Anda di halaman 1dari 6

Maitah Be’inovasi 2018

1.0 Kategori  Anugerah
Individu sekolah rendah

2.0 Tajuk/Tema Inovasi


“Big Book Literasi” dihasilkan bagi menimbulkan minat murid pemulihan khas untuk
belajar.

3.0 Sinopsis Inovasi


Proses mendidik murid-murid bertambah kompleks dalam era moden ini.
Kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat
masa kini. Jesteru, guru perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan proses pengajaran
dan pembelajaran serta perlu inovatif.
Sebagai guru pemulihan khas sudah pastinya memerlukan kaedah-kaedah
pengajaran yang berkesan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik. Jesteru itu, saya telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan “Big
Book Literasi”.
“Big Book Literasi” ini mengandungi 12 konstruk dengan pengolahan bahan
yang beraneka cara untuk menarik perhatian murid seterusnya menimbulkan minat
serta keinginan murid untuk belajar.

4.0 Objektif Bahan Inovasi


Bahan inovasi ini dihasilkan untuk menambahbaik amalan pdpc kendiri saya
sebagai guru pemulihan khas. Ia juga bertujuan bagi memartabatkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid Linus dan pemulihan khas.
“Big Book Literasi” dapat membantu murid-murid dalam kemahiran asas
membaca.

5.0 Kumpulan Sasaran


Big Book Literasi ini disasarkan kepada murid-murid Linus dan pemulihan
khas. Ia dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Walaubagaimanapun ”Big Book Literasi” ini boleh juga digunakan sebagai
aktiviti permainan diakhir pengajaran dan pembelajaran.

1|Page
Maitah Be’inovasi 2018

6.0 Latar Belakang Penghasilan Inovasi Mengikut Kronologi


Masalah murid tidak berminat unuk belajar dan cepat bosan sering
diperkatakan. Bagi memartabatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
murid-murid Linus dan pemulihan khas, saya telah menghasilkan satu inovasi yang
dinamakan ”Big Book Literasi”.
Saya dapati masih ramai murid yang gagal dalam saringan linus konstruk 2
hingga 12. Masalah yang sering dihadapi, murid masih belum dapat menguasai
suku kata.
Bahan bantu mengajar yang digunakan mungkin kurang sesuai dan kurang
menarik. Selain itu, murid juga seringkali didedahkan dengan bahan bantu mengajar
yang sama dan berulang seperti kad suku kata.
”Big Book Literasi” ini mengandungi 12 konstruk yang boleh digunakan oleh
murid secara individu mahupun berkumpulan.

7.0 Isu Dan Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi


”Big Book Literasi” ini mampu menarik perhatian murid semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Murid ingin memegang, mencuba dan ingin tahu
apa yang terdapat pada setiap bahan yang dipersembahkan. Murid dapat belajar
sambil bermain dengan seronoknya tanpa merasa bosan. Jika murid berminat untuk
meneroka kandungan setiap konstruk yang terdapat dalam ”Big Book Literasi” maka
secara tidak langsung mereka akan mahir membaca.

8.0 Huraian Bahan Inovasi


8.1 Bahan-bahan yang digunakan
a. Bahan asas seperti gunting, gam, double tape, pisau pemotong, kertas,
pembaris, kertas laminate.
b. Straw board
c. Gambar-gambar yang diambil dari buku yang sudah terpakai
d. Sedikit bahan hiasan
e. Manila kad

2|Page
Maitah Be’inovasi 2018

8.2 Cara Inovasi Digunakan


”Big Book Literasi” sangat mudah digunakan. Ianya senang dibawa ke bilik
darjah. Bertindak sebagai alat bahan bantu mengajar, guru hanya perlu
menyesuaikannya dengan tajuk kemahiran yang diajar. Ianya sangat sesuai
digunakan semasa set induksi pengajaran.

8.3 Kos Menghasilkan Inovasi


Perbelanjaan untuk menghasilkan inovasi ini sangat rendah kerana ianya
dibuat daripada bahan terpakai melainkan perbelanjaan kad manila, straw board dan
kertas laminate yang dianggarkan berjumlah RM100 ke bawah.

9.0 Keberkesanan Inovasi kepada Pengajaran Dan Pembelajaran


Tumpuan dan perhatian murid sangat penting semasa PdPC dijalankan. ”Big
Book Literasi” memberikan impak yang positif yang sangat membantu menarik
perhatian murid dalam PdPC. Murid berasa sangat seronok belajar dan ingin
mencuba sendiri tanpa diarahkan. Selain itu, murid berasa isi kandungan yang
terdapat dalam ”Big Book Literasi” sangat mudah untuk diakses dan mudah untuk
difahami oleh murid.

Contoh 1
Murid susah untuk mengingat huruf dan bunyi vokal. Dengan adanya gambar yang
terdapat dalam ”Big Book Literasi”, murid dapat meniru keadaan bentuk bibir dan
mulut seterusnya dapat menghasilkan bunyi huruf vokal.

3|Page
Maitah Be’inovasi 2018

Contoh 2
Dengan menggunakan deria rasa, murid dapat menyebut nama huruf.

Contoh 3
Murid mengerakkan kepala burung hantu ke atas sambil menyebut suku kata.

Contoh 4
Apabila klip kertas dibuka bentuk ”love” akan tebuka menjadi bentuk bunga dan di
dalam bunga tersebut terdapat perkataan. Murid akan mengeja dan menyebut
perkataan tersebut.

4|Page
Maitah Be’inovasi 2018

10.0 KESIMPULAN
Pembinaan bahan inovasi “Big Book Literasi” ini secara tidak langsung mengubah
tradisi pembelajaran murid dari membaca satu persatu kad suku kata kepada bentuk
permainan dan pergerakan tangan. Saya berharap “Big Book Literasi” ini dapat
menjadi pemangkin kepada cetusan idea-idea yang lebih menarik kepada guru-guru
yang lain.

5|Page
Maitah Be’inovasi 2018

PENGAKUAN CALON

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar mengiringi sinopsis
projek yang dicalonkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN LAYANG-LAYANGAN
WP LABUAN adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
  

_______________________________
(ALAWYAH MOHAMAD)  
IC NO: 600718-12-5056
 Tarikh: 5 APRIL 2018

PENGAKUAN PENGETUA/GURU BESAR

_______________________
Tandatangan dan Cop
Tarikh:

6|Page

Anda mungkin juga menyukai