Anda di halaman 1dari 83

PENDAHULUAN

PENGENALAN
Ilmu Matematik merupakan salah satu bidang ilmu yang luas dan
sentiasa diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian kita. Pendidikan
Matematik amat menekankan konsep, fakta, kemahiran memahami,
mengaplikasi, menganalisis dan menilai dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Matematik tahun 4 (2014), mata pelajaran Matematik menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran murid. Justeru itu, mata
pelajaran Matematik merupakan komponen yang wajib dipelajari oleh setiap
pelajar agar dapat merealisasikan kepentingan Matematik dalam kehidupan
seharian.

Bidang geometri dan ruang merupakan salah satu bidang yang


terkandung dalam KSSR Matematik yang harus dipelajari oleh murid dalam
pendidikan asas di sekolah selama enam tahun. Murid Tahun Satu hingga
Tahun Tiga mengikuti bidang pembelajaran geometri dan ruang merangkumi
tajuk panjang, isi padu cecair, bentuk dua dimensi, dan bentuk tiga dimensi.
Manakala murid Tahun Empat hingga Tahun Enam pula mempelajari tajuk
ruang yang lebih sukar, iaitu tajuk berkaitan sudut, garis selari, garis serenjang,
perimeter dan luas serta isi padu pepejal (Bahagian Perkembangan Kurikulum,
2014). Tajuk Perimeter merupakan salah satu tajuk yang harus dikuasai oleh
setiap murid Tahap 2 kerana tajuk tersebut merupakan pengenalan kepada
tajuk luas dan isi padu.

Menurut Manivannan Subramaniam (2017), Hirstein, Lamb dan Osborne


(1978) dan Ma (1999) mendapati bahawa murid sekolah rendah dan calon guru
keliru tentang perkaitan antara ukuran perimeter dengan luas, iaitu menganggap
perimeter berkadaran terus dengan luas. Huang & Witz (2009) pula
menjelaskan bahawa pengajaran yang tidak menekankan konsep rumus luas
mengakibatkan salah faham antara peraturan ukuran perimeter dengan luas, di
mana peraturan ukuran perimeter digunakan untuk mencari ukuran luas. Di
Malaysia, kajian tentang ukuran perimeter, luas, dan isi padu belum dijalankan
secara meluas dan mendalam, di mana kebanyakan fokus kajian hanya
melibatkan pensampelan murid sekolah menengah dan lebih bertumpu kepada
pembinaan dan keberkesanan perisian pembelajaran (Tan, 2000). Sehubungan
itu, pengetahuan mendalam tentang perimeter masih berkurangan dan ini
mewujudkan jurang kajian dalam tajuk tersebut. Justeru, fenomena ini telah
mendorong kajian ini untuk dijalankan.

KONTEKS

Pengkaji merupakan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


yang telah menjalani program praktikum fasa 2 selama tiga bulan di salah
sebuah sekolah kebangsaan di Kangar, Perlis. Pengkaji merupakan pelajar
PISMP Matematik di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan ditugaskan
mengajar Matematik semasa praktikum. Di sekolah tersebut, terdapat 450 orang
murid dengan pelbagai latar belakang keluarga. Pengkaji telah ditugaskan untuk
mengajar tajuk Perimeter dan Luas murid Tahun 4C yang berpencapaian
rendah. Pembelajaran tajuk Perimeter dan Luas tersebut memerlukan murid
untuk menentukan perimeter segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan
poligon.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa 2, pengkaji mendapati


bahawa murid sering melakukan kesilapan dalam mengira perimeter. Antaranya
ialah, murid tidak menambah panjang sisi yang tidak dinyatakan. Contohnya,
jika hanya panjang satu sisi bentuk segiempat sama diberikan, iaitu berukuran 4
cm, maka jawapan perimeter yang ditulis oleh murid ialah 4 cm. Sedangkan,
pengkaji telah berulangkali menegaskan untuk menulis panjang setiap sisi
sebelum mengira perimeter. Namun, murid terus mengira perimeter dengan
tidak menambah panjang sisi yang tidak diberikan dalam soalan. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan perimeter dengan betul.
Selain itu, beberapa murid yang diajar oleh pengkaji sering keliru antara
konsep perimeter dan luas. Mereka mendarab panjang sisi yang diberikan untuk
mengira perimeter. Sedangkan, pengkaji telah berkali-kali menyatakan bahawa
perimeter bermaksud ukuran keliling sesuatu bentuk. Seharusnya, murid tidak
membuat kesilapan dengan menukar konsep perimeter dan luas. Apabila murid
sukar membezakan konsep perimeter dan luas, maka murid akan mengira
perimeter dengan operasi pendaraban, dan bukan operasi penambahan. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran mengira perimeter
bentuk gabungan dengan betul. Sedangkan, pengkaji telah cuba memberikan
pengalaman pembelajaran yang menarik dengan menyediakan bentuk-bentuk
2D yang menarik, tetapi masalah-masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.
Hasil dapatan kajian oleh Norfarahin Izzati dan Tengku Zawawi (2015) turut
menyatakan bahawa faktor penggunaan operasi yang tidak tepat iaitu operasi
darab, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan murid membuat
kesilapan dalam menyelesaikan soalan perimeter.

Pelbagai persoalan timbul di dalam minda setelah pengkaji meneliti


masalah-masalah yang pengkaji hadapi. Apakah yang patut pengkaji lakukan
untuk membantu murid mempelajari serta menguasai kemahiran mengira
perimeter? Majoriti murid Tahun 4C sering menunjukkan sikap kurang minat
terhadap tajuk Perimeter. Ada di kalangan mereka yang bercakap, bermain dan
kurang memberi tumpuan semasa pengkaji mengajar. Malah, ada juga murid
yang tidak menyiapkan latihan dan lembaran kerja yang diberikan. Alasan yang
sering diberikan ialah mereka tidak faham tajuk Perimeter dan tajuk Perimeter
sangat susah untuk dipelajari. Ini membuktikan bahawa murid-murid kurang
berminat untuk belajar dan menyebabkan mereka tidak dapat memahami tajuk
Perimeter dengan sepenuhnya. Hal ini bertepatan dengan hasil kajian Noor
Erma, & Leong (2014), di mana dalam kajian tersebut, pengkaji mendapati
bahawa minat mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid.

Apakah tindakan yang harus diambil oleh pengkaji untuk mengatasi


masalah-masalah ini? Persoalan yang timbul dalam diri pengkaji menyebabkan
pengkaji telah memilih masalah ini untuk dijadikan isu kajian tindakan pengkaji,
dan pengkaji amat mengharapkan agar kajian ini dapat membantu
meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam tajuk perimeter.
FOKUS KAJIAN
PEMILIHAN FOKUS KAJIAN
Terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam refleksi pengajaran
dan pembelajaran yang lalu. Namun, pengkaji hanya akan memfokuskan kajian
ke arah penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran mengira perimeter.
Perimeter dapat ditakrifkan sebagai ukuran panjang keliling sesuatu objek,
kawasan, atau rajah (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Berdasarkan tinjauan awal,
pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kesilapan murid dalam mengira
perimeter berpunca daripada murid tidak menguasai konsep perimeter. Setiap
murid perlu menguasai konsep perimeter agar mereka dapat menyelesaikan
masalah mengira perimeter sesuatu bentuk dengan betul.

Oleh itu, pengkaji memfokuskan kajian untuk membantu meningkatkan


kemahiran murid dalam mengira perimeter dengan menggunakan intervensi
yang dikenali sebagai multimedia interaktif Superhero Cilik. Intervensi ini amat
diharapkan dapat membantu murid yang lemah konsep perimeter dengan
menyediakan bahan visual yang dapat memudahkan murid memahami konsep
perimeter. Malah, murid juga diharapkan dapat mengikuti langkah yang betul
dalam mengira perimeter selepas penggunaan intervensi.

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Terdapat beberapa kriteria yang menyebabkan pengkaji memilih isu tersebut


sebagai fokus kajian. Antaranya ialah aspek kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.

Kebolehtadbiran

Multimedia interaktif Superhero Cilik adalah mudah untuk diuruskan kerana ia


adalah berasaskan cakera padat. Multimedia interaktif Superhero Cilik mudah
untuk disediakan dan memerlukan kos yang minimum. Selain itu, penggunaan
multimedia interaktif Superhero Cilik yang ringan dan mudah dibawa ke mana-
mana, ia memudahkan pengkaji untuk menggunakan multimedia interaktif
Superhero Cilik bagi menyampaikan konsep perimeter terhadap murid di mana-
mana tempat di sekolah.

Kepentingan

Kajian tindakan ini penting bagi meningkatkan tahap kemahiran murid dalam
mengira perimeter. Murid perlu menguasai kemahiran mengira perimeter kerana
tajuk perimeter akan dipelajari sehingga Tahun 6. Maka, bagi membantu dan
memudahkan murid menguasai kemahiran mengira perimeter, pelbagai
alternatif termasuklah multimedia interaktif Superhero Cilik perlu diperkenalkan
kepada murid. Sekiranya maklum balas positif dihasilkan melalui kajian ini,
maka intervensi yang dilaksanakan boleh dikongsi dengan guru-guru Matematik
di sekolah tersebut untuk diaplikasikan dalam pengajaran tajuk perimeter.
Malah, pengkaji juga dapat mengimplemestasikan intervensi ini dalam PdP
setelah pengkaji bergelar seorang guru kelak.

Kebolehgunaan

Selain dapat meningkatkan kemahiran mengira perimeter, intervensi ini juga


dapat digunakan untuk membantu murid mengenal ciri-ciri bentuk seperti segi
empat sama, segi empat tepat, segi tiga, pentagon, heksagon dan bentuk
poligon yang lain. Murid dapat mempelajari konsep perimeter berulang kali di
bilik darjah melalui penyoalan dan perbincangan.

Kawalan

Dari segi kawalan peserta kajian, mereka dipilih daripada kelas yang diajar oleh
pengkaji. Oleh kerana pengkaji telah mengenali sikap peserta kajian, maka lebih
mudah untuk pengkaji mengawal disiplin peserta kajian sepanjang pelaksanaan
kajian. Dari segi kawalan tempoh pelaksanaan kajian, pengkaji boleh
menggunakan waktu PdP untuk melaksanakan intervensi kerana tajuk perimeter
merupakan antara tajuk yang diajar semasa pengkaji melalui praktikum.
Seandainya tempoh PdP tidak mengizinkan, maka pengkaji boleh
menggunakan waktu rehat peserta kajian untuk melaksanakan intervensi agar
pengkaji dapat menjalankan kajian tanpa mengganggu waktu guru yang lain.
Kolaboratif

Kolaborasi dijalankan antara pengkaji, pihak sekolah dan penyelia. Kolaborasi


dengan pihak sekolah yang dimaksudkan di sini adalah melibatkan pihak
pentadbir, guru kelas, guru matapelajaran dan guru-guru lain. Kolaborasi
bersama pihak sekolah adalah sangat penting semasa menjalankan kajian agar
kajian dapat dilaksanakan dengan lancar. Memandangkan kajian ini dijalankan
pada waktu persekolahan, maka kebenaran untuk menjalankan kajian
dimaklumkan pada sesi pertemuan hari pertama bersama pihak pentadbir.
Kolaborasi bersama penyelia pula memberi ruang kepada pengkaji untuk
mendapatkan pandangan individu yang lebih berpengetahuan dan
berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan. Berdasarkan pendapat
yang diberikan oleh penyelia, pengkaji dapat melakukan beberapa
penambahbaikan ke atas kajian.

Kerelevanan kepada sekolah

Kerelevanan multimedia interaktif Superhero Cilik dapat dibuktikan melalui


lembaran kerja dan buku latihan murid. Masalah berkaitan kemahiran mengira
perimeter dapat diatasi secara berperingkat. Pihak sekolah akan mendapat
manfaat yang besar jika kajian ini berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam
mengira perimeter.

PENGUMPULAN DATA AWAL


Pengkaji telah melaksanakan beberapa kaedah pengumpulan data kajian, iaitu
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dalam mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh murid ketika mengira perimeter. Pengumpulan data awal
yang dilakukan adalah seperti berikut :

ANALISIS DOKUMEN (Ujian Diagnostik 1)

Bagi peringkat awal, lembaran kerja tajuk perimeter telah diberikan


kepada 25 orang murid tahun 4C agar dapat mengenalpasti sejauhmana murid
menguasai kemahiran mengira perimeter. Lembaran kerja diberikan bagi
menentukan murid yang sesuai untuk dijadikan peserta kajian berdasarkan
penguasaan mereka terhadap tajuk perimeter. Instrumen yang digunakan ialah
set soalan lembaran kerja (Lampiran A), di mana bilangan item adalah
sebanyak enam soalan. Kesemua item yang disediakan merupakan soalan-
soalan yang melibatkan pengiraan perimeter. Item-item yang disediakan
meliputi bentuk-bentuk 2D yang pelbagai. Item 1 dan Item 4 melibatkan bentuk
segiempat sama dan segiempat tepat. Manakala Item 2 dan Item 3 melibatkan
bentuk segitiga. Seterusnya, bagi Item 5 dan Item 6 melibatkan bentuk poligon,
iaitu pentagon dan heksagon. Lembaran kerja murid telah dinilai agar jenis-jenis
kesilapan murid dapat dianalisis dan direkodkan. Beberapa murid yang
melakukan kesilapan dalam mengira perimeter telah dipertimbangkan untuk
dipilih sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan antara jenis kesilapan
murid yang dikenalpasti :

Jadual 1

Jenis kesilapan murid

Bil Kesilapan Bilangan murid


1. Mengira perimeter tanpa mendapatkan 9
ukuran setiap sisi
2. Mengira perimeter menggunakan operasi 6
pendaraban
3. Kecuaian menambah perimeter 2
4. Tiada kesilapan 10

Berdasarkan jadual 1, terdapat 10 orang murid sahaja yang tidak


melakukan kesilapan dalam mengira perimeter manakala 17 orang murid yang
lain masih tidak menguasai kemahiran mengira perimeter dengan melakukan
pelbagai kesilapan. Sebanyak enam orang murid membuat kesilapan dengan
mengira perimeter menggunakan operasi pendaraban. Sebagai contoh, murid
mengira perimeter segiempat tepat dan segitiga kaki sama dengan mendarab
dua nilai sisi yang diberikan sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa murid masih
keliru antara konsep perimeter dan luas (Machaba, 2016). Malah, kajian Pien,
Weng, & Tuo (2013) turut menekankan bahawa isu kekeliruan murid bagi tajuk
perimeter dan luas ini merupakan isu yang harus ditangani agar tidak
menjejaskan kefahaman murid bagi tajuk geometri yang lebih mendalam.

Seterusnya, majoriti murid seramai sembilan orang membuat kesilapan


dalam mengira perimeter tanpa mendapatkan ukuran setiap sisi. Menurut hasil
kajian Noor Erma, & Leong (2014), sikap dan minat menentukan pencapaian
murid dalam sesuatu bidang. Murid yang menyalin semula soalan pada ruangan
jawapan tanpa sebarang pengiraan jelas membuktikan bahawa murid tersebut
tidak berminat dengan tajuk perimeter. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai konsep perimeter sekaligus menyebabkan mereka kurang mahir
dalam mengira perimeter. Kesannya, murid lebih cenderung untuk menulis apa
sahaja jawapan bagi menyelesaikan soalan yang diberikan.

Semasa murid menjawab lembaran kerja yang diberikan, pengkaji telah


memilih empat orang peserta kajian. Pemilihan dibuat berdasarkan cara
pengiraan murid yang ditulis pada lembaran kerja. Pengkaji telah melaksanakan
analisis dokumen dengan menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh
peserta kajian. Pengkaji telah merujuk senarai semak analisis dokumen yang
mengandungi empat langkah penyelesaian iaitu langkah satu, menandakan titik
permulaan pengiraan perimeter, langkah dua, mendapatkan ukuran setiap sisi
dengan betul, langkah tiga, menambah semua sisi dengan betul, dan langkah
empat, menulis jawapan akhir dengan betul.

Rajah 1 menunjukkan antara contoh kesilapan yang dapat dikenal pasti oleh
pengkaji sepanjang menganalisis lembaran yang diberikan kepada peserta
kajian ialah
Rajah 1. Hasil lembaran kerja PK1

Rajah 1 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh PK1 dalam


menyelesaikan lembaran kerja. PK1 didapati tidak menggunakan operasi yang
sesuai dalam mengira perimeter ketiga-tiga bentuk tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa PK1 masih lemah dalam menguasai konsep perimeter
sehingga menyebabkannya melakukan kesilapan tersebut.

Rajah 2. Hasil lembaran kerja PK2

Rajah 2 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh PK2 dalam


menyelesaikan lembaran kerja. PK2 didapati tidak mendapatkan ukuran setiap
sisi sebelum mengira perimeter bentuk-bentuk tersebut. PK2 hanya mengira
ukuran yang diberikan sahaja. Oleh itu, PK2 tidak memperolehi jawapan akhir
yang betul. Jelaslah bahawa tahap penguasaan PK2 dalam konsep perimeter
masih lemah dan perlu ditingkatkan.

Rajah 3. Hasil lembaran kerja PK3.

Rajah 3 menunjukkan hasil lembaran kerja PK3 dalam mengira


perimeter. PK3 didapati tidak berjaya menjawab Item 2, 3, dan 4 dengan betul.
Terdapat dua kesilapan yang dikenalpasti oleh pengkaji, iaitu PK3 tidak
mendapatkan ukuran setiap sisi sebelum mengira perimeter dan keliru dengan
operasi yang perlu digunakan untuk mengira perimeter. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa PK3 memerlukan satu pendekatan baharu untuk
meningkatkan tahap penguasaannya bagi perimeter.

Rajah 4. Hasil lembaran kerja PK4.

Rajah 4 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh PK4 dalam


menyelesaikan lembaran kerja. Berdasarkan jawapan PK4 pada bentuk
pentagon dan heksagon, pengkaji mendapati bahawa PK4 mengetahui nilai
ukuran yang tidak dinyatakan. Namun, penguasaan konsep perimeter yang
lemah menyebabkan PK4 hanya menambah dua sisi sahaja. Justeru itu, PK4
tidak mendapatkan ukuran bagi sisi yang lain. Kesannya, PK4 tidak memperoleh
jawapan akhir yang betul. Jelaslah bahawa tahap penguasaan PK4 dalam
konsep perimeter masih lemah dan perlu diberi perhatian.

Keputusan analisis dokumen ini menunjukkan bahawa penguasaan murid


dalam tajuk perimeter masih lemah. Oleh itu, satu kaedah alternatif yang
mampu membantu mereka hendaklah diperkenalkan agar mereka berupaya
untuk menguasai tajuk perimeter dengan baik.

PEMERHATIAN

Pemerhatian juga merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam


pengumpulan data. Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku murid. Kaedah pemerhatian dilakukan oleh
pengkaji semasa murid menyiapkan lembaran kerja untuk mengenalpasti
langkah pengiraan murid dalam mengira perimeter. Pemilihan peserta kajian
dilakukan dengan memerhatikan murid yang bermasalah dalam menyiapkan
Ujian Diagnostik 1 berdasarkan langkah pengiraan perimeter yang ditunjukkan.
Bimbingan daripada guru tidak diberikan semasa murid menjawab lembaran
kerja yang diberikan.

Pengkaji turut menanda senarai semak yang disediakan dengan melihat


respon daripada peserta kajian semasa menjawab soalan yang diberikan.
Lampiran A telah melampirkan senarai semak pemerhatian yang digunakan
oleh pengkaji untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengumpulan
data. Konstruk pemerhatian ini ditanda (/) apabila peserta kajian menjawab
semua soalan dengan betul dan ditanda (x) walaupun hanya terdapat hanya
satu soalan yang dijawab salah daripada kesemua enam soalan yang diberikan.
Pengkaji memerlukan konstruk-konstruk ini sebagai garis panduan semasa
membuat pemerhatian. Malah, pengkaji turut menggunakan bantuan perakam
video untuk memudahkan pengkaji membuat pemerhatian. Jadual 2
menunjukkan hasil analisis data melalui senarai semak berdasarkan konstruk
pemerhatian yang telah dilaksanakan.
Jadual 2

Hasil Analisis Tinjauan Awal- Pemerhatian

Konstruk Catatan PK1 PK2 PK3 PK4


pemerhatian
1 Memulakan pengiraan X X X X
perimeter
2 Mendapatkan panjang bagi X X X X
sisi yang tidak dinyatakan
3 Menambah semua sisi / X X X X
Mendarab bagi sisi yang
sama panjang
4 Menulis jawapan akhir X X X X
yang tepat
Catatan masa (minit) 8.5 11.0 9.5 9.0

Hasil analisis yang telah dilaksanakan didapati peserta kajian telah melakukan
beberapa kesilapan dan kecuaian. Kesilapan-kesilapan tersebut dapat
diringkaskan seperti berikut:

i. Kesilapan menggunakan operasi


ii. Kesilapan mengira perimeter tanpa mendapatkan ukuran setiap sisi

Daripada tinjauan awal ini, semua peserta kajian didapati sangat


bermasalah di mana hampir setiap satu senarai semak dipenuhi dengan (X)
yang membuktikan penguasaan murid yang lemah dalam mengira perimeter.
Hasil pemerhatian pengkaji mendapati bahawa peserta kajian tidak
mendapatkan ukuran setiap sisi semasa mengira perimeter. Hal ini
menyebabkan mereka menulis semula atau menambah atau mendarab ukuran
yang diberikan sahaja untuk mendapatkan jawapan. Justeru itu,mereka tidak
dapat mengira perimeter dengan betul dan memberikan jawapan yang salah.
Di samping itu, melalui pemerhatian yang dilakukan juga, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian pengkaji keliru dengan operasi yang perlu
digunakan dalam mengira perimeter. Mereka mengetahui bahawa perimeter
boleh dikira menggunakan samada operasi tambah atau darab. Namun, mereka
kurang jelas penggunaan operasi yang sesuai bagi mengira perimeter bentuk-
bentuk tertentu. Kecuaian mereka dalam mendapatkan ukuran yang tidak
diberikan turut menyebabkan mereka keliru dengan operasi yang perlu
digunakan dalam mengira perimeter.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa fokus utama yang perlu


dilakukan adalah meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk perimeter
dengan memastikan murid menguasai Kod 2 dan Kod 3. Murid perlu mahir
dalam mendapatkan ukuran sisi yang tidak diberikan serta menggunakan
operasi yang sesuai untuk mengira perimeter dengan betul. Oleh itu, satu
tindakan perlu dilakukan untuk membantu peserta kajian.

TEMU BUAL

Temu bual tidak berstruktur telah dilaksanakan kepada murid yang


kelihatan bermasalah dalam menyiapkan lembaran kerja. Tujuan temu bual
sebelum intervensi ini dilakukan adalah untuk mengutip maklumat tentang
pandangan murid terhadap lembaran kerja yang diberikan serta mengupas isu
yang dihadapi oleh murid. Selain itu, temu bual dilaksanakan agar pengkaji
dapat mengenalpasti punca murid menggunakan langkah yang tertentu dalam
menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Antara contoh soalan temu bual :

- Apa pandangan kamu tentang lembaran kerja yang diberikan ?


- Mengapakah kamu menggunakan cara ini untuk menjawab soalan ini?

Setelah dianalisis (rujuk lampiran F), seramai dua orang peserta kajian
menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui operasi yang perlu dilakukan
untuk mengira perimeter. Hal ini demikian kerana, perimeter merupakan satu
tajuk yang mempunyai konsep yang tersendiri seperti konsep geometri yang
lain. Oleh yang demikian, murid kebiasaannya kurang menguasai dan
memahami tajuk ini walaupun sudah berulang kali diajar.

Jadual 3

Hasil Analisis Temu Bual Tinjauan Awal

Peserta kajian Hasil temu bual Kod


PK1 Saya tak reti cikgu. Saya keliru nak 3
tambah ka nak darab.
PK2 Tak fahamlah cikgu dia nak suruh buat 1
apa.
PK3 Saya tak suka tajuk ni sebab saya tak 2
faham. Dia ada panjang cm ni susah
nak kira.
PK4 Saya taktaulah cikgu. Tajuk ni susah 2
(sambil menggaru kepala). Saya tak
suka.

Kod Kategori Bilangan peserta


kajian
1 Tidak faham/ tidak tahu 1
2 Tidak suka 2
3 Keliru 1

Jadual 3 menunjukkan hasil temu bual bersama peserta kajian apabila


pengkaji menanyakan pandangan terhadap soalan yang diberikan. Pengkaji
mendapati bahawa seorang peserta kajian tidak faham soalan yang diberikan,
dua orang peserta kajian pula menyatakan bahawa tidak suka soalan yang
diberikan dan seorang lagi peserta kajian perpendapat bahawa soalan tersebut
mengelirukan.
Pengkaji turut meminta setiap peserta kajian untuk menerangkan
mengenai cara yang mereka gunakan bagi menyelesaikan soalan yang diberi.
Analisis temu bual (lampiran G) dan jadual merupakan jawapan temu bual bagi
soalan temu bual kedua serta refleksi yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.

Jadual 4

Hasil Analisis Tinjauan Awal-Temu bual

Peserta kajian Hasil temu bual Refleksi pengkaji


PK1 Saya tak ingat kena darab ka Pengkaji mendapati
tambah. Semua soalan ni saya bahawa peserta kajian ini
darab ja (sambil sengih). tidak menguasai konsep
perimeter. Oleh itu, peserta
kajian ini keliru dengan
operasi yang perlu
digunakan untuk mengira
perimeter.
PK2 Saya tak ingat cikgu. Saya tulis Peserta kajian ini didapati
balik panjang yang dia bagi. seolah-olah tidak berminat
dengan tajuk perimeter.
Oleh itu, peserta kajian ini
menulis semula ukuran
panjang sisi yang diberikan
sebagai jawapan.

PK3 Ada soalan yang saya tambah, Berdasarkan temu bual,


ada yang saya darab. Tapi ada peserta kajian ini didapati
soalan yang dia bagi satu ja mengira perimeter tanpa
panjang. Saya taktau nak kira mendapatkan ukuran sisi
macamana. yang tidak diberi.
Walaupun begitu, peserta
kajian ini tahu bahawa
perimeter boleh dikira
menggunakan operasi
tambah dan darab.
PK4 Saya hentam ja. Saya rasa kena Pengkaji mendapati
tambah tapi ada yang takdak bahawa peserta kajian ini
panjang. Sebabtu saya tambah masih tidak menguasai
dua nombor yang dia bagi ja. Tapi tajuk perimeter. Oleh itu,
saya rasa darab pun boleh juga. peserta kajian ini
Kelirulah cikgu. menambah dua sisi sahaja.
Namun, peserta kajian ini
mengetahui bahawa
perimeter boleh
diselesaikan menggunakan
operasi tambah dan darab.

PK1 menyatakan bahawa dia telah mempelajari tajuk ini tetapi dia
masih belum dapat menjawabnya dengan betul. Oleh itu, bagi mengatasi isu
ketidakfahaman murid walaupun tajuk ini telah dipelajari berulang kali, satu
intervensi perlu diperkenalkan bagi membantu murid untuk mudah
menguasainya dengan baik. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa
terdapat di antara peserta kajian yang mengira perimeter tanpa mendapatkan
nilai panjang sisi yang tidak diberikan. Berdasarkan analisis temu bual yang
telah dibuat, pengkaji mendapati PK3 sememangnya lemah dalam menguasai
konsep perimeter. Oleh itu, PK3 tidak berusaha untuk mendapatkan nilai sisi
yang tidak dinyatakan untuk mengira perimeter sekaligus menyebabkannya
tidak mahir mengira perimeter.

Dapatan kajian ini telah menyokong dapatan yang diperoleh oleh


Mohd Uzi, Noor Shah, Mohd Faizal, & Qismullah (2016) yang menyatakan
bahawa guru perlu memastikan murid menguasai konsep sebelum
memperkenalkan sesuatu kemahiran. Bukan itu sahaja, semua respon peserta
kajian apabila ditanya mengenai pandangan terhadap soalan yang diberikan
adalah negatif. Hasil daripada temu bual menunjukkan terdapat peserta kajian
yang menyatakan bahawa dia hanya menulis apa yang terlintas semasa
menjawab lembaran kerja yang diberikan. Hal ini kerana peserta kajian
bertanggapan bahawa soalan yang diberikan adalah sangat sukar. Oleh itu,
kesemua soalan yang dijawab adalah salah. Kesalahan demi kesalahan yang
telah dibuat oleh murid telah menyebabkan PK4 tidak menyukai tajuk ini. Hal ini
menyebabkan peserta kajian ini tidak berminat dan sering mengeluh apabila
diberikan soalan mengenai tajuk ini.

Berdasarkan analisis transkrip temu bual, pengkaji dapat menyimpulkan


bahawa hanya PK3 dan PK4 sahaja mempunyai sedikit gambaran mengenai
pengiraan perimeter walaupun pemahaman konsep perimeter masih lemah.
Jawapan yang diberikan oleh PK3 dan PK4 menunjukkan seolah-olah mereka
mempunyai gambaran bahawa perimeter dapat diselesaikan menggunakan
operasi tambah dan darab. Namun begitu, mereka didapati masih lagi keliru
dengan langkah yang perlu dilaksanakan. Manakala, PK1 dan PK2 pula
didapati langsung tidak menguasai konsep perimeter.

Tuntasnya, dapatan tinjauan awal menunjukkan bahawa peserta kajian


mengalami masalah dalam mengira perimeter iaitu:

1. Kesilapan menggunakan operasi yang sesuai


2. Kesilapan mengira perimeter tanpa mendapatkan ukuran setiap sisi

Kesimpulannya, keempat-empat peserta kajian masih lemah dalam


menguasai tajuk perimeter. Oleh itu, mereka melakukan kesilapan-
kesilapan dalam mengira perimeter. Menurut Majita (2017), murid perlu
mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu konsep geometri
atau bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh murid melalui aktiviti
manipulatif yang memberikan peluang kepada murid untuk meneroka
pemahaman mereka tentang konsep geometri tersebut. Oleh itu, satu
pendekatan yang sesuai perlu diperkenalkan kepada murid bagi
meningkatkan kemahiran murid dalam mengira perimeter.
TINDAKAN
Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mengumpul data kajian. Kaedah
kualitatif dapat membolehkan pengkaji menerangkan peristiwa secara holistik
dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi (Kevin,
2018). Bagi kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan data hasil analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data-data tersebut dikumpul untuk
menilai kesan penggunaan multimedia interaktif Superhero Cilik seperti yang
ditetapkan dalam objektif kajian. Murid melibatkan diri sebagai peserta kajian
bagi proses pengumpulan data.

MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

Semasa pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji memilih untuk merujuk


Model Penyelidikan Kemmis dan McTaggart (1988). Berdasarkan Buku Manual
Kajian Tindakan Edisi Ketiga, model ini mengandungi empat fasa iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Rajah 5 menerangkan
langkah kajian tindakan berdasarkan model ini :

Rajah 5. Gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)


Langkah pertama menurut model ini ialah mereflek. Pada langkah ini,
pengkaji menjalankan refleksi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil refleksi pengkaji telah
menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah bagi tajuk perimeter. Justeru
itu, pengkaji berminat untuk memilih isu kesukaran murid menguasai kemahiran
mengira perimeter untuk dijadikan kajian.

Langkah seterusnya ialah merancang. Setelah pengkaji mengenalpasti


masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji dikehendaki untuk menyediakan
satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Pengkaji telah
merancang beberapa tindakan yang akan dilaksanakan terhadap peserta kajian
sebelum kajian dilakukan. Langkah ini amat penting dalam menentukan garis
panduan pengkaji untuk mengumpul data. Langkah ini juga membantu pengkaji
untuk merancang kaedah intervensi yang akan dilakukan terhadap murid bagi
mengatasi isu yang telah dikenalpasti. Multimedia interaktif Superhero Cilik telah
diaplikasikan bagi kajian ini untuk membantu mengatasi isu kesukaran murid
menguasai kemahiran mengira perimeter.

Bagi langkah bertindak, pengkaji melakukan analisis dokumen,


pemerhatian dan dan temu bual seperti yang dirancang untuk mengumpul data.
Pengkaji telah merekodkan segala data yang diperoleh untuk dianalisis.
Pengkaji turut memperkenalkan dan memberi bimbingan penggunaan
multimedia interaktif Superhero Cilik bagi setiap sesi yang dilaksanakan setiap
dua kali seminggu selama 30 minit.

Selesai langkah bertindak, pengkaji membuat refleksi untuk menilai


kesan penggunaan multimedia interaktif Superhero Cilik terhadap kemahiran
murid mengira perimeter. Refleksi yang dilaksanakan adalah bergantung
kepada data yang diperoleh melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu
bual. Refleksi kendiri turut dilakukan oleh pengkaji untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan pengkaji semasa pelaksanaan kajian.

Akhir sekali, pengkaji menyatakan cadangan dan tindakan selanjutnya


bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul semasa pelaksanaan kajian.
Selain itu, cadangan penambahbaikan dinyatakan agar pengkaji dapat
menambahbaik multimedia interaktif Superhero Cilik semasa di kitaran 2.

MULTIMEDIA INTERAKTIF SUPERHERO CILIK

Secara umum, multimedia merupakan perantaraan dalam pembelajaran


yang mengkombinasikan teks, video, suara dan animasi dalam sebuah perisian
komputer yang interaktif. Berdasarkan dapatan kajian Abdul Rasid,
Norhashimah, & Shamsudin (2012), penggunaan grafik pelbagai bentuk dan
warna serta gaya penulisan yang tidak membosankan melalui multimedia
interaktif dapat menyampaikan isi kandungan yang kompleks dan sukar
difahami kepada murid dalam suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Justeru itu, pengkaji telah menghasilkan satu intervensi yang
dikenali sebagai Superhero Cilik. Pengkaji telah menambahkan elemen animasi
untuk pergerakan-pergerakan dan muzik untuk meningkatkan minat murid.
Video-video pembelajaran perimeter yang dihasilkan oleh pengkaji sendiri turut
dijadikan intipati produk.

Menerusi video-video tersebut, pengkaji telah memasukkan teknik


pengiraan perimeter dengan mudah, di mana setiap bentuk seperti bentuk
segiempat sama, segitiga, pentagon dan lain-lain ditunjukkan langkah pengiraan
secara berasingan. Terdapat empat langkah pengiraan yang ditunjukkan bagi
memudahkan murid mengira perimeter, iaitu :

1. Tandakan titik mula dan titik akhir


2. Dapatkan ukuran panjang setiap sisi
3. Tambah semua panjang sisi atau darab jika panjang setiap sisi sama
4. Dapatkan jawapan akhir

Pengkaji yakin bahawa dengan memperkenalkan empat langkah pengiraan


tersebut, kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh peserta kajian
semasa mengira perimeter dapat dielakkan. Malah, melalui Multimedia interaktif
Superhero Cilik, peserta kajian turut didedahkan konsep perimeter
menggunakan grafik serta animasi yang menarik agar mereka dapat memahami
konsep perimeter dengan lebih jelas.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Peringkat 1: Memperkenalkan Superhero Cilik


Pengkaji memeberi penerangan tentang Superhero Cilik. Pengkaji turut
menunjukkan langkah-langkah penggunaan Superhero Cilik.

Peringkat 2: Penerokaan Superhero Cilik


Pengkaji memberi peluang kepada peserta kajian untuk menggunakan sendiri
Superhero Cilik. Peserta kajian dikehendaki meneroka konsep perimeter dan
langkah-langkah pengiraan perimeter bagi pelbagai bentuk 2D.

TEORI YANG DIGUNAKAN

Kandungan multimedia interaktif Superhero Cilik dapat mempelbagaikan


kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping menyediakan suasana
pembelajaran yang berbeza kepada murid. Teori konstruktivisme merupakan
yang digunakan oleh pengkaji bagi menghasilkan tindakan yang sesuai untuk
meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk perimeter. Menurut Mohd Fuad,
Marina, Rosnah, & Nordin (2016), teori konstruktivisme merupakan pendekatan
pembelajaran yang digunakan bagi membolehkan murid mempelajari sesuatu
berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Teori konstruktivisme ialah satu teori
pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an.

Antara prinsip asas teori konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh


murid sendiri. Berdasarkan teori tersebut, murid perlu membina pengetahuan
dengan menggunakan daya pemikiran sendiri, dan tidak bergantung kepada
guru semata-mata. Justeru, guru berperanan penting untuk menggalakkan
pelbagai aktiviti ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran sebagai satu
proses bagi murid untuk membina pengetahuan sendiri.
Prinsip yang seterusnya ialah guru bertindak sebagai fasilitator dalam
proses pembinaan pengetahuan murid. Guru hanya dikehendaki untuk
membimbing murid, dan bukannya memindahkan ilmu pengetahuan secara
terus kepada murid. Tanggungjawab guru adalah sekadar menyediakan garis
panduan yang sesuai bagi merangsang pemikiran murid sekaligus
memudahkan murid untuk membina pengetahuan sendiri. Hal ini selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan murid
membina pengetahuan sendiri bagi melahirkan idea baru selaras dengan
matlamat melahirkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis (Syahida,
2015).

Justeru, melalui multimedia interaktif ini, murid diberikan peluang untuk


meneroka Superhero Cilik mengikut arah kendiri. Dengan isi kandungan yang
lengkap, murid dapat menggunakan multimedia interaktif Superhero Cilik untuk
mempelajari sendiri konsep perimeter dan langkah pengiraan perimeter bagi
setiap bentuk 2D. Arahan dan bahasa yang jelas dalam multimedia interaktif
Superhero Cilik juga dapat memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa
memerlukan bantuan guru. Dalam erti kata lain, tindakan yang dihasilkan oleh
pengkaji ini merupakan bahan interaktif di mana murid berinteraksi dengan
bahan tersebut sahaja tanpa memerlukan bantuan guru selaras dengan
matlamat pembelajaran abad ke-21.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;

 Meningkatkan penguasaan murid dalam topik perimeter menggunakan


multimedia interaktif Superhero Cilik.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;

 Sejauhmanakah multimedia interaktif Superhero Cilik dapat


meningkatkan penguasaan murid dalam topik perimeter?
PESERTA KAJIAN

Peserta kajian tindakan ini merupakan murid Tahun 4C (bukan nama


sebenar) dari sebuah sekolah kebangsaan di Kangar, Perlis. Empat murid saya
yang terdiri daripada dua murid lelaki dan dua murid perempuan telah dipilih
sebagai peserta kajian melalui Ujian Diagnostik yang dilaksanakan. Empat
murid tersebut dapat dikategorikan sebagai murid yang belum menguasai
kemahiran perimeter walaupun telah mengenali bentuk-bentuk 2D. Bagi
memudahkan pengumpulan dan penganalisisan data kajian, empat murid
tersebut dinamakan sebagai PK1, PK2, PK3 dan PK4.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama peserta kajian, pengkaji


mendapati keempat-empat peserta kajian ini merupakan penduduk sekitar yang
menetap berhampiran sekolah. Kesemua mereka berasal daripada keluarga
yang bertaraf sederhana dan mereka didapati tidak mengikuti mana-mana kelas
tambahan berbayar di luar.
PELAKSANAAN KAJIAN
PELAKSANAAN KAJIAN

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Multimedia interaktif Superhero Cilik adalah tindakan yang dilaksanakan bagi
meningkatkan penguasaan murid bagi topik perimeter dan menambah baik
amalan pengajaran pengkaji dan pada masa yang sama meningkatkan
pemahaman konsep perimeter serta kemahiran mengira perimeter para peserta
kajian agar mereka dapat menyelesaikan mana-mana soalan yang melibatkan
perimeter.

Jadual menunjukkan langkah mempelajari perimeter menggunakan multimedia


interaktif Superhero Cilik :

Jadual 6

Langkah Penggunaan Superhero Cilik

Rajah Penerangan
Langkah 1 : Murid membuka menu
untuk melihat kandungan Superhero
Cilik.

Rajah 6. Menu utama Superhero Cilik


Langkah 2 : Murid menekan butang
‘MISI’ untuk melihat tajuk
pembelajaran.

Rajah 7. Misi Superhero Cilik


Langkah 3 : Murid kembali pada
menu dan tekan butang ‘JOM
BELAJAR PERIMETER’. Murid perlu
menonton video yang disediakan.

Rajah 8. Gambaran video ‘JOM


BELAJAR PERIMETER’
Langkah 4 : Murid kembali pada
menu dan murid boleh memilih
perimeter bentuk yang ingin
dipelajari. Setiap bentuk diasingkan
dalam video yang berbeza..

Rajah 9. Gambaran video bagi setiap


bentuk yang berbeza
Langkah 5 : Melalui setiap video,
murid ditegaskan langkah-langkah
pengiraan perimeter dengan betul.

Rajah 10. Langkah pengiraan perimeter


Langkah 6 : Selesai menonton setiap
video, murid perlu menekan butang
menu untuk kembali dan memilih
butang ‘MISI BERJAYA’.

Rajah 11. Video ‘MISI BERJAYA’


JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Tindakan telah dilaksanakan selama 3 bulan semasa pengkaji menjalani


praktikum fasa dua. Jadual 7 menunjukkan carta gantt pelaksanaan kajian yang
telah dilaksanakan :

Jadual 7

Carta Gantt Pelaksanaan Kajian

SEPTEMBER
JULAI 2019 OGOS 2019 2019

BIL PERKARA M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

Memberi ujian
diagnostik kepada
1 peserta kajian

Analisis ujian
diagnostik peserta
2 kajian

Temu bual peserta


3 kajian

Memperkenalkan
multimedia
interaktif Superhero
4 Cilik

Memberi
bimbingan dan
latihan
5
berdasarkan
multimedia
interaktif Superhero
Cilik

Memberikan ujian
diagnostik kepada
6 peserta kajian

Analisis ujian
diagnostik peserta
7 kajian

Temu bual peserta


8 kajian

Analisis data
pemerhatian dan
9 temu bual

10 Kitaran 2

Pengkaji telah melaksanakan tindakan dengan melibatkan murid-murid


Tahun 4 di sebuah sekolah di negeri Perlis. Tindakan telah sebanyak dua kali
seminggu, selama 30 minit. Ujian diagnostik telah diberikan sebagai tindakan
yang pertama untuk memilih peserta kajian bagi memenuhi kriteria peserta
kajian yang telah ditetapkan. Malah, hasil ujian diagnostik telah digunakan untuk
membandingkan hasil kerja peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan
intervensi. Semasa murid menyiapkan ujian diagnostik, pemerhatian turut
dilaksanakan untuk mengetahui langkah yang digunakan oleh murid bagi
mengira perimeter. Catatan masa turut dilakukan untuk merekod masa yang
diambil oleh murid untuk menyiapkan ujian diagnostik. Setelah pengkaji
menganalisis ujian diagnostik murid, pengkaji telah memilih peserta kajian untuk
ditemu bual agar dapat menentukan sebab murid melakukan kesilapan semasa
mengira perimeter.

Setelah analisis ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual


dilaksanakan oleh pengkaji, maka pengkaji bercadang untuk memilih 4 orang
murid sahaja sebagai peserta kajian. Peserta kajian diperkenalkan dan
didedahkan dengan penggunaan multimedia interaktif Superhero Cilik selama
empat minggu berturut-turut. Peserta kajian digalakkan untuk meneroka sendiri
multimedia interaktif Superhero Cilik yang disediakan. Hal ini agar dapat
memberi kefahaman terhadap murid sepenuhnya tentang intervensi ini serta
untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengira perimeter. Pengkaji juga
telah memberikan bimbingan yang sepenuhnya tentang kaedah intervensi ini.

Selesai memperkenalkan dan mendedahkan multimedia interaktif


Superhero Cilik, peserta kajian diberikan ujian diagnostik yang sama seperti
sebelum ini. Ujian diagnostik diberikan kepada peserta kajian bertujuan agar
dapat menilai sejauhmana Superhero Cilik dapat meningkatkan penguasaan
peserta kajian dalam topik perimeter. Sepanjang peserta kajian menyiapkan
ujian diagnostik, pengkaji turut melakukan pemerhatian. Seterusnya, pengkaji
menganalisis hasil ujian diagnostik peserta kajian dan menemu bual peserta
kajian untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap kaedah intervensi ini.
Analisis secara kualitatif bagi dapatan analisis dokumen, temu bual dan
pemerhatian telah dilaksanakan oleh pengkaji setelah semua data berjaya
dikumpul.

Akhir sekali, pengkaji melakukan refleksi kendiri berdasarkan pencapaian


objektif kajian ini. Pengkaji turut melihat kekuatan dan kelemahan yang timbul
sepanjang pelaksanaan kajian. Berpandukan kelemahan yang dikenalpasti
semasa kajian dilakukan, cadangan penambahbaikan diberikan agar tindakan
seterusnya dapat dilaksanakan pada kitaran kedua.
ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN

Sepanjang pelaksanaan kajian, pengkaji akan menggunakan pelbagai bahan


dan peralatan. Kos perbelanjaan pelaksanaan kajian seperti yang dirancang
adalah seperti berikut :

Jadual 7

Kos Kajian

KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
BIL JENIS BAHAN KOS

2 Kertas A4 80 gsm 1 RM 10.00 RM 10.00

3 Printer Cartridge (dakwat 2 RM 30.00 RM 60.00


pencetak)

4 Fotokopi bahan dan 100 RM 0.10 RM 10.00


laporan kajian

5 Buku Catatan 1 RM 2.00 RM 2.00

JUMLAH RM 82.00
PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA

Bagi mengumpul hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan secara


terperinci, tindakan pengumpulan data harus dilakukan. Menurut Chan Yaw
Jong (2011), satu kaedah yang popular yang digunakan untuk menyemak
kebolehpercayaan data kualitatif ialah triangulasi. Triangulasi bermaksud
penggunaan pelbagai sumber data, penyelidik, kaedah pemungutan data dan
analisis (Bailey 2007; Merriam 2001; Othman Lebar 2006). Triangulasi dapat
mengesahkan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan di samping meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data berbentuk kualitatif iaitu dengan
memperoleh data daripada sumber yang berbeza.

Oleh itu, pengkaji telah mengaplikasikan teknik triangulasi untuk


mengumpul dan menyemak data. Pelbagai kaedah pengumpulan data yang
dilakukan oleh pengkaji untuk mengenalpasti sejauh mana kesan penggunaan
multimedia interaktif Superhero Cilik dapat membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam mengira perimeter. Jadual di bawah menunjukkan kaedah analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual yang akan dilakukan oleh pengkaji
sebagai kaedah pengumpulan data.

PEMERHATIAN

ANALISIS DOKUMEN TEMU BUAL

Rajah 12. Triangulasi kaedah pengumpulan data


ANALISIS DOKUMEN

Menurut Bowen (2009), analisis dokumen adalah prosedur yang sistematik


untuk mengkaji atau menilai dokumen, samada bahan bercetak ataupun
elektronik. Seperti kaedah pengumpulan data yang lain dalam penyelidikan
kualitatif, analisis dokumen memerlukan data yang diperiksa dan ditafsirkan
untuk mendapatkan makna, memperoleh pemahaman, dan mengembangkan
pengetahuan empirikal. Oleh kerana pengkaji ingin menilai kemahiran murid
dalam mengira perimeter, maka pengkaji telah memberikan ujian diagnostik
kepada murid sebelum dan selepas penggunaan multimedia interaktif
Superhero Cilik.

Ujian Diagnostik 1 (Lampiran C) telah diberikan kepada murid untuk


dijawab sebelum intervensi diperkenalkan. . Tujuan ujian diagnostik 1 diberikan
kepada murid adalah untuk memilih peserta kajian yang melakukan kesilapan
dalam mengira perimeter. Selain itu, ujian diagnostik 1 diberikan kepada murid
agar pengkaji dapat membuat perbandingan terhadap kemahiran murid dalam
mengira perimeter sebelum dan selepas penggunaan intervensi. Penilaian ujian
diagnostik telah dihuraikan secara deskriptif. Hasil data dapat menunjukkan
kesilapan-kesilapan yang dilakukan murid semasa mengira perimeter.

Ujian Diagnostik 2 pula telah diberikan kepada peserta kajian sahaja


setelah intervensi diperkenalkan dan didedahkan. Ujian ini telah diberikan
setelah bimbingan penggunaan multimedia interaktif Superhero Cilik oleh
pengkaji. Pengkaji telah membuat perbandingan untuk menentukan sama ada
intervensi yang diperkenalkan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
mengira perimeter atau sebaliknya. Hasil ujian diagnostik peserta kajian telah
disemak oleh pengkaji mengikut rubrik ujian diagnostik (Lampiran D). Rubrik
digunakan bagi kajian ini untuk memudahkan pengkaji menilai tahap kemahiran
murid dalam mengira perimeter.
PEMERHATIAN

Penyelidikan kualitatif merujuk kepada kajian yang dijalankan melalui


pemerhatian yang teliti (Ang Kean Hua, 2016). Pemerhatian yang teliti dapat
menghasilkan analisis tentang tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid serta
pengkaji juga dapat melihat langkah pengiraan perimeter yang dilakukan oleh
murid dan masa yang direkod semasa murid menyiapkan ujian diagnostik 1.
Selepas intervensi diperkenalkan, hasil data pemerhatian, iaitu sikap, tingkah
laku, serta langkah pengiraan perimeter yang dilakukan oleh peserta kajian dan
masa yang direkod bagi menyiapkan ujian diagnostik 2 dikutip.

Bagi menilai samada Superhero Cilik membantu meningkatkan


kemahiran murid dalam mengira perimeter, pengkaji juga telah membuat
pemerhatian semasa murid menyelesaikan ujian diagnostik 1 dan 2 dengan
bantuan alatan teknikal seperti merakamkan pemerhatian dengan
menggunakan alat instrumen seperti borang senarai semak pemerhatian
(Lampiran A dan Lampiran B), dan alat elektronik seperti perakam video.
Pelaksanaan kaedah pemerhatian secara langsung ini turut diterangkan dalam
artikel Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data. Hasil pemerhatian
melalui gambar dan rakaman video dapat membantu pengkaji menilai secara
terperinci perkembangan kemahiran murid dalam mengira perimeter sebelum
dan selepas intervensi.

Borang senarai semak pemerhatian (Lampiran A dan Lampiran B)


mengandungi beberapa aspek pemerhatian yang berkaitan dengan langkah
pengiraan perimeter seperti yang ditunjukkan melalui multimedia interaktif
Superhero Cilik. Hal ini agar pengkaji dapat menilai sejauh mana peserta kajian
mampu menyelesaikan ujian diagnostik menggunakan intervensi yang
diperkenalkan. Catatan masa turut direkodkan untuk membandingkan masa di
bahagian dapatan kajian.
TEMU BUAL

Dari aspek penyelidikan kualitatif, temu bual adalah aktiviti mewawancara


sebilangan kecil responden untuk meneroka perspektif mereka tentang idea
atau situasi tertentu. Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah temu
bual tidak berstruktur untuk menemu bual peserta kajian sebelum, semasa dan
selepas multimedia interaktif Superhero Cilik didedahkan. Sebelum intervensi
diperkenalkan, pengkaji telah menemu bual murid untuk mengenal pasti
kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mengira perimeter. Semasa
intervensi didedahkan, pengkaji telah menemu bual peserta kajian tentang
perasaan murid terhadap intervensi. Selepas pelaksanaan intervensi, pengkaji
telah menemu bual peserta kajian tentang pandangan mereka tentang
intervensi yang diperkenalkan. Tujuan utama temu bual dilakukan adalah agar
pengkaji dapat menilai sejauh manakah multimedia interaktif Superhero Cilik
dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk perimeter.

Kaedah temu bual berstruktur digunakan oleh pengkaji untuk menemubual


peserta kajian. Antara soalan yang telah digunakan oleh pengkaji ialah:

1. Apakah pandangan anda tentang Superhero Cilik ?

2. Bagaimana Superhero Cilik membantu anda menguasai perimeter ?

Temu bual ini dijalankan secara individu di mana setiap individu diperuntukkan
masa lebih kurang 10 minit bagi menjawab soalan daripada pengkaji. Sesi temu
bual ini telah dijalankan selama dua hari. Pada hari pertama seramai dua orang
peserta kajian telah ditemu bual manakala pada hari kedua, dua orang peserta
kajian pula melalui sesi ini.

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Jadual 8

Matriks Analisis Data Kualitatif

KAEDAH INSTRUMEN CARA ANALISIS DATA


Analisis Lembaran kerja Rubrik pemarkahan
Dokumen
Pemerhatian Senarai semak Senarai semak pemerhatian
pemerhatian

Temu bual Transkrip temu bual Kekerapan tema/ Koding

ANALISIS DOKUMEN

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), pengumpulan data melalui analisis


dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah
yang dikaji. Analisis dokumen bagi kajian ini terdiri daripada hasil ujian
diagnostik 2.

Bagi menganalisis hasil kerja murid dalam ujian diagnostik tersebut,


konstruk pengukuran pencapaian telah digunakan sebagai panduan kepada
pengkaji seperti di jadual 9. Konstruk tersebut telah dibina berpandukan kepada
langkah pengiraan yang diperkenalkan melalui multimedia interaktif Superhero
Cilik. Berdasarkan konstruk ini, pengkaji dapat melihat sejauh mana peserta
kajian dapat mengaplikasikan langkah yang telah diperkenalkan apabila
menjawab soalan yang melibatkan perimeter.

Jadual 9

Konstruk Pengukuran Pencapaian

Konstruk Perincian

K1 - Langkah 1 Menandakan titik permulaan pengiraan perimeter


K2 - Langkah 2 Mendapatkan ukuran setiap sisi dengan betul
K3- Langkah 3 Menambah semua sisi dengan betul
K4 - Langkah 4 Menulis jawapan akhir
Konstruk pengukuran pencapaian tersebut dijadikan garis panduan kepada
pengkaji dalam menyediakan rubrik analisis huraian deskriptif bagi
memudahkan proses menyemak ujian diagnostik peserta kajian. Justeru itu,
semasa proses penilaian dan penskoran dilakukan, pengkaji hanya perlu
mengikuti rubrik seperti Jadual 10.

Jadual 10.
Rubrik Analisis Huraian Deskriptif Ujian Diagnostik

Langkah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

Langkah 1 Menandakan Menandakan Menandakan Tidak


titik permulaan titik permulaan titik permulaan menandakan
pengiraan pengiraan pengiraan titik permulaan
perimeter. perimeter. perimeter. pengiraan
perimeter
Langkah 2 Mendapatkan Mendapatkan Mendapatkan Tidak
ukuran setiap ukuran ukuran mendapatkan
sisi dengan sekurang- sekurang- ukuran setiap
betul kurangnya kurangnya sisi dengan
dua sisi satu sisi betul
dengan betul dengan betul
Langkah 3 Menambah Menambah Menambah Tidak
semua sisi sekurang- sekurang- menambah
dengan betul kurangnya kurangnya semua sisi
dua sisi satu sisi dengan betul
dengan betul dengan betul
Langkah 4 Menulis Melakukan Melakukan Tidak menulis
jawapan akhir satu kesilapan dua kesilapan jawapan akhir
dengan betul dalam menulis dalam menulis
jawapan akhir jawapan akhir
Setiap konstruk tersebut diberikan skor mengikut tahap pencapaian murid iaitu
nilai sifar untuk lemah, nilai satu untuk sederhana dan nilai tiga untuk cemerlang
berpandukan rubrik.

PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian telah dipilh oleh pengkaji untuk mengenalpasti


kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mengira perimeter.
Kaedah pemerhatian dilkasanakan semasa peserta kajian sedang menyiapkan
ujian diagnostik. Terdapat beberapa aspek yang telah dikenalpasti bagi
memudahkan pengkaji mengumpul data melalui kaedah pemerhatian. Antara
aspek utama yang perlu diperhatikan oleh pengkaji ialah tahap kemahiran murid
dalam mengira perimeter selepas multimedia interaktif Superhero Cilik
diperkenalkan. Pengkaji berhasrat untuk menilai sama ada peserta kajian
mempraktikkan langkah-langkah yang betul dalam mengira perimeter semasa
menyiapkan ujian diagnostik ataupun sebaliknya. Malah, masa yang diambil
untuk peserta kajian menyiapkan ujian diagnostik turut direkodkan
menggunakan bantuan alatan seperti jam randik untuk mencatatkan masa yang
tepat.

Pengkaji juga akan menentukan samada peserta kajian masih


memerlukan bimbingan guru ataupun tidak, melalui kaedah pemerhatian
semasa murid menyiapkan ujian diagnostik. Sekiranya peserta kajian tidak
memenuhi aspek yang diperhatikan, maka peserta tersebut akan dibimbing
semula. Di bahagian catatan, sikap serta tingkah laku peserta kajian semasa
menyiapkan ujian diagnostik akan dihuraikan secara ringkas dan padat.
Walaupun begitu, pengkaji masih akan menggunakan perakam video dan
kamera untuk memudahkan pengkaji melakukan analisis data selepas proses
pemerhatian tamat. Malah, senarai semak pemerhatian telah disediakan dan
dilampirkan di Lampiran B bagi memudahkan pengkaji.

Akhir sekali, data bagi kaedah pemerhatian terhadap peserta kajian akan
dianalisis dan dimasukkan ke dalam bentuk sebuah jadual bagi memudahkan
pengkaji membuat perbandingan dan analisis data. Jadual 7 menunjukkan cara
pelaksanaan analisis data yang akan dilakukan terhadap kesemua peserta
kajian berdasarkan senarai semak pemerhatian.

Jadual 11

Cara Analisis Data Bagi Kaedah Pemerhatian

Bil Aspek R1 R2 R3 R4 R5
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1. Menandakan
titik
permulaan
pengiraan
perimeter
2. Mendapatkan
ukuran setiap
sisi dengan
betul
3. Menambah
semua sisi
dengan betul
4. Menulis
jawapan akhir
5. Memerlukan
bimbingan
guru
6. Catatan
masa

Huraian hasil pemerhatian telah dikumpul bagi setiap peserta kajian untuk
memudahkan pengkaji untuk menilai adakah intervensi yang diperkenalkan
dapat membantu meningkatkan kemahiran mengira perimeter atau sebaliknya.
TEMU BUAL

Pengkaji telah menemu bual peserta kajian menggunakan kaedah temu


bual berstruktur. Tujuan temu bual dilakukan adalah untuk mendapatkan
pandangan murid tentang penggunaan multimedia interaktif Superhero Cilik
serta perasaan murid setelah menggunakan intervensi ini. Hal ini agar pengkaji
boleh mendapatkan maklumat sejauh mana kesan penggunaan multimedia
interaktif Superhero Cilik. Justeru itu, soalan-soalan telah disediakan oleh
pengkaji dan soalan yang sama akan dijawab setiap peserta kajian. Respons
dan jawapan peserta kajian akan dicatatkan dan dihuraikan semula oleh
pengkaji secara terperinci. Berikut merupakan soalan yang digunakan oleh
pengkaji :

1. Apa pandangan kamu tentang Superhero Cilik ?


2. Bagaimana multimedia interaktif Superhero Cilik dapat membantu kamu
mengira perimeter ?
3. Langkah apakah yang kamu gunakan semasa mengira perimeter ?
Mengapa?
DAPATAN KAJIAN
KITARAN PERTAMA

Analisis dan Interpretasi Data


Penganalisisan data merupakan satu proses yang sistematik bagi
mencari dan menyusun maklumat daripada transkrip-transkrip temu bual, nota
lapangan dan bahan-bahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan
kefahaman terhadap maklumat tersebut (Bowen, 1992). Melalui maklumat yang
dianalisis, pengkaji dapat mengetahui keberkesanan kajian yang saya jalankan
dan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud.

Malah, Alis Puteh (2008) menyatakan bahawa perkara yang perlu diberi
perhatian semasa menganalisis data adalah dengan melakukan tindakan
merefleksi dan menggunakan teknik triangulasi. Justeru, pengkaji telah
menggunakan analisis dokumen, temu bual dan soal selidik sebagai kaedah
pengumpulan data kajian. Proses menganalisis data adalah berdasarkan
kepada ketiga-tiga sumber maklumat tersebut. Berikut merupakan hasil analisis
data yang telah dibuat.

Analisis Dokumen
Cara menganalisis data melalui analisis dokumen adalah dengan menganalisis
lembaran kerja. Pengkaji telah menganalisis jumlah skor keseluruhan murid
dalam lembaran kerja. Seterusnya, dapatan dianalisis menggunakan
pencapaian murid dalam empat konstruk (K1-K4) bagi keenam-enam soalan
yang melibatkan perimeter. Setiap konstruk dinilai mengikut rubrik pemarkahan
yang disediakan pada jadual di bawah.
Jadual 12

Rubrik Pemarkahan

Konstruk 3-Cemerlang 2-Baik 1-Sederhana 0-Lemah

K1 Menandakan Menandakan Menandakan Tidak


titik permulaan titik permulaan titik permulaan menandakan
pengiraan pengiraan pengiraan titik permulaan
perimeter. perimeter. perimeter. pengiraan
perimeter
K2 Mendapatkan Mendapatkan Mendapatkan Tidak
ukuran setiap ukuran ukuran mendapatkan
sisi dengan sekurang- sekurang- ukuran setiap
betul kurangnya dua kurangnya sisi dengan
sisi dengan satu sisi betul
betul dengan betul
K3 Menambah Menambah Menambah Tidak
semua sisi sekurang- sekurang- menambah
dengan betul / kurangnya dua kurangnya semua sisi
Mendarab sisi dengan satu sisi dengan betul/
dengan betul betul / dengan betul/ Tidak
Mendarab Mendarab mendarab
dengan betul dengan betul dengan betul
K4 Menulis Melakukan Melakukan dua Tidak menulis
jawapan akhir satu kesilapan kesilapan jawapan akhir
dengan betul dalam menulis dalam menulis
jawapan akhir jawapan akhir

Jumlah skor keseluruhan murid dalam lembaran kerja ditunjukkan dalam bentuk
jadual. Jumlah skor maksimum bagi keenam-enam soalan ialah 100, manakala skor
minimum bagi kesemua soalan tersebut ialah sifar. Hal ini kerana, setiap
soalan terdiri daripada empat konstruk dan setiap konstruk memberikan skor
sebanyak tiga markah. Oleh itu, skor maksimum bagi setiap soalan ialah 12 (4
konstruk x 3 markah), jika enam soalan maka jumlah keseluruhan ialah 72.

Bagi mendapatkan jumlah skor keseluruhan setiap responden dalam bentuk


peratus,dengan menggunakan rumus berikut :

Jumlah skor keseluruhan


× 100% =
72
Jadual 13

Skor Ujian Diagnostik 2

Peserta Skor Jumlah skor Peratus (%)


kajian S1 S2 S3 S4 S5 S6 keseluruhan
(72)
PK1 12 12 12 12 12 12 72 100
PK2 12 3 12 12 12 12 63 88
PK3 12 12 12 12 4 12 64 89
PK4 12 12 12 12 12 12 72 100

Merujuk jadual 9, semua peserta kajian telah mencapai jumlah skor keseluruhan 80%
ke atas. Skor keseluruhan yang dicapai oleh keempat-empat peserta kajian ialah
88% hingga 100%. Terdapat seorang peserta kajian, PK2 yang mendapat skor
keseluruhan paling rendah iaitu sebanyak 88%. Manakala, PK3 pula mendapat skor
89% dan PK1 dan PK4 berjaya mencapai skor tertinggi iaitu 100%.

Skor setiap murid dalam keenam-enam soalan lembaran kerja berdasarkan


konstruk dalam rubrik pencapaian lembaran kerja.
Jadual 14.

Jumlah Skor Peserta Kajian Bagi Soalan Pertama

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 3 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 3 3 3
K3 Kira perimeter 3 3 3 3
K4 Jawapan akhir 3 3 3 3
Jumlah skor 12 12 12 12

Soalan pertama melibatkan pengiraan perimeter bagi bentuk segiempat


sama. Merujuk kepada jadual diatas, kesemua peserta kajian telah berjaya
mendapat skor penuh bagi soalan ini. Hal ini kerana, mereka tidak
membuat sebarang kesilapan semasa menyelesaikan soalan ini. Mereka
memenuhi setiap konstruk yang telah ditetapkan.

Jadual 15

Jumlah Skor Peserta Kajian Bagi Soalan Kedua

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 3 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 0 3 3
K3 Kira perimeter 3 0 3 3
K4 Jawapan akhir 3 0 3 3
Jumlah skor 12 3 12 12

Soalan kedua merupakan soalan pengiraan perimeter melibatkan bentuk


segiempat tepat. Merujuk jadual di atas, tiga orang peserta kajian telah
berjaya mendapat markah penuh iaitu PK1, PK3 dan PK4 sebanyak
12, manakala PK2 telah mendapat skor terendah iaitu 3 bagi soalan ini.
PK2 telah melakukan kesilapan pada K2, K3 dan K4 dengan mendapat
skor 0. Kesilapan PK2 dianalisis dengan lebih lanjut dengan menggunakan
gambar rajah di bawah.
Rajah 13. Kesilapan PK2 dalam Konstruk K2, K3 dan K4

Merujuk rajah di atas, kesilapan yang dilakukan oleh PK2 ialah pada
konstruk 2 iaitu tidak dapat menentukan panjang sisi yang diberikan. Hal
ini kerana, PK2 menganggap bahawa panjang yang tidak diberikan ialah 7
cm, sedangkan soalan tersebut berbentuk segitiga dua kaki sama.
Sepatutnya, PK2 menulis 5 cm pada sisi yang tidak diberikan panjang
tersebut. Kesilapan PK2 pada Konstruk K2, menyebabkan PK2 tidak dapat
memenuhi K3 dan K4. Apabila PK2 tidak mendapat panjang sisi yang betul,
maka pengiraan perimeter yang dilakukan dan jawapan akhir oleh PK2 juga
salah. Jawapan yang diberikan oleh PK2 ialah 19 sedangkan jawapan yang
sebenar ialah 17. Inilah yang menyebabkan PK2 gagal mendapat skor
penuh dalam soalan ini.

Jadual 16.

Jumlah Skor Peserta Kajian Bagi Soalan Ketiga

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 3 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 3 3 3
K3 Kira perimeter 3 3 3 3
K4 Jawapan akhir 3 3 3 3
Jumlah skor 12 12 12 12

Soalan ketiga ialah soalan pengiraan perimeter bentuk segitiga dua kaki
sama. Merujuk kepada jadual diatas, kesemua peserta kajian telah berjaya
mendapat skor penuh bagi soalan ini kerana dapat memenuhi setiap
konstruk yang telah ditetapkan. Malah, mereka tidak membuat sebarang
kesilapan semasa menyelesaikan soalan ini.

Jadual 17

Jumlah Skor Peserta Kajian Bagi Soalan Keempat

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 3 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 3 3 3
K3 Kira perimeter 3 3 3 3
K4 Jawapan akhir 3 3 3 3
Jumlah skor 12 12 12 12

Soalan keempat melibatkan pengiraan perimeter bagi bentuk segiempat


tepat. Peserta kajian dikehendaki untuk mendapatkan dua panjang sisi
yang tidak diberikan sebelum mengira perimeter. Merujuk kepada jadual di
atas, kesemua peserta kajian telah berjaya mendapat skor penuh bagi
soalan ini kerana mereka mendapatkan jawapan akhir yang betul tanpa
membuat sebarang kesilapan.

Jadual 18

Jumlah Skor Peserta Kajian Bagi Soalan Kelima

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 0 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 3 2 3
K3 Kira perimeter 3 3 2 3
K4 Jawapan akhir 3 3 0 3
Jumlah skor 12 12 4 12

Soalan keempat melibatkan pengiraan perimeter bagi bentuk pentagon.


Merujuk jadual di atas, tiga orang peserta kajian telah berjaya mendapat
markah penuh iaitu PK1, PK2 dan PK4 sebanyak 12, manakala PK3
telah mendapat skor terendah iaitu 4 bagi soalan ini. PK3 telah
melakukan kesilapan pada K1 dan K4 dengan mendapat skor 0. Kesilapan
PK3 dianalisis dengan lebih lanjut dengan menggunakan gambar rajah di
bawah.

Rajah 14. Kesilapan PK3 dalam Konstruk K1 dan K4

Merujuk rajah di atas, kesilapan yang dilakukan oleh PK3 ialah pada
konstruk 1 iaitu tidak menandakan titik permulaan. Penandaan titik
permulaan merupakan antara langkah yang ditegaskan dalam mengira
perimeter melalui multimedia interaktif Superhero Cilik. Tanpa titik tersebut,
peserta kajian berkemungkinan menghadapi kekeliruan semasa mengira
perimeter. Seterusnya, PK3 hanya memperolehi skor sebanyak 2 sahaja
bagi konstruk K2 kerana tidak mendapatkan ukuran semua sisi dengan
betul. PK3 berkemungkinan terlepas pandang dan hanya menulis ukuran
bagi tiga sisi sahaja. Justeru itu, PK3 hanya menambah empat sisi sahaja
tanpa mengira satu sisi lagi dan menyebabkan PK3 memperoleh jawapan
akhir yang salah. Hasil pengiraan PK3 ialah 20 cm sedangkan jawapan
yang sepatutnya ialah 25 cm. Inilah yang menyebabkan PK3 gagal
mendapat skor penuh dalam soalan ini.

Jadual 19

Jumlah Skor Tiga Orang Responden Bagi Soalan Keenam

Konstruk PK1 PK2 PK3 PK4


K1 Tanda titik 3 3 3 3
K2 Dapatkan ukuran setiap sisi 3 3 3 3
K3 Kira perimeter 3 3 3 3
K4 Jawapan akhir 3 3 3 3
Jumlah skor 12 12 12 12
Soalan keenam melibatkan pengiraan perimeter bagi bentuk heksagon.
Peserta kajian hanya diberikan satu ukuran sisi dan dikehendaki untuk
mendapatkan ukuran bagi lima sisi yang tidak dinyatakan. Merujuk kepada
jadual di atas, kesemua peserta kajian telah berjaya mendapat skor penuh
bagi soalan ini. Mereka telah memenuhi konstruk-konstruk yang ditetapkan
dan memperoleh jawapan akhir yang betul tanpa membuat sebarang
kesilapan.

PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian telah dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai


langkah-langkah mengira perimeter dengan mengaplikasikan kemahiran
yang dipelajari melalui multimedia interaktif Superhero Cilik. Sebanyak lima
konstruk telah digunakan sebagai garis panduan untuk memudahkan
pengkaji semasa membuat pemerhatian. Bukan itu sahaja, masa yang
diambil bagi menjawab ujian pencapaian turut dicatatkan di dalam borang
senarai semak pemerhatian bagi menilai tahap penguasaan peserta kajian
dalam mengira perimeter. Jadual 20 memaparkan lima konstruk
pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji.

Jadual 20
Konstruk Pemerhatian

Konstruk Catatan

PR1 Proses menandakan titik permulaan

PR2 Proses mendapatkan ukuran sisi

PR3 Proses menambah / mendarab untuk mengira perimeter

PR4 Penulisan jawapan akhir

PR5 Pengkaji menentukan keperluan peserta kajian untuk


mendapatkan bimbingan ataupun tidak

Setelah menjalankan pemerhatian pengkaji telah menganalisis data yang


telah diperoleh. Jadual menunjukkan hasil analisis data yang diperolehi
daripada senarai semak pemerhatian.

Jadual 21

Hasil Analisis Pemerhatian

Peserta Konstruk pemerhatian Catatan


kajian PR1 PR2 PR3 PR4 PR5 Masa
PK1 / / / / / 6:53
PK2 / / / / / 5:09
PK3 X / / / / 7:15
PK4 / / / / X 8:63
Jumlah 3 3 4 4 4
Peratus 75% 100% 100% 100% 75%

Berdasarkan jadual 20, hanya PK1 yang berjaya mengaplikasikan langkah-


langkah pengiraan perimeter multimedia interaktif Superhero Cilik dengan
betul dan tepat. Setiap jalan kerja yang ditunjukkan adalah betul dan
membuktikan bahawa PK1 telah menguasai kemahiran mengira perimeter
yang diperkenalkan multimedia interaktif Superhero Cilik.

Selain itu, PK2 juga didapati memenuhi kesemua konstruk


pemerhatian. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian oleh pengkaji, faktor
yang menyebabkan PK2 telah melakukan kesilapan semasa menjawab
soalan yang kedua adalah disebabkan kecuaiannya sendiri. Walaupun PK2
melaksanakan PR2 iaitu mendapatkan ukuran sisi yang tidak dinyatakan,
namun ukuran sisi yang didapati adalah salah. Oleh itu, walaupun PK2
memenuhi konstruk-konstruk pemerhatian, PK2 tidak berjaya mendapatkan
skor penuh bagi lembaran kerja yang telah diberikan.

Seterusnya, pengkaji telah mendapati bahawa PK3 tidak memenuhi


konstruk pemerhatian yang pertama, iaitu proses menandakan titik
permulaan. Terdapat satu soalan di mana PK3 didapati tidak menandakan
titik permulaan. Kegagalan PK3 dalam menanda titik permulaan
menyebabkan kecuaian semasa mengira. Semasa di proses mendapatkan
ukuran setiap sisi pentagon, PK3 telah terlepas pandang dan hanya
mendapatkan ukuran bagi empat sisi sahaja. Kecuaian PK3 tersebut
menyebabkan pengiraan perimeter dan jawapan akhir yang didapati juga
salah. Oleh itu, PK3 tidak berjaya mendapatkan skor penuh bagi lembaran
kerja yang diberikan walaupun PK3 hanya tidak memenuhi konstruk
pemerhatian yang pertama.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji pada PK4 pula mendapati bahawa


PK4 masih memerlukan bimbingan daripada guru. Hal ini kerana, PK4 suka
bertanya kepada guru walaupun PK4 telah mengetahui cara untuk mengira
perimeter. PK4 mampu mengira perimeter sendiri, namun keyakinan dirinya
yang rendah menyebabkan PK4 perlu sentiasa merujuk guru. Walaupun
begitu, PK4 masih dapat memenuhi konstruk-konstruk pemerhatian yang lain.
Hal ini menyebabkan PK4 berjaya mendapatkan skor penuh bagi lembaran
kerja yang diberikan.

Merujuk kepada jadual 21, bagi konstruk pemerhatian PR1, masih ada
peserta kajian yang tidak memenuhi konstruk tersebut, iaitu PK3. Justeru,
peratus pemerhatian dalam kalangan peserta kajian adalah sebanyak 75%.
Hal ini menunjukkan majoriti peserta kajian berjaya memenuhi konstruk
pemerhatian menandakan titik permulaan. Pada konstruk pemerhatian
kedua, ketiga dan keempat, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian
telah memenuhi konstruk-konstruk pemerhatian tersebut. Mereka dapat
melakukan proses mendapatkan ukuran bagi sisi yang tidak dinyatakan
walaupun terdapat peserta kajian yang melakukan kecuaian semasa proses
tersebut. Malah, mereka turut berjaya melaksanakan proses mengira
perimeter dengan samada menambah atau mendarab bagi mendapatkan
jawapan untuk setiap soalan perimeter yang diberikan. Dua peserta kajian
yang cuai ketika menanda titik dan mendapatkan ukuran sisi masih tetap
menulis jawapan akhir walaupun jawapan tersebut salah. Justeru, peratus
pemerhatian bagi konstruk penulisan jawapan akhir ialah 100%.
Seterusnya, pada konstruk pemerhatian kelima, pengkaji melakukan
pemerhatian untuk menentukan sama ada peserta kajian tersebut
memerlukan bimbingan ataupun tidak. Penentuan telah dibuat berdasarkan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh para peserta kajian semasa
menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan. Hanya seorang peserta
kajian sahaja yang memerlukan bimbingan dan 75% yang lain tidak
memerlukannya. PK4 didapati memerlukan bimbingan nasihat daripada
pengkaji atas faktor keyakinan diri yang rendah sahaja. Menurut pengkaji,
PK4 masih boleh mendapatkan jawapan yang betul tanpa bimbingan
daripada pengkaji. Jelaslah bahawa para peserta kajian tidak memerlukan
bimbingan yang terlalu serius. Mereka perlu dinasihatkan agar lebih berhati-
hati semasa menjawab soalan. PK2 dan PK3 perlu diberi bimbingan agar
mereka dapat belajar daripada kesalahan yang telah dibuat dan tidak
mengulanginya lagi.

Berdasarkan analisis pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji


mendapati bahawa peserta kajian dapat menguasai tajuk perimeter dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperkenalkan melalui
multimedia interaktif Superhero Cilik dengan baik. Buktinya, satu daripada
empat peserta kajian sangat menguasai kemahiran mengira perimeter
multimedia interaktif Superhero Cilik yang telah diperkenalkan. Latihan
dan bimbingan perlu diberikan bagi memastikan kesemua peserta kajian
dapat menguasainya dengan cemerlang. Selain itu, pengkaji juga
mendapati bahawa kemahiran mengira perimeter multimedia interaktif
Superhero Cilik banyak membantu peserta kajian dalam mendapatkan
jawapan yang betul bagi mengira perimeter pelbagai bentuk. Hal ini
demikian kerana, pemerhatian menerusi lembaran kerja menunjukkan
majoriti jawapan yang diberikan oleh setiap peserta kajian adalah betul.

Selain itu, masa yang diambil oleh peserta kajian bagi menjawab
ujian diagnostik juga turut dijadikan sebagai salah satu konstruk
pemerhatian. Dengan bantuan alat teknologi seperti jam randik, pengkaji
telah mencatatkan masa yang diambil oleh murid semasa menyelesaikan
lembaran kerja. Hal ini demikian kerana, masa yang pendek diambil untuk
menyiapkan lembaran kerja menunjukkan bahawa peserta kajian
mempunyai penguasaan yang tinggi dalam mengaplikasikan kemahiran
mengira perimeter multimedia interaktif Superhero Cilik. Rajah merupakan
data dalam bentuk graf yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang
dibuat terhadap masa yang diambil oleh peserta kajian.

Masa menjawab Ujian Diagnostik 2


9:36
8:24 8:33

7:12 7:15
Masa (minit)

6:00 5:53 6:09

4:48
3:36
2:24
1:12
0:00
PK1 PK2 PK3 PK4
Peserta kajian

Catatan masa menjawab Ujian Diagnostik 2

Rajah 15. Graf masa yang diambil untuk menjawab Ujian Diagnostik 2

Berdasarkan rajah 15, PK1 merupakan peserta kajian yang paling


mahir dan cekap dalam mengaplikasikan kemahiran mengira perimeter
multimedia interaktif Superhero Cilik, dengan catatan masa selama 5 minit
53 saat. Hal ini demikian kerana, PK1 mengambil masa yang paling singkat
di antara peserta kajian yang lain. PK2 telah mengambil masa selama 7
minit 15 saat manakala PK4 mengambil masa 6 minit 9 saat. Dengan ini
pengkaji dapat mengatakan bahawa penguasaan PK4 adalah lebih tinggi
berbanding dengan PK2. Bukan itu sahaja, pengkaji mendapati PK3 telah
mengambil masa selama 8 minit 33 saat. Catatan masa tersebut telah
bahawa menunjukkan PK3 adalah peserta kajian yang masih mempunyai
penguasaan yang rendah di antara kesemua peserta kajian dalam
mengaplikasikan kemahiran mengira perimeter multimedia interaktif
Superhero Cilik.
Selain itu, pengkaji juga turut mengenalpasti penguasaan pelajar
berdasarkan masa yang telah diambil bagi menjawab lembaran kerja.
Oleh itu pengkaji telah menetapkan julat masa bagi mengukur
penguasaan peserta kajian seperti dalam jadual 21.

Jadual 22

Julat penguasaan murid

Tahap penguasaan Tempoh masa yang diambil


bagi lembaran kerja (minit)
Tinggi 1:00-6:00
Sederhana 6.01-10:00
Lemah 10:01-15:00

Berpandukan kepada jadual penguasaan murid, pengkaji telah


mengkelaskan peserta kajian mengikut penguasaan mereka dengan
berpandukan kepada masa yang telah diambil. Jadual menunjukkan
penguasaan peserta kajian.

Jadual 23

Penguasaan Peserta Kajian

Peserta kajian Tempoh masa (minit) Penguasaan


PK1 5:53 Tinggi
PK2 7:15 Sederhana
PK3 8:33 Sederhana
PK4 6:09 Sederhana

Jadual 23 menunjukkan hanya satu daripada empat peserta kajian


mempunyai penguasaan yang tinggi dalam mengaplikasikan kemahiran
mengira perimeter multimedia interaktif Superhero Cilik. P K 1 didapati telah
menguasai kaedah ini manakala PK2, PK3 dan PK4 masih berada pada
tahap penguasaan yang sederhana. Walaupun begitu, penguasaan
ketiga-tiga peserta kajian ini masih boleh dipertingkatkan jika mendapatkan
bimbingan daripada pengkaji. Data-data yang diperolehi ini jelas
menunjukkan penguasaan yang tinggi terhadap tajuk perimeter multimedia
interaktif Superhero Cilik sehinggakan mereka hanya mengambil masa
yang singkat bagi menjawab soalan yang diberikan. Justeru itu, pengkaji
dapat merumuskan bahawa multimedia interaktif Superhero Cilik
merupakan satu kaedah alternatif yang bukan sahaja membantu peserta
kajian malahan turut mempermudahkan lagi peserta kajian dalam
menguasai tajuk perimeter.

TEMU BUAL

Proses analisis data temu bual telah dilakukan setelah proses pengumpulan
data selesai seperti rajah.

Rajah 16. Proses analisis data temu bual

Berdasarkan rajah, setelah peserta kajian ditemu bual, dapatan yang


diperoleh telah dianalisis oleh pengkaji dan ditanskripkan ke dalam bentuk
yang lebih mudah untuk difahami seperti di lampiran H, I dan J. Pengkaji juga
turut mengenalpasti pola persamaan dan perbezaan pada jawapan peserta
kajian bagi memudahkan proses pengkategorian untuk dibuat dengan
menggunakan beberapa tema. Selain itu, pengkaji juga telah mewakilkan
data yang diperoleh melalui graf, jadual dan sebagainya yang dapat
mempermudahkan proses perbandingan data dan penghuraian data dibuat.

Jadual 24

Hasil temu bual pendapat peserta kajian mengenai Superhero Cilik


Peserta kajian Hasil temu bual Kod
PK1 Saya suka. Banyak kartun gerak- 2
gerak. Lepastu, saya faham apa yang
dia ajar.
PK2 Saya senang faham tajuk perimeter. 1
Ada macam-macam dia ajar. Maksud
dengan cara nak kira tambah-
tambah tu.
PK3 Saya rasa benda ni best. Dia terang 3
maksud. Pastu, dia ada ajar cara nak
kira.
PK4 Benda ni seronok. Dia ajar satu- 2
satu. Ada gambar-gambar dengan
warna-warni. Saya senang faham
sikit. Tapi, dia tak bagi soalan untuk
saya praktis.

Bagi soalan temu bual pertama, pelbagai pandangan telah diberikan oleh
peserta kajian mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik. Setelah
melalui proses pengenalpastian fakta dan pengkategorian, pengkaji dapat
mengekodkan respon yang diberi kepada beberapa tema seperti:

1. Meningkatkan kefahaman

2. Menarik

3. Isi kandungan memberi makna

Pengkaji juga telah mewakilkan data yang diperoleh dalam bentuk carta pai
agar lebih mudah untuk difahami. Rajah 21 menunjukkan data yang dapat
dirumuskan hasil daripada kaedah temu bual yang digunakan oleh pengkaji.
Jawapan peserta kajian bagi soalan 1

25% 25%

Meningkatkan kefahaman
Menarik
50%
isi kandungan memberi makna

Rajah 17. Peratusan maklum balas peserta kajian bagi soalan temu bual 1

Rajah 17 menunjukkan pandangan yang telah dinyatakan oleh


peserta kajian mengenai Superhero Cilik yang telah diperkenalkan. 50%
daripada peserta kajian yang terdiri daripada PK1 dan PK4 menyatakan
bahawa multimedia interaktif Superhero Cilik dapat menarik minat pengguna.
Grafik, video serta animasi merupakan tarikan utama untuk menarik minat
peserta kajian terhadap multimedia interaktif Superhero Cilik. Selain itu,
seorang peserta kajian iaitu PK2 pula berpendapat bahawa multimedia
interaktif Superhero Cilik ini mampu meningkatkan kefahaman bagi tajuk
perimeter. Bahasa yang ringkas serta penyusunan kandungan yang teratur
menyebabkan multimedia interaktif Superhero Cilik ini dapat memudahkan
murid untuk memahami tajuk perimeter. Bukan itu sahaja, PK2 turut
menyatakan pandangannya bahawa multimedia interaktif Superhero Cilik
mengandungi isi kandungan yang bermakna, iaitu tentang konsep dan
langkah pengiraan perimeter. Jelaslah bahawa multimedia interaktif
Superhero Cilik dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk perimeter.

Hasil dapatan daripada temu bual menunjukkan keputusan yang


memberansangkan apabila kesemua peserta kajian telah memberikan
maklum balas yang positif mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik
yang telah diperkenalkan. Kesemua peserta kajian didapati menyukai
tindakan yang diperkenalkan oleh pengkaji. Respon yang diberikan jelas
membuktikan bahawa mereka seolah–olah telah mendapat satu
kefahaman yang jelas tentang perimeter bagi menyelesaikan soalan-soalan
yang melibatkan perimeter.

Soalan kedua yang digunakan oleh pengkaji bagi kaedah temu bual
ini ialah “Bagaimanakah “JOM PRAKTIS” dapat membantu kamu menguasai
perimeter ?”. Soalan ini diajukan kepada peserta kajian bertujuan untuk
mencungkil sejauh mana Superhero Cilik dapat meningkatkan penguasaan
peserta kajian bagi tajuk perimeter. Antara respon yang telah diberikan
dan dikodkan kepada beberapa tema ialah :

1. Memberi kefahaman
2. Pengajaran yang memberi makna

Tema dan kod ini akan lebih memudahkan pengkaji untuk mengkategorikan
jawapan (rujuk lampiran I). Jadual 18 memaparkan data yang diperolehi oleh
pengkaji bagi soalan temu bual kedua beserta pandangan pengkaji terhadap
jawapan yang diberikan.

Jadual 25

Hasil Analisis Soalan Temu bual 2


Peserta Hasil temu bual Kategori Refleksi pengkaji
kajian
PK1 Dia ajar maksud perimeter. 2 PK1 berpendapat bahawa
Lepastu, dia terang satu- pengetahuan dan
satu cara nak kira. Semua kemahiran yang diperoleh
bentuk dia ajar. Bila ikut daripada Superhero Cilik
cara dia baru boleh kira merupakan satu
betul. pengajaran yang
bermakna, di samping
memastikan PK1 dapat
menjawab soalan
perimeter dengan betul.
PK2 Superhero Cilik ni ada ajar 2 Peserta kajian ini juga
langkah nak kira perimeter. didapati mudah
Ada empat langkah tu. Bila memahami konsep dan
ikut langkah tu, saya langkah pengiraan
senang nak kira perimeter. perimeter melalui
Dia siap terang Perimeter tu Superhero Cilik. PK2
maksud dia ukur keliling. memperoleh pengajaran
yang bermakna dengan
menggunakan Superhero
Cilik untuk mempelajari
perimeter.

PK3 Benda ni memang dah ajar 2 PK3 menegaskan bahawa


cara nak kira perimeter Superhero Cilik memberi
macam-macam bentuk. pengajaran yang
Sebabtu saya dah boleh bermakna tentang
kira perimeter sikit-sikit. langkah-langkah mengira
perimeter untuk pelbagai
bentuk sekaligus
meningkatkan
kemahirannya mengira
perimeter.
PK4 Saya dah faham dah 1 PK4 menyatakan bahawa
perimeter tu apa dengan Superhero Cilik telah
cara nak kira perimeter meningkatkan
dengan betul. Dia dah ajar kefahamannya tentang
macam-macam, konsep perimeter dengan konsep
perimeter dengan cara dan langkah pengiraan
macamana nak kira perimeter yang betul.
perimeter segiempat,
segitiga dengan bentuk hat
besar tu.
Berdasarkan hasil analisis soalan temu bual kedua, jelaslah bahawa
multimedia interaktif Superhero Cilik dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid bagi tajuk perimeter. PK1, PK2 dan PK3 masing-masing
memberikan pendapat yang sama bahawa Superhero Cilik telah memberikan
pengajaran yang bermakna kepada mereka. Mereka berpendapat bahawa
hasil pengajaran Superhero Cilik membantu mereka menyelesaikan soalan
berkaitan perimeter. Konsep perimeter dan langkah-langkah pengiraan
perimeter yang diperkenalkan melalui multimedia interaktif Superhero CIlik
juga dapat meningkatkan kefahaman murid bagi tajuk perimeter seperti yang
dinyatakan oleh PK4.

Seterusnya, pengkaji turut menanyakan samada peserta kajian suka


menggunakan langkah pengiraan perimeter yang diajar melalui Superhero
Cilik ataupun tidak. Kesemua peserta kajian memberikan maklum balas yang
positif. Mereka suka dengan langkah pengiraan perimeter Superhero Cilik
kerana PK1 dan PK3 menganggap bahawa langkah pengiraan tersebut tidak
sukar, manakala PK2 dan PK4 pula menyatakan bahawa langkah pengiraan
tersebut dapat memberikan jawapan yang betul bagi soalan-soalan berkaitan
perimeter. PK1 mengatakan bahawa walaupun langkah pengiraan perimeter
Superhero Cilik panjang, namun langkah-langkah tersebut adalah mudah
untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat. PK4 pula berpendapat
bahawa dengan melaksanakan empat langkah pengiraan perimeter
Superhero Cilik, PK4 pasti dapat menyelesaikan soalan perimeter dengan
betul.

Selanjutnya, pengkaji tidak melepaskan peluang untuk mengetahui


punca kesilapan yang dilakukan oleh PK2 dan PK3. Berdasarkan hasil
temubual bersama PK2, pengkaji mendapati bahawa kesilapan yang
dilakukan oleh PK2 adalah disebabkan kecuaiannya dalam menentukan
ukuran sisi yang tidak diberi. Namun, PK2 dapat menyatakan kesilapannya
dan membetulkan kesilapannya semula tanpa bimbingan daripada pengkaji.
Begitu juga dengan PK3 yang tidak menuruti langkah pengiraan perimeter.
Menurut PK3, kecuaiannya dalam menanda titik menyebabkan PK3 terlepas
pandang satu sisi yang tidak diberi ukuran. Oleh itu, jawapan kelima yang
dijawab oleh PK3 salah. Namun, apabila ditunjukkan semula kesilapan
tersebut, PK3 dapat memberi jawapan yang betul. Ini membuktikan bahawa
PK2 dan PK3 juga berjaya menguasai tajuk perimeter seperti peserta-
peserta kajian yang lain.

Kesimpulan

Setelah pengkaji mengumpul data melalui tiga kaedah iaitu analisis


dokumen, pemerhatian dan temu bual, pengkaji mendapati bahwa Superhero
Cilik ternyata dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian bagi tajuk
perimeter. Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa peserta kajian juga
dapat menjawab dan menyelesaikan soalan yang diberi dengan cepat
tetapi kesilapan dan kecuaian yang dilakukan perlu diberi perhatian oleh
pengkaji. Tindakan ini perlu ditambah baik agar dapat membantu peserta
kajian menyelesaikan soalan perimeter dengan betul dan tepat.
Refleksi

Merujuk model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart, pengkaji dikehendaki


melaksanakan satu sesi refleksi setelah selesai mengumpul data. Refleksi
dilakukan bertujuan agar dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan cara
yang sesuai. Pengkaji telah menjalankan refleksi tentang pelaksanaan
tindakan dan refleksi dapatan kajian.

Refleksi Pelaksanaan Tindakan

Pengkaji telah melaksanakan tindakan di dalam kelas semasa waktu


rehat. Semasa menjalankan tindakan, pengkaji hanya melibatkan peserta
kajian sahaja. Hal ini bagi memastikan peserta kajian tidak terganggu dan
diganggu oleh murid-murid yang lain semasa mereka diberi tugasan oleh
pengkaji. Ujian Diagnostik 1 yang mengandungi enam soalan berkaitan
primeter telah diberikan kepada peserta kajian. Soalan yang disediakan oleh
pengkaji berupaya untuk menguji penguasaan peserta kajian bagi tajuk
perimeter. Peserta kajian dibenarkan untuk menyiapkan dan menyelesaikan
Ujian Diagnostik 1 yang diberikan dengan mengikut pemahaman masing-
masing. Pengkaji turut merekod video serta mencatat masa yang
diperuntukkan oleh peserta kajian untuk menyelesaikan Ujian Diagnostik 1
yang diberi. Setelah pengkaji mengutip dan menganalisis data dari aspek
analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual, pengkaji telah
mengenalpasti punca dan kesilapan peserta kajian dalam menguasai tajuk
perimeter.

Seminggu kemudian, pengkaji telah memperkenalkan intervensi


multimedia interaktif Superhero Cilik kepada peserta kajian. Seterusnya,
pengkaji telah memberikan peserta kajian Ujian Diagnostik 2 yang
mengandungi soalan sama seperti Ujian Diagnostik 1. Peserta kajian
disarankan untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari daripada
multimedia interaktif Superhero Cilik. Sekali lagi, pengkaji telah mengumpul
dan menganalisis data dari aspek analisis dokumen, pemerhatian, dan temu
bual untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan sejauh mana multimedia
interaktif Superhero Cilik dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk
perimeter.

Di samping itu, hasil pemerhatian pengkaji terhadap peserta


kajian setelah intervensi diperkenalkan mendapati bahawa mereka sangat
tekun dalam menyelesaikan Ujian Diagnostik 2 yang diberikan. Malah,
semangat mereka untuk memastikan setiap jawapan betul dan menyemak
semula setiap jawapan sebelum menghantar amat mengkagumkan pengkaji.
Perubahan sikap dan tingkah laku peserta kajian semasa menyiapkan Ujian
Diagnostik 2 telah dicatatkan pada borang senarai semak pemerhatian.

Selanjutnya, pengkaji telah membuat sesi temu bual bersama peserta


kajian. Beberapa peserta kajian agak malu untuk memberi pendapat dan
respon terhadap pertanyaan pengkaji. Hal ini agak menyukarkan pengkaji
untuk mengumpul data. Namun, pengkaji berjaya mengolah soalan agar
lebih mudah untuk difahami dan dijawab oleh peserta kajian dengan
memberi rangsangan kepada mereka untuk terus bercakap dan memberi
maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Kesimpulannya, proses
pelaksanaan tindakan dan pengumpulan data berjalan dengan lancar.
Akhirnya, pengkaji dapat mengumpul data yang diperlukan.

Refleksi Dapatan Kajian

Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian


dan temu bual untuk mendapatkan data kajian bagi menjawab persoalan
kajian sejauh manakah Superhero Cilik dapat meningkatkan penguasaan
murid bagi tajuk perimeter. Analisis dokumen dijalankan oleh pengkaji untuk
menilai pengiraan perimeter yang dilakukan oleh peserta kajian setelah
Superhero Cilik diperkenalkan. Melalui analisis dokumen, pengkaji
mendapati bahawa terdapat peningkatan PK1 dan PK4 terhadap
penguasaan tajuk perimeter. Kedua-dua peserta kajian memperoleh markah
penuh bagi ujian diagnostik yang dilaksamakan. Mereka berjaya memenuhi
konstruk-konstruk yang ditetapkan mengikut langkah pengiraan Superhero
Cilik. Namun, PK2 dan PK3 didapati melakukan kecuaian semasa menjawab
ujian diagnostik. Antara kecuaian yang dilakukan ialah tidak mendapatkan
ukuran sisi yang tidak dinyatakan dengan betul. Kecuaian tersebut
menyebabkan mereka tidak memperoleh jawapan yang betul semasa
mengira perimeter.

Melalui kaedah pemerhatian pula, pengkaji mendapati tingkah laku


yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa menjawab Ujian Diagnostik 2
lebih baik daripada semasa menjawab Ujian Diagnostik 1. Hal ini disokong
oleh data senarai semak pemerhatian yang disediakan di mana peserta
kajian berjaya mengaplikasikan langkah-langkah pengiraan Superhero Cilik.
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa kecuaian yang
dilakukan oleh PK3 adalah disebabkan tidak menanda titik permulaan.
Malah, PK4 turut didapati memerlukan bimbingan daripada pengkaji
disebabkan kurang keyakinan untuk menjawab Ujian Diagnostik 2. Namun,
PK1 dan PK2 berjaya menuruti langkah-langkah pengiraan Superhero Cilik
dengan sangat baik walaupun PK2 membuat kecuaian semasa menentukan
sisi yang tidak dinyatakan. Hal ini membanggakan pengkaji kerana peserta
kajian dapat memahami dan menguasai langkah-langkah pengiraan
Superhero Cilik tersebut walaupun pembelajaran melalui Superhero Cilik
merupakan pengalaman pembelajaran yang baru bagi mereka. Selain itu,
pengkaji turut mencatat masa setiap peserta kajian untuk menjawab Ujian
Diagnostik 2. Pengkaji mendapati tahap penguasaan PK1 adalah lebih tinggi
berbanding peserta kajian yang lain kerana PK1 memperuntukkan masa
yang paling singkat untuk mengira perimeter. Walaupun begitu, tahap
penguasaan peserta kajian yang lain adalah di tahap sederhana dan masih
boleh ditingkatkan lagi.

Dapatan temu bual pula mendapati bahawa maklum balas yang


diberikan oleh peserta kajian tentang Superhero Cilik adalah positif. Antara
pendapat yang diberikan oleh mereka tentang Superhero Cilik ialah menarik,
meningkatkan kefahaman dan mengandungi isi kandungan yang memberi
makna. Malah, peserta kajian turut menyatakan bahawa Superhero Cilik
dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk perimeter
dengan memberi kefahaman dan menyediakan pengajaran yang bermakna
tentang perimeter. Melalui temu bual juga, pengkaji dapat mengetahui punca
kesilapan yang dilakukan oleh PK2 dan PK3 semasa menjawab soalan Ujian
Diagnostik 2. Menurut mereka, kecuaian dalam mendapatkan ukuran sisi
yang betul menyebabkan mereka tidak mendapat jawapan yang betul.
Namun, mereka menyatakan bahawa mereka sudah sedar kesilapan
tersebut dan tahu bagaimana untuk membaiki kesilapan yang telah
dilakukan. Dapatan kajian ini juga selaras dengan dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh Azura, Zakaria, Mohd Hasan, & Bahaman (2009), yang
menyatakan bahawa pengajaran berasaskan multimedia dapat
meningkatkan pencapaian Matematik dan mengubah sikap murid terhadap
Matematik ke arah yang lebih positif.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang telah diperolehi oleh


pengkaji melalui tiga kedah pengumpulan data telah menjawab persoalan
kajian yang timbul. Melalui kajian ini pengkaji mendapati bahawa Superhero
Cilik telah memberi impak postif kepada keempat-empat peserta kajian
dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam tajuk perimeter. Namun,
masih terdapat peserta kajian yang melakukan kesilapan semasa menjawab
soalan perimeter. Menurut Tuan Siti Humaira dan Mohamad Amir (2016),
peratusan jenis kesilapan yang paling tinggi yang dilakukan dalam
penyelesaian masalah Matematik ialah kecuaian. Justeru, Superhero Cilik
masih harus diberi penambahbaikan agar dapat mengelakkan kecuaian yang
dilakukan oleh peserta kajian.

Cadangan Tindakan Seterusnya

Kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk perimeter. Namun, pengkaji
masih mendapati kelemahan dalam kajian tindakan ini. Terdapat dua orang
peserta kajian yang melakukan kecuaian dalam menjawab soalan Uiian
Diagnostik 2 yang diberikan. Kedua-dua peserta kajian cuai dalam
menentukan ukuran sisi bagi sisi yang tidak dinyatakan. Kecuaian ini
menyebabkan PK2 dan PK3 tidak dapat mengira perimeter dengan betul
walaupun telah mengaplikasikan langkah-langkah pengiraan Superhero
Cilik. Malah, pengkaji juga mendapati bahawa PK4 masih kurang yakin
dalam menjawab soalan perimeter. Setelah pengkaji membuat refleksi
terhadap tindakan, pengkaji mendapati bahawa Superhero Cilik tidak
menyediakan peluang untuk peserta kajian mengukuhkan kemahiran
pengiraan perimeter yang dipelajari.

Justeru, cadangan untuk tindakan seterusnya adalah menambah baik


tindakan, Superhero Cilik dengan menambah latihan pengukuhan melalui
kuiz dan permainan atas talian. Tujuan latihan ini adalah untuk
meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam tajuk perimeter.
Kesimpulannya, pengkaji amat berharap agar cadangan ini dapat
menambah baik amalan pengajaran pengkaji dan membantu meningkatkan
penguasaan murid dalam tajuk perimeter menggunakan multimedia interaktif
Superhero Cilik.

REFLEKSI
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah menganalisis semua data yang diperoleh, pengkaji mendapati


bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul pada tindakan Superhero
Cilik. Justeru, pengkaji telah merancang untuk menjalankan kitaran kedua
setelah membuat penambahbaikan pada Superhero Cilik.

Pengkaji merancang untuk memperkenalkan elemen JOM PRAKTIS untuk


meningkatkan tahap penguasaan murid bagi tajuk perimeter. JOM PRAKTIS
merupakan sebuah inovasi latihan pengukuhan yang melibatkan soalan-
soalan perimeter pelbagai bentuk. Selain itu, pengkaji akan menegaskan
kepada peserta kajian untuk menyemak dan memastikan setiap langkah
pengiraan Superhero Cilik diikuti. Hal ini untuk mengelakkan peserta
kajian melakukan kesilapan mahupun kecuaian semasa menjawab soalan-
soalan perimeter.
DAPATAN KAJIAN
KITARAN
KEDUA
Berdasarkan model McTaggart (1988), pengkaji digalakkan melakukan
sekurang-kurangnya dua gelung/kitaran (atau lebih) agar konsep
penyelidikan tindakan iaitu untuk menambah baik amalan guru dapat
dicapai. Setelah pengkaji menyelesaikan kitaran pertama, pengkaji telah
mengenalpasti beberapa kelemahan pada multimedia interaktif Superhero
Cilik yang dihasilkan. Justeru itu, pengkaji telah melakukan penambahbaikan
kepada Superhero Cilik dengan menambah elemen JOM PRAKTIS.

Rajah : JOM PRAKTIS

Rajah menunjukkan Superhero Cilik yang telah dilakukan penambahbaikan


dengan memasukkan elemen JOM PRAKTIS sebagai latihan pengukuhan
kepada peserta kajian. Melalui JOM PRAKTIS, peserta kajian diharapkan
agar dapat mempraktikkan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari daripada Superhero Cilik. Latihan pengukuhan yang diberikan
bertujuan untuk mengelakkan kesilapan dan kecuaian yang berlaku
disebabkan kurang latihan.

Selain itu, pengkaji amat mengharapkan agar dengan adanya JOM


PRAKTIS, murid lebih berminat dan bermotivasi untuk mempelajari
perimeter. Hal ini kerana, pengkaji turut memasukkan unsur grafik, animasi
dan muzik latar yang menarik bagi memastikan murid bersemangat dalam
menyelesaikan soalan-soalan perimeter yang disediakan.

JOM PRAKTIS merupakan satu elemen bagi mengukuhkan pemahaman


dan kemahiran murid dengan pelbagai soalan-soalan perimeter. JOM
PRAKTIS memberikan dua pilihan kepada peserta kajian untuk membuat
latihan, samada melalui kuiz ataupun permainan atas talian. Terdapat enam
soalan kuiz melibatkan pengiraan perimeter pelbagai bentuk, seperti
segitiga, segiempat, pentagon dan heptagon. Manakala, bagi permainan
atas talian pula, terdapat 10 soalan KBAT di mana peserta kajian tidak
diberikan sebarang gambarajah. Soalan KBAT tersebut disediakan untuk
meningkatkan keupayaan murid mengira perimeter bagi bentuk yang sama
sisi dengan operasi darab. Hal ini agar dapat menggalakkan peserta kajian
menjawab soalan perimeter dengan lebih cepat dan tepat.

Berikut merupakan langkah mengaplikasikan JOM PRAKTIS melalui


multimedia interaktif Superhero Cilik :

Rajah Penerangan
Langkah 1 : Membuka menu untuk
melihat kandungan Superhero Cilik.

Rajah 4. Menu utama Superhero Cilik


Langkah 2 : Memilih dan klik butang
“KUIZ” pada JOM PRAKTIS

Rajah 5. Dua pilihan butang JOM


PRAKTIS
Langkah 3 : Menjawab soalan yang
disediakan. Klik pada jawapan yang
betul.

Rajah 6. Gambaran soalan perimeter


pada “KUIZ”
Langkah 4 : Jika jawapan betul, jalan
kira akan dipaparkan.

Rajah 7. Jalan kira perimeter


Langkah 5 : jika jawapan salah, peserta
kajian dikehendaki mencuba lagi

Rajah 8. Peserta kajian perlu cuba lagi


Langkah 6 : peserta kajian akan selesai
setelah menjawab keenam-enam soalan
yang disediakan.

Rajah 13. Tahniah kepada peserta kajian


Langkah 7 : Pilihan latihan seterusnya,
peserta kajian perlu klik butang “GAME”
pada JOM PRAKTIS

Rajah 5. Klik butang “GAME” pada JOM


PRAKTIS
Langkah 8 : Tekan link yang diberikan
(Pastikan peranti telah mempunyai
rangkaian Internet)

Rajah 5. Klik link biru


Langkah 9 : Pilih “Asteroids” sebagai
cara permainan

Rajah 5. Cari pilihan “Asteroids”


Langkah 10 : Klik butang “START”

Rajah 5. Klik “START”


Langkah 11 : Pilih jawapan yang betul
dan tembak pada sasaran dengan tekan
“ENTER”. Markah boleh dilihat pada
scoreboard.

Rajah 5. Tekan “ENTER” untuk


menembak pada sasaran.
Prosedur Tindakan

Prosedur tindakan untuk kitaran kedua adalah sama seperti prosedur


tindakan pada kitaran pertama. Setiap peserta kajian diberikan
masa satu jam untuk meneroka JOM PRAKTIS melalui multimedia
interaktif Superhero Cilik. Peserta kajian akan menjawab ujian
berkaitan soalan perimeter sebagai kitaran kedua.

Cara Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan tiga cara untuk mengumpul data iaitu analisis


dokumen, pemerhatian dan temu bual.

Analisis Dokumen

Pengkaji akan menganalisis dan menyemak jawapan ujian yang telah


dijawab oleh peserta kajian. Setelah itu, pengkaji akan
mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian.

Pengkaji telah menyediakan satu set soalan yang


mengandungi enam soalan pengiraan perimeter pelbagai bentuk.
Berdasarkan kepada soalan yang diberikan, pengkaji akan membuat
rumusan terhadap hasil kerja peserta kajian.

Pemerhatian

Pengkaji akan membuat pemerhatian semasa murid menyelesaikan


ujian perimeter dengan bantuan alatan teknikal seperti merakamkan
pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang
senarai semak pemerhatian (Lampiran A dan Lampiran B), dan alat
elektronik seperti perakam video.
Pengkaji menggunakan borang senarai semak pemerhatian
(Lampiran) yang mengandungi beberapa aspek pemerhatian yang
berkaitan dengan langkah pengiraan perimeter seperti yang
diperkenalkan melalui multimedia interaktif Superhero Cilik. Hal ini agar
pengkaji dapat menilai sejauh mana peserta kajian mampu
menyelesaikan lembaran kerja menggunakan intervensi yang
diperkenalkan. Catatan masa turut direkodkan untuk membandingkan
masa di bahagian dapatan kajian.

Temu Bual

Sesi temu bual akan dilaksanakan oleh pengkaji bersama peserta


kajian untuk menilai sejauhmanakah JOM PRAKTIS dalam Superhero
Cilik dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk perimeter.
Peserta kajian telah dipanggil sehari selepas mereka menyelesaikan
ujian secara bergilir-gilir pada waktu rehat. Antara soalan yang
dikemukakan kepada mereka ialah:
1. Apa pandangan kamu tentang JOM PRAKTIS?
2. Bagaimanakah JOM PRAKTIS dapat membantu kamu memahami
perimeter?
RUJUKAN

Ang, K.H. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian


Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJ - SSH) Vol 1, Issue 1, ms 17 - 23.

Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha, & Mohd Sahandri Gani Hamzah.
(2015). Keberkesanan Magi Maths Terhadap Penguasaan Sifir Dalam
Kalangan Pelajar Tahun 2. Asian Education Action Research Journal
(AEARJ), Vol.4.

Bowen, G. (2009). Document Analysis as a Qualitative Research Method.


Qualitative Research Journal. 9, 27-40.

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Bahagian Perancangan


Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chan, Y.J. (2011). Refleksi Pembelajaran Tentang Teknik Menyemak Data


Dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Bertajuk “Penggunaan
Kotak Ajaib Dan Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban
Murid Tahun Lima”. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 5, 63-69.

Hsin-Mei, E.H., & Klaus G.W. (2013). Children’s Conceptions of Area


Measurement and Their Strategies for Solving Area Measurement
Problems. Journal of Curriculum and Teaching. Vol. 2, No. 1, 10-26.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam


Penyelidikan Kualitatitif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Johor
Bahru: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Kevin. H. (25 Januari 2018). Pascasiswazah: Mengapa Pilih Kaedah


Kualitatif ? Dimuat turun pada 16 Mac 2019 dari
http://www.pascasiswazah.com/mengapa-pilih-kaedah-kualitatif/

Lee, C.W. (2012). Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap


Kefahaman Murid Prasekolah. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2012, 85-97/
Machaba, F.M. (2016). The concepts of area and perimeter: Insights and
misconceptions of Grade 10 learners. Pythagoras, 37(1), 1-11.

Manivannan Subramaniam. (2017). Pemahaman Murid Tahun Lima Tentang


Luas Segi Empat (Tesis Ijazah Doktor Falsafah). Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. Dimuat turun pada 16 Mac 2019 dari
http://studentsrepo.um.edu.my/7878/24/PEMAHAMAN_MURID_TAH
UN_LIM A_TENTANG_LUAS_SEGI_EMPAT.pdf

Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A. Rajak, & Nordin Yusof. (2016).
Murid dan Pembelajaran. Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah. (2017).
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Vol. 7, No. 1, 32-46.

Noor Erma Abu, & Leong K.E. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat,
Pengajaran Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian
Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik Bil. 2, Isu 1. Kuala Lumpur: University of Malaya.

Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini


Mohamed Noh, & Norul Haida Reduzan. (2013). Konstruktivisme: Dari
Kaca Mata Guru Sains Dan Matematik. Proceeding of the International
Conference on Social Science Research. ms 1231-1242.

Norfarahin Izzati Yusof, & Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2015).


Penggunaan Peta Alir I-Think Dan Kit “Pat-Pat Kup” Dalam Membantu
Murid Menguasai Kemahiran Mengukur Perimeter Gabungan Bentuk Dua
Dimensi. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data. SCE3113: Penyelidikan


Tindakan ISains Pendidikan Rendah (Kaedah). Dimuat turun pada 16
Mac 2019 dari https://f.jimcontent.com/version/1409590158/modulename
/10/name/TAJUK%207%20kaedah%20pengumpulan%20dat a.pdf.
Zamri Mahamod, & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah
Penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah
Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1, Bil. 1, 51-65.

Zanaton Iksan, Salasiah Hanin Hamjah, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, &
Mohd Noor Saper. (2016). Kualiti Ilmu Berasaskan Kesahan Dan
Kebolehpercayaan Data Dalam Penyebaran Ilmu Islam: Perbincangan
Berasaskan Kajian Kualitatif. Jurnal Hadhari, 8 (1), 13-30. Selangor :
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pien C.L., Weng, K.H., & Tuo Y.L. (2013). Perimeter in the Primary School
Mathematics Curriculum of Singapore. Journal of the Association of
Teachers of Mathematics, 27-30.

Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, &
Qismullah Yusof. (2016). Penerapan Nilai Rasionalisme Dan Objektisme
Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6 (2), 85-108.

Majita Ahmad Sultan. (2017). Pemahaman Konsep Bentuk Dimensi Dan


Ruang Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Lukisan.
Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim, & Shamsudin Othman. (2012).


Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran
Membaca Murid-Murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol.
2, Bil. 2: 46-53.

Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan


Pendekatan Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
Vol.5, Bil.2:12-21

LAMPIRAN
LAMPIRAN A
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN (lembaran kerja 1)

Peserta kajian : Kelas :

Tarikh : Masa :

Bil Aspek Hasil Pemerhatian Catatan


Ya Tidak
7. Mendapatkan ukuran
setiap sisi dengan betul

8. Menambah semua sisi


dengan betul

9. Menulis jawapan akhir

10. Catatan masa

Ulasan :
LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN (lembaran kerja 2)

Peserta kajian : Kelas :

Tarikh : Masa :

Bil Aspek Hasil Pemerhatian Catatan


Ya Tidak
1. Menandakan titik
permulaan pengiraan
perimeter

2. Mendapatkan ukuran
setiap sisi dengan betul

3. Menambah semua sisi


dengan betul

4. Menulis jawapan akhir

5. Memerlukan bimbingan
guru

6. Catatan masa

Ulasan :
LAMPIRAN C

LEMBARAN KERJA 1 & 2

1.

4 cm

2.
5 cm

7 cm

3.
10 cm

6 cm

8 cm

4.

9 cm

3 cm

5. 5 cm
6.
6 cm

Kira perimeter bagi bentuk di bawah :


LAMPIRAN D

RUBRIK LEMBARAN KERJA

Langkah Cemerlang Baik Sederhana Lemah

Langkah 1 Menandakan Menandakan Menandakan Tidak


titik permulaan titik permulaan titik permulaan menandakan
pengiraan pengiraan pengiraan titik permulaan
perimeter. perimeter. perimeter. pengiraan
perimeter
Langkah 2 Mendapatkan Mendapatkan Mendapatkan Tidak
ukuran setiap ukuran ukuran mendapatkan
sisi dengan sekurang- sekurang- ukuran setiap
betul kurangnya dua kurangnya sisi dengan
sisi dengan satu sisi betul
betul dengan betul
Langkah 3 Menambah Menambah Menambah Tidak
semua sisi sekurang- sekurang- menambah
dengan betul kurangnya dua kurangnya semua sisi
sisi dengan satu sisi dengan betul
betul dengan betul
Langkah 4 Menulis Melakukan Melakukan dua Tidak menulis
jawapan akhir satu kesilapan kesilapan jawapan akhir
dengan betul dalam menulis dalam menulis
jawapan akhir jawapan akhir

Anda mungkin juga menyukai