Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS DAN DISKRISPI RINGKAS

Juara Pertandingan Hiis Peringkat Negeri 2022


HIIS KAADAPAN, PONGIAT-KIAT OM POG’KORINGAU

01. SINOPSIS

Masyarakat Dusun Bundu yang banyak terdapat dii sekitar kawasan kaki Gunung Kinabalu
mewarisi pelbagai jenis Hiis dan sehingga kini masi didendangakan dalam upacara dan
perkumpulan tertentu. Himpunan hiis yang biasanya akan didendangkan sebelum tidur,
semasa mendodoikan, dalam mimpi dan dalam perkumpulan (semasa bermain) kanak-
kanak, masih dilantunkan oleh sesetengah masyarakat bagi membantu proses
mendodoikan anak kecil.

Beberapa hiis sesuai dengan latar waktu malam dan masa untuk tidur dipilih
dalam persembahan kali ini. Diawali dengan hiis yang bertajuk Tulan-togogo, umum akan
dapat menghayatai dan memahami fenomena gerhana bulan dijadikan sebagai subjek
awalan yang akhirnya diumpamakan bulan “hilang”: dunia menjadi gelapa pada satu
ketika adalah disebabkan oleh sang Naga telah menelannya bulan purnama. Metafora
bulan ditelan naga merupakan ungkapan umum satu ketika dahulu yang membawa
maksud manusia adakalnya akan hilang akal kerana panik dengan keadaan dunia secara
perlahan-lahan menjadi gelap.

Peristiwa gerhana bulan sering dirujuk sebagai misteri yang harus digeruni
dan ditakuti sehingga membuat pendengar hiis/cerita ingin mengetahuai lebih lanjut
misteri lain yang wujud di persekitaran. Hiis kedua yang bertajuk Monuntura merupakan
dodoyan yang dinyanyikan semasa seorang budak ingin bermain-main di pangkuan kaki
sebelum menutup mata untuk tidur. Aksi mengangkak-angkat anak kecil menggunakan
kaki merupakan respon fizikal yang membenarkan si anak menunggangi sambil diangkat-
angkat dan akhirnya disendengkan ke kiri atau kanan. Ketikan fizikal si anak jatuh ke lantai
ia mendakan waktu untuk tidur sudah sampai.

Mendodokin anak kecil yang masih perlu didukung memerlukan teknik


ayunan badan dan dodoyan yang khusus. Hiis Pandong Kupandong merupakan alunan
khusus yang biasan dinyanyikan semasa anak kecil yang sedang digendong atau didukung.
Bebrapa versis alunan pongiat-kiat1 dipilih yang menujukkan kehebatan senandung tanpa
lirik membantu dalam proses melelapkan anak kecil.

Tangon-tangon yang biasanya diceritakan ketikan si anak dalam posisi


berbaring dan sedia untuk melelapkan mata turut menyelitkan elemen hiis yang
bermelodi. Sinompuri merupakan antara lain hiis yang terdapat dalam tangon-tangon
Sinompuri Tanak Dii Bambarayon. Hiis digunakan untuk merangkumkan kisah keluarga
Bambarayon yang mempunyai banyak anak namu seorang daripadanya dilahirkan dan
dibesarkan di dunia Sang Matahari. Cerita ini singkat namun hiis yang dinyanyikan
menunjukkan betapa uniknya keluarga Bambarayon terutamanya anak mereka yang
dipanggil sinompuri kerana apabila dia diizinkan turun ke bumi untu berjumpa dengan
adik beradiknya yang ramai. Mereka sangat terkejut dan rasa diancam kerana Sinompuri

1
Aksi mendodoikan anak dengan senandung

1
begitu sempurna dan cantik. Tangon-tangon selalalunya diakhiri dengan misteri atau
peristiwa mengejut bagi mengaktifkan tanda-tanya dalam minda pendengar.

Hiis tidak hanya tertumpu semasa mendodoikan anak sahaja. Nasihat yang
diselitkan dan ditujukan kepada anak yang sedang membeser selalu didendangkan agar
maksud nasihat difahami. Pomilin merupakan ungkapan langsung yang bermaksu
memberi nasihat. Perumpamaan menanam sesuatu tanaman dijadikan rujukan bagi
memberikan gambaran dan saranan kepada anak yang sedang membesar agar sentiasa
berhati-hati dan tidak memilih untuk riak dalam kehidupan. Inti nasihat yang selalunya
disemat dalam hiis sentiasa dikaitkan dengan hubungan antara perempuan dan lelaki
tidak boleh dijalin secara bebas dan tidak menghormati pantang larang.

Edisi kali ini menampilkan Kosingohuan sebagai hiis terakhir yang


merangkumkan fasa hidup seseorang yang diawali dengan kelahiran sehingga usia senja.
Sorotan usian dikaitkan dengan baju tradisi hitam yang dikenali sebagai Aabaya dengan
menyebut ciri baju tersebut bermula dari bahagian kepala sehingga ke kaki. Susunan
tersebut disusun seumpamanya kerana usia senja akan berakhir dengan kematian dan
kaki adalah bahagian tubuh yang sentiasa menyentuh tanah yang kita ketahuai tempat
persemadian fizikal manusia apabila nafas telah terhenti.

02. HIMPUNAN HIIS TERPILIH


Paparan dalam bentuk video boleh dilihat melalui patform Youtube:

Copy & Past tajuk ini: JUARA🏆HIIS🏆Negeri Sabah 2022 | SK BUNDU


TUHAN

Atau klik ke link ini: https://youtu.be/-A4pSnesu5k

03. SUMBER HIIS2

2
Kimbi Pindah, 82 Tahun |Rose Patia Girok, 83 Tahun | Catrine Binti Yukin@Catarine,59 Tahun

Anda mungkin juga menyukai