Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

NOTA :

1. ARAHKAN MURID DUDUK MENGIKUT KELAS.


2. ARAHKAN MURID UNTUK DIAM DAN DALAM KEADAAN BERSEDIA.

Semua guru dan murid diminta bersedia kerana majlis kita akan bermula
sebentar sahaja lagi.

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Cikgu Awang Omar bin Awang Sepuan,

Guru Besar SK Abun Matu,

Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah :

Cikgu Siti Mariam binti Abang Bujang, Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Madlyen Uning, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Sih Ai Yong, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dikasihi lagi disayangi, Para guru dan AKP, seterusnya rakan-rakan

sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan

izin-Nya maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan

______________________________ untuk memimpin bacaan doa.


(Habis bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________________

atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Ibu-Pertiwiku,

seterusnya lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan dipimpin oleh

__________________________________.

Semua guru dan murid diminta berdiri tegak.

(selesai nyanyian dan lafaz ikrar)

Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

UCAPAN GURU BERTUGAS HARIAN

Seterusnya saya mempersilakan ____________________________ untuk

menyampaikan pengumuman. Majlis mempersilakan.

SELESAI UCAPAN

Terima kasih kepada ___________________________ atas ucapan

sebentar tadi.

UCAPAN PENTADBIR (sekiranya ada)


Seterusnya, majlis mempersilakan

________________________________

Penolong Kanan _______________________ untuk menyampaikan ucapan.

(HABIS UCAPAN)

Terima kasih kepada Penolong Kanan _______________________ atas

ucapan sebentar tadi.

UCAPAN TUAN GURU BESAR

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Tuan

Guru Besar, Cikgu Awang Omar bin Awang Sepuan untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

SELESAI UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh

Tuan Guru Besar sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran dan amanat dapat

dijadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH

Seterusnya, semua guru dan murid diminta untuk berdiri untuk menyanyikan
lagu sekolah.

HABIS NYANYIAN

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan

kita pada pagi ini. Bagi pihak majlis, kami ingin memohon kemaafan sekiranya

terdapat kekurangan dan ketelanjuran kata di sepanjang perhimpunan ini

diadakan. Selamat mengajar kepada semua guru dan selamat belajar kepada

semua murid.

Guru bertugas pada minggu ini ialah,

(baca senarai nama guru bertugas)

Sekiranya ada masalah, boleh berjumpa dengan guru-guru berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai