Anda di halaman 1dari 12

Mai’tah Berinovasi 2018

1.0 Kategori  Anugerah
Berkumpulan sekolah rendah

2.0 Tajuk/Tema Inovasi


Teropong Ajaib bagi meningkatkan daya tumpuan dan ingatan murid pemulihan
khas

3.0 Sinopsis Inovasi


Murid pemulihan adalah merupakan murid yang amat memerlukan suasana
pembelajaran yang kondusif dan memerlukan sokongan bahan bantu mengajar yang
menarik. Selain itu, mereka juga memerlukan satu tumpuan yang khas dalam
membantu mereka untuk menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); Murid pemulihan ialah mereka yang


menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat
negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.

Sehubungan itu, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi yang kami
hasilkan ini dapat memberikan tumpuan terhadap huruf, suku kata atau perkataan.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah murid yang kurang penumpuan dalam belajar,
kami telah mencipta satu produk yang dipanggil “Teropong Ajaib”. Produk ini
dihasilkan apabila wujudnya murid yang tidak dapat menguasai Kemahiran 1 dan 2
(Pemulihan Khas) atau Konstruk 1 dan Konstruk 2 (Linus) iaitu mengenal huruf. Ini
dibuktikan apabila SK Lubuk Temiang masih mempunyai 1 orang murid Tahun 3 dan
3 orang murid tahun 2 yang masih belum dapat mengenal huruf pada tahun 2017.
Hasil tinjauan yang kami perolehi, masalah yang dihadapi oleh keempat-empat
orang murid ini adalah kurangnya penumpuan terhadap huruf yang diajar. Dapatan
yang diperolehi ialah mereka tidak menumpukan pada huruf yang hendak diajar
apabila kami membuat satu ujian dengan menunjukkan satu huruf yang statik yang
menarik dan satu huruf yang animasi. Apabila kami mengarahkan mereka untuk
menyebut huruf yang kami tunjuk, posisi matanya lebih tertarik kepada huruf animasi
yang telah kami sediakan. Ini membuktikan bahawa mereka kurang penumpuan
1|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

walaupun huruf yang ingin diajar lebih menarik tetapi keempat-empat mereka lebih
tertarik dengan huruf lain yang bergerak (animasi). Ini membuktikan bahawa mereka
kurang daya tumpuan.

4.0 Kumpulan Sasaran


Program inovasi ini melibatkan seramai 4 murid bekas pemulihan khas yang terdiri
daripada 1 orang murid lelaki bagi tahun 3. Manakala 2 murid lelaki dan 1 orang
murid perempuan bagi tahun 2.

5.0 Bahan/Idea untuk menghasilkan inovasi

5.1. Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan


a. Murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza. Murid-muird yang
lebih lambat atau lemah memerlukan program khas untuk menguasai sesuatu
kemahiran atau pengetahuan yang belum dikuasai.
b. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini disuaikan dengan bahan
yang dapat menarik perhatian murid untuk memberi tumpuan pada huruf yang
hendak diajar.
c. Murid-murid diberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi
sesama kawan apabila aktiviti pembelajaran dan pengajaran diadakan.
d. Murid ini tidak menguasai K1 dan K2 pada ujian saringan 2 pada tahun 2017

5.2. Masalah-Masalah Yang Dihadapi


Murid-murid ini mempunyai masalah dalam mengingat huruf yang diajar dan kurang
daya tumpuan serta fokus dalam pembelajaran. Mereka seringkali kurang fokus dan
tumpuan dalam pembelajaran. Keempat-empat murid ini tidak dapat mengenal huruf
dengan baik.

6.0 Objektif Inovasi


6.1 Matlamat
a. Membantu murid-murid untuk memberikan tumpuan 100% terhadap
pembelajaran.
b. Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
2|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

6.2 Objektif Umum


Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini bertujuan untuk murid tahun 2
dan 3 yang masih belum menguasai Kemahiran 1 dan 2 dalam pemulihan khas.

7.0  Kronologi Pelaksanaan
No Perkara Tarikh
1 Perbincangan bersama rakan mengenai produk 18 Februari
yang hendak dihasilkan
2 Menghasilkan bahan dan menual penggunaan 19 Februari
3 Kursus methodology 8-9 Mac 2018
4 Menjalankan pra-ujian 12 Mac 2018
5 Mengaplikasikan Teropong Ajaib dalam pdp 13 mac – 16 Mac 2018
6 Menjalankan Ujian Post 26 Mac 2018
7 Menyiapkan kajian tindakan Inovasi 2 April 2018
8 Menghantar kajian tindakan Inovasi 7 April 2018

8.0 Kos menghasilkan Inovasi

8.1.Bentuk Bahan
Berbentuk empat segi dimana penyediaan bahan terdiri daripada:
i) Polesterin
ii) Double tape
iii) Kad huruf
iv) Pemotong (Cutter)
       Guru memberi dan membanyakkan latihan mengenal huruf. Guru juga memberi
dan membimbing murid dengan menerangkan serta menunjukkan cara
menggunakan Teropong Ajaib dengan betul.
       Latihan  yang diberi  berdasarkan soalan pra ujian serta beberapa bentuk latihan
lain yang lebih kurang sama.

8.2.Kos Bahan

No Bahan Harga (RM)

3|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

1 Polisterin 3.50
2 Double Tape 2.00
JUMLAH 5.50

9.0 Isu Yang Ditangani Oleh Inovasi


Sebelum pembelajaran dan pengajaran dijalankan, pra ujian telah diadakan untuk
mengenal pasti tahap penguasan murid dan juga mengenasl pasti nilai murni yang
masih belum dikuasai oleh kebanyakan murid yang terlibat dalam program ini. Guru
mendapati murid-murid tidak dapat mengingat dan memberikan tumpuan dengan
baik terhadap huruf yang ditunjukkan oleh guru.

Dengan wujudnya “Teropong Ajaib” yang dibina oleh guru, pasca ujian telah
dijalankan dan hasilnya keempat-empat orang murid tersebut telah mendapat purata
skor 9 markah ke atas dengan memberikan soalan yang sama seperti pra ujian.

Kesan: Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini telah berjaya
mengatasi masalah pembelajaran seperti bosan, tiada minat, rasa tertekan, tidak
dapat mengingati, rendah diri, diam, tidak mahu menglibatkan diri, kurang tumpuan
di kalangan murid-murid. Murid-murid kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar.
Mereka kelihatan lebih yakin walaupun sekali sekala tidak dapat memberikan
jawapan yang betul dalam aktiviti berbantukan bahan inovasi yang dihasilkan. Murid-
murid juga dapat bermain dan belajar dengan daripada kesilapan dan juga
berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan lebih yakin. Murid-murid juga dapat
menyelesaikan latihan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.

9.1. Ulasan Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Selepas


Aktiviti Latihan Dijalankan

ANALISIS  PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID PRA DAN PASCA UJIAN


 

4|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

N UJIAN PRA POST (OT1)


NAMA KELAS
O (15 Markah) (15 Markah)
1 Sharif Iqram Bin Malai Tahun 3 13/15 15/15
2 Putri Noralisah Bt Suratman Tahun 2 14/15 15/15
3 Nur Alya Alisyah Tahun 2 13/15 15/15
4 Mohd Eyden Ali Tahun 2 Murid MBK
     

Peratus peningkatan Uijan Pra & Post bagi setiap murid


15.5

15

14.5

14 Ujian Pra
Ujian Post

13.5

13

12.5

12
Sharif Putri Nur Alya
 

9.2. Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru/Murid


Kami rasa bersyukur kerana program inovasi ini berjaya dilaksanakan walaupun
menghadapai pelbagai kekangan. Bukan senang untuk menjalankan program dan
menjayakannya,terutama apabila inovasi ini melibatkan 3 orang guru yang berlainan
sekolah. Kekangan masa serta kesibukan kami masing-masing telah menyebabkan
produk inovasi ini pada mulanya lambat disiapkan dan diaplikasikan.

5|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

Walaubagaimanapun, setelah kekangan ini dapat kami atasi, kami berasa sangat
berpuas hati kerana kami dapat juga menggunakan inovasi ini dengan jayanya
kerana kami berjaya membuat satu peningkatan dalam markah post ujian bagi murid
yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 ini.
Bagi murid pula mereka berasa kaedah ini lebih menarik dan mudah bagi
mereka untuk mengingat apa yang mereka belajar. Mereka dapat memberikan
tumpuan 100% kepada apa yang diajar oleh guru.

9.3. Faedah-faedah Lain


i) Inovasi yang kami hasilkan ini juga boleh digunapakai oleh guru-guru lain bagi
murid mereka yang masih mempunyai masalah pada konstruk 1 dan 2.
ii) Inovasi ini mudah untuk disebar luaskan kepada sekolah-sekolah lain kerana
ianya mudah dan tidak memerlukan kos.
iii) Inovasi ini sudah dibentangkan kepada semua guru pemulihan khas di seluruh
WP Labuan.

10.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN


Produk ini sesuai digunakan untuk semua guru pemulihan khas dimana yang masih
mempunyai murid yang belum menguasai 3M. Selain itu, ia juga boleh disebarkan
dengan mudah dengan menggunakan internet iaitu WHATSAPP, TELEGRAM atau
FB.Ia juga boleh digunapakai untuk guru-guru BM tahun 1 KSSR.

11.0 KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI


Produk ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan mudah dihasilkan,

12.0 KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan kaedah dan teknik mengajar yang
kreatif dan berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, aktiviti berkumpulan,
motivasi dan interaksi akan merangsang pelajar untuk belajar. Guru yang bersifat
positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka.
Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan
6|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

pembelajaran dalam bilik darjah dengan merancang teknik mengajar dan


menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Rajesvari, (2008) juga
mengatakan dalam kajiannya bahawa dalam pengajaran pemulihan, strategi
pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami
ketidakupayaan dalam pembelajaran . Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan
mengikut keperluan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza
untuk memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Sehubungan itu, murid
yang lemah mesti diberi pemulihan seperti mana yang dinyatakan oleh Ab. Rahman,
et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selepasa
tinjauan dijalankan, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovatif ini bukan saja
dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, ia
juga boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan bagi murid yang telah
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran.

PENGAKUAN CALON

7|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

Kami mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar mengiringi sinopsis
projek yang dicalonkan oleh SK LUBUK TEMIANG & SK BEBULOH WP LABUAN
adalah  butiran kad pengenalan kami yang terkini.
  

_______________________________
(NORHASIKEN BINTI MOHD DAHLI)
IC NO: 831016-12-5762
Tarikh: 5 APRIL 2018

_______________________________
(NURUL NADHRAH BINTI KHALID ALWALID DZIYAUIDDIN)
IC NO: 890512-07-5020
Tarikh: 5 APRIL 2018

LAMPIRAN 1
PRA/POST UJIAN
KONSTRUK 1 / KEMAHIRAN 1
Nama:_______________________ Kelas:________________

8|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

9|Page
Mai’tah Berinovasi 2018

MANUAL PENGGUNAAN TEROPONG AJAIB

10 | P a g e
Mai’tah Berinovasi 2018

Pengaplikasian Teropong Ajaib Di Dalam Kelas

Taklimat dan perbentangan kepada guru-guru pemulihan khas seluruh


WP Labuan

Testimoni Dari Cikgu Airol, SK Kerupang

11 | P a g e
Mai’tah Berinovasi 2018

“Teropong ajaib ini sangat menarik.Saya percaya ini dapat membuatkan murid
dapat memberikan tumpuan yang jitu. Tahniah kepada innovator“

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai