Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH TEORI KOGNITIF

Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi
Ketiga m/s 691 yang menerangkan kognitif adalah segala perkara yang
berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan
pemerolehan pengetahuan . proses ini boleh dianggap sebagai satu prosess
atau fenomena yang tidak boleh dilihat secara langsung.
Proses kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang
ditunjukkan. Dengan perkataan lain proses ini lebih memberi fokus kepada
proses mental dalaman. Maklumat yang diterima akan diproses melalui
beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah pemilihan, perbandingan dan
penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Setelah itu,
penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli
psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsanganrangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif
maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau
kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai
proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur
kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.
Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good
& Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge
structure)
berkembang
apabila
kanak-kanak
berinteraksi
dengan
persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana
menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan
terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory
register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek
(short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory,
LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika
diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas
digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM
untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia
akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne,
maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat
baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978)
menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa
jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah
dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih
kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
Sebagai kesimpulannya,bagi melahirkan seorang individu yang aktif
pemikirannya, seseorang perlulah memaksimumkan penggunaan minda
mereka. Kita perlulah menggunakan sebaik mungkin anugerah kurniaan tuhan
yang tak ternilai ini. Kita seharusnya menggunakan nikmat ini untuk
membezakan antara yang hak dan batil. Selain itu, kita juga seharusnya dapat
bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat
dengan menjanakan pemikiran yang aktif.

Anda mungkin juga menyukai