Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU Kontestual

Pengumuman

o Pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman kepada orang ramai. o Sesuatu pengumuman biasanya dibuat secara spontan dan mengandungi sesuatu maklumat terkini atau perkembangan sesuatu peristiwa yang terbaru. o Pengumuman biasanya dibuat untuk kumpulan sasaran tertentu sahaja.

CIRI-CIRI PENGUMUMAN Mengandungi isi yang tegas dan tepat kepada maksud. 2. Sebaik-baiknya mengandungi satu atau dua perkara yang penting sahaja. 3. Bersifat ringkas tetapi padat (satu atau dua perenggan sahaja). 4. Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima oleh umum.

5. Ayat pasif sering digunakan untuk memelihara sifat keobjektifan. 6. Disampaikan dengan lancar, tidak meleret-leret dan berbalik-balik. 7. Sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik.

Contoh pengumuman
1. Tuan-tuan dan puan-puan. Sila ambil perhatian. Kereta api Ekspres Rakyat yang menuju ke utara akan bertolak dalam tempoh 10 minit lagi. Penumpang-penumpang yang belum menaiki kereta api tersebut sila turun ke Platform 1.

2. Ini ialah satu pengumuman untuk jalan raya yang menuju ke Segamat, Johor.

Jalan Gemas-Segamat di Kilometer 8 telah dinaiki air setinggi 1 meter dan telah ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang ingin pergi ke selatan dinasihatkan supaya menggunakan jalan Muar-Batu Pahat. Harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai