Anda di halaman 1dari 4

Program SPOT Butterfly Meningkatkan Kehadiran Murid Ting 5

Kelas Aliran Vokasional Dan Perniagaan Ke Sekolah

Nurhaiza Bt Che Mat


SMK Cheras

Jalan Yaakob Latiff


Bandar Tun Razak
56000, Cheras, K.L

1.0 REFLEKSI YANG LALU


Pada masa kini ponteng sekolah dalam kalangan murid menengah atas semakin
menjadi-jadi. terutama murid kelas perniagaan dan vokasional. Setiap tahun murid
ting 5 dari kelas aliran tersebut mempunyai lebih dari 20 kes buang sekolah,
berhenti secara sukarela dan penerima surat amaran kedua dan
ketiga. Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan tiada surat dari ibu bapa
menyebabkan guru-guru kelas mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran ke
sekolah. Murid-murid ponteng ini akan dikenakan tindakan surat amaran mengikut
bilangan hari ketidakhadiran mereka. Pada tahun ini , murid tingkatan 5 di SMK
Cheras terdapat seramai 211 orang yang terdiri daripada kelas-kelas aliran sains
tulen, aliran teknikal, aliran vokasional dan aliran perniagaan. Didapati maklumat
dari buku kedatangan murid, sudah ada 22 orang murid tingkatan 5 aliran
vokasional dan perniagaan yang menerima surat amaran satu bagi kes ponteng
sekolah. Murid –murid menengah atas ini merupakan murid yang telah mendapat
surat amaran pertama dari bulan Jan – Feb 2018. Satu program perlu dijalankan
bagi mengurangkan kes baru ponteng sekolah, iaitu SPOT Buttherfly singkatan
Sistem Pemantauan Orang Tertentu untuk kategori Butterfly Program Sahsiah
Unggul Individu Terbilang. Butterfly adalah kategori murid bermasalah yg berubah
positif. Program ini menangani peningkatan bilangan penerima surat amaran dari
kelas terlibat dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan kehadiran murid
-murid yang sudah menerima surat amaran pada bulan Januari hingga Februari
2018 agar tidak tercicir dalam sistem persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5 dan
meningkatkan bilangan hari mereka ke sekolah agar tidak lagi menerima surat
amaran ponteng yang seterusnya.

2.0 Fokus Kajian


Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti punca dan menjalankan intervensi kaunseling bagi
mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid 5 aliran vokasional dan
perniagaan iaitu seramai 22 orang murid yang menerima surat amaran pertama pada bulan
Jan – Feb 2018.

3.0 Objektif Kajian


Objektif Umum

1) Meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 ke sekolah bagi tahun 2018.

Objektif Khusus:
1) Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid ting 5 aliran vokasional dan
perniagaan yang menerima surat amaran pertama agar tidak sampai ke amaran ketiga dan
menamatkan tingkatan 5.
2) Meningkatkan kehadiran murid –murid sasaran ini melalui sesi kaunseling dan intervensi
bagi meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah.

4.0 Kumpulan Sasaran


22 murid dari kelas perniagaan dan vokasional Ting 5 SMK Cheras

5.0 Tindakan Yang Dijalankan


Tindakan 1 :
Menyediakan soal selidik punca ketidakhadiran murid ke sekolah
.

Tindakan 2 : Menjalankan Bengkel SPOT


Mengadakan sesi kaunseling berfokus secara berkala dengan intervensi Minda
Sihat, intervensi psikometrik dan lain -lain kepada murid - murid sasaran ini.

Tindakan 3. Program Cakna


Mengadakan lawatan ke rumah bagi kes yang mana murid tidak dapat dikesan
punca ponteng sekolah, tidak dapat menghubungi ibu bapa melalui telefon dan tiada
komunikasi antara ibu bapa penjaga murid dengan pihak sekolah. Kes lawatan ke rumah
akan dikongsikan bersama murid lain di tapak perhimpunan tanpa menyebut nama murid,
agar warga sekolah mengetahui bahawa guru serius untuk menangani masalah ini hingga
ke rumah.

Tindakan 4: Mempromosikan insentif kepada ting 5 aliran perniagaan dan


vokasional

Kelas yang berjaya mencapai target sasaran 90% kehadiran akan menerima sijil
penghargaan

Tindakan 5 : Mengadakan intensif penggal pertama


Berpeluang untuk mengikuti lawatan yang dibiayai secara percuma untuk aktiviti luar bilik
darjah bagi kehadiran 95% ke atas setiap bulan bagi murid ting 5 aliran perniagaan dan
vokasional
6.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN


1 Mengenal pasti masalah dan Jan – Feb 2018
pengumpulan data awal
2 Menulis cadangan kajian tindakan Mac 2018
3 Merancang Tindakan Mac 2018
4 Melaksanakan Tindakan Mac – Oktober 2018
5 Membincangkan Masalah Yang Timbul Jun – Oktober 2018
6 Refleksi Kajian 1 – 5 November 2018
7 Menulis Laporan Kajian 6 – 10 November 2018
8 Pembentangan Dapatan Kajian 15 – 17 November 2018
9 Penerbitan Kajian Tindakan Disember 2018

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
PCG Kaunseling RM 200
PIBG RM 500

Jumlah RM 700

Perbelanjaan
Lawatan RM 500
Sijil & Intensif RM 200

Jumlah RM 700

8.0 PENUTUP

Semoga program SPOT Butterfly ini berjaya meningkatkan kehadiran murid ke

sekolah pada tahun 2018.

Disediakan oleh

(Nurhaiza Bt Che Mat)


Guru Kaunseling

Ulasan:
________________________________________________

Diluluskan oleh,

( Kamariah Bt Abu)
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai