Anda di halaman 1dari 7

Kolej Vokasional Setapak

Jalan Genting Kelang, Seksyen 1 Wangsa

Maju, 53300 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kemahiran Takraw

Nama :

Kelas :

No Kad Pengenalan :

Angka Giliran :

Pensyarah :
SEJARAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW.

Olahraga sepak takraw berasal dari zaman kesultanan Melayu tepatnya sekitar pada
tahun 634-713 M yang dimana dalam bahasa Melayu disebut dengan sepak raga. Untuk
bola yang digunakan dalam permainan ini terbuat dari bahan anyaman rotan dan pemain
berdiri membentuk lingkaran. Pada zaman kesultanan Melayu, tepatnya pada sekitar abad
ke-15, sepak takraw pertama kalinya dimainkan dalam sejarah. Tetapi, pada waktu itu
permainan yang satu ini belum bernama sepak takraw, melainkan sepak raga. Nama sepak
takraw tersebut diambil dari bahasa Melayu dan juga bahasa Thailand dari asal kata “sepak”
yang berasal dari bahasa Melayu dan berarti menendang. Sementara kata “takraw” yang
berasal dari bahasa Thailand dan berarti bola yang dianyam. Penentuan nama tersebut
tentu merupakan hasil dari kesepakatan kedua daerah yang telah menemukan olahraga ini,
yakni Malaysia dan juga Thailand. Dari kedua negara tersebut, permainan olahraga ini
sekarang telah menyebar hingga ke penjuru dunia. Di tahun 1970an, olahraga atau
permaian sepak takraw ini mulai masuk ke nusantara yang dibawa langsung dibawa oleh
Malaysia dan Singapura yang pada watktu itu sedang berkelana ke nusantara ini. Tetapi
meski demikian, permainan sepak takraw ini juga sebetulnya telah dikenal oleh bangsa
Indonesia sejak jaman dahulu. Hanya saja, sepak takraw di Indonesia pada waktu itu hanya
sebatas permainan tradisional saja. Dan semenjak kedatangan bangsa Malaysia dan juga
Singapura yang membawa masuk permainan ini ke Indonesia, olahraga ini mulai banyak
diminati olah masyarakat Indonesia. Di Sulawesi dan Sumatera lah permainan sepak takraw
sangat disambut oleh penduduknnya, sehingga sangat berkembang pesat disana. Induk dari
olahraga sepak takraw di Indonesia sendiri terlahirlahir pada tahun 1971. Dan organisasi
yang menjadi induk dalam olahraga ini bernama PERSERASI. Barulah pada tahun 1980,
kejuaran nasional sepak takraw untuk pertama kalinya diadakan di Indonesia.
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA.

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan  di antara dua


pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai
jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang
berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat
daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Sepak Raga pula
merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki
atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam
Sulatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah
Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

En Hamid Mydin
Pencipta Dan Pengasas Permainan Sepak Takraw “Father of Modern Takraw”
(19 Disember 1916 – 18 Disember 1991)

Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’,
di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang
merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan
ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti
badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun
digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid Bin
Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga
Takraw. Siapakah En Hamid Bin Mydin ? Apakah cerita di sebaliknya sehingga beliau
diktiraf dengan  pengasas dan pencipta sepak takraw ?? Siapakah manusia pereka yang
telah berjasa mencipta permainan sepak raga moden menggunakan jaring ini? Bagaimana
dia mendapat ilham supaya pemain-pemain menggunakan “Smashing Tajam” dengan
kepala dan “Sepak Maut” untuk mematikan langkah lawan. Taktik-taktik baru yang
mengagumkan ini terdapat dalam permainan sepak raga jaring yang mula-mula sekali
diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau Pinang pada tahun 1946.

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW

1. Servis
2. Melambung
3. Mengumpan
4. Menanduk
5. Merejam
6. Menghadang

1)  SERVIS

 Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum
melakukan ayunan.
 Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
 Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.

Servis
2) MELAMBUNG

 Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola,


membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
 Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
 Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
 Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.

Melambung

3) MENGUMPAN

 Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan
melakukan sepakan.
 Bersedia mengawal bola.
 Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
 Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
 Imbangkan badan dengan tangan.

Mengumpan
4) MENANDUK

 Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar,


mengumpan, mengawal dan merejam bola.
 Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian gunakan dahi
untuk menolak bola ke atas.

Menanduk

5) MEREJAM

 Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman sisi
dan rejaman menapak.
 Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai fleksibiliti,
kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
 Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
 Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.

Merejam
6) MENGHADANG

 Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh
pihak lawan ditangkis.
 Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
 Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :

1. Diri sedia.
2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring,
semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan
hadangan.
3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang
direjam, batal jika menghadang menggunakan tangan

Menghadang

Anda mungkin juga menyukai