Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASIAH

KETIBAAN CIKGU ASIAH


Mengumumkan ketibaan Cikgu Asiah Mohammad bersama dengan (umumkan jika ada ahli - Paluan
keluarga) diiringi oleh Guru Besar SK Pg Jaya Pimping, Pn Hjh Lila binti Hj Latip, Barisan kompang
Penolong-penolong kanan dan guru-guru SK Pg Jaya Pimping. - Kulintangan

Warga Dewan sekalian. -


Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanahairku.

Terima kasih warga dewan sekalian


Ke Pekan Kuala membeli bingka, -
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha Guru Besar SK Pengiran Jaya Pimping, Pn Hjh Lila Hj Latip,

Yang diraikan, Cikgu Asiah Mohamad,

Yang Berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran En Ag Mohd Salim bin Ag Salleh,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Dg Hamidah Awang Damit,
Penolong Kanan KoKurikulum EN Ibrahim Sapar
Para guru dan murid
Seterusnya hadirin yang dirahmati Allah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera dan selamat datang ke


Majlis Jasamu Dikenang untuk Cikgu Asiah Mohammad.
Hadirin yang dikasihi,. -

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Hadirin, kita berkumpul pada hari ini untuk meraikan Cikgu Asiah Mohammad yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga besarnya jasa Cikgu Asiah
sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya. Sekalung terima kasih diucapkan kepada
beliau atas kesudian menghadiri ke majlis yang tidak seberapa ini untuk meraikan Cikgu
Asiah yang bukan saja telah menjadi guru malah umpama ibu dan kakak kepada kami warga
sekolah SKPJP ini.
Memula majlis penyeri segala kebesaran Illahi -
puji terpuji
jalan mana dan langkah mana sekali pun
keredhaan-Nya menjadi titian berkat dipinta, selamat segala.

Hadirin sekalian,
Tangan diangkat menadah puji mengaminkan doa memohon restu.
Dipersila hormat, Al Fadhil Ustaz ________________________ untuk memimpin bacaan
doa.

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Memula kata gelanggang bicara, -
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Yang Berusaha Guru Besar SKPJP, Pn Hjh Lila binti Hj Latip
Menyusun setia lafaz kata alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn Guru Besar atas ucapan
alu-aluan itu tadi.
Hadirin, -
Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu
Asiah Mohamad untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
-terima kasih diucapkan kepada Cikgu Asiah atas titipan kata itu tadi.
Awan bersua citra berkisah -
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Untuk itu, mari kita sama-sama saksikan dan sertai nyanyian lagu beramai-ramai dari warga
SKPJP untuk insan teristimewa yang diraikan hari ini. Terimalah, Cintaku Sampai Ke
Ethiopia

Cinta dan kasih kami akan sentiasa bersama Cikgu Asiah walau dimana berada. Beri tepukan
sekali lagi kepada murid-murid SKPJP atas persembahan itu tadi.
Seterusnya, marilah kita dengarkan bait-bait lirik lagu Kenangan Terindah Ikhlas dari kami -
warga guru SKPJP didedikasikan khas buat CIkgu Asiah. Dipersilakan para guru untuk
mengambil tempat di atas pentas.
Hadirin, -
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Sebagai pengakhir acara, majlis menjemput Yang Berusaha Guru Besar SKPJP bersama-
sama barisan Penolong-Penolong Kanan untuk mengiringi Yang diraikan Cikgu Asiah bagi
menerima cendera kenangan dan bersalam-salaman bersama murid-murid khasnya dan
seluruh warga SKPJP. Dipersilakan.
-
Dengarkanlah iringan kata hati kami
Buat dirimu yang disayangi
Buat kenangan sekejap di sini.

Selamat berangkat insan teristimewa


semoga sepanjang pelayaran hidupmu
diiringi angin berkat.
Terima kasih kerana rela bersama bersusah
menjaga halaman dan isi rumah
sehingga rapi dan indah.

Terima kasih kerana sudi menjadi ranting dan daun


yang merimbunkan ukhwah
yang terlalu mahal untuk dijual
yang terlalu suci untuk dibeli.

Pelita ingatan ini tak akan padam


kerana guru ku yang setia
yang lebat berbudi mulia
menjaga amanah penuh waspada
bijak berkias menyusun tegas
dengan bahasa santun seringan kapas.

Selamat bersara wahai guruku


kutahu lautan bukanlah pemisah
kerana kasih antara kita
sungai jernih tak pernah tersekat
mengalir deras sepanjang hayat.
Hadirin yang dikasihi sekalian -
Itulah ucap kata kami
Itulah isi hati kami
Yang terkilan diberitahu
Yang terasa elok sampaikan
Akhirnya disini,semoga bertemu kembali dilain hari.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai