Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, sega puji bagi Allah S.W.

T kerana saya telah berjaya melalui Kem


Bina Insan Guru (BIG) fasa kedua bagi tahun 2018. Kem BIG tersebut telah diadakan di
Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Banyak pengetahuan serta pengalaman yang telah saya
dapati sepanjang kem BIG selama 5 hari 4 malam. Saya yakin bahawa segala pengisian
yang telah diberikan semasa kem tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
saya, terutamanya sebagai seorang guru. Nilai-nilai murni yang telah diterapkan melalui kem
tersebut juga dapat menjadikan saya seorang insan guru yang lebih berkualiti dan
mempunyai akhlak yang terpuji.

Pelbagai cabaran, halangan dan dugaan yang telah disediakan oleh para pensyarah
pembimbing dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan mental, fizikal dan rohani sebagai
seorang bakal guru yang berkualiti. Antara aktiviti yang diadakan ialah water confident.
Aktiviti tersebut dilaksanakan pada hari pertama secara berkumpulan. Pensyarah
pembimbing membimbing setiap kumpulan untuk ke tengah laut. Setiap pelajar dikehendaki
memakai jaket keselamatan mengikut cara-cara yang betul untuk menjamin keselamatan.
Saya berasa sangat seronok dengan aktiviti tersebut walaupun cuaca kurang baik kerana
saya mendapat pengalaman yang baharu. Encik Bakhtiar selaku pensyarah pembimbing
kumpulan saya telah mengajar cara untuk terapung dengan betul di tengah laut
menggunakan jaket keselamatan serta cara untuk bernafas dengan betul jika lemas.

Aktiviti seterusnya yang saya lalui ialah aktiviti kayak. Saya dikehendaki untuk kayak
bersama pasangan saya, iaitu Asyraf Nawawi. Kami diberi taklimat serta latihan tentang
cara-cara yang betul untuk kayak. Semasa latihan, kami dapat kayak dengan baik sekali.
Namun, ketika kami dikehendaki untuk kayak dari Pulau Tuba ke Pulau Nyior, kayak kami
telah terbalik. Namun, menggunakan ilmu yang dipelajari semasa water confident, kami
tidak berasa cuak dan gelabah. Kami malah tenang dan berjaya keluar dari kayak tersebut
dengan selamat. Kami bersyukur sekali kerana kami diselamatkan oleh Encik Zuraimee dan
Encik Rizam. Mereka membawa kami ke Pulau Nyior dengan menaiki bot. Kami makan
tengahari dan bermandi-manda bersama pelajar-pelajar yang lain di tempat tersebut.
Semasa berkayak pulang ke Pulau Tuba, kami dapat kayak dengan baik dan selamat.
Melalui aktiviti kayak ini, saya mempelajari sesuatu yang sangat penting, iaitu kepentingan
komunikasi. Saya sedar bahawa tanpa komunikasi yang baik antara saya dan pasangan
kayak akan menyebabkan kayak kami terbalik. Justeru, saya akan memastikan bahawa
sebagai seorang guru yang berkualiti, saya akan mementingkan aspek komunikasi antara
saya dan murid.

Aktiviti selanjutnya ialah aktiviti hiking. Aktiviti hiking tersebut dilaksanakan di Bukit
Batu Licin secara berkumpulan. Sebelum aktiviti hiking di Bukit Batu Licin, semua pelajar
perlu mendengar taklimat daripada Encik Rahimin dan Encik Rizal. Mereka memberi
peringatan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa aktiviti
hiking. Setiap pelajar harus berbaris dalam satu barisan dan terdapat tiga pelajar yang
berada di hadapan, belakang dan tengah ditugaskan untuk menggunakan walkie-talkie bagi
kemudahan komunikasi semasa hiking. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuh sebelum
kami sampai ke puncak bukit. Antaranya ialah, duri pada dahan dan pokok, batu yang licin,
serta hujan renyai-renyai yang menyukarkan aktiviti hiking untuk berjalan lancar. Namun,
setelah 1 jam mendaki, kami tiba juga di puncak bukit. Kami dapat melihat pemandangan
Pulau Tuba yang sangat cantik. Segala keletihan dan kesengsaraan yang dilalui semasa
mendaki dapat dilupakan setelah menikmati keindahan ciptaan Tuhan tersebut. Kami turun
dari bukit tersebut setelah selesai aktiviti persembahan selama lima minit oleh setiap
kumpulan. Keadaan batu yang sangat licin menyebabkan pergerakan kami untuk turun lebih
lambat berbanding semasa mendaki bukit. Namun, atas kerjasama oleh setiap pelajar, kami
berjaya turun bukit dengan selamat. Melalui aktiviti hiking ini, saya dapat belajar bahawa
sikap kerjasama sangat penting dalam memncapai sesuatu kejayaan. Tanpa kerjasama oleh
setiap pelajar, kami pasti tidak dapat mendaki Bukit Batu Licin dengan jayanya.

Bagi aktiviti flying fox, saya berasa sangat takut kerana saya seorang yang gayat. Namun,
saya berusaha untuk mengenepikan perasaan takut saya agar saya dapat melakukan aktiviti
tersebut dengan baik. Saya mendengar taklimat yang diberikan oleh jurulatih dengan fokus
agar saya dapat mengetahui langkah-langakah keselamatan yang harus dilaksanakan
semasa menaiki flying fox. Saya akhirmya berjaya melaksanaan aktiviti flying fox dengan
baik dan saya dapat mencabar diri saya. Melalui aktiviti ini, saya sedar bahawa saya tidak
akan dapat mengatasi kelemahan saya jika saya tidak melaluinya. Kesedaran ini amat
penting bagi diri saya untuk menjadi seorang guru yang profesional pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai