Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN MISKONSEPSI

Miskonsepsi bermaksud salah tanggapan atau pemahaman terhadap sesuatu konsep


atau kejadian. Penelitian yang dilakukan dibanyakan negara menunjukkan bahawa
miskonsepsi yang terjadi pada murid-murid bersifat semulajadi dan perlu diperbaiki
dengan segera. Konsep-konsep yang salah atau miskonsepsi tersebut akan
mengakibatkan murid-murid mengalami kesilapan untuk memahami sesuatu konsep. Hal ini
akan mengakibatkan murid tersebut terus membuat dan memahami konsep yang
salah dari awal hingga akhir. Namun, apakah setiap miskonsepsi yang muncul
dalam diri murid itu sama? Berpandukan daripada persoalan inilah, maka banyak
kajian perlu dilakukan bagi mengurangkan dan mengelakkan miskonsepsi berlaku
dikalangan murid. Beberapa penelitian yang saya buat di kalangan murid di sekolah
saya menunjukkan bahawa terdapat miskonsepsi dalam mata pelajaran Sains oleh
segelintir

murid-murid.

Contohnya

ialah

murid

mengatakan

bahawa

bulan

menghasilkan cahaya sendiri, Bumi berbentuk segi empat, gas tiada berat dan
sebagainya. Oleh itu, saya telah memilih satu miskonsepsi murid iaitu murid mengatakan
bahawa bulan menghasilkan cahaya sendiri, saya membuat satu simulasi dan aktiviti bagi
memperbetulkan miskonsepsi murid dalam konsep ini.

Anda mungkin juga menyukai