Anda di halaman 1dari 2

JURNAL INTERNSHIP

JURNAL REFLEKTIF DUA


MINGGU INTERNSHIP DUA (17/7/2016-21/7/2016))
PERMASALAH : MASALAH MENGANALISIS HASIL DAPATAN KAJIAN
1. Masalah /Peristiwa
Pada minggu ini masalah yang saya hadapi ialah berkaitan dengan kajian tindakan yang
sesang saya jalankan. Semasa ujian diagnosis dibuat untuk mengenalpasti murid murid
yang bermasalah dan lemah untuk kajian saya, saya sukar untuk menentukan
ketepatannya. Hal ini berlaku apabila bila diperiksa semula berdasarkan soalan diagnosis
yang telah saya buat sebelum ini dan ditambah dengan keputusan peperiksaan mereka
baru-baru ini, didapati hampir keseluruhan murid tahun 4P berada di dalam kategori lemah.
2. Analisis
Masalah ini timbul apabila saya mula meragui ketepatan dan kesahan soalan yang telah
saya berikan sebelum ini. hal ini kerana saya berpendapat kemungkinan murid-murid yang
telah saya pilih untuk kajian sebenarnya boleh menjawab tetapi gagal memahami kehendak
soalan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu merujuk pensyarah dan guru pembimbing untuk kesahan soalan yang
hendak diberikan.
b) Berbincang dan bertukar pendapat tentang cara mengatasi masalah ini dengan rakan
pelatih dan guru-guru yang lain.
c) Memperbanyakkan bacaan mengenai bagaimana untuk memberi soalan yang sesuai
dengan murid dan menganalisis dapatan kajian.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya perlu menyelesaikan masalah ini secepatnya kerana sekiranya terlewat maka kajian
yang dijalankan akan tertangguh.
5. Penilai kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian mengenai
keberkesanan kajian saya disamping meminta pendapat guru-guru sekolah dan rakan-rakan
yang lain.
6. Tindakan susulan
Mencari kaedah menganalisis data dan dapatan kajian dengan tepat melalui pembacaan
dan perbincangan dengan pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan.

JURNAL INTERNSHIP
Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Tandatangan:
Nama
:
Tarikh
:

Anda mungkin juga menyukai