Anda di halaman 1dari 6

15 fakta menarik Tentang Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa


nerupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh
tubuh dan mampu memberi manfaat berguna
kepada sistem saraf otak dan juga hormon-
hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan


memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan
senyuman memperlahankan aliran darah yang
melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke


hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan
'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita
hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43
ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka,


tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang
mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa
dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100


kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar degupan jantung
meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan
turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum
anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak
lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-
kanak berumur antara empat hingga enam tahun
ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali
sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa
lebih mudah diserang penyakit serta mengalami
masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis


dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik
akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan
badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang


dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita
lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan
selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel
darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti
hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon
stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan


virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon
(protein melawan penyakit), sel T (yang penting
untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan


darah, menambah kemasukan oksigen dalam
darah dan ini secara tidak langsung merangsang
proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti
bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan
mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa


mengaktifkan kimia badan dan secara tidak
langsung merendahkan risiko penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan
kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung
kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang
baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen,
sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen
dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan
keupayaan untuk belajar. Ia melegakan
ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia
menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki


fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan
dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh membakar kalori
seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada


tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu
menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga
mampu menyejukkan hati yang sedang marah
atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :


" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA
YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi
kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat
atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis
dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu
jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja
ok.

Anda mungkin juga menyukai