Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PERHIMPUNAN

Untuk makluman para hadirin, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Diingatkan kepada semua hadirin, ketika
pengetua memasuki musolla as-syakirin, semua berdiri dan dimohon agar para guru berada di hadapan. PRAMAJLIS
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Awang bin Abdullah @ Sulong, Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Kemaman, diiringi barisan penolong. KETIBAAN PENGETUA

Bagi memperolehi berkat dan redha Ilahi , marilah sama-sama kita berdiri untuk mengalunkan asmaul husna .
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Yang berbahagia, Encik Awang bin Abdullah @ sulong, Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Kemaman,.
2. Yang Berusaha,
-Encik Azli bin Musa, Penolong Kanan Pentadbiran,
-Puan Che Zahariah binti Omar, Penolong Kanan hal ehwal pelajar
-Puan Nor Elyani binti Alias, Penolong kanan Ulul Albab
Encik Wan Juzaili Syakirin bin Wan Johari, Penolong kanan Ko-kurikulum.
Barisan tenaga pengajar , barisan kepimpinan muda dan rakan rakan seperjuangan sekalian .

Kita buka majlis kita pagi ini dengan umul kitab al-fatihah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita berkumpul dalam majlis
perhimpunan pada pagi ini.

Bagi memberkati lagi majlis , dipersilakan untuk bacaan ayat ayat suci al-quran .

Terima kasih di atas bacaan ayat-ayat suci al-quran itu tadi .


Diasah buah pisau yang tumpul ,
Buah dimakan dengan girang hati ,
Pagi yang indah kita berkumpul ,
Semoga majlis Allah berkati .

Bagi memulakan acara kita pada pagi ini , majlis menjemput kaunselor sekolah, bagi
menyampaikan kata-kata motivasi. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kaunselor sekolah atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru bertugas pada minggu lepas bagi membentangkan laporan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, guru bertugas pada minggu ini ialah :

1)
2)
3)

Tanpa membuang masa, majlis menjemput mana-mana guru, untuk memberikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan para penolong kanan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Kemaman.

Dijemput :

-Puan Nor Elyani binti Alias, Penolong Kanan Ulul Albab untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. ( )
*semak PK mana
-Terima kasih. Seterusnya dijemput Encik Wan Juzaili Syakirin bin Wan Johari, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. yang ingin berucap.
Dipersilakan. ( ) PK yang berucap
ditanda ( / )
-Terima Kasih. Majlis menjemput Puan Che Zahariah binti Omar, penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dipersilakan. ( )

-Terima kasih. Dan sekarang dijemput, Encik Azli bin Musa, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan. ( )

Sekalung apresiasi diucapkan kepada barisan penolong kanan atas ucapan-ucapan sebentar tadi.

Membeli petai, petai berpapan ,


Dijual di banjar dengan kuini,
Majlis diteruskan dengan ucapan,
Ucapan pengetua tibalah kini.

Dengan ini majlis menjemput, Encik Awang bin Abdullah @ Sulong, pengetua sekolah Imtiaz Kemaman bagi
menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Semoga kata-kata beliau dapat kita ambil sebagai
pedoman dalam hidup kita.

Bagi memohon keberkatan yang Maha Esa, marilah kita sama-sama menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh anak soleh pintar Dipersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Dengan berakhirnya bacaan doa sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Majlis diakhiri dengan serangkap pantun,


Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan bersama ilmu,
Bangkitlah bangsa demi negara.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Kita tangguh majlis kita dengan
tasbih kafarah dan surah al-asr.

Majlis bersurai.
Para pelajar dimohon tunggu sebentar bagi memberi laluan kepada para guru.

Anda mungkin juga menyukai