Anda di halaman 1dari 26

PREPARED BY: GROUP YES 18 NAME: AMY SHAFINAZ BINTI KADIR ACHILLEUS BIN JOL CATHERINA CHERIA ANAK

CHENGGONG MUHAMMAD MUZZAMIL EEDDREEN BIN MOHD.AZLAN

Kriket adalah sebuah olahraga kumpulan yang dimainkan antara dua kelompok yang masing-masing terdiri dari sebelas orang. Bentuk kriket berasal dari Ingg e ris , dan sukan ini popular dinegara-negara Persemakmuran. Di beberapa negara di Asia Selatan, misalnya India, Pakistan,dan Sri Lanka, kriket adalah sukan paling popular. Kriket juga merupakan sukan yang penting diInggeris dan Wales, Afrika Selatan, Zimbabwe dan wilayah Karibia yang penduduknyametuturkan bahasa Ingg e ris (dipanggil Hindia Barat atau West Indies).Mengikut sejarah sukankriket, pemainan ini bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Sungguhpun begitu,sebuahkelab iaitu Marylebone Cricket Club (MCC) selalu dikaitkan apabila sejarah perkembanganpermainan kriket dibincangkan. Dari segi perkembangan popularitinya di Malaysia, permainan kriket jauh ketinggalan jikadibandingkan dengan permainan-permainan lain. Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor. Pada tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan permainan kriket kancil sebagai satu permainandalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum Sukan di sekolah-sekolah rendah. Langkahyang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket di kalangan penduduk di Negara ini.

SEJARAH Kriket Melayu tergolong antara pertubuhan warisan di negara ini. Ia mula digerakkan pada 15 April 1950 di mana pakatan mewujudkan suatu pertubuhan yang dinamakan Persatuan Kriket Melayu Se-Malaya berlangsung di Rumah Persekutuan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Jawatankuasa penaja yang dibentuk ketika itu terdiri daripada Dato Yahya Abdul Razak (Pengerusi), Abbas Ahmad Thambi (Setiausaha) dan ahli jawatankuasa biasa pula ialah, Yaacob Abdul Latiff (Duta Malaya di Indonesia), LBM Ariffin, Mahayuddin M. Zain, A. Wahab Hassan dan Salleh Abdul Majid. Setelah wujudkan jawatankuasa protem untuk beberapa bulan, kemudian pertubuhan sebenar wujud dengan anggota jawatankuasa seperti berikut:

Yang Dipertua: Dato Yahaya Abdul Razak Naib Yang Dipertua: Akhbar Tajuddin (P.Pinang), Shuaib Osman (Kedah) Setiausaha/Bendahari: Abbas Ahmad Thambi Pemeriksa Kira-Kira: Salleh Abdul Majid, Ismail Omar AJK Biasa: Wakil setiap negeri di Tanah Melayu & Singapura

Penaung Agung bagi persatuan itu ialah SPB Yang di-Pertuan Agong manakala Raja-Raja Melayu dan Gabenor selaku Penaung. Apapun persatuan ini dibubarkan pada 3 November 1978 dengan tiga alasan utama: a) Tiada ada ahli yang sanggup memegang jawatan Setiausaha. b) Minat pemain dan pengurusan dalam negeri telah merosot. c) Semua fail dan rekod ghaib bersama Ghazali Osman (Setiausaha ketika itu).

Sejak 1950 hingga 1978 antara kejohanan yang dianjurkan ialah Perisai Raja-Raja (Antara Negeri untuk Melayu), Perisai Menteri Besar (Utara menentang Selatan) serta pelbagai piala pusingan untuk pertemuan menentang Sikh Malaysia, Eurasian serta Ceylon Malaysia. Antara pemain ternama wujud ketika itu ialah Abdul Aziz Ismail (Datuk Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran), Ahmad Daud Md. Hashim (Datuk Penghibur), Hayati Meah, Zainuddin Meah, Alwi Zaman, Zainon Mat, Mir Shahariman (Datuk Arkitek ternama), Aziz Hamid, Abu Bakar Said dan Ismail Ali. Putera dari Negeri Sembilan, Tunku Jaafar juga cemerlang dan pernah memikul tugas sebagai kapten Perak selama dua tahun yang menjuarai Perisai Raja-Raja (1952 dan 1953).

Kriket ialah permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain. Ia berasal dari England lebih 500 tahun dahulu. Kriket ialah sejenis sukan berpasukan yang popular selepas bola sepak dan bola keranjang, dan boleh ditemui di lebih 120 buah negara. Kriket adalah permainan yang memerlukan ketangkasan,kecekapan membaling,menangkap dan batting. Kriket di Malaysia Pasukan kriket pertama yang ditubuhkan di negara kita,Malaysia ialah Young Mens Criket Club pada tahun 1871.Pasukan ini terdiri daripada pemain tempatan. Pada bulan ogos 1947,persatuan kriket Tanah Melayu telah ditubuhkan.Pada tahun 1949 persatuan ini telah bergabung dengan persatuan kriket Antarabangsa.

Permainan

ini dimainkan dalam pitch yang terletak di tengah padang atau di kawasan rata,yang dilapik dengan rumput khas atau mat.Permainan kriket memerlukan alatan seperti bola,bet dan wiket.Pitch dikelilingi oleh satu sempadan yang dipanggil oval.

Pitch kriket

Dimensi pitch kriket

Bahagian

dalam bola kriket diperbuat daripada gabus sementara bahagian luarnya pula dibalut dengan kulit.

Diperbuat

daripada kayu keras yang tahan hentakan.Pemegangnya diperbuat daripada rotan yang dibalut dengan getah.Saiz dan berat bet mengikut kesesuaian pemain.

Satu

set wiket mengandungi tiga batang kayu(stumps) dan dua kayu palang kecil(bail) di antaranya.Dua set wiket berada bertentangan di antara satu sama lain dalam jarak 20.12 meter. Jarak di antara Stumps perlu rapatsupaya bola kriket tidak boleh melaluinya.

Pakaian

Pemain Secara tradisi,pemain kriket berpakaian serba putih.Walau bagaimanapun,kini terdapat juga pasukan yang memakai pakaian yang berwarna lain.Pemukul dan penjaga wiket mesti memakai pad kaki dan glove untuk keselamatan.Topi keselamatan dipakai untuk melindungi kepala.

Glove
Bahagian

bawah glove dibalut dengan kulit untuk menguatkan genggaman pada bet.Bahagian atas glove dibalut dengan getah berbusa bagi melindungi tangan pemukul.Glove penjaga wiket pula mempunyai pelapik tambahan di antara ibu jari dan jari telunjuknya untuk tujuan keselamatan.

Kemahiran dalam permainan Kriket Bowl Bowler perlu mengetahui teknik memegang bola untuk menentukan putaran bola.Secara umum terdapat beberapa cara pegangan bola iaitu outswinger,inswinger dan pegangan asas.Terdapat tiga fasa ketika melakukan bowl iaitu fasa larian,lontaran dan ikut lajak. Fasa larian Gunakan kaki yang sama setiap kali memulakan larian.Kira dan tetapkan jumlah langkah yang diambil untuk mengekalkan rentak larian.Larian yang perlahan akan mengurangkan ikut lajak dan jarak langkah(pace).Larian yang terlalu pantas pula akan menyukarkan kita mengatur langkah semasa membaling.

Fasa lompatan Teknik melakukan lontaran semasa membuat bowl Condongkan badan ke belakang. Rapatkan tangan dan kaki hadapan ke badan Gerakkan tangan untuk melakukan bowl ke sasaran Lepaskan bola ke sasaran Mendarat dengan sebelah kaki dan pastikan badan dalam keadaan stabil.

Fasa ikut lajak Ayun tangan terus ke bawah selaras dengan gerakan badan

Membaling Membaling ialah kemahiran asa yang perlu dikuasai oleh pemadang.Antara tujuannya adalah untuk mengembalikan bola kepada penjaga wiket atau menjatuhkan wiket(stumps).Pemadang perlu mahir mengembalikan bola dengan membuat balingan yang pantas dan tepat untuk mematikan pihak lawan yang sedang membuat larian. Teknik membaling Pegang bola dengan kemas. Pandang pada sasaran. Ayun tangan yang memegang bola ke arah sasaran. Lepaskan bola tepat ke sasaran. Ayun tangan terus ke bawah untuk ikut lajak.

Menangkap Selain membaling,menangkap juga penting kerana pemadang yang berjaya menangkap bola dapat menghalang pihak lawan membuat larian dan membantu penjaga wiket menjatuhkan wiket. Teknik menangkap Melutut sebelah kaki hingga mencecah tanah,jika bola yang hendak ditangkap meleret. Badan perlu menghadap bola. Mata tepat memandang bola. Jika bola tinggi,tangkap bola di udara dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan untuk mematikan pihak lawan.

Larian
Larian

dilakukan setelah pemukul berjaya melakukan pukulan.Setelah bola dipukul,pemukul akan berlari ke arah wiket yang bertentangan.Larian lengkap apabila seseorang pemukul dapat membuat larian dari wiket ke wiket yang bertentangan.Manakala seorang lagi rakan sepasukannya akan membuat pukulan.Mereka akan berusaha lari berulang-alik untuk mendapatkan skor.

Batting Batting adalah kemahiran penting bagi pemain mendapatkan skor untuk pasukannya.Terdapat dua jenis batting yang biasa digunakan iaitu batting menyerang dan batting bertahan. Teknik batting Pegang bet dengan kedua-dua belah tangan pada bahagian paling atas pemegang bet untuk mendapatkan tenaga serta daya pukulan yang lebih tinggi semasa membuat batting. Bawa satu kaki ke hadapan dan satu kaki lagi ke belakang untuk stability. Letakkan hujung bet di atas pitch dengan pemegang berada diantara kedua-dua belah kaki. Bet perlu dipegang dengan cekakan yang betul.Ibu jari serta jari telunjuk seolah-olah membentuk huruf V. Letakkan kedua-dua tapak tangan secara berlawanan arah iaitu satu atas dan satu di bawah. Ayun bet dan pukul bola. Lajakkan bet mengikut arah pukulan bola

Menjaga wiket Penjaga wiket mempunyai kelebihan untuk melihat kekuatan dan kelemahan pemukul.Keadaan ini dapat membantu bowler pasukannya.Penjaga wiket dibenarkan berdiri atau mencangkung semasa menangkap bola. Teknik menjaga wiket Tegakkan kepala Rapatkan tangan dan pastikan mata dapat melihat pemain yang hendak melakukan bowl. Buka kaki seluas bahu untuk stability. Bergerak dan berdiri berhampiran dengan wiket untuk menerima hantaran rakan selepas pemukul membuat pukulan. Info Am Otot-otot yang terlibat semasa pergerakan yang dilakukan oleh penjaga wiket ialah biceps brachii,triceps brachii dan quadriceps.

Undang-undang dan peraturan Cara bermain Permainan dimulakan apabila openers memulakan pukulan.Seorang pemain berada di wiket (bowling crease) untuk membuat pukulan manakala seorang lagi di wiket bertentangan bersedia untuk berlari apabila rakannya sudah membuat pukulan. Pemukul yang berjaya memukul bola dan melengkapi satu larian akan mendapat skor.Pemukul akan mati apabila pemadang dapat menyambut bola yang telah dilontar, bola mengenai wiket atau bola mengenai pad kaki.Pemain lain akan menggantikan tempat pemain yang telah dimatikan. Sebelas orang pemain dari pasukan pemadang akan mengawal kawasan permainan dan cuba menangkap bola yang dipukul oleh pasukan lawan.

Permainan kriket ditentukan mengikut: Inning Ialah pusingan pertama atau kedua sekiranya pasukan A membuat batting,pasukan B akan memadang dan sebaliknya.Inning akan berakhir apabila semua pamain pasukan yang memukul selesai membuat batting. Overs Ialah jumlah balingan yang dilakukan oleh setiap bowler.Satu overs mengandungi enam balingan.Apabila bowler pasukan pemadang telah selesai melakukan enam balingan,seorang lagi pemain pasukan pemadang akan melakukan balingan dari wiket yang bertentangan pula. Lazimnya satu inning mengandungi 25 atau30 overs.

Kiraan larian Pemukul(batter) setiap pasukan akan berusaha mendapatkan seberapa banyak larian.Pemukul boleh mendapat larian jika bet atau salah satu daripada anggota badan pemukul menyentuh popping crease.Kayu pemukul tidak boleh dibaling untuk mendapatkan mata atau larian. Cara mendapatkan larian Skor Lengkap satu larian 1 Memukul bola meleret keluar melepasi garisan sempadan (boundary) 4 Bola tinggi jatuh di luar garisan sempadan 6

Peraturan permainan Semua pemain mesti mematuhi peraturan permainan kriket.Permainan diberhentikan atau terbatal sekiranya perkara-perkara berikut dilakukan:Bola yang dilontar terkena wiket secara terus atau melantun. Bola yang dipukul berjaya ditangkap pemadang sebelum bola menyentuh tanah. Pemukul menyentuh bola sebanyak dua kali semasa membuat pukulan. Pemukul tertangkap atau tangannya terkena bola. Bola terkena kaki pemukul semasa membuat pukulan (leg before wiket) Pemukul dengan sengaja melengah-lengahkan masa. Semasa larian,pemukul tidak sempat meletakkan atau menyentuh bet pada kawasan popping crease sebelum wiket dijatuhkan.
Aspek-aspek keselamatan Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian adalah seperti yang berikut:Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Memakai peralatan seperti topi keselamatan,pad kaki,glove,ball guard dan pelindung gigi. Menghentikan permainan jika cuaca buruk.

The first English touring team on board ship at Liverpool in 1859

Malaysian Cricket Association Member of the Olympic Council Malaysia and World Cricket Federation. Provides the latest news and update, links and event held.... www.malaysiacricket.org.my

Asian Cricket Council Asian Cricket Council.... www.asiancricket.org

Anda mungkin juga menyukai