rosdaud bin Ayob, Yang berbahagia, En Ahmad Fazil bin Zainal barisan guru pelatih 3 PISMP sekalian. Selamat datang ke Program Bina Insan Guru fasa 3. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berhimpun pepat,meluang ketika,merapat hubungan,menceria suasana,menyusun bait dan kenangan indah di dalam majlis kita yang indah pada hari ini.

Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat, Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Untuk itu,pihak Majlis mempersilakan saudara Muhammad bin Abdul Noor dari kelas 3 PISMP Bahasa Arab bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. [Bacaan Doa] Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad bin Abdul Noor atas bacaan doa itu sebentar tadi. Seterusnya, Majlis mempersilakan pengarah IPGK Tuanku Bainun, Tn. Hj Daud bin Md saman bg menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. [Ucapan Pengarah] Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan Tuan Pengarah sebentar tadi. Seterusnya,Pihak Majlis menjemput En. Rosdaud bin Ayob bagi menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengarah. [upacara penyampaian cenderahati] Mengumumkan perarakan keluar Tuan pengarah IPGK Tuanku Bainun diiringi oleh En. Kuppusamy dan pengerusi BIG keluar dari dewan. Yang awal kita dahulukan, Yang dahulu kita alu-alukan, Ucapan penceramah kita nantikan, Pelengkap majlis yang kita adakan. Sekarang,tibalah masa yang kita semua nantikan. Tanpa melengahkan masa lagi,majlis menjemput En Ahmad Fazil bin Zainal untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk,'Etiket dan protokol'. Majlis dipersilakan. [ucapan penceramah] Pihak Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Ahmad Fazil bin Zainal di atas ceramah yang sungguh bermakna sebentar tadi. Diharapkan apa yang diperkatakan tadi akan menjadi pedoman dan memberikan manfaat kepada kita semua,InsyaAllah.

Seterusnya,pihak majlis menjemput Pengerusi BIG,saudara Noor Syamim bin Yawaris bagi menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. [ucapan pengerusi BIG] Terima kasih diucapkan kepada saudara Noor Syamim di atas ucapannya sebentar tadi.

Seterusnya,Pihak Majlis menjemput En. Rosdaud bin Ayob bagi menyampaikan cenderahati kepada En. Ahmad Fazil bin Zainal. Seterusnya pihak majlis menjemput tuan penceramah diiringi oleh En Rosdaud dan saudara Syamim berarak keluar meninggalkan majlis. [Majlis bersurai]

Anda mungkin juga menyukai