Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 4

Ahmad menyatakan yang bulan boleh kelihatan pada waktu pagi dan waktu
petang. Bincangkan pernyataan Ahmad.

BULAN
Berdasarkan data yang telah dikumpul di dapati bahawa setiap hari dalam
tempoh penyiasatan bulan terbit pada sebelah siang hari . Maka sudah tentulah
Bulan akan dapat dilihat pada waktu siang tersebut. Begitulah juga dengan tarikhtarikh yang lain. Kita dapat melihat bulan di waktu siang kerana mata kita tepat ke
arah cahaya pantul.

Pandangan mata kita adalah terhad. Ini bererti bukan

selamanya mata kita mengarah ke cahaya pantul. Ini bermakna adakalanya mata
kita dapat melihat bulan di siang hari dan adakalanya tidak. Adakala bulan tidak
akan terbit atau terbenam dalam satu jangka masa bergantung kepada sesuatu
tempat. Dalam tempoh 24 jam, bulan akan terbit atau terbenam bila-bila masa dan
ada kalanya bulan dapat dilihat pada siang hari, dan adakalanya malam tanpa bulan.
Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas
ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat
selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada
kadar purata 51 minit setiap hari. Masa terbit setiap hari bagi bulan adalah berbeza
setiap hari. Perubahan masa terbit dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 1.
Bulan mengorbit atau mengelilingi bumi setiap 29 hari waktu Bumi. Pada
setiap waktu, setengah dari Bulan diterangi oleh Matahari. Sisi lain dari Bulan
menghadap membelakangi Matahari dan berada dalam kegelapan. Selama Bulan
mengorbit di sekitar Bumi, kita dapat melihat lebih banyak pada sisi terangnya.
Perlahan-lahan penampakan bulan mengalami perubahan. Perubahan ini disebut
dengan fasa Bulan. Fasa bulan terjadi akibat perubahan sudut dari garis yang
menghubungkan Matahari,Bumi, dan Bulan sewaktu Bulan mengorbit Bumi.Ini
ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2

Bulan memiliki banyak fasa, yang umum kita ketahui di antaranya, anak
bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama. Selama sebulan kita melihat
perubahan bulan dari anak bulan ke purnama dan begitu seterusnya. Perubahan
dalam bentuk dan ukuran ini adalah di akibatkan oleh keadaan pencahayaan yang
berbeza. Oleh kerana bulan berputar mengelilingi bumi, maka muncul bentuk yang
berbeza yang dikenali fasa-fasa bulan.Setiap fasa bulan akan terbit pada waktuwaktu seperti dalam Jadual.3.
Fasa
Anak Bulan
Suku Pertama
Bulan Purnama
Suku Ketiga

Masa Terbit
Subuh
Tengah hari
Senja
Tengah malam
Jadual 3

Masa Terbenam
Senja
Tengah malam
Subuh
Tengah hari

Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13 atau 0.5 per jam. Secara
berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan
dan bumi sebagai anak bulan (hilal). Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku
muda. pada hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama. Dari segi fizikal, fasa
purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan setentang dengan matahari.
Ketika ini bahagian bulan yang menerima cahaya matahari menghadap ke arah
bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan purnama, fasa
berikutnya ialah suku tua atau suku ketiga. Ketika ini bulan telah mendekati matahari

pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lagi berada di tengah-tengah di antara bumi
dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak bagi fasa bulan berikutnya.
Ianya dibuktikan seperti Rajah 3.
.

Rajah 3

Anda mungkin juga menyukai