Anda di halaman 1dari 22

RAHSIASEtfYUM DAtf

KETAWA

JARItfGAtf ItfFO
UtfIT PEtfGURUSAtf PSIKOLOGI
KEMEtfTERIAtf WILAYAH
PERSEKUTUAtf
RAHSIA SENYUM

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun


anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk
berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun
mungkin orang akan menganggap anda ‘tidak
siuman’.

Menangis dan bersedih adalah ekpresi emosi yang


normal tetapi tidak boleh berterusan kerana ia
memudaratkan kesihatan.
RAHSIA SENYUM

Cuba anda amati antara wajah orang yang sentiasa ceria


dan wajah orang yang sentiasa murung. Perhatikan juga
mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tidak
pernah senyum ataupun susah untuk senyum apalagi
untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan.

Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa


tentu sekali kelihatan berseri-seri dan kadangkala mereka
kelihatan muda dari usia yang sebenar.
RAHSIA SENYUM
Lumrah kehidupan sememangnya tak pernah putus dari
dugaan dan masalah. Ketika berhadapan dengan dugaan,
tidak bolehkah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali
boleh tetapi perlu ada tempohnya.

Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah


semahunya. Mungkin seminggu atau dua minggu anda
berada dalam keadaan demikian. TETAPI, selepas itu
anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.
RAHSIA SENYUM

Kajian saintis mendapati individu (pesakit) yang


dapat menerima keadaan diri mereka, berhadapan
dengan masalah yang menimpa dan dan
meneruskan hidup dengan tenang serta masih
mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak
balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.
13 FAKTA MENARIK
BERKAITAN KETAWA DAN
SENYUM
1. Para saintis mendapati senyum dan
ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana
dapat merangsang seluruh tubuh
dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak
dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya
dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupaya
menceriakan hidup anda tetapi
memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum,
badan turut ‘tersenyum’ dan
menganggap kita gembira.
3. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang
melalui sinus ke otak. Apabila darah
yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke
hipotalamus (bahagian yang mengawal
suhu badan dan emosi) ia menghasilkan
kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi
gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan hormon
endorphin dalam otak yang
mengurangkan kesakitan fizikal dan
emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang
ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular
sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-
dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda
ketawa.
6. Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur
antara empat hingga enam tahun ketawa
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali
sehari di kalangan orang dewasa.
Justeru tidak hairan jika orang dewasa
lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan
kemurungan berbanding kanak-kanak.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan
saintis dari Universiti Pusat Perubatan
California menjelaskan terdapat dua
jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik
dan stress yang tidak baik. Senyum
dan ketawa dikategorikan sebagai
stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada
sistem ketahanan badan.
Dalam kajian tersebut, dua kumpulan
orang dewasa telah digunakan sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama
dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik
tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah
diambil 10 minit sebelum dan selepas
kajian dibuat. Dari keputusan sampel
darah tersebut, kumpulan pertama
didapati peningkatan hormon semakin baik
seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon
‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap
hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.
8. Ketika kita ketawa, sel pembunuh
tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan
pertambahan Gamma-inteferon
(protein melawan penyakit), sel T
(yang penting untuk sistem pertahanan
badan) dan sel B (yang menghasilkan
antibodi melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak
langsung merangsang proses
penyembuhan penyakit. Banyak kajian
terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan
mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa
mengaktifkan kimia badan dan secara
tidak langsung merendahkan risiko
penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian
ke atas 300 responden dan mendapati
40 peratus orang yang menghidap
penyakit jantung kurang ketawa
berbanding orang yang sihat.
11.Senyuman dan ketawa antara senaman yang
baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan
otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’
organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak
dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu
memperbaiki fungsi usus, sekaligus
meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrien dalam badan.
Ketawa boleh membakar kalori
seperti kita bersenam beberapa
minit.
13.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada
tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu
menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang mampu
memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan
lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati
yang sedang marah atau mampu juga untuk
memulakan sesebuah ikatan.
Lirik Lagu Menyebut:

“Senyum Seindah Suria


Yang Membawa
Cahaya Senyumlah
Dari Hati Duniamu
Berseri…”

Kesimpulannya, senyumlah setiap hari.. samada


sekerat ataupun meleret. Jangan pula tersenyum
sinis kerana ia boleh mengguris perasaan orang lain.
Ketawalah..dan jadilah seperti kanak-kanak sekali
sekala, kerana ia boleh menjadi penghibur jiwa.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai