Anda di halaman 1dari 16

MODUL 2 :

KEMAHIRAN ASAS
BOLA TAMPAR
PUKULAN SERVIS
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan
servis di gelanggang lawan.

Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar

1. Servis bawah bahu


2. Servis atas bahu
SERVIS BAWAH BAHU
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis
ini juga mengelakkan daripada faul servis.
TEKNIK SERVIS BAWAH BAHU
1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda
dengan badan agak condong ke depan.
2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi
digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau
menggenggam.
3)Langkah ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian
bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.
SERVIS ATAS BAHU
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk
memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
TEKNIK SERVIS ATAS BAHU
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.
TEKNIK MEYANGGA
Teknik menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain
belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola
rejaman. Teknik menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan.
Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut
perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga @ dig. Hantaran ini
dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan dan merupakan
jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga
juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat
megambil posisi yang baik untuk mengunakan hantaran atas.
Teknik dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan
hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola @
bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima mengunakan hantaran
atas kepada maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan
pukulan tersebut
MEYANGGA (DIGGING)
• MEYANGGA (DIGGING)
TEKNIK-TEKNIK MEYANGGA
1. PASTIKAN KEDUA-DUA JARI ADALAH SELARI
2. JARI - JARI HENDAKLAH DILIPAT DAN DIRAPATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
3. KEDUA - DUA SIKU DIKUNCI DENGAN LENGAN DAN PERGELANGAN TANGAN
DILURUSKAN KE HADAPAN.
4. KAKI DIJARAKKAN DENGAN SEBELAH KAKI DILETAKKAN DI HADAPAN DAN LUTUT
DIBENGKOKKAN UNTUK MENERIMA HANTARAN.
5. LETAKKAN KAKI LUAR KE HADAPAN DAN PUSING BADAN UNTUK MENGHADAPAN
SASARAN SEBELUM BERMAIN BOLA.
6. TOLAK BOLA KE ATAS DENGAN PERGERAKAN BAHU YANG MINIMUM.
7. ELAKKAN DARIPADA MENGHAYUN LENGAN UNTUK MENAMPAR BOLA.
8. PASTIKAN TAPAK PEMUKUL (PLATFORM) ADALAH STABIL
9. KENDURKAN BAHAGIAN TUBUH.
10. HANTAR BOLA TINGGI AGAR PUKULAN BOLA SETERUSLA DAPAT DISAMBUT DENGAN
BAIK OLEH AHLI PASUKAN YANG LAIN.
TEKNIK MENGUMPAN
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini
bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat
apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa
melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan
mengekalkan kelajuan bola.
TEKNIK MENGUMPAN
TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman
ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara
menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring.
Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1)Sama ada run-up atau berdiri setempat.
2)Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
5)Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan
tangan.
6)Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7)Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga langkah.
8)Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
TEKNIK MENGHADANG (BLOCK)
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun
begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh
dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak
dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan
TEKNIK MENGHADANG (BLOCK)
o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
o Jarakkan jari-jari tangan.
o Mata pandang arah pergerakan bola.
o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa
mendarat.
RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua
pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan
ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan
bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.

Anda mungkin juga menyukai