Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 3

Zarinah tinggal di Kuala Lumpur. Dia perhatikan yang azimuth terbit dan
terbenam matahari berubah sepanjang tahun. Terangkan perubahan yang
diperhatiakn dengan merujuk kepada ekliptik dan musim.
MATAHARI
Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat
dengan mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu
objek relatif kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang
dikira mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik
di garisan horizon yang menyilangi satu titik altitud bagi objek tersebut. Ekliptik,
azimuth serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hariditempat
yang berbeza dan musim. Pertamanya, satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan
perubahan suhu bumi. Paksi putaran adalah 23.5 darjah yang condong bersudut
tepat dengan satah ekliptik. hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak
berserenjang dengan satah orbit. Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah
ekliptik, tetapi membuat sudut kira-kira 23 26 , yang dikenali sebagai kecondongan
paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan di bumi
mengalami berubahan musim pada masa- masa tertentu. Perkara ini boleh
diperjelaskan lagi dimana satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri
matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari.
Dengan kata lain, ekliptik matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa
inilah menyebabkan ada bahagian di bumi pada masa tertentu mengalami musimmusim yang berbeza-beza antarasatu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera yang
condong lebih dekat kepada matahari menerima lebih banyak sinaran matahari dan
mengalami suhu musim panas. Manakala, hemisfera yang condong lebih jauh
daripada matahari menerima sedikitsedikit sinar langsung dan suhu yang lebih
rendah iaitu musim sejuk. Jika paksi putaranselari atau berserenjang dengan satah
ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim. Contohnya, perkara seperti ini
boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim panas manakala hemisfera
selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun. Keadaan ini dikenali sebagai
solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih tertumpu kearah
matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan Disember sehingga Mac. Altitut

dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatan dan
hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326,), hal ini
menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan
beradajauh dari matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini
menerima cahaya matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara
mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas
pada hujung disember, iaitu bermuladari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil
sebagai winter solstice. Solstice berasal daripada perkataan sun dan stationary.
Manakala summer solstice pada hemisfera uatara pula berlaku pada 21 atau 22 Jun.
Matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang
berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan
Disember ini.. Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari
pada jangka masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ).
Orang-orang yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di
kedudukan atas kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di
bahagian khatulistiwa dan juga di hemisfera utara. Hal ini berlaku kerana , ekliptik
matahari pada ketika ini tidak berada pada kedudukan paling dekat dengan
Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara, Jadi bahagian yang lebih utara daripada
hemisfera selatan akan melihat altitude matahari adalah lebih rendah kerana
matahari tidak berada hampir dengan bahagian itu ( khatulistiwa dan hemisfera utara
)dan kawasan itu tidak menerima lebih cahaya matahari, sebab itu ,orang di
kawasab khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah lebih
rendah daripada 90.
Pada bulan Mac, ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini
menyebabkan altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza
antara pemerhati di bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di
Hemisfera Utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami
musim bunga atau dipanggil sebagai spring equinox.equinox bermaksud sama
iaitu temapoh masa bagi malam dan siang adalah sama. Seterusnya pada 21 atau
22 Jun, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera Utara yang mana
hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari. Perbezaan
altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada
bahagia-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas

iaitu summer solstice dan hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk.
Seterusnya, pada bulan September matahari berada tepat di garisan khatulistiwa.
Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah
sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada
hemisfera utara dan spring equinox pada hemisfera selatan. Walaupun tidak setiap
tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat bebrapa tempat dibumi
mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah orang berfikir bahawa musimmusim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbeza-beza antara bumi dari
Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, berbezaan musim ini di hemisfera
utara dan di hemisfera selatan adalah diesebabkan oleh kecondongan paksi Bumi
mengenai Matahari, yang mengorbit. Planet kita mempunyai kecondongan sebanyak
23.5 kepada satah ekliptik selain azimuth dan altitut yang berbeza-beza.
Bumi berputar di atas axisnya 360 darjah setiap hari dalam masa 24 jam.
Putaran bumi inilah menyebabkan bumi mengalami malam dan siang. Setiap sejam,
disimpulkan bahawa bumi membuat putaran sebanyak 15 darjah. Putaran bumi yang
hanya 15 darjahsetiap 1 jam didak boleh dirasai oleh penduduk bumi kerana putaran
bumi ini berlakudengan sangat perlahan. Bumi berputar dan beredar mengellingi
matahari pada kecondongan 23.5 darjah. Kecondongan bumi inilah menyebabkan
perubahan musim yangberlaku di permukaan bumi. Selain itu, seperti yang diketahui
umum, pergerakan matahari dan bintang-bintang dilangit dalah disebabkan putaran
bumi. Tambahan lagi, pergerakan ekliptik matahari adalahdisebabkan oleh
peredaran bumi mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini boleh diperhatikan
dengan memerhatikan perubahan siang danmalam bumi. Dengan melihat kearah
kutub utara, sebenarnya bumi berputar pada arah lawan jam.
Permukaan bumi yang menghadap matahari menyebabkan sebahagian bumi
menjadi siang manakala sebahagian lagi adalah malam. Jam 12 tengah hari
menandakan separuh hari siang manakala 12 tengah malam menandakan separuh
hari malam. Matahari pula terbenam lebih kurang kul 7 malam waktu Malaysia dan
meneyebabkansebahagian permukaan bumi adalah gelap iaitu tidak menghadap
matahari dan jam 7 pagi pula matahari terbit. Sebenarnya matahari terbit dari timur
ke barat, dan arah ini perlu dinyatakan dalam bentuk putaran iaitu timur adalah satu
arah putaran dan barat pula arah yang bertentangan walau dimana kita berada. .
Corak putaran bumi yang menyebabkan matahari kelihatan terbit dari timur dan

terbenam di barat. Hal ini kerana bumi berputar dari barat ke timur, dan ketika waktu
tengahari pula, matahari kelihatan ke arah selatan.Sebenarnya, bumi berputar ke
semakin ke selatan adalah disebabkan kecondongan paksi putaran bumi . Panjang
siang dan malam bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal ini mempunyai
kaitan antara kecondongan paksi bumi iaitu pada darjah 23.5. sebenarnya
kocondongan bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara
danselatan serta menyebakan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim
tertentu adalah berbeza sama sekali. Panjang siang atau malam ini adalah
sebenarnya bergantung kepada ekliptik matahari. Contohnya, apabila seseorang itu
berada pada kutub utara. Pada waktu siang, matahari adalah tinggi dilangit pada
musim panas, dan matahari adalah rendah pada musim sejuk.Oleh itu, cahaya
matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar.
Seterusnya, matahari pada musim panas terbit dari arah timu utara dan
terbenam pada arah barat utara iaitu menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit.
Manakala, matahari musim sejuk terbit pada arah timur selatan dan terbenam pada
arah barat selatan . tempoh masa matahari terbit dan terbenam ini dalah kurang
daripada 12 jam. Jadi hari siang pada musim sejuk adalah lebih pendek berbanding
siang pada musim panas. Hal ini adalah berbesa sama sekali kepada bahagianbahagian bumi yang berda digarisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara
condong menyebabkan kawasan khatulistiwa menerima cahaya matahari hampir
sama sepanjang tahun. Disebabkan inilah, kawasan khatulistiwa tidak mengalami 4
musim serta mempunyai panjang siang dan malam yang sama. Hal ini adalah
kerana bumi berada betul-betu pada garisan equinox Malah terdapat juga keadaan
di bumi dimana matahari terbit adalah selama 24 jam malah matahari terbenam juga
24 jam. Keadaan yang luar biasa ini adalah disebabkan oleh kecondongan bumi
pada orbit mengelilingi matahari. Belah utara pada artic circle bermaksud pada
ketika ini matahari boleh dilihat sepanjang musim panas. Keadaan iniberlaku
disebakan kedududukan kutub utara bumi yang berada hampir dengan matahari.
Manakala waktu malam hanya berlaku pada musim sejuk disebabkan kecondongan
paksi bumi yang menyebabkan cahaya matahari langsung tidak diterima dibahagian
ini.

Anda mungkin juga menyukai