Anda di halaman 1dari 53

csg2011- Bola tampar

BUKU LOG bola tampar

DISEDIAKAN UNTUK :
Encik rusli bin ahmad

Disediakan oleh :
Siti fairus binti ahmad

No matrik :
D20111047645
Biodata diri

NAMA
NO. MATRIK
NO. K. PENGENALAN
PROGRAM
FAKULTI
ALAMAT TETAP

ALAMAT SEMASA

TARIKH LAHIR
TEMPAT LAHIR
BERAT
TINGGI

: SITI FAIRUS BINTI AHMAD


: D20111047645
: 910327-01-5574
: PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
: BAHASA DAN KOMUNIKASI
: POS PT UNAS LAUT,
JALAN TEMENGGUNG AHMAD,
84150 MUAR, JOHOR
: 503/1 KOLEJ ZABA,
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH,
UPSI, 35900 PERAK.
: 27 MAC 1991
: MUAR, JOHOR
: 50 kg
: 159 cm

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya


akhirnya dapat menyiapkan buku log Bola Tampar bagi kursus CSG2011 ini.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Encik Rusli bin Ahmad sebagai tenaga pengajar saya, tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar beliau saya tidak akan mampu untuk
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak
memberi dorongan , semangat dan tunjuk ajar semasa penghasilan buku log
ini. Semoga Allah dapat membalas jasa baik mereka semua.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf
jika terdapat sebarang kekurangan atau ketidak sempurnaan di dalam buku
log Bola Tampar ini. Sekian,Wassalam.

SEJARAH BOLA TAMPAR

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun
asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir
sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di
Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942)
di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar

di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di


Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa
ke Amerika oleh David Mc Connaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis
permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola
tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa
beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola
tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J.
Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai
seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta
suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola
keranjang.
Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia
sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain
dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit
kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan
syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan
menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan
diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar
dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H.
T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada
menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke
India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila
ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico
(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa

Perang

Dunia

Pertama,

tentera

Amerika

Syarikat

memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918),


Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransuransur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat
permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada
tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi
khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan
Olimpik

Berlin

tetapi

telah

diganggu

oleh

Perang

Dunia

Kedua.

Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar


ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada
tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan
Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan
persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947,
Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi
bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan
tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37
tahun.

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR


1. PUKULAN SERVIS
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya
mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis.
Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis
atas bahu biasa digunakan.

a. Servis bawah bahu


Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari.
Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.

b. Servis atas bahu


Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar
untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam
permainan tenis.

2. PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya
dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk
menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk
mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

3. PUKULAN MENGUMPAN
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua.
Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat
rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala.
Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini
memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.

4. PUKULAN REJAM
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan
rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap
satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan
melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan
memukul bola.

5. MENGHADANG
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai.
Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman.
Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.
Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan
kedua-dua belah tangan.

6. RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalasbalas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama
handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.

KEPERLUAN DAN ALATAN


Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium.
Walaubagaimanapun bola tampar dapat juga dimainkan di gelanggang terbuka,
misalnya gelanggang bersimen.

Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan


peringkat bawah 12 tahun, ketinggian jaring ialah 2.10 meter bagi ketegori lelaki
dan perempuan.

Saiz bola tampar sama dengan saiz bola sepak tetapi lebih ringan jika
dibandingkan dengan bola sepak. Bola tampar mesti berwarna putih dan
diperbuat daripada kulit yang lembut atau campuran plastik dan getah.

Ketika pertandingan setiap pemain dari pasukan yang sama mestilah memakai
jersi yang sama warna. jersi dipakai perlulah bernombor di bahagian depan dan
belakang. Para pemain juga digalakkan memakai alat pelindung lutut. Alat ini
boleh menghindarkan pemain daripada kecederaan ketika bermain. Pilihlah kasut
yang sesuai dengan jenis permukaan gelanggang.

LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR


1. LATIHAN MELAKUKAN SERVIS

a. Servis bola lantun

Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya
jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun
melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkatperingkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba
membuat servis bola lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola
melepasi jaring.

b. Servis atas bahu tanpa bola


Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan
melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat
badan, bengkokkan badan dan hayunkan tangan.

c. Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter,
dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding.
Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara
berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.

2. LATIHAN PUKULAN SANGGA

a. Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh
melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga

semasa bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke
tanah.

Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas


sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang
baik.

b. Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke dinding. Untuk
memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga
bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa
jatuhkan bola ke tanah.

3. LATIHAN MENGUMPAN BOLA

a. Mengumpan bola bersendirian


Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi.
Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian

lakukan

pukulan

mengumpan.

Tangkap

bola

sekiranya

paras

bola

tidak

memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.

b. Mengumpan bola berpasangan


Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak
yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika
tidak sempat membuat umpanan.

Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding. Selang-selikan aktiviti ini
dengan aktiviti menyangga.

4. LATIHAN MEREJAM BOLA

a. Merejam bola bersendirian


Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan
ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. Anda juga

boleh menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan
pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.

b. Merejam bola berpasangan


Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur.
Apabila rakan memberi arahan 'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus
melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan.
Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya, minta rakan membuat umpanan
secara melambung bola atau pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai
perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti ini
dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk
membina keyakinan untuk merejam bola.

5. LATIHAN MENGHADANG BOLA

a. Menghadang sendirian

Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua
belah tangan. Tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulangulang.

b. Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan
lonjakkan menegak serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan
kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.

Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola dan anda cuba
menghadang bola yang direjam itu.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

23 FEBUARI 2013

TEMPAT

GELANGGANG TENIS

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

Pertemuan

AKTIVITI

pertama, pensyarah
memperkenalkan diri beliau iaitu
Encik Rusli bin Ahmad. Pejabatnya
di pusat ICT Elerning tingkat 2.
Beliau berkelulusan Masters (Sains
Sukan tahap 2).
Encik Rusli juga memperkenalkan
pembantunya iaitu instructor Mohd
Saipul Hiezli Bin Abdullah.
Pensyarah
juga
menerangkan
mengenai pembahagian markah
dan tugasan. Pertama buku log
sebagai tugasan individu, projek
setiap kumpulan dan anjuran
pertandingan
sebagai
tugasan
berkumpulan. Disamping ada ujian
kecerdasan.
Selepas
itu,
pensyarah
menerangkan tugasan projek setiap
kumpulan iaitu membuat score
board
seperti
yang
telah
ditunjukkan.
Kelas berakhir.

REFLEKSI
Saya berasa tidak sabar untuk
mempelajari teknik-teknik permaian
bola tampar yang sebenar.
Walaupun hanya gemar bermain
secara
suka-suka,
saya
berasa
seronok jika dapat belajar dengan
lebih
mendalam
lagi
mengenai
permaian bola tampar ini.
Pada minggu pertama ini saya hanya
berpeluang melihat pasukan pelajar
menengah bermain dipadang. Saya

berasa kagum dengan mereka kerana


telah didedahkan permaian ini sejak
peringkat rendah lagi.

Log mingguan

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

2 MAC 2013

TEMPAT

Dewan Kuliah J

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI
Kuliah
dimulakan
dengan
penerangan
kepada
asas
permainan bola tampar.
Pensyarah
juga
menerangkan
mengenai sejarah bola tampar,
peralatan mengenai permainan
bola tampar, peraturan-peraturan
yang
ditelah
ditetapkan,
gelanggang,
kemahirankemahiran bermain bola tampar,
dan cara pengiraan permainan ini.
Kelas
ditamatkan
selepas
menonton segment yang telah

ditayangkan di TV2
bola tampat yang
pengambaran di UPSI.

REFLEKSI

mengenai
dilakukan

Pada minggu ini saya mendapat


mengetahui mengenai sejarah bola
tampar, peralatan, peraturan dan
kesalahan
yang
tidak
boleh
dilakukan oleh permainan ketika
dalam gelanggang.
Selain itu juga saya berasa kagum
kerana mendapat didikan daripada
pensyarah yang hebat seperti Encik
Rusli.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

9 MAC 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI

Kuliah dimulakan dengan larian


mengelilingi padang sebanyak 5
pusingan.
Setelah itu, instructor mengetuai
sesi pemanasan badan.
Setelah itu kami di pecahkan
kepada dua orang satu kumpulan
untuk melakukan dinging secara
bebas.
Setelah
itu,
kami
diarahkan

REFLEKSI

membuat servis juga secara


bebas.
Setelah selesai bermain bola,
kami
diarahkan
berkumpul
mengikut
kumpulan
yang
ditetapkan, kami main permainan
telefon rosak tetapi Alhamdulillah
semua
kumpulan
Berjaya
mendapat perkataan yang betul.
Kesimpulannya semua, laporan
yang diberi akan disampaikan
dengan betul kepada setiap ahli
kumpulan yang lain.
Kelas ditamatkan.
Pada
minggu
ini
saya
dapat
mempelajari teknik dinging yang
perlu dilakukan semasa bermain bola
tampar.
Selain itu juga saya mendapat
membuat servis dengan baik dan
mempelajari beberapa servis selain
servis yang biasa saya gunakan.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

16 MAC 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI

Kuliah dimulakan dengan larian


mengelilingi padang sebanyak 3
pusingan.
Setelah itu, Hanafi mengetuai sesi

REFLEKSI

pemanasan badan.
Setelah itu kami di pecahkan
kepada dua orang satu kumpulan
untuk melakukan dengging secara
dekat dan semakin jauh.
Setelah
itu,
kami
diarahkan
membuat servis juga secara
bebas.
Setelah selesai bermain bola,
kami diarahkan berkumpul dan
menunggu kumpulan A untuk
menentukan
organisasi
pertandingan
yang
akan
dianjurkan kelak. Pemilihan dibuat
sendiri oleh En. Rusli bin Ahmad
dengan mengikut majoriti undian.
Kelas ditamatkan.

Pada minggu ini saya mendapat


mempelajari cara latihan dinging
dengan betul. Latihan ini akan saya
pratikkan jika diberi peluang untuk
mengajar disekolah nanti.
Selain itu juga saya diberi peluang
untuk belajar servis atas. Servis ini
memang sukar dilakukan oleh kaum
hawa dan saya tidak berjaya
melakukannya tetapi saya akan cuba
untuk menjadi yang terbaik.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

23 MAC 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

AKTIVITI

REFLEKSI

MINGGU

8.00 PAGI 10.00 PAGI


Tiada sebarang aktiviti padang pada
minggu
ini
kerana
padang
digunakan
untuk
aktiviti
pertandingan SUKSIS.
Pensyarah
memberikan
ujian
Undang-undang
permainan
bola
tampar. Ujian ini berdasarkan corak
permainan yang dimainkan oleh
pemain SUKSIS.
Selepas itu, penyerahan projek score
board. Tetapi pensyarah inginkan
penambahbaikkan terhadap projekprojek tersebut dan diminta untuk
menghantarnya
pada
minggu
berikutnya.
Kelas ditamatkan.
Pada minggu ini saya dapat
melihat
banyak
kelemahan
permain ketika berada didalam
gelanggan.
Permain
sentiasa
melakukan kesalahan tetapi tidak
menjadi masalah bagi mereka.
Selain itu juga saya mendapat
ilmu
dalam
undang-undang
permaian bola tampar yang
sebelum ini mengelirukan saya.

HARI

SABTU

TARIKH

30 MAC 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI

REFLEKSI

Kuliah dimulakan dengan larian


mengelilingi padang sebanyak 3
pusingan dan diikuti aktiviti
pemanasan badan.
Setelah itu, kelas diteruskan
dengan latihan untuk kecekapan
bermain bola tampar di padang.
Kelas
diteruskan
dengan
pengajaran bola 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,
8,
dan
9.
Pengajaran
ini
diteruskan dengan kedudukan
pemain dalam gelanggan ketika
bermain.
Setelah itu, kami diberi peluang
untuk
bermain
bola
tampar
berlawan antara kumpulan.
Penyerahan score board dan kelas
ditamatkan.
Ada
perjumpaan
dengan
pengarah program pertandingan
yang akan kami anjurkan hanya
menyentuh sedikit pasal gerak
kerja, baju dan yuran sebanyak
RM 10 sahaja.
Pada minggu ini saya mempelajari
teknik latihan yang tidak pernah
saya lakukan untuk bermain bola
tampar.
Selain
itu
juga
saya
dapat
mengetahui kedudukan bola-bola
yang
selalu
saya
hanya
mendengarnya tetapi tidak tahu apa
yang diperkatakan.

Permainan bola tampar secara


seronok-seronok
ini
sangat
menghiburkan dan tidak memberi
sebarang tekanan kepada saya.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

6 APRIL 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI

Pada pagi tadi kelas dimulakan dengan


penerangan ujian yang akan dijalankan.
Setelah itu, sesi pemanasan badan yang
dimulakan dengan larian 2 kali pusingan
padang.
Setelah itu, bermula ujian amali bola
tampar dengan membuat servis sebanyak
sepuluh pukulan sebelah kanan
gelanggang menghantar kepada sebelah
kiri gelanggang lawan dan diikitu dengan
sepuluh servis di sebelah kiri dengan perlu
menghantar kepada gelanggang sebelah
kanan pihak lawan.
Kelas berakhir setelah markah diperolehi.

REFLEKSI

Saya mencuba buat dengan terbaik


walaupun sebelum ini saya kurang
berkemampuan untuk melakukan servis
sebanyak yang mungkin seperti ujian
tersebut tetapi saya tetap berasa puas hati
dengan
servis
tersebut
dan
ingin
melakukan yang lebih baik jika diberi
peluang sekali lagi.

MINGGU

HARI

SABTU

TARIKH

20 APRIL 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI


Pada pagi tadi kelas dimulakan dengan
sesi pemanasan badan yang dimulakan
dengan larian 2 kali pusingan padang.
Setelah itu, kami diberi bola untuk
membuat
latihan
degging
secara
berpasangan.
Kami juga diberi peluang untuk bermain
baling bola kepada rakan yang diketuai
oleh pensyarah.
Kelas tamat selepas perbincangan dengan
pengarah program mengenai kejohanan
yang dijalan.

AKTIVITI

REFLEKSI

Saya merasa seronok menghadiri kelas


pada hari ini. Saya dapat melakukan
dinging bersama rakan dengan baik dan
dapat membaiki cara saya menyambut
dan menghantar bola dengan baik. Saya
juga merasa gembira kerana dapat
bermain-main. Hal ini kerana saya kerap
berada
dihadapan
komputer
untuk
menyiapkan
tugasan,
apabila
dapat
bermain seperti itu tekanan tugasan tidak
terasa langsung.

MINGGU

HARI

AHAD

TARIKH

28 APRIL2013

TEMPAT

DEWAN BESAR UPSI

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

Kelas digantikan dengan larian


sempena Hari Bumi Hijau.
AKTIVITI

REFLEKSI

Saya merasa gembira kerana dapat hadir


ke Dewan Besar.
Saya merasakan bahawa saya rindu
untuk memengang dan bermain bola
tampar seperti minggu-minggu lalu.

MINGGU

10

HARI

SABTU

TARIKH

4 MEI 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

Kelas dibatalkan semperna hari


mengundi pada 5 Mei 2013.
AKTIVITI

Berasa sedih kerana masuk minggu kedua


tidak dapat bermain bola tampar dan
belajar teknik-teknik yang baru.
REFLEKSI

MINGGU

11

HARI

SABTU

TARIKH

11 MEI 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 10.00 PAGI

AKTIVITI

REFLEKSI

Seperti biasa kelas dimulakan dengan


larian 3 pusingan gelanggang dan
diteruskan dengan pemanasan badan.
Setelah itu, kami diberi bola untuk berlatih
menyangga secara berkumpulan.
Kami juga diajar cara melakukan rejaman
dan setting bola. Setiap orang berpeluang
melakukkannya tetapi hanya orang
tertentu sahaja mempunyai kemahiran
tersebut. Untuk melakukan rejaman bola
yang baik adalah bola no 2.
Setelah itu kami diberi peluang untuk
bermain bola tampar secara suka-suka dan
kelas ditamatkan.

Saya sangat teruja untuk melakukkan


rejaman tetapi malangnya saya masih
belum
dapat
melakukannya
dengan
sempurna mungkin kerana seya tidak
memiliki keyakinan untuk melakukannya.
Walaupun saya tidak boleh melakukannya
lagi tetapi saya masih tahu cara-cara
untuk membuat rajaman yang baik.
Saya sangat gembira kerana diberi
kesempatan untuk berlatih merejam dan
bermain bola tampar bersama rakan-rakan
yang lain.

MINGGU

12

HARI

SABTU

TARIKH

18 MEI 2013

TEMPAT

GELANGGANG BOLA TAMPAR

MASA

8.00 PAGI 2.00 PETANG

Pada hari ini kami menganjurkan

AKTIVITI

Kejohanan Bola Tampar tertutup UPSI


(Lelaki).
Pagi tersebut kami berkumpul dan
mengambil kedatangan.
Tepat jam 9.00 pagi pertandingan
dimulakan terdapat 6 kumpulan yang
bertanding.
Pertandingan berakhir pada pukul 1.30
tengah hari.
Setelah itu majlis penyampaian hadiah
dimulakan dengan bacaan doa, diikuti
dengan ucapan pengarah program dan
ucapan Encik Rusli bin Ahmad. Seterusnya
penyampaian kepada para pemenang
dimulakan dengan pemberian sijil kepada
peserta yang mendapat saguhati, diikuti
dengan tempat ketiga yang dimenangi
oleh team GKFC yang mendapat sijil dan
hamper, manakala tempat kedua
dimenangi oleh pasukan SUKSIS dan
tempat pertama dimenangi oleh Wakil
daripada pasukan Bola Tampar sendiri
yang mendapat sijil, hamper dan juga
medal.
Seterusnya, postmotem yang dilakukan
selepas majlis tersebut dijalankan.
Pengarah program memanggil nama yang
tidak bayar duit yang diminta diikuti
dengan permintaan setiausaha untuk
laporan setiap unit, dan majlis berakhir
dengan mengemas padang dan kawasan
sekitar.

REFLEKSI

Saya
daripada
AJK
Hadiah
dan
cenderahati,
kami
diarahkan
untuk
membuat sijil, hamper dan medal.
Pada mulanya saya ingin membeli hadiah
untuk Tetamu tetapi kami kekurangan
kewangan menyebabkan kami terpaksa
mengurangkan hadiah dan hanya hadiah
kepada peserta sahaja dapat diberikan.
Saya turut berasa gembira walaupun
menjadi AJK Hadiah dan Cenderahati tetapi
ditugaskan untuk membantu menjaga
garisan. Walaupun pekerjaan ini Nampak
mudah tetapi berada di padang ditengah
panas semenagnya sukar dan mencabar.
Segala pengalaman ini akan membantu
saya dalam pengurusan permaianan di
sekolah kelak.
Semoga segala yang berlaku dan yang
saya pernak lajani menjadi pegangan dan
peringatan kepada saya untuk terus maju
dan mempraktikkan ilmu yang saya
perolehi ini.
Dengan berkhirnya kelas bola tampar ini
tidak bereti berakhir permaianan ini
daripada kehidupan saya, saya memilih
bola tampar bukan kerana saya suka-suka
tetapi kerana saya ingin mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai permaianan
ini supaya saya dapat bermain dengan
lebih baik lagi kelak.
Saya ucapkan ribuan dan jutaan terima
kasih kepada Encik Rusli diatas tunjuk ajar
dan dedikasi beliau dalam mengajar kami
sepenjang semester ini dan tidak lupa juga
kepada intruktor kami Encik Saipul.

Lampiran

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA
_____________________________________________________________
KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPSI ( LELAKI )
_____________________________________________________________
TARIKH :
4 MEI 2013

TEMPAT :
GELANGGANG BOLA TAMPAR, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN :

KO BOLA TAMPAR CSG 2011,


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan


peruntukan kewangan daripada

pihakPusat Kokurikulum dengan tujuan

berikut:

i.

Memberi

motivasi

kepada

mahasiswa/i

agar

lebih

bersemangat
untuk menimba ilmu pengetahuan sepanjang pengajian di
universiti.

ii.

Mendapatkan kelulusan program dan peruntukan kewangan


daripada pihak pentadbiran Pusat Kokurikulum, Universiti
Pendidikan Sultan Idris..

2.0

PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan pihak pusat Kokurikulum, Universiti


Pendidikan Sultan Idris untuk Ko Bola Tampar (CSG 2011) :

I.

Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i untuk mengendalikan


kejohanan bola tampar.

II.

Meingkatkan kemahiran mahasiswa/i UPSI bukan sahaja dalam


bidang akademik tetapi bidang kokurikulum juga.

III.

Mengeratkan

hubungan

melaksanakan program ini.

silaturrahim

antara

mahasiswa/i

bagi

3.0

OBJEKTIF

I.

Meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa/i


yang bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik sahaja.

II.

Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan dengan ilmu


pengurusan dan pelaksanaan sesebuah program yang dirancang.

III.

Mencapai

matlamat

misi

dan

visi

universiti

dalam

melahirkanpendidik yang bitara.

4.0

JUSTIFIKASI

Program ini bertujuan untukmemberi pendedahan kepada mahasiswa/i


UPSI yang mengambil kokurikulum bola tampar untuk menguruskan
pertandingan bola tampar. Dengan adanya program seperti ini,dapat
membantu mahasiswa/i apa bila berada disekolah serta tidak kekok
apabila diberi tugasan untuk melaksanakan pertandigan bola tampar di
sekolah.Sesuai dengan misi dan visi universiti, program seumpama ini
akan menyuntik semangat daya saing dalam kalangan mahasiswa/i untuk
menjadi pendidik cemerlang dalam pelbagai bidang.

5.0

HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

i. Program

ini

mampu

mahasiswa/i

memberikan

apabila

diberikan

impak

positif

tugasan

kepada

mengelolakan

pertandingan bola tampar tidak berasa kekok.


ii. Program

ini

dapatmemberi

peluang

kepada

mahasiswa/i

untuk

meningkatkan kemahiran komunikasi dengan berinteraksi antara satu


sama lain tanpa mengira kaum.
iii. Program ini juga dapat membentuk keyakinan diri dan sikap berdikari
dalam kalangan mahasiswa/i sebagai bakal seorang pendidik.

6.0

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh

: 4 Mei 2013

Hari

: Sabtu.

Masa

: 7.30 pagi 5.00 petang.

Tempat Program

: Gelanggan Bola Tampar, Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

7.0

8.0

SENARAI TETAMU JEMPUTAN

I.

En. Rusli bin Ahmad

II.

Pengarah Pusat KO

KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

I.

Kolej Zaba

II.

Kolej Aminuddin Baki

III.

Kolej harun Aminurrashid

IV.

Kolej Ungku Omar

V.
VI.

Suksis

VII.

Palapes

VIII.

9.0

Unit Kediaman Luar kampus

Kumpulan Persendirian

TENTATIF PROGRAM

21 APRIL 2011 (SABTU)


08.00 pagi : Pendaftaran Peserta dan Pembahagian Kumpulan kecil
08.30 pagi : Pertandingan Peringkat Kumpulan
11.00 pagi : Rehat
11.30 pagi : Pertandingan Separuh Akhir
12.30 petang : Makan Tegahhari
2.00 petang : Pertandingan Akhir
3.30 petang : Ucapan
4.30 petang : Penyampaian Hadiah
5.00 petang : Bersurai

11.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat

EncikRusli Bin Ahmad

Pengarah Program
Tun Ahmad Hasanul Asyraf Bin Tun Mamat

Timbalan Pengarah
Norhidayahwati Binti Salim
Setiausaha
Fatin Fadwana Binti Mhd Safingi

Naib Setiausaha
Nurul Syahida Binti Sohaili

Bendahari
Nur Tasnim Binti Ismail

AJK Logistik
Muhamad Fadhli Bin Che Hassan
Muhammad Basitt Bin Yahya @ CheKar
Jasman Bin Ronie
Mardiana Binti Mat Ripin
Ros Binti Egong

AJK Makanan

Annur Hazirah Binti Abdullah


Sharifah Zainab Binti Syed Mikdam
NurulIzzah Binti Janom
Siti Sarah Binti Ibrahim
Muhammad Shazrin Bin Abdul Rahim

AJK Hadiah dan Sijil


Alnooraisza Ahmad
Siti Fairus Bt Ahmad
Nor Shafika Bt Abdullah
Siti Zubaidah bt Hamid
Nurzana Binti Lamyu

AJK Media dan Publisiti


Mohd Azwan Bin Mohd Yakof
Muhamad Hafifi Bin Mokhtar
NoridaIdayu Binti Mohamad Radzi
Nur Aniza Binti Abdul Satar
Mohd Azrin Bin Mohammad Rahim

AJK 3K
Mohamad Hanafi Bin Husin
Mohd Isamudin Bin Abdullah
Nurqatrunnada Haryanti Binti Abd Basir

Nur Fameiza Binti Hamsah


Nor Afiza Binti Zaini

AJK Pendaftaran
Dina Akmal Binti Zaini
Aina Asikin Binti Abdullah
Noor Hidayatullaili Binti Mohamed Sopafi
Nur Bazilah Binti Mohd Zaid

AJK Jemputan
Noor Izzati Husna Binti Ramli
Nurul Aizatu lAnisah Binti Che Nazri
Siti Nur Atikah Binti Mat Dusi
Umi Khalsum Binti Asmaon

AJK PersiapanTempat
Mohamad Aminuddin Bin Mohamad Ibrahim
Amirol Anuar Bin Abdul Halim
Mohamad Anuar Bin Din
Anisah Binti Mohd Haluan
Nor Azila Binti Mat Sidik

12.0 ANGGARAN KEWANGAN

12.1

PENDAPATAN (A)

HARGA (RM)

Pusat Kokurikulum, Universiti

JUMLAH (RM)

RM 1684.00

pendidikan Sultan Idris


JUMLAH PENDAPATAN (A)

12.2

RM 1684.00

PERBELANJAAN (B)

i.

Publisiti

- Banner

RM 80.00 1 unit

JUMLAH

ii.

RM 80.00
RM 80.00

Pentadbiran

- Telefon dan Faksimili


- Percetakan
(, sijil, kad jemputan, flyers)

RM 20.00

RM 20.00

RM 50.00

RM 50.00

JUMLAH
RM 70.00

iii.

Hadiah dan Cenderhati

- Medal
- Hamper kumpulan

RM 6.00 x 24

RM 144.00

RM 50.00 x 10

RM 500.00

JUMLAH

iv.

RM 644.00

Makanan dan Jamuan

- Makanan
(peserta dan ajk)

RM 8.00 90 orang

RM 720.00

RM 10.00 2 orang

RM 20.00

- makanan VIP

JUMLAH

RM 740.00

12.3

JUMLAH KOS PERBELANJAAN

12.4

KONTIGENSI

(10%

daripada

RM 1534.00

RM 153.40

RM150.00

jumlah kos keseluruhan)

12.5

JUMLAH KOS KESELURUHAN

RM 1684.00

PERBELANJAAN (B)

12.6

JUMLAH PENDAPATAN (A)


(-)

JUMLAH

PERBELANJAAN

(B)

13.0 KEPERLUAN PERALATAN

RM 1684.00
RM 1684.00

RM 0.00

1) Gelanggang Bola Tampar


2) 10 Buah Meja
3) Score Board
4) Peti Kecemasan
5) 5 biji Bola Tampar

14.0 PENUTUP

Harapan kami semoga program yang akan dilaksanakan ini yakni


Kejohanan Bola Tampar Tertutup UPSI Lelaki mendapat kerjasama dan
kelulusan daripada pihak pentadbiran. Program yang dianjurkan ini akan
memberikan impak yang besar dalam mengeratkan hubungan sesama
mahasiswa/i. Selain itu, kemahiran bekerjasama dan berorganisasi juga
dapat digunakan dan dipupuk oleh barisan pengelola dan pelaksana
program ini apabila menjalankan gerak kerja pada masa hadapan.
Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak Pusat Kokurikulum, Universiti
Pendidikan Sultan Idris kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

Tun Ahmad Hasanul Asyraf Bin Tun Mamat,


Pengarah Program,
Kejohanan Bola Tampar Tertutup UPSI
Lelaki,
Ko Bola Tampar CSG 2011,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan :.............................................
..
Tarikh

Disokong oleh :

: ............................................

..
En. Rusli bin Ahmad,
Tenaga Pengajar,
Ko Bola Tampar CSG 2011,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak.
Tandatangan :....................................

Disemak oleh :

Tarikh
:....................................
Pusat Kokurikulum,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan :.............................................
..
Tarikh

Disemak dan diluluskan oleh :

: ............................................

..
Pegawai Pusat Kokurikulum,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Peruntukan kewangan yang diluluskan

35900 Tanjong Malim, Perak.

oleh Pegawai Pusat Ko:


Tandatangan :.............................................
RM :............................................

..
Tarikh
..

: ............................................

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


BOLA TAMPAR (TERTUTUP UPSI)

1.

Pemain adalah dikalangan Pelajar UPSI sahaja yang mengikut kumpulan yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.

2.

Tarikh perlawanan bermula pada 18 Mei 2013 jam 8.30 pagi.

3.

Perlawanan ditentukan dengan 1 set kemenangan secara terus dengan mata


penamat 30 point diperingkat permulaan liga (15 point tukar gelanggang). Peringkat
separuh akhir bermain dengan mata 25 dengan 2 set kemenangan.

4.

Pasukan akan dibahagikan dengan 2 kumpulan

A dan B. Pertandingan akan

dijalankan secara liga 1 pusingan dalam kumpulan. Johan dan naib johan dari setiap
kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir secara bersilang dimana Johan A
akan bertemu Naib Johan B dan Naib Johan A akan bertemu Johan B. Pemenang di
peringkat separuh akhir akan bertemu diperlawanan akhir bagi menentukan johan
dan naib johan, sementara kedua-dua pasukan kalah akan bermain untuk tempat
ketiga dan keempat.

5.

8 orang pemain dan 1 orang pengurus sahaja yang didaftarkan.

6.

Kelewatan 15 minit akan dikira kalah dengan mata 30 0 / 25 - 0.

7.

Jessi bernombor perlu dipakai pada setiap perlawanan (Sekiranya ada).

8.

Sekiranya hujan atau ada bencana lain yang tidak membolehkan pertandingan
dijalankan atau diteruskan selepas 1 jam, perlawanan akan ditunda pada hari yang
ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

9.

Sekiranya perlawanan sudah dijalankan dengan kemenangan atau kekalahan


dengan 1 set dan ketika itu perlawanan tidak dapat diteruskan disebabkan hujan
atau bencana lain perlawanan seterusnya akan diadakan semula dengan mata 0 0
dan seterusnya.

10.

Mata permainan tidak akan disambung sekiranya perlawanan itu dihentikan lebih 1
jam disebabkan hujan atau bencana lain.

11.

Bantahan tidak digalakkan. Sekiranya ada bantahan setiap pengurus hendaklah


membuat surat bantahan kepada penganjur sebelum satu jam setelah tamat
perlawanan.

12.

Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 13 Mei 2013 (Isnin)
kepada Tun Ahmad Hasanul Asyraf Bin Tun Mamat ( 019-4525908 )

13.

Cabutan undian pada 15 Mei 2013 (RABU) di DEWAN KOLEJ ZABA pada jam 8.30
malam-9.30 malam.

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPSI 2013

PASUKAN

PENGURUS

NO. HP

Bil
1.
2.
3.
4.
5
6.
7.
8.

NAMA

NO.MATRIK

-------------------------------------Tandatangan Pengurus Pasukan

-----------------------Tarikh

Anda mungkin juga menyukai