Anda di halaman 1dari 5

Faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Uthmaniyah

9 Votes

Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Uthmaniyah

Pendahuluan :

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) gerakan tanzimat,iaitu pembaharuan
atau reformasi berada pada kemuncaknya. Baginda merupakan sultan empayar Turki Uthmaniyah yang
terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas empayarnya. Sepanjang tempoh pemerintahannya
selama 33 tahun, baginda Berjaya menjalankan pembaharuan dan dapat mengelakkan tekanan kuasa
Barat terhadap empayar Islam. Pada tahun 1876, perlembagaan yang diluluskan oleh baginda
menekankan persamaan hak tanpa mengira agama. Sejak awal abad ke-20, baginda berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan rakyat dan empayar Islam namun kuasa baginda merosot
dan baginda dilucutkan sebagai Sultan Uthmaniyah. Pembentukan negara bangsa Turki yang bermula
pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II didorong oleh beberapa faktor.

Tekanan Kuasa-kuasa Barat :

Antara faktor yang penting ialah tekanan kuasa-kuasa Barat. Kuasa imperialis seperti
Britain,Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan Turki
Uthmaniyah. Kuasa –kuasa besar tersebut bergabung untuk menghacurkan empayar Turki Uthmaniyah.
Pihak Barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak.
Negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah untuk merebut wilayah-
wilayah dan harta peninggalannya. Tindakan kuasa-kuasa Barat ini mendorong sultan empayar Turki
Uthmaniyah untuk menguatkan pembentukan negara-negara Turki.

Dasar Pan-Islamisme :

Dasar Pan-Islamisme juga dikaitkan dengan pembentukan Negara bangsa Turki. Dasar ini
menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah kepimpinan khalifah yang
membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh
dunia. Melalui dasar ini, umat Islam di Turki digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan
Abdul Hamid II. Baginda berusaha membangunkan keagungan Khalifah Islamiyyah. Tokoh-tokoh seperti
Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program Pan-Islamisme untuk
menahan kemaraan kuasa-kuasa Barat. Penyatuan umat Islam ini juga menyebabkan pembentukan
negara bangsa Turki.

Pendidikan :

Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, system pendidikan diberi keutamaan. Tujuan sistem
pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki supaya setaraf dengan negara-negara Barat. Banyak
sekolah, peringkat rendah dan menengah serta institusi pendidkan tinggi dibina untuk mencapai
matlamat perpaduan dan kemajuan. Namun demikian, pada awal abad ke-20 idea-idea seperti
nasionalisme dan sekularisme dapat menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan masyarakat
Turki. Konsep negara bangsa menjadi kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam kalangan
cerdik pandai ini. Ideology yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki membawa
kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah dan penubuhan negara bangsa Turki.

Peranan Golongan Turki Muda :

Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki ialah peranan golongan
Turki Muda( Young Turks ). Golongan radikal ini menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Golongan ini terdiri daripada pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1908,
Rejim Turki Muda mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan. Mereka banyak dipengaruhi oleh
Revolusi Perancis 1789. Rejim Turki Muda ini menekanakan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada
penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam
menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah.

Peranan Golongan Minoriti :

Pembina negara bangsa Turki juga bergantung kepada peranan golongan minoriti dalam
empayar Turki Uthmaniyah. Di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan Ahl al- Dimnah ini
diberi pelbagai keistimewaan. Antara golongan ini ialah orang Ktistian dan orang Yahudi dari kawasan
Balkan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan tuntutan Islam. Namun, mereka tidak setia
kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang-orang Barar untuk memberontak. Pemberontakan
oleh orang Armenia dan campur tangan orang Yahudi menyemarakkan lagi semangat nasionalisme puak
nasionalis Turki dan Arab.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila rejim Turki Muda melibatkan diri
dalam Perang Dunia Pertama dengan memihak kepada Jerman. Kekalahan dalam perang ini kepada
tentera pihak bersekutu menghancurkan empayar Turki U thmaniyah mendapat kemerdekaa. Akhirnya,
Mustafa Kamal Ataturk Berjaya mengisytiharkan sebuah kerajaan republik Turki dengan sokongan padu
rakyat Turki.
Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Latar Belakang:

Terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.

Pembentukan Kerajaan.

1. Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat
Anatolia.

2. Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.

3. 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah Uthman.

4. Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.

5. 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid
1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan
Wallachia.

6. Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.

7. Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453 – 1566 sehingga kematian
Suleiman 1.

Faktor Kemerosotan Uthmaniyah.

1. Pemimpin yang lemah

2. Keruntuhan sistem pungutan cukai

3. Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal.

Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.

1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul
pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.

2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.

a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan


Kanun Suleiman
3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

a. Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan
utama kepada agama dan sains undang-undang.

4. Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.

a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.

b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.

5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial.
Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.

6. Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.

a. Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera,
maktab teknik dan kolej perubatan.

b. Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:

i. Mehmed al-Fanari

ii. Mofla Lufti

iii. Katib Clebi

c. Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.

7. Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).

Anda mungkin juga menyukai