Anda di halaman 1dari 32

IMPERIALISME BARAT : KESANNYA TERHADAP PENTADBIRAN DAN PEMIKIRAN ISLAM 1.

0 Pendahuluan : Umat Islam selama berabad abad lamanya telah memperolehi kejayaan dan kemuliaan dengan memegang teraju kepimpinan bangasa bangsa di dunia. Resepi kejayaan Islam ialah berpegang teguh dengan Al Quran serta melaksanakan segala hukum yang terkandung di dalamnya. Selain itu, pengamalan Sunnah Rasulullah saw turut diterapkan tanpa sedikit pun mengambil hukum daripada bangsa lain. Berikutan peralihan sejarah, keagungan kerajaan Islam telah dirampas oleh penjajahan barat dan pengaruhnya tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Negara negara umat Islam turut tidak terkecuali menjadi mangsa penjajahan. Apa yang lebih mendukacitakan, biarpun barat telah lama meninggalkan negara negara Islam, namun kesan penjajahannya masih mempengaruhi pola pemikiran dan minda umat Islam. Justeru, kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan kesan penjajahan barat ke atas pentadbiran dan pemikiran umat Islam. penggunaan bahasa dan istilah. 2.0 Objektif : Penulisan ini akan memberi penumpuan terhadap objektif berikut : 1. Menjelaskan maksud imperialisme dan perbezaannya dengan kolonialisme. 2. Menerangkan kesan imperialisme terhadap pentadbiran bekas negara negara Islam yang dijajah oleh barat. 3. Membincangkan pengaruh penjajahan istilah terhadap pemikiran umat Islam. 4. Memberikan saranan saranan untuk mengelakkan umat Islam dari terpengaruh dengan pola pemikiran jahat barat. Fokus penulisan akan lebih menumpukan terhadap penjajahan fizikal melalui susur galur sejarah dan penjajahan pemikiran melalui

3.0 Definisi imperialisme dan perbezaannya dengan kolonialisme. Imperialisme dan kolonialime adalah dua istilah yang sangat berkait rapat dan merupakan ciptaan barat untuk menggambarkan pemikiran pemikiran tertentu yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Dalam The New Enclopaedia Britannica (2002 : 272) mengatakan bahawa Imperialime adalah polisi, amalan atau sokongan sesuatu untuk melebarkan pengaruh dan kuasa pemerintahan. Khasnya melalui pemerolehan wilayah atau dengan memperolehi manfaat melalui pengawalan politik dan ekonomi terhadap kawasan lain. Cheah Boon Kheng (1990 : 2) menukilkan pendapat George Nadel dan Perry Curtis bahawa imperialisme bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan samada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idea tersendiri. Menurut Cheah Boon Kheng lagi, Profesor D.K Fielhouse pula menjelaskan bahawa imperialisme merupakan satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain biar apa pun cara dan tindakan itu. Sebagaimana yang dijelaskan imperialisme dan kolonialisme mempunyai perkaitan yang sangat rapat dari segi makna walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai perbezaan di anatara imperialisme dan kolonialisme. Hobson menyatakan sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang lain, ini disifatkan sebagai colonialism atau colonization. (Cheah Boon Keang 1990 : 3) Menurut Abd. Rahman (1997 : 1) imperialisme merupakan pemikiran subjektif atau rancangan yang tidak wujud dalam realiti sehari hari. Apabila sudah direalisasikan di tanah tanah jajahan tertentu, maka jadilah kolonialisme. Pendek kata semua kolonialisme adalah perkembngan dari imperialisme. Tetapi bukan semua imperialisme

membawa kepada kolonialisme. Kolonialisme harus dikaitkan dengan tanah tanah jajahan sahaja. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa imperialisme merujuk kepada kegiatan penjajahan melalui penguasaan sesuatu negara atau bangsa terhadap mana - mana negara melalui penguasaan sesuatu negara atau bangsa terhadap yang lain samada melalui pemerolehan wilayah, atau kawalan kuasa politik ekonomi dan sebagainya. 4.0 Imperialisme dan negara negara Islam 4.1 Sejarah Awal Imperialisme Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w kerajaan berkembang sejauh lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul. Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang yang agung. Ramai ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negara-negara Islam, terutamanya pada zaman keemasan Islam Pada kurun ke-18 dan ke-19M, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas perang dunia pertama, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi. Lord Allenby mengatakan, Hanya pada hari ini Perang Salib berakhir. Ertinya, semangat permusuhan dan penghancuran Islam tidak hanya berlanjutan hingga tujuh abad lamanya tetapi akan tetap berlanjutan dan tidak akan berakhir. (Nuim HIdayat 2009 : 18). 3

Setelah runtuhnya Negara Islam yang terakhir (Khilafah Uthmaniyyah), satu persatu nagara-negara Islam dijajah oleh Negara-negara Imperialis terutamanya Inggeris, Jerman, Perancis, Itali, Belanda dan juga Russia. Ini kerana menurut mereka, pengahalang utama imperialisme Barat pada ketika itu adalah Khilafah Islam. Jadi untuk menakluk Negara Islam, maka mereka perlu meruntuhkan Negara Khilafah Uthmaniyyah terlebih dahulu. Oleh itu, stategi dilakukan dengan mengadakan perang pemikiran, mencipta agen-agen mereka ditubuh umat Islam dan serangan militer. Secara pemikiran, negara-negara imperialis melakukan pengaburan idea-idea Islam sebagai tata nilai yang menyeluruh dan menyebarkan idea-idea kufur seperti sekularisme, demokrasi, nasionalisme dan patriotisme. Hukum Islam yang mulia diserang. Sebaliknya, nilai-nilai sekularisme ditanam agar umat Islam tidak menganggap tegaknya pemerintahan Islam sebagai sebuah kewajipan sehingga sistem khilafah bukanlah merupakan sistem yang harus dipertahankan. Hal ini tentu sahaja menggoyah dan menggoncangkan kepercayaan umat terhadap sistem Khilafah Islam. Idea-idea nasionalisme juga berhasil memecah belahkan umat. Perkara inilah yang memudahkan golongan imperialis kuffar ini menjalankan misi mereka. Buktinya, di Negara-negara Islam didirikan pusat-pusat orientalisme dan misionarisme serta sekolah dan perguruan tinggi asing. Dari pusat-pusat inilah mereka melakukan serangan-serangan pemikiran. Serangan Militer juga dilakukan terhadap wilayah-wilayah Islam. Persekutuan Barat mengepung kawasan negara-negara Khilafah Uthmaniyyah di segenap penjuru. Dari Utara, Russia mendesak Asia Tengah dan Laut Hitam; merebut semenanjung Crimee(1774), Kaukasus, Turkestan dan Iran bahagian Utara. Dari Selatan dan Timur, Portugis, Belanda, Inggeris dan Perancis berbahagi jajahan. Dari Barat Laut, Kerajaan Hasburg merebut Hongaria dan Yugoslavia. Perancis di bawah kepimpinan Napoleon Bonaparte menyerbu Mesir (1978) yang kemudiannya dirampas oleh Inggeris (1801). Abad ke-19, Inggeris merebut India, Burma dan Malaysia. Belanda merebut Indonesia. Perancis bergerak di Afrika dan menakluk Aljazair(1830), Sahara Tengah dan 4

Tunisia(1881), serta Maroko (1906 1912). Manakala Inggeris bergerak menguasai Mesir(1882), Sudan(1890), Zanzibar, Kenya dan Uganda. Jerman bergerak ke Kamerun dan Tanganyika. Itali merebut Ethopia dan membahagikan daerah Somalia bersama Inggeris. Perpecahan dalam kerajaan Uthmaniyyah semakin ketara apabila wilayah lain telah memisahkan diri mereka dari Khilafah setelah dipengaruhi oleh idea-idea nasionalisme. Satu persatu wilayah Balkan, Yunani, Bosnia, Macedonia, Albania dan Thrace melepaskan diri. Pada awal abad ke-20, wilayah Khilafah Uthmaniyyah yang tinggal hanyalah Turki dimana negara itu juga turut mengalami krisis yang berat. Tahun 1923M (http://ms.wikipedia.org/wiki/1923), sistem kesultanan dihapuskan dan Turki (http://ms.wikipedia.org/wiki/turki) diisytiharkan sebagai sebuah Republik dan akhirnya pada tahun 1924, pejabat Khilafah dihapuskan. Maka tamatlah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah. Keadaan ini diburukkan lagi dengan agen-agen Negara-negara Imperialis di wilayah Negara Khilafah yang telah mengkhianati umat dan Negara Khilafah. Maka dengan itu, negara imperialis merebut orang-orang seperti Ely Smith(Beirut), Muhammad Ali(Cairo) dan Ibrahim Pasha(Syiria). Satu persatu wilayah khilafah melepaskan diri dengan cara bersengkokol dengan penjajah. Bersekutu dengan Inggeris, keluarga Saud memberontak terhadap khilafah. Kamal Attaturk mengkhianati Khilafah Islam dari dalam dengan bekerjasama dengan Inggeris. Pola pengkhianatan seperti ini menjadi bentuk umum untuk menghilangkan pengaruh Khilafah Islam di Timur Tengah. 4.2 Ikhtibar Daripada Kejatuhan Empayar Kerajaan Uthmaniah

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya, selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan. 5

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Konstatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya,Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang 4.3 turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. 1.Politik Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayarTurkiUthmaniyah. Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggotaanggota haram atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga 7

dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar TurkiUthmaniyah. 2.Ekonomi Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki 3.Sosial Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan 8 dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

4.PengaruhLuar Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki 9

Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah. Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap. 4.4 Kesan Terhadap Negara-Negara Islam

Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negaranegara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang 10

pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki Politik Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam. Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain. Ekonomi Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara 11 sebagai negara republik.

mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.

Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam. Sosial Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah. Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah 12

hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaanRepublik. Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang. 5.0 Perkembangan Imperialisme Para pengkaji imperialism yang membuat kajian mengenai imperialism barat telah mengemukakan pelbagai teori tentang sejarah perkembangan imperialism ini. Di antara teori tersebut ialah dengan membuat pembahagian imperialism kepada dua iaitu Imperialisme Lama dan Imperialisme Baru (Fariza 1997: 125). 5.1 Imperialisme Lama Sejarah imperialism bermula sejak zaman pra sejarah di Mesir, Mesapotamia, Asiria dan Persia lalu mencapai zaman puncaknya ketika itu pada zaman kerajaan Romawi dan Bizintium (Ensiklopedia Umum 1973: 542). Sejak zaman kuno lagi, empayar-empayar besar telah dibentuk oleh bangsa seperti Babylon, Assyria, Mesir, Yunani dan Rom. Pada zaman pertengahan pula telah wujud 13

dua buah empayar iaitu Empayar Rom Timur (Bizantine Empire) dan Empayar Banu Sasan (Parsi) (Fadlullah 2000:12 ). Kajian mengenai imperialisme akan mendapati bahawa semua empayar yang bermatlamat mengembangkan pengaruh dan kuasa mereka ke atas negara atau bangsa lain akan menonjolkan sifat-sifat keunggulan(hegomony) mereka ke atas bangsa lain (Cheah Boon Keang 1990: 2). Justeru itu, Nadle dan Curtis yang sering mengaitkan imperialism lama dengan Empayar Rom, Empayar Yunani dan Empayar Turki menyatakan bahawa empayar-empayar ini cuba mengembangkan satu budaya dan membentuk satu rupa bangsa yang sama di kalangan penduduk di bawah kawalannya. Hobson (1971) dalam kajiannya yang terkenal bertajuk Imperialisme, menyatakan bahawa imperialism Rom seperti juga Imperialisme Eropah yang terkemuka seperti Charlemagne (Jerman), Peter The Great (Rusia) dan Napoleon (Perancis) merupakan sesuatu yang mendokong cita-cita internationalismE iaitu cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau negeri di bawah keunggulan satu bangsa (Fariza 1997: 125). 5.2 Imperialisme Baru Menurut Fariza (1997:125), Hobson menegaskan bahawa imperialism baru(moden) ialah satu keadaan yang berbeza daripada imperialism lama. Ia telah wujud apabila nasionalisme tidak menggalakkan internasionalisme. Imperialism telah mencetuskan perasaan benci membenci dan persaingan di kalangan empayar dan aktiviti mereka telah mencerobohi kebebasan bangsa-bangsa lain yang lebih lemah daripada mereka. Serentak dengan itu, ia akan mewujudkan satu semangat nasionalisme yang keterlaluan di kalangan bangsa yang dicerobohi. Penceroboh imperialism ini bercorak menyerang dan menindas serta mengakibatkan peperangan dan persaingan. Hobson melihat fenomena imperialisme baru berlaku hanya sejak tahun 1870-an apabila Britain, Jerman, Perancis, Itali, Belgium dan Amerika Syarikat bersaing dan berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk memperolehi jajahan di Afrika dan Asia. Para pendorong di sebalik imperialism baru ini ialah golongan kapitalis dan bank-bank 14

Eropah yang telah mencipta imperialist adventures atau keadaan yang sesuai untuk melibatkan kerajaan mereka. Justeru, Marxisme menganggap bahawa ekspansi Eropah ke Asia dan Afrika(1884-1914) adalah satu tingkat dalam perkembangan kapitalisme (Ensiklopedia Umum 1973: 542) Tanah jajahan atau koloni telah dibentuk oleh kuasa dari Eropah bermula dengan Portugis dan kemudiannya Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh British, Belanda dan Perancis untuk tujuan perdagangan, politik dan agama(Fadhlullah 2000: 13) 6.0 Faktor-Faktor Berlakunya Imperialisme Penjajahan mempunyai motifnya yang tersendiri yang mendorong barat untuk menakluki Negara-negara lain dan melebarkan penguasaannya. Para sarjana yang mengkaji sebabsebab penjajahan mengemukakan pandangan berbeza. Secara umumnya factor-faktor ini bolehlah dilihat daripada dua aspek. Iaitu factor ekonomi dan factor bukan ekonomi. 6.1 Faktor Ekonomi Faktor ekonomi merupakan satu factor yang penting mengapa terjadinya penjajahan. Menurut Abd. Rahman (1997), jawapan konvensional bahawa penjajahan terjadi kerana dorongan : God, Gold and Glory iaitu Tuhan, Emas dan Kemegahan . Tokoh yang mempelopori masalah ini secara serius ialah J.A Hobson, dia menerbitkan Imperialism: A Study (1902) sesudah tercetusnya Perang Boer (1880 1902. Menurut Fariza (1997:127), berdasarkan kepada teori Hobson dan Karl Marx, factor ekonomi merupakan daya penggerak utama kepada imperialism. Pendapat Pierre Jalee(1972) dalam Imperialisme In The Seventies menjelaskan bahawa pembangunan ekonomi dan perdagangan di antara Negara-negara penjajah dengan negera-negara yang dijajah merupakan satu factor berlakunya penjajahan. Beliau menyatakan bahawa strategi penjajahan Dunia ketiga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, melalui penstrukturan politik yang stabil yang boleh dipercayai dibawah syarat-syarat tertentu dan memberi jaminan penerusan system

15

pemilikan kapitalis. Dan kedua, melalui kawalan dan pengaruh ke atas pembangunan ekonomi. Harry Magdoff menyatakan bahawa akar umbi ekonomi perluasan kuasa ialah pengutipan ufti sebenarnya perampasan lebihan hasil yang sedia ada atau diperoleh dari masyarakat-masyarakat yang lebih lemah dari segi ketenteraan. (R.Suntharalingam 1990: 40) 6.2 Faktor Bukan Ekonomi Faktor-faktor bukan ekonomi juga tidak kurang pentingnya dalam mengembangkan imperialisme. Di antaranya ialah kepercayaan bahawa tamadun dan kebudayaan Barat adalah lebih unggul(superior), oleh itu orang-orang Barat harus membantu bangsa-bangsa yang mundur dalam pembangunan Negara mereka (Cheah Boon Kheong 1990:8) Selain itu, factor jingoism atau semangat patriotism yang agresif dan kebencian terhadap Negara lain yang juga merupakan factor berlakunya penjajahan. (Cheah Boon Kheong 1990:8) Agama atau kecenderungan untuk menyebarkan kepercayaan agama kristian melalui mubaligh-mubaligh kristian. Menurut Abd.Rahman (1997:6), penjajahan barat terhadap dunia Islam termasuk Malaysia pada dasarnya digerakkan oleh semangat Perang Salib di kalangan orang-orang Kristian. 7.0 : Pengaruh Penjajahan Istilah Terhadap Pemikiran Umat Islam Kini. 7.1 Perancangan Orientalis. Dasar Imperialisme Barat telah memberikan kesan yang besar terhadap dunia Islam dan umatnya, malah ia merupakan satu malapetaka yang menimpa umat Islam sehingga mereka terbelenggu dalam cengkaman penjajahan meskipun setelah negara negara Islam berjaya membebaskan wilayah mereka daripada dijajah.

16

Akibatnya jati diri umat Islam terhakis sedikit demi sedikit dan identiti Islam yang sebelum ini telah mengejutkan dunia dengan kebangkitan dan penyebarannya yang gemilang dan mendapat tempat di hati manusia turut hilang sehingga Islam tidak lagi mendominasi dunia ini dan memimpinnya. Gerakan orientalisme memang sengaja diwujudkan untuk memonopoli penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Mutakhir ini gerakan tersebut telah dimanfaatkan oleh kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingan mereka dalam rangka melumpuhkan Timur yang islami dan memantapkan dominasinya, samada secara langsung mahupun tidak langsung. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami WAMY 2006 : 23) Segala bentuk imperialis bermula dengan idea orientalisme Barat. Mereka asalnya terdiri daripada orang orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda, dan Hongaria. Sebahagian mereka muncul di Italia dan Sepanyol. Kini, Amerika merupakan pusat orientalis yang tersohor setelah berjaya mendirikan pusat pengembangan orientalisme dalam pengkajian Islam.

7.2 Imperialisme melalui kajian budaya dan bahasa. Pada awal kurun 20, muncul Mirza Ghulam Ahmad Al Qadiayani di India yang mengaku menjadi nabi. Beliau mengaku menjadi pengganti kepada Nabi Isa a.s dengan menerima wahyu dari langit. Ajaran baru ini mendapat sokongan daripada kerajaan British yang memerintah India ketika itu. Mirza telah mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran Hindu, Yahudi dan Nasrani. Ajaran ini mengharamkan jihad dan mengharamkan penentangan ke atas pemerintahan British di India. (Zainal Jain dan Siti Meriam Yusoof 2009 : 193). Isu sebeginilah yang digemari oleh barat terutama apabila ajaran Islam dipesongkan dari landasannya yang sebenar. Dengan cara ini misi penjajahan mereka akan berjalan dengan lebih mudah dan lancar.

17

Sejak dulu barat tidak pernah berhenti mengkaji budaya negara jajahannya .Carl Heinrich Becker yang meninggal dunia pada tahun 1933 m telah melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajahan di Afrika. Carl juga turut menjadi pengasas kepada majalah Islam di Jerman. Begitu juga dengan Barthold yang meninggal dunia pada tahun 1930 m yang telah mengasaskan majalah The Muslim World Rusia. Barthold banyak melakukan kajian untuk kepentingan Rusia di Asia Tengah. Snouck Horgronje dari Belanda (1857-1936) juga pernah datang ke Makkah pada tahun 1884 dengan nama Abdul Ghaffar. Snouck tinggal di Mekkah selama lebih kurang setengah tahun dan kembali dengan membawa sejumlah laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bahagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami WAMY 2006 : 19) Malahan para pegawai mereka di negara-negara tanah jajahan turut diarahkan untuk mempelajari bahasa, budaya dan agama rakyat di tanah jajahannya. Apabila ketiga tiga aspek ini telah difahami, usaha untuk mempengaruhi dan mengusai rakyatnya akan bertambah mudah. Justeru, tidak hairanlah Pusat Bahasa-Bahasa Timur di Paris yang didirikan pada 1885 m, telah diberikan mandat sebagai pengumpul data dan informasi tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajahan dan menajamkan taring mereka di kawasan kawasan tersebut. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami WAMY 2006 : 21) Melalui kajian budaya ini, orientalis barat yakin bahasa amat memainkan peranan penting dalam membentuk minda sesuatu bangsa. Hal ini dapat diperhatikan menerusi pelbagai usaha imperialis barat moden kini antaranya dengan mencipta istilah dan menyebarkannya fahamannya ke seluruh dunia. Usaha ini dilakukan semata mata ingin melihat Islam dipandang serong dan dijauhi walaupun oleh penganutnya sendiri. 7.3 Kekuatan bahasa dan kaitannya dengan bangsa dan agama. Ibn Jinni mentakrifkan bahasa sebagai suara suara yang diungkapkan oleh semua kaum bagi menyatakan hasrat dan tujuan mereka. Sementara perkataan istilah menurut Dr. Shahin pula membawa maksud lafaz atau simbol dalam bahasa yang digunakan untuk 18

menunjukkan sesuatu konsep secara teori, amali, seni atau apa jua aspek secara khusus. (Hamid Sadiq Qunaibi 2000 : 13). Ini bermakna istilah merupakan medium perantara yang penting untuk menanggapi dan memahami sesuatu konsep. Ketika bahasa ditulis menjadi teks, peranan bahasa sebagai jati diri sesebuah sistem sosial semakin kuat. Bahasa bukan sahaja menjadi menjadi ukuran bagi diri penuturnya, malah bahasa mencerminkan tahap intelektual penuturnya. Claude Levi Strauss, seorang ahli antropologi sosial menyatakan bahasa akan menguasai setiap orang sehingga ia mempengaruhi pemikiran dan perbuatan manusia. (karyawan luarnegara.com.utusan.online). Jelasnya bahasa menggambarkan keseluruhan cara hidup, nilai, citra, akal budi dan pandangan dunia sesebuah bangsa kerana tidak ada cara lain untuk berfikir tentang sesuatu kenyataan melainkan melalui bahasa. Bertitik tolak daripada kenyataan ini John H. Hick. (1973 : 76) menukilkan pendapat Randall yang mengatakan lambang lambang agama dalam bahasa memiliki 4 peranan. Pertama ; agama membangkitkan semangat dan tindakan seseorang. Ianya dapat menguatkan komitmen mereka secara praktikal terhadap apa yang mereka yakini benar. Kedua ; agama meransang aksi kerjasama seterusnya dapat mengikat masyarakat untuk bersama sama mempertahankan lambang keagamaan tersebut. Ketiga ; melalui lambang agama mereka mampu berkomikasi dengan lebih berkesan walaupun tanpa menggunakan bahasa yang literal sifatnya. Keempat ; gabungan lambang agama dan bahasa dapat menerangkan pengalaman seseorang mengenai sesuatu aspek sehingga ianya menjadi lambang kemegahan mereka di mata dunia. Sehubungan itu, tidak hairanlah menurut orientalis barat Ignaz Goldziher (1967 : 240) penggunaan perkataan Rabb yang hanya merujuk kepada Allah tidak boleh disamaertikan dengan sohib. Istilah sohib secara terjemahannya bereti pemilik. Penggunaan lafaz sohib ini sangat umum dalam Bahasa Arab. Namun begitu beberapa pakar bahasa antaranya Al Mawardi seperti yang dinukilkan oleh Fairuzabadi telah menyekat dan membuat pengkhususan terhadap istilah sohib ini. Contoh ini menunjukan pakar bahasa di kalangan orang Islam sangat berhati hati ketika

19

mendisiplinkan ilmu bahasa dalam penggunaan istilah agama mereka. Dengan ini ternyata bahasa berperanan menterjemah ideologi sesuatu agama mahupun bangsa. 7.4 Kepentingan terminologi dalam membentuk aliran pemikiran. Kepentingan terminologi dalam arus pemodenan bahasa tidak dapat disangkal lagi. Letupan dalam bidang terminologi tahap ketiga berlaku antara tahun 1975 sehingga 1985 melalui perancangan bahasa dan projek pembinaan terminologi mengikut bahasa masing - masing. Melalui ledakan dalam bidang terminologi ini, beberapa Negara seperti USSR (Bekas Kesatuan Soviet Union) dan Israel telah memulakan polisi bahasa mereka. (M. Teresa Cabre1992 : 6). Kenyataan ini membuktikan Israel atau Yahudi antara bangsa terawal yang bijak mengambil kesempatan melebarkan istilah yang mereka ciptakan. Pandangan mengenai kepentingan ilmu terminologi oleh orientalis ini telah meresapi golongan sekular kerana dengan jelas mereka menyatakan Politik sesuatu yang lain, manakala agama adalah sesuatu yang pula. Penyatuan agama dan bahasa tidak akan mampu menjadi asas untuk menyatukan politik mahupun pelbagai kaum bagi membentuk sesebuah negara (Mohamed Amara 1997 : 40) Melalui kenyataan ini, golongan sekular telah memandang Islam sepertimana mereka memandang Nasrani. Mereka telah menyamakan Islam dengan Nasrani dari segi corak pemerintahan negara dengan mengasingkan politik dari agama serentak dengan meninggalkan warisan dan ketamadunan masing masing. Mereka juga telah berjaya mencorakkan cara hidup muslim mengikut acuan dan budaya dari barat. Sehubungan itu, dipaparkan di sini beberapa pertembungan istilah di antara barat dan Islam yang mana istilah Islam tersebut telah diputarbelitkan oleh barat demi melebarkan pola pemikiran mereka sekaligus menjauhkan umat Islam dari memahami teks Islam yang sebenar. Antara istilah istilah tersebut ialah :

20

1.

Jihad di sisi Islam ialah mempertahankan bumi Islam jika dipijak oleh musuh.

Jihad akan menjadi fardhu ain ke atas penduduk negara Islam jika negaranya diceroboh oleh puak kafir. Jihad pula akan menjadi fardhu kifayah bagi orang orang Islam di luar dari negara tersebut. Namun begitu hukumnya akan berubah menjadi fardhu ain jika negara Islam yang diserang itu tidak mampu lagi mempertahankan Islam di negara mereka. Pandangan Islam tentang jihad ini telah disalah ertikan oleh barat. Mereka telah mendakwa Islam disebarkan melalui mata pedang dengan slogan Pedang : Jihad Islam. Kata kata ini telah dilontarkan oleh Macdonalds D.B, (1863-1943) seorang orientalis barat yang juga menyifatkan penyebaran Islam melalui mata pedang menjadi kefardhuan bagi seluruh umat Islam. (Mohamed Amara 1997 : 144- 145) 2.

Fahaman jahiliah telah kembali mengawal dunia. Pertubuhan pertubuhan dunia hari ini dilabelkan dengan jahiliah kerana mereka menghukum mengikut hawa nafsu dan menolak petunjuk Allah. (Solah Al Khalidi 2009 : 211) Pada tanggal 18 Safar 1369 bersamaan 10 Disember 1948 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan polisi Hak Asasi Manusia. Menurut rakaman sejarah sebelum pertubuhan dunia ini mengiktiraf Hak Asasi Manusia, Islam terlebih dahulu telah mengiktirafnya melalui konsep Dasar Dasar Tamadun Islam yang diterapkan sebagai asas pembentukan daulah Islamiah. Dasar Dasar tersebut merangkumi hak keselamatan aqidah, nyawa, akal fikiran, maruah, harta dan hak kebebasan. Biar apapun konsep yang dibawa samada Islam atau barat, yang penting untuk diperbahaskan ialah bagaimanakah perlaksaan hak asasi manusia itu direalisasikan. Dunia 21

menyaksikan ketika barat hebat melaungkan hak asasi manusia, tanpa disedari mereka juga sebenarnya sedang menyekat hak asasi tersebut dengan melancarkan peperangan. Palestin antara negara yang dinafikan hak asasi rakyatnya, ditambah lagi dengan serangan demi serangan yang semakin melumpuhkan hidup mereka. Ternyata dunia dikelirukan dengan kini Hak Asasi Manusia istilah ciptaan barat yang kononnya

memperjuangkan hak manusia serantau, namun dalam masa yang sama mereka cuba menyekat hak manusia menerusi pelbagai cara. Inilah antara bentuk imperialis moden yang akan menghancurkan hak kebebasan negara negara yang berdaulat.

7.5 Taktik halus Barat menjajah pemikiran Islam melalui bahasa. Menurut Solah Al Khalidi (2009 : 10), barat yang didalangi Yahudi ghairah menguasai bangsa lain kerana mereka begitu teruja untuk menjahilkan dan membiarkan bangsabangsa tersebut terus kekal dalam kealpaan. Barat berusaha memesongkan kebenaran ilmu untuk kejahatan, membuat kerosakan dan mencuri peluang serta memonopolikannya untuk habuan tertentu. Antara ciri-ciri ilmu mereka ialah : 1. Menafikan kehebatan Allah. 2. Memanipulasi golongan Solehin. 3. Menyembunyikan fakta kebenaran. 4. Mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan. 5. Menyebarkan kebatilan. 6. Membuat tuduhan secara melulu. Ternyata kesemua ciri ini terkandung dalam pelbagai istilah ciptaan mereka yang bertujuan untuk menjajah pemikiran umat Islam. Bagi membuktikan lagi taktik halus dan licik mereka, penulis memaparkan beberapa istilah yang diletakkan dalam kamus Munjid yang dengan nyata telah mengagungkan agama dan pegangan mereka.

22

Kamus Munjid adalah sebuah kamus yang seringkali menjadi rujukan para pelajar yang mendalami pengajian Islam. Kamus ini dikategorikan sebagai kamus moden dan dihiasi pula dengan pelbagai warna bagi menarik lagi perhatian pelajar. Namun sedar atau tidak kamus ini sebenarnya disusun oleh mereka yang beragama Kristian. Louis Maalouf seorang rahib Kristian telah membangunkan kamus ini pada tahun 1908 dengan dibantu oleh Ferdinand Tuttle juga seorang rahib Kristian. Edisi pertamanya telah dicetak mengikut edisi Katolik. (Asma Abdul Rahman t.th : 52)

Antara perkara utama yang mencerminkan fahaman kristian kamus ini ialah ianya tidak dimulakan dengan basmalah di awal penulisan. Bahkan ketika menerangkan kalimah (bismi), penyusunnya mengaitkan dengan Dengan nama Bapa, Anak dan Ruhul Qudus). Begitu juga tiada langsung dibincangkan mengenai syafaat disebalik nama Nabi saw. Apabila merujuk kepada perkataan Al Quran ianya tidak pula disifatkan dengan Al Karim mahupun Al Majid. Sedangkan kitab Nasrani yang menjadi pegangan mereka sering disebut sebagai Kitab Suci. Berdasarkan kenyataan di atas, tidakkah ianya merupakan satu bentuk penjajahan istilah Kristian yang meresap masuk secara halus melalui bidang keilmuan ? Atau pun setidak tidaknya bukankah suatu yang melucukan apabila orang orang Islam sendiri mengambil sumber ilmu daripada kamus yang dibangunkan oleh puak Kristian ? Lebih mengejutkan kamus ini sering diulang cetak setiap tahun sebagai petunjuk ianya mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan para pelajar Islam tanpa menyedari bahaya disebalik pengertian langsung dari kamus Kristian ini.

7.6 Kesungguhan barat mencipta istilah mereka demi menjatuhkan Islam. Dunia sering dimomokkan dengan istilah islamophobia iaitu dua istilah yang dikombinasikan iaitu islam dan phobia yang bermaksud sesuatu yang dianggap menakutkan atau tidak selesa didengari oleh orang bukan Islam tentang agama Islam. (majalah solusi 2010 : 92). Terbitnya istilah islamophobia sejurus selepas Peristiwa 11

23

September ini menjadi bukti kesungguhan barat menjajah pemikiran dunia melalui penciptaan istilah yang sengaja dibuat untuk mengotori kesucian Islam. Malah barat sentiasa mempelbagaikan kaedah imperialisnya kerana antara doktrin orientalis ialah mendominasi penjajahan dalam bentuk apa jua sekalipun. Mereka tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mengkaji dan mengenal dengan lebih dekat keadaan negara negara Islam. Kajian-kajian seumpama itu amat digalakkan terutama sebelum penjajahan barat dalam abad 19 dan 20 m dan berterusan sehingga kini. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami WAMY 2006 : 19) Selama bertahun-tahun, dunia Barat telah berjuang untuk mempengaruhi dunia Islam melalui penggunaaan istilah/terminology tertentu. Akhirnya ia berjaya memenangi dan mempengaruhi cara berfikir sebahagian besar penduduk dunia termasuk umat Islam sendiri. Perjuangan mereka lebih memfokuskan kepada mengubah makna sebenar. Mereka tidak menghadapi banyak masalah ekoran terlalu sedikitnya golongan yang berani mencabar dan menyaingi mereka. Bekas presiden Britain, Tony Blair pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada Islamic Institutions of Britain untuk mencipta istilah bagi mempengaruhi minda golongan yang berfikiran sederhana. Ianya merupakan taktik kotor barat dalam menghancurkan pemikiran Islam sebenar. Antaranya empat istilah berikut yang dicipta khusus bagi mempengaruhi dan mengaburi pemikiran dunia : 1. Terrorist 2. Extremist 3. Moderate 4. True Muslim 1. Terrorist Dari sudut pandangan sarjana Barat, terrorist membawa pengertian berikut : 1. Pengganas istilah ini mempunyai 3 kategori utama: a) Orang yang membunuh "orang awam tidak berdosa" 24

b) Orang yang menjadikan Jihad untuk melawan Barat dan bersekongkol dengan kumpulan mujahidin dan secara terbuka menyokong mereka. c) Mereka yang mahukan jihad dilaksanakan di seluruh pelusuk dunia. Istilah ini ditambah lagi dengan usaha penyatuan dunia pada "perang melawan keganasan" dengan pelbagai bangsa sehingga sehingga lahirnya istilah "Teroris Islam". Sedangkan dalam Islam pengganas membawa pengertian orang yang melakukan keganasan terhadap musuh-musuh Allah Taala. Allah berfirman, (al Quran,Al Anfal : 60)

, .
Maksudnya :Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda kuda yang ditambat untuk berperang.( yang dengan persiapan itu ) kamu menggentarkan musuh- musuh Allah dan orang-orang selain mereka.yang kamu tidak mengetahuinya.Sedang Allah mengetahuinya.apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu. Dan kamu tidak akan dianiaya.

Tindakan ini bukan sahaja diizinkan dalam Islam, bahkan ianya sangat disukai oleh Allah Taala dalam konteks sebuah peperangan. Mungkin barat berpandangan, dalil ini dijadikan alasan tidak wujud keganasan dalam Islam. Biar apapun hujah yang diberikan, pola pemikiran mereka tetap sama mengatakan Islam itu sebuah agama keganasan. Sekiranya kita bermula dengan yang pola pemikiran yang bersih, kita akan melihat bahawa dalam Islam, keganasan adalah untuk menanamkan rasa takut ke dalam hati musuh dan menggentarkan jiwa mereka dari memperkotak katikkan Islam.

25

Selama mana tindakan ini masih dalam batas-batas syara, maka keganasan ini adalah halal dan diredhai oleh Allah. Sebaliknya jika tindakan tersebut tidak diluluskan oleh syara seperti pembunuhan ke atas Mu'ahad (orang yang mempunyai perjanjian dengan Muslim) atau pembunuhan ke atas kafir dzimmi dengan sengaja, maka tindakan ini dimurkai oleh Allah kerana darah mereka dilindungi dan suci dari menjadi mangsa serangan. 2.Extremist Menurut barat istilah ini mempunyai 3 kategori utama: a) Individu yang dikaitkan dengan "Teroris" dan menganut kepercayaan pembentukan sebuah negara Islam. b) Individu yang menganuti fahaman ideologi Jihad Salafi (iaitu dengan mengikuti semua 3 generasi (sahabat, tabiin, tabi tabiin), menghormati Salaf dan menghasut Jihad semata-mata kerana Allah. c) Suatu yang secara terbuka menunjukkan al-Wala 'wal Bara'ah (kesetiaan dan penolakan). Hal ini juga termasuk orang yang membuat takfir dengan menyatakan mereka yang berada di luar lipatan Islam dan keluar dari kerajaan Islam hari ini. Berkenaan istilah extremist ini, Islam berpandangan terdapat tiga kategori pelampau dalam konteks agama Islam iaitu : a) Ektremis bermaksud individu yang melampaui batas-batas yang telah ditetapkan oleh Syara. Contohnya mereka yang mengaku sebagai Nabi atau menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah Taala. Terdapat tiga jenis pelampau dalam konteks ini iaitu : - 'Isyan (ketidaktaatan) - fusuq (menyimpang) - kufur (kekafiran). Perkara ini berdasarkan dari sepotong ayat dari Al Quran,

26

Maksudnya : Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalngan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalam beberap urusan benar benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang orang yang mengikuti jalan ( al Quran, Al Hujurat : 7) Golongan yang terburuk dalam kalangan ekstrimis adalah Murtaddin (murtad) yang telah berperang melawan kaum muslimin baik secara langsung (dengan memerangi) atau secara tidak langsung (dengan berbicara). Lantaran itu kaum muslimin melakukan serangan balas melalui perang Riddah (Kemurtadan) semasa kekhalifahan Abu Bakar alSiddiq r.a. Pada ketika itu semua Murtaddin diperangi setelah mengabaikan amaran untuk kembali kepada Islam. Akibatnya tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang tidak diperangi oleh kaum muslimin. Ternyata Islam begitu serius menanganinya sehingga tidak wujud sebarang toleransi dalam memerangi golongan Murtaddin ini. b) Orang yang berfikir bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan melebihi apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw terutamanya mengenai ibadah. Contoh yang jelas ialah peristiwa di mana tiga sahabat cuba untuk melakukan lebih dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw sendiri dengan berpuasa secara berlebihan, berdoa lebih banyak (dalam Tahajjud) dan menahan diri dari berkahwin. yang lurus.

Termasuk juga dalam kategori ini mereka yang melakukan bidah. Bidah dilakukan oleh mereka yang percaya masih banyak yang perlu dilakukan dan ditambah dalam agama Islam. Pada anggapan mereka jika tidak kerana kekurangan ini, mereka tidak akan melakukan bidah. Antara contoh bidah ialah menyembah kubur, menyeru para wali yang telah meninggal dunia, melakukan sihir dan sebagainya. Rasulullah saw bersabda,

27

Maksudnya : Setiap bidah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berada di neraka" [ Hadith sohih, riwayatAbu Dawud (no. 4607), at-Tirmidzi (no. 2676) Ibn Hajr Takhrij Hadis Ibn ul-Hajib (1 / 137)]

Manakala mereka yang memberikan bantuan, sokongan, atau berkompromi dengan mereka yang melakukan bidah juga tergolong dalam kategori ekstremisme ini. Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang melakukan bidah atau menyokong bidah maka ke atasnya kutukan Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. " [Diriwayatkan oleh Bukhari (12/41) dan Muslim (9 / 140)]

c) Khawarij dan mereka yang mempunyai mentaliti Kharji. Kebanyakan golongan khawarij ini terdiri daripada mereka yang keras terhadap umat Islam dan berlembut dengan orang kafir. Mereka memerangi dan membunuh orang Islam namun dalam masa yang sama mengambil pandangan orang-orang yang kafir sebagai panduan. Pada hari ini khawarij mungkin terdiri dari kalangan pemerintah Islam yang mengambil kafir sebagai penyokong mereka untuk memerangi dan membunuh semua Mujahidin yang menginginkan tertegaknya Syariat Allah di atas muka bumi ini.

3. Moderate Menurut sarjan barat muslim moderate ialah individu yang : a) Tidak secara terbuka menyokong Jihad fi Sabilillah. b) Memiliki minat dalam mengintegrasikan ke dalam masyarakat non-Muslim dengan menunjukkan kesetiaan dan tidak pernah menunjukkan kebenciannya secara terbuka. c) Menyokong sarjana Islam yang menghormati Kerajaan Islam hari ini. d) Menekankan toleransi dalam semua perkara. Mereka memberikan penekanan khusus pada toleransi dengan semua agama dan penganutnya. Pada masa yang sama, mereka mempunyai unsur pengingkaran dan permusuhan terhadap Mujahidin.

28

Manakala menurut Islam istilah ini merujuk kepada orang yang mengikuti jalan tengah seperti yang disarankan dalam pelbagai hadis Rasulullah saw. Ianya bertentangan dengan gelaran yang diistilahkan sebagai moderate oleh golongan barat. Muslim Moderate mengikut acuan Islam ialah mereka yang memiliki iman yang kuat dan menyerah seluruh keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Mereka bersikap keras terhadap Kuffar dengan menunjukkan kebencian dan permusuhan sehingga mereka benar benar menjadi seorang Muslim yang sejati. Tidak pernah menjadi rendah hati dengan mereka, melancarkan Jihad melawan Kuffar dan Murtaddin dengan pedang, dan mengikuti semua perintah Allah dan Rasul-Nya dengan cara yang terbaik.

4.

True Muslim Pada pandangan barat istilah ini sama dengan istilah Muslim Moderate. Cumanya True Muslim terdiri daripada beberapa individu Muslim dari kategori ini yang lebih aktif daripada yang lain. Di mata Barat, Muslim sejati adalah orang-orang seperti Hamzah Yusuf, Zaid Shakir, Keith Ellison, Mahdi Brey, Habib 'Ali al-Jafri, Hisham Kabbani, Shamsi Ali, Jamal Badawi dan ramai lagi di kalangan umat Islam yang terkehadapan pada pandangan barat. Islam juga menyamakan istilah ini dengan Islam moderate. Pada pandangan Islam True Muslim ialah golongan terbaik di kalangan umat Islam yang terdiri daripada para sahabat dan pastinya tergolong di kalangan umat Islam moderate. Mereka merupakan seorang Mu'min yang memberikan seluruh jiwa untuk Allah 'Azza Jalla. Mereka ini telah dijanjikan Jannah sebagai balasan di atas ketinggian keimanan mereka. Seperti mana dalam firman Allah (al Quran, Al Taubah : 111)

29

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar. Berdasarkan semua kenyataan ini, jelaslah pandangan Barat dan Islam dari sudut terminologi mempunyai jurang pengertian yang besar di antara satu sama lain. Bagi mereka yang berusaha untuk membina jambatan antara dua istilah ini, mereka hanya membazirkan masa kerana usaha mereka pasti akan bertemu kegagalan dan kebingungan. Mereka akan terus berada dalam kebingungan kerana keyakinan batin hati mereka dengan dalil - dalil yang qatie ditolak oleh diri mereka sendiri untuk "kebaikan" dunia Barat. Jika diteliti setiap perbandingan ini, mereka yang memilih pandangan Islam akan melihat kebatilan hasil daripada penjajahan istilah yang dicipta oleh sarjana barat. Malangnya majoriti umat Islam memandang isu ini seperti isu tahap Mekah. Pada pandangan mereka jika Islam inginkan kesejahteraan, umat Islam harus menahan diri dengan bersabar seperti yang berlaku pada zaman permulaan Islam (tahap Mekah) tanpa menunjukkan sebarang aksi perseteruan. Pemahaman ini perlu ditolak kerana apa yang terjadi pada era Mekah tidak sama seperti yang berlaku sekarang. Pada tahap Mekah para sahabat yang dianiya diminta untuk bersabar demi mempertahankan hak dan keimanan. Kesabaran ini dituntut kerana mereka tidak mampu untuk melawan semula disebabkan jumlah mereka yang terlalu sedikit. Hal ini sudah tidak relevan lagi pada hari ini kerana bilangan umat Islam kini sudah ramai dan mampu untuk menunjukkan pertentangan dengan cara yang dibenarkan syara. (Kavkaz Center. http://www.kavkazcenter.net/eng/content/2007/06/07/8410.shtml)

30

8.0 Saranan Antara saranan penulis bagi menepis serangan penjajahan istilah ini ialah dengan : 1. Kembali berpegang teguh kepada kitab suci Al Quran dan hadith. Perkara ini dapat dilakukan dengan memahami serta menyelami isi Al Quran demi pembentukan minda Islam Al Quran yang mana di dalamnya tersurat dan tersirat keaslian prinsip, manhaj yang terancang, keilmuan yang mantap dan wawasan yang padu demi kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengenepikan ajakan keseronokan hawa nafsu. 2. Menerima Al Quran secara keseluruhannya. Penerimaan ini bukan setakat menerima maklumat minda, tetapi membawa kepada tindakan membenarkannya melalui penghayatan dalam kehidupan yang sebenar. Ianya berlaku melalui penyesuaian yang sistematik di antara cara berfikir dan tindakan sikap melalui perbuatan. 3. Sentiasa mengikuti perkembangan Israiliyyat dalam kehidupan muslim melalui naungan cahaya petunjuk Al Quran. Ini dapat dilakukan dengan menyingkap ancaman dan kemerbahayaannya. 4. Mewujudkan persekitaran sihat yang boleh mengawal umat dari wabak agen barat iaitu dengan kaedah menegakkan hukum Allah dan melaksanakan syariatNya. 5. Kerjasama erat di kalangan Negara Negara Islam secara bersungguh - sungguh untuk mewujudkan masyarakat Islam Rabbani dan negara Islam yang dipandu petunjuk berdasarkan ketetapan Ilahi. dan membongkar rahsia agen agen barat di samping mengingatkan orang ramai mengenai

31

9.0 Penutup : Realitinya umat Islam kini telah kehilangan kekuatan akibat senantiasa berterusan dijajah oleh barat. Ini ditambah lagi apabila Islam disampaikan dalam ruang yang terhad manakala pemimpinnya pula hilang keberanian untuk mengambil tindakan ke atas orang yang dipimpin dikhuatiri kehilangan sokongan dan seterusnya hilang kuasa. Rakyat tidak berani menegur pimpinan kerana khuatir akan dizalimi. Ulama pula hilang kewibawaan kerana hati telah dikuasai oleh keduniaan. Punca sebenar masalah ini ialah apabila umat Islam sendiri jahil mengenai Islam. Manakala orang kafir telah jauh menelaah Al Quran untuk mencari rahsia yang ada di dalamnya. Apabila umat islam jahil tentang agamanya, maka usaha penjajahan minda akan mudah untuk diuruskan. Justeru sebagai seorang muslim yang mukmin setiap dari kita perlu menyedari dan menyedarkan umat Islam yang lain terhadap bahaya imperialisme barat ini. Umat Islam hendaklah sentiasa bersedia menghadapi ancaman fahaman ini dengan mendalami ilmu ilmu Islam disamping mengenali strategi perancangan musuh ke atas Islam.

32

Anda mungkin juga menyukai