Anda di halaman 1dari 13

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini
adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai
kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada
pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru
telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia
ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran
dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK
dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan
dengan semua cabaran tersebut.

PENGENALAN
1. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah
pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan
oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru,
segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan
terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan
adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah
negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi
yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang
kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk
meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu
pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru
bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam
pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk
sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat
tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha
memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah
memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut
laporan awal Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013- 2025,
gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan
standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin
mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai
penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan
bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan
kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina
daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk
individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem
pendidikan.
2. 4. m/s : 4 David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—
Their Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru
yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai
sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur,
cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.
Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen
penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi
kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan
sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk
sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara
spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus
mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat
bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang
berbudaya. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya
sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang
dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya
khususnya. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad
Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi
pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap
pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai
seorang pendidik. Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu
bapa kedua” secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab
yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian
kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan
tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya
cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi
dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana
alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang
besar dalam pendidikan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan
sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan
berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya.
Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan
generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali
gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020
dan merealisasikan tiga komponen utama dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang
cukup dan sahsiah luhur.  Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi
tidak  terpisah daripada seseorang guru.  Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang
berkesan.  Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Kini, zaman semakin mencabar.  Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta
ketanggungjawaban yang amat hebat.  Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi
sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun
hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru
mereka.  Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak
baik.  Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi.
Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan
pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas  kesalahan, kealpaan  dan ketidakprihatinan
mereka  sendiri dalam mendidik anak-anak. 

Sewajarnya ibu bapa  akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus
peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri,
disiplin serta sahsiah terpuji.  Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan
kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak
mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. 

Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka  bersalah
dan tidak mengaku kesilapan dilakukan.  Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan
terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media.  Mendidik anak
perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan
dengan bijaksana.

Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus
memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki
satu lagi era baru.  Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan.  Gurulah
yang banyak bercakap dan menyoal.  Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai
pemudah cara dalam proses pembelajaran.  Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan
peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.  Murid
perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.  Malahan, murid dijangka dapat
menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya.  Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.  Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi
bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih
banyak pengetahuan dan maklumat.  Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing
pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar.  Peranan
guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara.  Kita perlu
sedar,  kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya
keguruan.  Ini kerana persediaan bagi pengeluaran  tenaga kerja  negara di semua sektor
bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.  Guru juga
adalah model manusia   berkelakuan baik.  Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan
sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.
Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan.   Ini
kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan.  Maka, adalah wajar
diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-
guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah.  Memandangkan guru memainkan
peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan
guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa berkhidmat.  Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan
termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di
peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan  pelajaran di
peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya
guru.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru


merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru
mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang
guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang
juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’
setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai
tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat
umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi
seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah
menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang
hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem
pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di
bilik darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran
didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan,
mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya),
sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi
dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu,
secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau
perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang
yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks
perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut
cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam
melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun
di sekolah secara amnya.
Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas
seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik
darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan,
teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang
diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah
yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang
sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat
homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang
sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru
terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber
kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti
dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena
berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif
mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid
memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu
dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian
guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk
stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau


ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap
bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran,
penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai.
Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual,
konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai
juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan
penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk
menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan
peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh
Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan
Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu
mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan
dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru


ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan
sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru
terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu
jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan
dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang
sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli
untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti
Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta
Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai
ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan
murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang
sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini
dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik.
Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses
pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini
seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah
iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan
buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu
mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk
melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu,
seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan
mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta
dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai


dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama
seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran
(PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa
menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan
pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku
teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan
borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung
tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi
secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang
sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari
daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu
melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran
murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah
dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti
Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam
pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional :
Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan
bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai
kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran
ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk
menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa
jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru
perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan
melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim
persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa
perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai
semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan
seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat
membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran


yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti
Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar
tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan
Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga
sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar
tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba
mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu
seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan
merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras
dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah
tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan
peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam
satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas
persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran
Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru
dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut
proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil
alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da
Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini perlu
dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris
( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan
perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang
menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan
menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris
guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja.
Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga
dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-
uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang
guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti
dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab
kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan
akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang


guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di
sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid.
Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform
perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah
memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu
‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna
tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu
melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti
tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan
hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan
penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah
sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan
kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah
kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan
seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4
hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru
perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu
pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru
hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak
dua kali berselang minggu.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih


seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak
boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam
bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan
wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam
mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang
datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-
dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun
sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan
tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.
Cabaran guru SKM kian terasa apabila Kementerian Pendidikan menyasarkan
semua sekolah perlu melaksanakan Pendidikan Abad ke-21 yang menuntut
banyak keperluan dan kemudahan untuk mengupayakan murid. Dalam
keterujaan kita ke arah Pendidikan Abad ke-21 sebahagian besar SKM masih
dalam keadaan daif dan terpinggir. Manakala kemudahan capaian internet
agak perlahan.Bagaimanapun, pihak KPM sentiasa melakukan usaha untuk
menambah baik.

Banyak kemudahan teknologi yang dibekalkan sejak bertahun-tahun dalam


keadaan terbiar dan tidak mampu menyumbang kepada aktiviti Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah. Akibatnya guru di SKM
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengupayakan bilik
darjah dan aktiviti pembelajaran murid. Peruntukan yang terhad
menyukarkan pihak pentadbiran merancang program-program berimpak
tinggi seperti sekolah-sekolah lain.

Selain itu, guru SKM berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga yang
berstatus ekonomi yang rendah. Ini menyukarkan guru SKM melaksanakan
aktiviti dengan bantuan kewangan ibu bapa. Ramai guru SKM sanggup
berkorban mengeluarkan wang saku sendiri asalkan program berjalan lancar
dan murid mendapat impak yang positif.

Guru di SKM juga mempunyai tanggungjawab berat kerana perlu memikul


tugas yang pelbagai dan waktu mengajar yang banyak berbanding dengan
guru di sekolah biasa. Ini kerana bilangan guru di SKM berdasarkan
enrolmen murid sedangkan beban tugas adalah sama dengan sekolah-
sekolah besar yang lain.

Guru SKM harus menguruskan pelbagai dokumentasi, program dan aktiviti


dalam masa yang terhad kerana bilangan waktu mengajar yang banyak.
Bilangan calon dan murid yang sedikit dalam peperiksaan awam
mengundang risiko yang besar kepada peratus kelulusan.

Oleh itu, guru SKM harus bijak mengggunakan masa bagi memastikan PdPc
tidak terabai dalam masa yang sama mampu menjalankan kerja-kerja
pengurusan dan pentadbiran.

PdPc di Kelas Bercantum juga merupakan cabaran buat guru SKM. Tugas ini
memerlukan kebijaksanaan dalam menyusun teknik dan strategi PdPc.
Proses pemikiran dan aras keupayaan murid tidak sama.Oleh itu guru perlu
menggunakan Sistem Pusingan dalam memastikan semua murid tidak
tercicir.

Masalah logistik dan struktur geografi juga memberi kesan kepada kadar
kepantasan penerimaan maklumat. Walaupun adanya media elektronik dan
pelbagai aplikasi, masalah capaian tetap membelenggu guru SKM untuk
menerima maklumat dengan pantas. Namun ia tidak menghalang semangat
mereka untuk bersaing dalam arus pendidikan masa kini.

Dengan demikian guru SKM kini seperti guru-guru di sekolah lain tidak
ketinggalan menghadiri kursus, bengkel dan latihan dalam memantapkan
amalan pedagogi Pendidikan Abad ke-21 agar seiring dengan guru di sekolah
lain. Bak kata perpatah ‘alah bisa tegal biasa’.Segala cabaran dan kepayahan
yang dihadapi tidak pernah mematahkan semangat guru SKM untuk
memberi pendidikan terbaik kepada semua murid.

Peranan guru SKM bukan sahaja sebagai penyebar ilmu tapi mendidik murid
agar mampu menggunakan ilmu dan kemahiran dalam kehidupan mereka
pada masa depan. Ini kerana hanya pendidikan dapat mengubah nasib
mereka pada masa depan.

Bagi mendepani semua cabaran,guru SKM harus berani berfikir secara kritis
dan melaksanakan idea baharu secara kreatif dan inovatif. Sekolah
merupakan institusi pendidikan yang memainkan peranan sebagai agen
perubahan termasuklah SKM.

Guru SKM mempunyai harapan yang besar agar dapat memberi kesan positif
dalam mengupayakan sekolah dan murid . Ini kerana dengan adanya
perubahan ini proses pendidikan akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan
sesuai dengan tuntutan perkembangan pendidikan semasa. Oleh itu tidak
mustahil guru SKM juga mampu hebat seperti guru-guru di sekolah lain.

a) Tekanan beban kerja

Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai
perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam situasi ini, guru yang menghadapi
tekanan kerana beban kerja adalah guru yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan
dan perubahan budaya pendidikan semasa yang mengkehendaki tugasan guru itu lebih meluas
bukan setakat mengajar di kelas. Rata-rata guru pada masa sekarang ini terbeban dengan kehendak
tugasan yang melampaui keupayaan individu itu. Misalnya tugas pengkeranian, persediaan alat bantu
mengajar, penglibatan di dalam kursus atau program dan seumpamanya. Jika difikirkan melalui satu
pandangan, ya, guru pada masa sekarang sangat terbeban dengan tanggungjawab yang pelbagai.
Namun begitu, sebagai seorang pendidik, seorang guru perlulah mempunyai jiwa yang besar untuk
menghadapi pelbagai tekanan atau tanggungjawab yang menanti untuk dilaksanakan. Hal ini
demikian kerana jika semua guru mampu untuk berfikiran positif sewaktu menjalankan tugasan yang
diberi dan menganggap tugasan tersebut adalah untuk kepentingan anak bangsa, semestinya suasan
dan persekitaran yang tercipta adalah amat menyeronokkan dan tiada lagi tekanan yang boleh
memungkinkan seseorang guru itu menjadikan alasan untuk ponteng. 

b) Murid yang tidak menghormati guru


Perubahan demi perubahan dalam arus kemodenan menjadikan murid-murid pada era ini
kurang perasaan ingin menghargai mahupun menghormati guru. Saban hari banyak kes berkenaan
murid melakukan tindakan salah laku terhadap guru dilaporkan di media massa. Sambutan Hari Guru
saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari murid-murid. Tiada  lagi ucapan
penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka leka dengan aktiviti persekitaran tanpa
menghargai perasaan guru yang selama ini mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal
insan yang akan menentukan corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi
menjadikan guru sebagai role model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan
sebagai ikutan mereka. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan
tindakan murid yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang
sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar
disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi mereka
lebih mudah memilih jalan ponteng sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang mereka
hadapi.

1. 2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. Teknologi Maklumat (Information


Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi
maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Terdapat pelbagai isu dan
masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan internet dalam
kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini.
Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program
berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi
bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang
bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet
oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya
pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap
penggunaan internet. Maklumat yang banyak di internet yang tidak
ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya
kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai
di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation
dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web
lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang
kandungan kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian
dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Hal ini
disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk
membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999)
menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai
pengalaman dan pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan
kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan
pengajaran secara talian. Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996)
mendapati masalah utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah
keperluan untuk menambah akses internet supaya proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan
guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.
Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer
diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah.
2. 9. m/s : 9 Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana
kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau
dua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer
sahaja. Penggunaan internet walaupun ada kebaikan tetapi terdapat
kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet lebih
tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan
sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan
menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila
berhadapan dengan orang ramai, sedangkan untuk menjadi seorang
murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan
idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan
pembangunan kerjaya mereka kelak. 

1. Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat Inisiatif guru


sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan
internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang
dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat
menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran
mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di
rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd.
Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di
UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet
daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus Dalam usaha
melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet,
kursus atau latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru.
Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk
pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang
kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai
kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya
penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Para guru
perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring
dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT.
Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru
mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan
khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet Keberkesanan
penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan
warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen
pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga
pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi
menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya.
Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan
pendidikan bertaraf dunia.
2. 13. m/s : 13 Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran
behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas
terhadap rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori
kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.
Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang
boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran
secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai
penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai
pengetahuan sedia ada. Semasa pembelajaran kontruktivis guru
berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatkan
pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui
penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh
para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan
mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme
perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam
komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar kelak. Dengan
integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai
maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang
berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi.
Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu
atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal
yang lama. Guru membantu murid mencari maklumat dari pelbagai
sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu
mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi
seorang warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan
mempunyai integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang
individu yang memilih profesion keguruan sebagai bukan kerjaya
pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan sama
ada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik profesion
perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah negara mencapai
tahap yang setanding negara maju yang lain, ianya perlu dimulai
diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar
berminat untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu
mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi
memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat guru dan
seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen.

Anda mungkin juga menyukai