Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

Mengumumkan ketibaan Ayahanda Pengetua, Barisan Guru Penolong Kanan dan guru-guru
SekolahAgama Menengah Bestari untuk masuk ke dalam dewan. Semua hadirin diminta untuk
berdiri.

(Berdiri Hormat)

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk
di tempat masing-masing.

(mula Majlis)

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bimillah pembuka bicara.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

• Yang Berusaha, Tuan Hj. Mohd Zainul Ariffien Bin Mohd Jaid, (Pengetua Sekolah Agama
Menengah Bestari)
• Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Noor Asyikin Binti Ansor, (Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Agama Menengah Bestari)
• Yang Berusaha, Tuan Husnun Alsha’ari Bin Mohd Rasidi, (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Agama Menengah Bestari)
• Yang Dihormati, Puan Norliza Binti Sharmen, (Penolong Kanan Kokurikulum)
• Para pendidik SAM BESTARI yang berdedikasi, seterusnya para pelajar SAM BESTARI yang
pintar lagi bestari.
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.(Kalau ada tetamu)

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke:


__________________________________(nama program)__________________________________
Saya _________(NAMA)_________ bersama _________(NAMA JIKA BERPASANGAN)_________
akan mengacarakan Majlis sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu (SAYA/KAMI) ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya kerana kita dapat bersama-sama berhimpun pada (PAGI/PETANGA) ini untuk
____________________________(NAMA PROGRAM / MAJLIS)_____________________________
(MAJLIS ANUGERAH AND ADA VIP)

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha ____(NAMA VIP DAN
JAWATAN)____, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami
ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau.

Ucapan terima kasih juga kepada semua (PELAJAR/IBU BAPA) yang sudi meluangkan masa untuk
menghadiri Majlis ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah S.W.T

(BACAAN DOA)

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: _______(NAMA)________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ________(NAMA)_______
atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

(UCAPAN)

Meluncur Pawana burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah (Tuan/Puan) kami merayu,
Membawa ucapan pengikat kasih.

UCAPAN YDP

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati _____(NAMA YDP PIBG DAN JAWATAN JIKA
ADA)_____ untuk memeberikan ucapan. Majlis mempersilakan.

************(Ucapan YDP PIBG)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, ______(NAMA VIP DAN
JAWATAN)_____ atas ucapan tersebut.

UCAPAN PENGETUA/PENTADBIRAN/HEM/KOKO

Baiklah sekarang, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha ________(PENGETUA / PK PNTBRN /


PK HEM / PK KOKO)________ untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

************(Ucapan)

Ucapan terima kasih kepada _____(NAMA DAN JAWATAN)_____ atas ucapan tadi.
UCAPAN VIP

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha ________(NAMA VIP DAN JAWATAN)________


untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan ________(NAMA
PROGRAM/MAJLIS)________ . Majlis dengan segala penuh takzimnya mempersilakan.

***********(Ucapan VIP)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
_____(NAMA DAN JAWATAN VIP)_____ atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

PERSEMBAHAN

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

(PENUTUP)

Dengan berakhirnya acara tadi, maka berakhirlah sudah majlis pada (PAGI/PETANG) ini. Tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian Terima Kasih. Assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai