Anda di halaman 1dari 5

BOLA KERANJANG : MENGAWAL DAN MENGHADANG

AHLI KUMPULAN : 1) MUHAMAD HIRZAN B. PAWANCHIK 2) MOHAMMAD HAZWAN B. OMAR 3) MUHAMMAD AMER FARIS B. ASRI 4) AHMAD SYAFIQ B. ABDULLAH

MENGAWAL DAN MENGHADANG Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Ini beerti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk mengawal lawannya. Kawalan, adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur serang-balas.

Teknik Mengawal 1. Amalkan gaya peninju (boxers stance) apabila berhadapan dengan pemain yang membawa bola. 2. Berada dinatara pihka lawan yang dikawal dan jairng sendiri. 3. Gerakkan secara berganti-ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk menganggu pergerakkan lawan. 4. Bergerak secara langkah boxers shuffle (hampir sama langkah galop) semasa mengawal. 5. Apabila mengawal pengelecek cuba tepis bola dengan sebelah tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan yang bebas itu untuk mengadang jika penggelecek itu menggunakan gerakeliru dan tukar halanya. 6. Paksakan pemain itu bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai beginya untuk bertindak. 7. Apabila mengawal pemain pivot, berdiri di belakangnya dengan gaya peninju jika belakangnya mengadap jaring pihak lawan. Jika ia mengiring ke kiri, kawalan lebih ke sebelah kirinya. 8. Apabila pemain pivot memperoleh bola, kawal dengan rapat supaya ia tidak mudah membuat jaringan lompat.

Butir-butir mengajar am-mengawal

Mata memerhatikan pemain dan bola. Menganggu dan memberi tekanan (pressure) dengan pergerakan tangan Berada diantara pemain yang dikawal dan jaring sendiri. Jarakkan kaki semasa mengawal untuk memelihara imbangan badan. Latihan Mengawal Tanpa bola 1. Latihan gerak kaki langkah galop ke kiri ke kanan dan langkah ke depan ke belakang 2. Lawan tampar lutut 3. Burung lang dengan anak ayam 4. Latihan berlari dan berhenti serta-merta ke arah yang berbeza mengikut isyarat baru.

Langkah sisi

ke depan dan ke belakang

Dengan Bola 1. Satu lawan satu (seorang mengelecek bola dan kawannya cuba merebut bola itu).

XXX

2. Latihan Hantar dan Langkah Sisi Selepas menghantar bola, pemain mengawal penerima bola dengan melakukan pergerakan langkah ke sisi ke hujung garisan. Pemain yang menguasai bola bergerak sambil mengelecek bola.

P P P

3. Mengawal Jaringan Pengawal P cuba mengagalkan percubaan menjaring oleh pemain X yang dikawalnya. Percubaan menjaring adalah secara bergilir-gilir.

X P

J
X P

4. Mengawal Hantaran Pengawal P bertahan supaya pemain X tidak dapat bola daripada J yang berada di tempat tetap. X1 X X P1

P2

X2 X X

5. Seorang Kawal Seorang X1 mengelecek bola ke kiri dan memberikannya kepada X2. P1 melangkah sisi untuk mengawal X1. Bila X2 membawa bola ke sebelah kanannya, P2 pun bergerak ke sisi untuk mengawalnya.

XXX

XXX

6. Hantar dan Kawal Dalam bentuk lari berganti-ganti, selepas menghantar bola kepada kawan di hadapan, pemain berlari dan mengawal (olok-olok sahaja) hantaran oleh penerima bolanya.

7. Latihan 3 lawan 3;4 lawan 4; dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai