Anda di halaman 1dari 7

1.0 Pengenalan Senyum dan ketawa merupakan fitrah dalam kehidupan seharian kita.

Biasanya seorang yang senyum atau ketawa akan menggambarkan sesuatu emosi ketika itu. Agak mustahil jika dalam sehari kita tidak senyum mahupun ketawa. Manusia yang normal pasti akan senyum atau ketawa. Islam meletakkan senyuman sebagai sedekah yang mendatangkan pahala. Malah mendatangkan ketenangan dalam jiwa. Apabila jiwa tenang, hidup pun lebih sihat. Demikian nilai senyuman di mata Islam. Untuk melakukannya sangat mudah, tidak memerlukan sebarang modal. Malah, sekuntum senyuman tidak kekal sekuntum kerana ia mudah merebak dan berjangkit lalu ia menggandakan lagi pahala kita yang tersenyum. Jika ditolak tepi soal ajal dan maut, senyum dan tawa boleh membuatkan kita hidup lebih lama dan sihat. Terdapat kajian yang dijalankan membuktikan kebaikan senyum dan tawa secara mental dan fizikal. Ia amat baik untuk kesihatan manusia. Ungkapan orang Barat tentang senyum,(Laughter is the best medicine )tawa adalah ubat yang paling mujarab), Ini menunjukkan dengan senyuman boleh menjadi ubat di masa diri kita sakit.

2.0 Definisi Senyum menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi membayangkan rasa suka (geli hati setuju dan sebagainya) tanpa mengeluarkan suara. Ketawa pula membawa maksud perbuatan melahirkan rasa suka (dengan suara terkekeh-kekeh dan lain-lain). Kedua-duanya merupakan perbuatan yang menunjukkan emosi gembira seseorang itu. Sebahagian daripada tekanan akan hilang apabila mendapat hadiah senyuman, tidak kira siapa yang memberinya atau memulakan dahulu. Senyuman selalunya akan berbalas senyuman. Jarang sekali senyuman dibalas dengan masam muka, kecuali kalau ada halhal yang menyinggung perasaan. Senyum tanda saying.senyumlah sedekah yang paling mudah, senyum walau dikala susah untuk menunjukkan ketabahan dan kesabaran serta keimanan kepada Allah.
1

3.0 Kebaikan Senyum Kepada Kesihatan 3.1 Meningkatkan Sistem Imun Setiap manusia mempunyai antibodi diri yang berbeza untuk melawan penyakit. Apabila senyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, kemungkinan kerana pada ketika kita senyum, kita lebih tenang dan rileks.

3.2 Mengurangkan Sakit Kajian mendapati, senyum membebaskan endorphin, penahan sakit semula jadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini menjadikan kita berasa sihat. Justeru itu, senyum merupakan ubat semula jadi untuk mengubati sakit.

3.3 Melegakan Stress Kita sering stress dengan kehidupan harian yang serba sibuk. Maka rehatkan diri kita dengan senyuman. Senyum membantu daripada nampak lesu, dan tidak bersemangat. Stres akan berkurangan dn anda menjadi lebih berteaga. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan Carlifonia menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik.

3.4 Menurunkan Tekanan Darah Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti

kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

3.5 Wajah Awet Muda Ketika senyum otot-otot muka akan bergerak dan memperlihatkan raut wajah kita. Wajah akan kelihatan berseri dan menarik. Tidak perlulah bersusah payah pergi mendapat rawatan di pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan yang menelan belanja besar. Cukup dengan menghiaskan wajah dengan senyum sepanjang hari. Wajah akan kelihatan berseri dan bercahaya.

3.6 Menukar Mood Diri Dikala diri sedang dilandan kedukaan, cubalah melakar senyum dibibir, kerana dengan senyum boleh menipu tubuh untuk membantu menukar mood menjadi lebih ceria.

3.7 Membahagiakan Orang Lain Apabila seseorang senyum pasti akan dibalas dengan senyuman juga. Maka apabila semua orang tersenym, rasa gembira secara automatic akan muncul. Justeru itu, wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

4.0 Kebaikan Ketawa 4.1 Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Penyelidikan yang djalankan mendapati, ketawa boleh mengembangkan dinding dalam arteri. Dengan itu, ia meningkatkan aliran darah. Kesan positif ini berkekalan sehingga 30-45 minit. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

4.2 Membaiki Pernafasan Ketawa boleh membersihksn paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas yang dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.
3

4.3 Baik Untuk Bahagian Perut Ketawa yang pecah di perut untuk organ-organ dalaman di ekitar perut seperti hati, buah pinggang, pancreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebih baik.

4.4 Melonjakkan Sistem Imun Sepertimana senyum, para penyelidik mendapati, ketawa dapat meninkatkan system imun, ia dapat menambahkan bilangan penghasilan antibody (T-cell). Ini menjadikan seseorang itu sukar diserang batuk dan selesema. Ia juga menurunkan paras hormon berkaitan stress.

4.5 Manfaat Kesihatan Psikologi Ketawa boleh meningkatkan keyakinan diri dan memberi kekuatan mental untuk kita berdepan denan konflik dan cabaran hidup. Selain itu, ia juga membantu mengatasi depresi dan rasa bimbang. Membaiki kesihatan mental dan melupakan tekanan kehidupan seharian.

4.6 Tidur Lena Insomnia atau sukar tidur seringkali dihadapi oleh mereka yang menghadapi masalah atau mengalami stress. Ketawa dan gelak sebelum tidur boleh membantu untuk mendapat tidur yang nyenyak. Apabila ketawa seseorang itu telah menyelesaikan sebahagian masalah.

4.7 Ubat Penahan Sakit Ketawa merupakan ubat penahan sakit semula jadi. Ketawa menyebabkan orang yang sakit lupa akan kesakitannya untuk seketika. Kajian yang dijalankan para penyelidik mendapati, kanak-kanak yang menonton fiem komedi lebih tahan menghadapi sakit.

5.0 Kesimpulan Apabila seseorang melebarkan senyum dan tawa menggerakkan 17 otot wajah secara spontan bekerja, berbanding 43 otot yang bekerja ketika marah. Sebahagian daripada tekanan akan hilang apabila mendapat hadiah senyuman, tidak kira siapa yang memulakan dulu, pemberi atau penerima senyuman. Sekiranya senyuman itu benar-benar dari hati, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam pada penerima. Senyuman membawa aura tersendiri yang memberi impak pada hubungan. Tidak hairanlah seperti mana yang terkandung di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa senyum itu dikira sebagai sedekah. Maka perbanyakkan senyuman dan ketawa dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, perlu diingat ,ketawa kita bukanlah ketawa yang berbahak-bahak atau berdekahdekah hingga hilang nilai sopan dan santun. Ketawa biar beradab.Senyum dan ketawalah dalam iman! Itulah senyum Rasulullah SAW.

Senyum tanda mesra Senyum tanda saying Seyum sedekah yang paling mudah Senyum di waktu susah Tanda ketabahan Senyum tanda keimanan Hati yang gundah terasa snang Senyumlah seikhlas hati

Sumber Rujukan

1. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kamus Pelajar . Bahasa Malaysia Edisi Kedua. 2010. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Haji Zakaria Sungip. Hati Lelaki. Majalah Anis. Bil 167 Julai 2011.Telaga Biru. Hlm 86 4. Suraiya Pauzi . Sihat Anggun .Majalah Anis. Bil.175 Mac 2012.Telaga Biru. Hlm 1011. 5. http://sayangsain.blogspot.com/2011/08/15-fakta-menarik-tentangsenyuman.html
6. http://www.anakulucheka.com/kelebihan-ketawa-dari-sudut-kesihatan

7. http://www.wikipedia.senyum.com

Anda mungkin juga menyukai