Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW

1. Servis

2. Melambung

3. Mengumpan

4. Menanduk

5. Merejam

6. Menghadang

1) SERVIS

 Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya


sebelum melakukan ayunan.
 Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
 Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.
2) MELAMBUNG

 Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola,


membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
 Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
 Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
 Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.
3) MENGUMPAN

 Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak
dan melakukan sepakan.
 Bersedia mengawal bola.
 Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
 Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
 Imbangkan badan dengan tangan.

4) MENANDUK
 Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar,
mengumpan, mengawal dan merejam bola.
 Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian gunakan dahi
untuk menolak bola ke atas.

5) MEREJAM

 Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman
sisi dan rejaman menapak.
 Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai
fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
 Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
 Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.
6) MENGHADANG

 Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat
oleh pihak lawan ditangkis.
 Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
 Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :

1. Diri sedia.
2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring,
semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan.
3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam,
batal jika menghadang menggunakan tangan

Anda mungkin juga menyukai