Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI LAHIR


BULAN JUN, JULAI DAN NOVEMBER

Kata aluan Indah berbalam si awan petang


Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Kami Bawakan Kepada anda Majlis “Sambutan Hari Lahir”


untuk murid Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat siri 3,
iaitu bagi mereka yang lahir pada bulan Jun, Julai dan
November.

Vip Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam sejahtera

Yang Berusaha

Pn Faridah binti Abidin,


Guru Besar Sekolah Kebangsaa Parit Setongkat

Yang Dihormati,
Pn Mastura binti Rahmat,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En Hisham bin Deni,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Raimi bin Mai’in


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Ucapan Saya mewakili barisan ahli jawatankuasa majlis ingin


aluan MC mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak atas kebersamaan dalam menjayakan
program sambutan hari lahir pada hari ini.

Diharapkan sambutan ini dapat mewujudkan suasana


keseronokan dalam kalangan murid untuk menyambut hari
lahir secara bersama-sama.
Bacaan doa Hadirin sekalian,

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambal berlari
Kehadiran semua sangat dirai
Moga majlis bertambah seri

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari ini, marilah


kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Nik Azman bin Mohd Zain

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

di atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan GB Puteri Bongsu cantik mejelis


Dari kayangan turun ke pekan
Untuk menambahkan keserian majlis
Ucapan guru besar kita dengarkan.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan dan


menjemput Yang Berusaha Puan Faridah binti Abidin untuk
menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Faridah binti Abidin di atas ucapan sebentar tadi.
Nyanyian
lagu
“Selamat Lagu Selamat Hari Lahir
Ulang
Tahun” Senaman Aram Sam Sam

Sesi
bergambar - SESI BERGAMBAR LELAKI
(lelaki & - SESI BERGAMBAR PEREMPUAN
Perempuan - SEMUA MJRID DAN AJK
)
Jamuan Hadirin sekalian yang dirahmati sekalian,
makan
Majlis menjemput Puan Guru Besar, barisan pentadbir,
guru-guru dan semua murid yang diraikan untuk menjamu
selera.
Kemas

Bersurai Hadirin sekalian,

Bak kata orang


Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun sudah sampai ke Lembah,
Kalau terjun sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang sudah sampai ke Pantai.

Dengan ini, majlis pada hari ini nampaknya sudah sampai


ke penghujungnya.

Mjalis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua atas kesudian meluangkan masa Bersama-sama
memeriahkan majlis “Sambutan Hari Lahir” siri dua ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majli ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai