Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran Asas Hoki

Pengenalan dan Sejarah Hoki

PENGENALAN

Hoki merupakan salah satu permainan yang popular di dunia. Permainan ini mula dikenali di
peringkat antarabangsa sekitar tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demonstrasi di
sukan Olimpik pada tahun 1900 di paris. Ia telah di pertandingan di sukan Olimpik secara
tetap mulai tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Kini selepas 100 tahun permainan
hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, didapati berlaku banyak
perubahan dalam peraturan, gaya permainan, alatan dan permukaan permainan hoki itu
sendiri. Permainan itu semakin popular tanpa menukar bentuk asal atau ciri permainannya.
Pada masa kini, lebih kurang 112 buah negara memainkan permainan ini.

SEJARAH HOKI

Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah
ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa
pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah
Selatan London dan pasukan hoki hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemain
hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab
memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak
sebegitu kemas seperti sekarang, tetapi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan
peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah
dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk
memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka
yang melakukan kesalahan.

Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini
diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima
sebagai satu sukan yang dipertandingkan dan menjadi satu permainan yang bertaraf
antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika
Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain.

SEJARAH HOKI DI MALAYSIA

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah
memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal
permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya
ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula
dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di
Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran
Merdeka.

Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor
dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri
mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat
Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat
sambutan di negara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk
tempatan telah diadakan di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-
negeri Selat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan
pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara
India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu.
Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan
pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua
perlawanan yang diadakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan
mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang
dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun
1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil
bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama
dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada
tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF.

Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri telah
dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang
menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak
sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.

Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah
18 tahun. Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular.
Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun
Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan
rumput tiruan tersebut.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran
yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar
pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.

Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan,
kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia
memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang
pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada
meraka untuk kreativiti dan gaya individual.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah
menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

Memukul

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap
pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan
cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak
tersasar ke arah lain.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL

1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan
lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.

2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.

3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan.

4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak
bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-
kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.

5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.

a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat
dengan D.
B C

A D

b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada


pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar
mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah
ketika membuat latihan seperti di (c).

6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

Menerima dan menahan bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting
dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang
dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam
kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau
menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang
bergerak.

Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya


sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan
kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan
kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada
bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

Menggelecek
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa
bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah,
dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek
rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR

1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu
biji bola.
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar
perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B
memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga
pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat
pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh
bola tersebut.
11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah
seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti
ini.

Anda mungkin juga menyukai