Anda di halaman 1dari 3

KELAB BOLA BALING SKBBSB

KEMAHIRAN MENGAWAL DAN MENGADANG

Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa
bertahan. Ini bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk
mengawal lawannya. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan
mendapat balik bola untuk mengatur serang – balas.
Teknik Mengawal.

1. Amalkan ’gaya peninju’ (boxer’s stance) apabila berhadapan dengan pemain yang
membawa bola.
2. Berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri.
3. Gerakkan secara berganti-ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi
(rendah) untuk mengganggu pergerakan lawan.
4. Bergerak secara langkah ’boxer’s shuffle’ (hampir sama langkah galop) semasa
mengawal.
5. Apabila mengawal pengelecek cuba tepis bola dengan tangan semasa bola
melantun naik. Sebelah tangan yang bebas itu untuk mengadang jika pengelecek itu
menggunakan gerakeliru dan tukar halanya.
6. Paksakan pemain itu bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai baginya
untuk bertindak.
7. Apabila mengawal pemain pivot, berdiri di belakangnya dengan gaya ’peninju’
jika belakangnya mengadap jaring pihak lawan. Jika mengiring ke kiri, kawalan lebih
kesebelah kirinya.
8. Apabila pemain pivot memperoleh bola, kawal dengan rapat supaya ia tidak
mudah membuat jaringan lompat.
Langkah-langkah
1. Mata memerhati pemain dan bola.
2. Mengganggu dan memberi tekanan (presure) dengan pergerakan tangan.
3. Berada di antara pemain yang dikawal dan jaring sendiri.
4. Jarakkan kaki semasa mengawal untuk memelihara imbangan badan.
KELAB BOLA BALING SKBBSB
KELAB BOLA BALING SKBBSB

Anda mungkin juga menyukai