Anda di halaman 1dari 7

TEKS MAJLIS PERSARAAN

PUAN SARIMAH BT JAMAL


PUAN SUKRIAH BT ALI
PUAN HASNIAH BT KASSIM
TARIKH: 22 NOVEMBER 2018
TEMPAT: DEWAN TERBUKA, SK KEPALA BATAS.

JURUACARA : ZARINA

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Cikgu Sarimah bt Jamal, Ustazah Sukriah bt Ali,
Ustazah Hasniah bt Kassim dan semua hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk
masing-masing.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam muhibbah dan
salam muafakat kepada semua warga skkb.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran ticer dan ustazah kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Yang diraikan Ticer Sarimah Bt Jamal, Ustazah Sukriah Bt Ali, Ustazah Hasniah Bt
Kassim Guru-Guru Di Sk Kepala Batas

Yang Berusaha Cikgu Md Rozali bin Hanafi


guru besar Sk Kepala Batas

Cikgu Ku Ahmisuhaimi bin Ku Ahmad


Penolong Kanan pentadbiran

Cikgu Yusof bin A Samad


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Anis Azlina binti Abdul Aziz


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru dan warga SK Kepala Batas, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke majlis ‘sanjungan budi lambaian kasih’ sempena persaraan Ticer
Sarimah bt Jamal, ustazah Sukriah bt Ali, Ustazah Hasniah bt Kassim. Terlebih dahulu
kesyukuran dipanjatkan kerana kita semua telah diberi kesempatan untuk sama-sama
berada dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
al-Fadhil Ustaz Muhammad Zawawi bin Ishak. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

-bacaan doa-

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada alFadhil Ustaz
Muhammad Zawawi atas bacaan doa itu tadi.

JURUACARA: NUR FAIZAH

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati,

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Dicelah angsana di Tanah jawa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di dewan yang indah kita bersua

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Md Rozali bin Hanafi
guru besar Sk Kepala Batas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-ucapan guru besar-

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Md Rozali bin Hanafi atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan wakil murid adik Farah Ainin Sofiya bt Azizan
untuk menyampaikan ucapan.

-ucapan wakil murid-

Terima kasih diucapkan kepada adik Farah Ainin Sofiya atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Seterusnya, untuk seluruh warga dewan marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia. Semoga persembahan ini dapat mengimbau kembali memori-memori indah
sepanjang keberadaan guru-guru yang dirai bersama kita di sekolah ini.

-persembahan multimedia-

Demikian tadi persembahan yang sangat memberi makna dan menyentuh hati kita
semua. Untuk makluman hadirin, tayangan tadi adalah hasil kreativiti Cikgu Hanif faizal
bin che Ani dan Cikgu Asrul Sani bin Zain.

JURUACARA : ZARINA
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Sekarang tibalah waktu yang kita nantikan iaitu ucapan yang diraikan. Untuk itu majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan ticer Sarimah bt Jamal, Ustazah Sukriah bt Ali
dan Ustazah Hasniah bt Kassim untuk menyampaikan ucapan.

-ucapan yang dirai-

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Terima kasih diucapkan kepada ticer Sarimah, Ustazah Sukriahi dan Ustazah Hasniah
atas ucapan sebentar tadi

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah sama kita saksikan persembahan
oleh murid-murid Sk Kepala Batas. Persembahan ini disampaikan oleh murid daripada
kelas 2 Genius di bawah bimbingan Ticer Rosmah bt Abd Rahim. Mereka akan
menyampaikan sebuah lagu berjudul “Say Something”. Dipersilakan adik Nur Ainin
Shafiya dan adik Aireen Batrisyia.

_ persembahan murid 2 Genius –

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


Hadirin yang dihormati,

Seterusnya ialah persembahan oleh semua guru-guru SK Kepala Batas. Untuk itu saya
mempersilakan semua guru naik ke pentas. Kami akan mempersembahkan dua buah
lagu berjudul Doa Perpisahan dan Salam Perpisahan.

-persembahan guru-

Demikian tadi persembahan yang amat menyentuh rasa. Terima kasih diucapkan
kepada semua guru yang telah menjayakan nyanyian sebentar tadi, dan semoga ianya
menjadi kenangan terindah buat kita semua.

Kita akan meneruskan majlis dengan persembahan daripada murid-murid tahun 5 pula
yang akan menyampaikan lagu “Number One For Me”. Dipersilakan murid tahun 5 naik
ke pentas.

- Persembahan murid tahun 5 –

Terima kasih diucapkan atas persembahan tadi. Persembahan sebentar tadi telah
mendapat bimbingan sepenuhnya oleh ticer Rosmah bersama jawatan kuasa
persembahan .

Seterusnya ___________________________________________________ yang berjudul


_______________________ akan disampaikan oleh Ustaz Munirul Karno Ross.

- Persembahan ustaz –

Demikian tadi _______________________________________ oleh ustaz munirul. Semoga ianya


menjadi satu untaian kenangan yang mengiringi persaraan guru-guru kita.

JURUACARA : NUR FAIZAH

Hadirin yang dihormati,

Kan elok diingat jika ada yang memuji..


Kan elok ditatap jika ada yang menanti..
Kan elok dikenang jika ada yang berbudi..
Kan elok disimpan jika ada yang memberi..

Seterusnya ialah upacara penyampaian cendera kenangan. Untuk itu majlis


mempersilakan cikgu Ku Ahmisuhaimi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha cikgu Md Rozali bin Hanafi guru besar Sk
Kepala Batas bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

-Rujuk Senarai Hadiah-

Demikian tadi selesailah sudah upacara penyampaian cendera kenangan. Terima kasih
diucapkan kepada cikgu Md Rozali bin Hanafi atas kesudian menyampaikan hadiah
dan cenderahati sebentar tadi.
JURUACARA : ZARINA
Penutup

Hadirin yang dihormati,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi guru-guru jadi kenangan

Sudah biasa kita dengari


Patah tumbuh hilang berganti
Namun yang patah tidak sama yang tumbuh
Yang hilang tiada galang ganti

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Dengan itu, ,maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Kami mendoakan agar cikgu
sarimah, ustazah sukriah dan ustazah Hasniah sejahtera dan dalam jagaan Allah
sentiasa. Mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang kami mengendalikan majlis
ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.


Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan-bisikan,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Dataran perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik mesyuarat dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik persidangan dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal semua wadah!

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Bernama ticer dan ustazah.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,


Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,


Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Anda mungkin juga menyukai