Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di
gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola
tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga
mengelakkan daripada faul servis.

Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan
bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
MENGHADANG

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu,
kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain
hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola
yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.

RELI

Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan
sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli.
Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku
banyak permainan reli.

Anda mungkin juga menyukai