Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


TAHUN 2009

TEMPAT : BTPN NS
TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

1. MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,


Pengerusi JK Bertindak Pelajaran & Pengajian Tinggi, NSDK

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,


Demi negara yang tercinta, ke arah satu Malaysia,
Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku.

3. BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah sama-sama kita mohon taufik serta hidayah
Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri
Sembilan tahun 2009

Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NS untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa


sebentar tadi.
UCAPAN PROTOKOL

Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,


Pengerusi JK Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan
Darul Khusus

Yang Berbahagia Pn Siti Hawa bt Said,


Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Dihormati Pn Hjh Ruhazah bt Mohd Salleh ,


Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
mewakili Pengarah Pelajaran NSDK

Yang Berusaha Tn Mohd Noh B Abadan,


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan
Tahun 2009

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah

Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS


dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan

Pengetua-pengetua kanan , para pengetua

Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar,

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan

Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Asalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

4. UCAPAN ALUAN

Sirih pinang di dalam puan


Buat santapan putera idaman
Sebagai hidangan puteri rupawan
Buat cicipan dagang nan maulan
Selamat datang kami ucapkan
Buat tuan puan budiman
Ke sidang majlis penuh taakulan
Bersama merapat ukhwah dan taulan

Hadirin yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya


dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN
peringkat NSDK bagi tahun 2009.

Saya bagi pihak JK Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat &


Yang Berbahagia Datin serta para jemputan ke majlis ini.

Alhamdulillah saban tahun usaha menyemarakkan budaya penggunaan


teknologi pendidikan dilaksanakan dengan jayanya berkat sokongan dan
kerjasama semua pihak. Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, program
peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran inovasi pendidikan
dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta penyebaran budaya
teknologi pendidikan. Hal ini dilaksanakan melalui konsep perkongsian,
permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru di semua peringkat.

Justeru, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan ingin


melahirkan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua dengan
menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN, NSDK bagi
tahun 2009.

4.1 UCAPAN KPP

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Noh
b Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bhg Tekn Pend Negeri NSDK. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

4.2 UCAPAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang


dihormati Pn Hjh Ruhazah bt Mohd Salleh , Ketua Sektor Pengurusan
Maklumat mewakili Pengarah Pelajaran NSDK, menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Pn Hjh Ruhazah bt Mohd Salleh ,


Ketua Sektor Pengurusan Maklumat JPNS.

4.3 UCAPAN PERASMIAN


Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu Perasmian Majlis
Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan Tahun
2009.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli ,
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan
oleh Yang Berhormat.

5 PENYAMPAIAN SIJIL/ANUGERAH

Hadirin yang dihormati,

5.1 Acara seterusnya adalah penyampaian …………………………………..

Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil


Pengurusan BTPNNS mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Adenan b.
Deraman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia naik ke pentas.

Dipersilakan Tn Mohd Noh b Abadan menerima Sijil MS ISO 9001/2000.


Tahniah diucapkan.

Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah


BTPNNS menerima watikah perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS
Tahun 2008.

Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG


Tampin bagi menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO.

Dipersilakan juga wakil PKG Rembau menerima sijil penghargaan


penyediaan dokumen ISO.

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik


PKG Negeri Sembilan.

Bagi Kategori PKG Berbangunan – anugerah ini diberikan kepada PKG


Rompin. Dipersilakan wakil PKG Rompin..
Bagi Kategori PKG Berbangunan khas – anugerah ini diberikan kepada PKG
Kota. Dipersilakan wakil PKG Kota.. Tahniah diucapkan..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
Pengarah BTP, KPM atas penyempurnaan acara itu tadi.

5.2 Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi
pertandingan-pertandingan yang diadakan dan anugerah-anugerah
kecemerlangan TEKNOPEN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Mohd Noh b Abadan,


Ketua Penolong Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn Shamsul
Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan
mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara.

5.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia


Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Menengah

Tempat Ketiga dimenangi …......................................

Tempat Kedua dimenangi ……………………………..

Tempat Pertama disandang ………………………………

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif


Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Rendah

Tempat Ketiga dimenangi …......................................

Tempat Kedua dimenangi ……………………………..

Tempat Pertama disandang ………………………………

5.2.2 Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah

Tempat Ketiga dimenangi ………………………

Tempat Kedua dimenangi ………………………

Tempat Pertama disandang ………………………

5.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah


Cemerlang.
Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan ………..............

Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ………......

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan ………..............

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan ………..........

Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke


peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2008.

5.2.4 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan ………..............

…………………………………………………..
Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ………......

……………………………………………………
Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan ………..............

……………………………………………………
Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan ………..........

…………………………………………………..
Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke
peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada awal tahun ini.

5.2.5 Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri


Sembilan. Dipersilakan ………………………………………………

5.2.6 Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan.


Dipersilakan ………………………………………………

5.2.7 Seterusnya bagi anugerah Guru ICT Negeri Sembilan.


Dipersilakan ………………………………………………

5.2.8 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan


Aktif Think.com. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi
oleh ………………………………….. Bagi kategori sekolah
rendah dipersilakan …………………………………..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas


kesudian menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan.
5.1 PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Sebagai tanda penghargaan & terima kasih kami, pihak majlis menjemput Tn
Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk
menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat Tn Shamsul Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak


Pelajaran Negeri Sembilan. Tk Tuan…

Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Adenan B Deraman


Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
TK tuan

Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam,


Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK. TK tuan

Dijemput juga Tn Hj Azam b Md.Atan,


Pengetua Kanan SM Datuk Abdul Razak
Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia. TK tuan

Terima kasih diucapkan kepada Tn KPP BTPNNS

5.2 UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,


Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN
tahun 2009 . Kerjasama yang diberikan oleh dalam menjayakan program ini
amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak
berbelah bagi daripada semua pihak.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan meningkatkan kualiti
infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma serta .
mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari
tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai,
sudilah apa kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia. Pihak majlis
menjemput Tn Mohd Noh B Abadan mengiringi Yang Berhormat , Yang
Berbahagia Datin, Yang dihormatai Dato’ Pengarah serta para tetamu ke
tempat jamuan. Sekian, wbt.

Anda mungkin juga menyukai