Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENDAHULUAN

Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II merupakan zaman kebangkitan

semula Daulah Uthmaniyyah. Baginda bertanggungjawab membawa pembaharuan dan

perubahan ke dalam kerajaan Uthmaniyyah yang mula mengalami tanda-tanda

kemerosotan sebelum Sultan Abdul Hamid II menjadi pemerintah dalam kerajaan

Uthmaniyyah. Perlantikan Sultan Abdul Hamid adalah bertepatan dengan keadaan politik

dan pemerintahan yang tidak stabil dalam kerajaan Uthmaniyyah yang berpunca daripada

Sultan Murad V yang dikatakan sebagai seorang yang penakut dan rakyat ingin satu

pembaharuan dalam kerajaan Uthmaniyyah. Dengan kata lain, sejauhmanakah

pembaharuan dan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II dalam

menggagalkan pergerakan Turki Muda yang cuba menghapuskan sistem khalifah dan

campur tangan kuasa-kuasa barat dalam kerajaan Uthmaniyyah. Dalam perbincangan ini,

akan dilihat dan mengetahui pembaharuan yang dilakukan oleh baginda didalam

usahanya untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyyah daripada jatuh kepada kuasa lain.

Sepanjang pembaharuan yang dilakukan terdapat juga halangan dan cabaran yang

terpaksa dihadapi oleh Sultan Abdul Hamid II sepanjang pemerintahannya.

1
2.0 LATAR BELAKANG SULTAN ABDUL HAMID II

Zaman Sultan Abdul Hamid II merupakan zaman kebangkitan semula atau

perubahan dalam Daulah Uthamaniyyah. Baginda merupakan sultan dalam kerajaan

Uthmaniyyah yang bertanggungjawab membawa pembaharuan dalam kerajaan melalui

dasar-dasar yang bersifat adil dan progresif serta kecekapan dalam menjalankan

pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Sebelum melihat pembaharuan dan perubahan

yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, perlu diteliti latar belakang dan keperibadian

Sultan Abdul Hamid II. Abdul Hamid II, Sultan Uthamniyyah yang ke 36, ialah seorang

tokoh sejarah yang diselebungi dengan berbagai-bagai kontroversi semasa hidupnya

mahupun sesudah baginda mangkat.1

Nama baginda yang sebenar ialah Abdul Hamid II bin Abdul Majid bin Mahmud

II.Baginda dilahirkan pada hari Rabu, 16 Syaaban 1528 Hijrah bersamaan 21 September

1842 Masihi.2 Sepanjang tempoh hidup, baginda telah mendapat pendidikan dalam semua

bidang termasuk pendidikan awal melalui pembelajaran khas yang diajarkan oleh tokoh-

tokoh sains dan sastera yang begitu hebat dalam bidang masing-masing. Keperibadian

yang begitu unggul baginda dalam bidang agama, politik dan kebijaksanaan dalam

mengurus dan mentadbir kerajaan Uthmaniyyah. Pemerintahan Baginda adalah setanding

dengan Ratu Victoria di Inggeris, Sultan Nasiruddin Shah di Iran dan Bismark di

Jerman.3 Semasa menjadi pemerintah dalam Daulah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid
1
Dr Hamka. (1977). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Antara. Hal. 400.
2
Prof Madya Fadhlulah Jamil. ( 2000).Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor: Thinker’s Librarys.Shd.Bhd. Hal. 143.
3
Dr.Eeman Mohammed Abbas. (2002). Sultan Abd Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah(Peranan
Gerakan Nasionalis& Golongan Minoriti) Kajian Sejarah dan Pemikiran dari Tahun (1876-1909/1293-
1327H).Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.Hal. 102.

2
telah membawa perubahan dan pembaharuan dalam banyak aspek kepada kerajaan

Uthamniyyah kerana berjaya menyelamatkan kerajaan Uthmaniyyah daripada jatuh ke

tangan kuasa barat. Baginda digelar oleh barat terutamanya British dan Perancis sebagai “

The Great Assassin” dan “ The Read Sultan” kerana dasar-dasarnya yang dianggap barat

tidak mengiktiraf hak peribadi manusia.

3.0 LATAR BELAKANG TURKI MUDA.

Pergerakan Turki Muda telah wujud pada tahun 1890 yang terdiri daripada

golongan tentera. Kebanyakan ahli dalam kerajaan Turki Muda telah terdedah dengan

fahaman dan ideologi dari negara-negara barat. Turki Muda adalah persatuan yang terdiri

daripada mereka yang tidak menyenangi cara pemerintahan sultan yang mutlak. Gerakan

ini merupakan gabungan daripada pelbagai kelompok yang menentang pemerintahan

mutlak sultan.4 Turki Muda telah menubuhkan dan membentuk Commite of Union and

Progress ( C.U.P ) yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Uthmaniyyah di bawah

pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Kemunculan Gerakan Turki Muda juga disebabkan

oleh Sultan Abdul Hamid II yang menjalankan pemerintahan secara sistem khalifah dan

melantik pegawai yang korup dan tidak berwibawa dalam pemerintahan baginda. Tokoh-

tokoh yang menjadi tulang belakang kepada pergerakan ini terdiri daripada tiga

pemimpin iaitu Talat Bey, Enver ( Anwar) Pasya dan Kolonel Jamal Pasyha.

Gerakan Turki Muda mempunyai fahaman yang bertujuan untuk memodenkan

negara Turki mengikut cara barat serta menjadikan bangsa Turki patut dihormati sebagai

4
Lois A.Aroian& Richard P.Mitchell. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.Terjemahan
Mohammad Redzuan Othman.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.Hal. 110.

3
lambang kemegahan mereka. Dengan kewujudan fahaman dan pemikiran ini, telah

menimbulkan semangat nasionalisme atau kebangsaan di Turki yang mahukan supaya

sistem pemerintahan khalifah dihapuskan. Dari segi pemikiran, Gerakan Turki Muda

menolak dan tidak mementingkan agama dan syariah serta mengetepikan undang-undang

Islam dalam gerakan Turki Muda dan perkembangan dalam menyebarkan pemikiran

kepada masyarakat dan penduduk Turki.

4.0 PERSAINGAN KUASA TURKI MUDA DENGAN KUASA SULTAN ABDUL

HAMID II

Golongan Turki Muda merupakan segolongan pelajar berpendidikan. Golongan

ini terpengaruh dengan idea-idea kebebasan yang bertentangan dengan cara pemerintahan

Sultan Abdul Hamid II iaitu cara pemerintahan berautokrasi mutlak. Gerakan Turki Muda

ini bergerak di bawah tanah dan merancang satu rampasan kuasa kerana tindakan Sultan

Abdul Hamid yang tegas dengan pendiriannya. Terdapat persaingan yang dapat dilihat

dari permulaan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II sehingga kejatuhan baginda

disebabkan persaingan dari kumpulan Turki Muda ini.

Penentangan baginda dapat dilihat pada awal pemerintahannya oleh kumpulan

Turki Muda, seorang anggota Uthmaniyyah Muda iaitu bernama Ali Suavi yang telah

cuba membebaskan Murad V yang berada dalam tahanan dan juga cuba menggulingkan

baginda tetapi gagal kerana kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II. Ali sendiri terbunuh

4
dan kuncu-kuncunya dihukum penjara seumur hidup atau dibuang negeri.5 Ini

menunjukkan bahawa Sultan Abdul Hamid II pada permulaan pemerintahannya, telah

memberi satu petanda baginda merupakan seorang pemerintah yang berwibawa dan

bijaksana dalam mengawal keadaan negara yang sedang mengalami zaman kejatuhan.

Selain Ali Suavi, terdapat pejuang-pejuang Turki Muda yang sedaya upaya untuk

menegakkan idea-idea kebebasan mereka untuk diterapkan ke dalam sistem pemerintahan

kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beberapa tokoh Turki Muda seperti Ahmed Reza yang

telah menubuhkan kumpulan melalui satu pergerakan pegawai tentera yang dikenali

sebagai Osmanli Hurriyet (Kebebasan Uthmaniyyah) yang berasal daripada kalangan

siswazah Akademi Perang di Istanbul. Pada mulanya bertapak di Damsyik, pergerakan

itu tersebar dengan cepat selepas ditubuhkan pada tahun 1905. 6 Selain itu tokoh Turki

Muda yang lain seperti Nemik Kamal yang lebih kepada pergerakan secara kesusasteraan

kepada rakyat Turki dengan melahirkan sikap nasionalisme dengan menulis cara

pemerintahan di Turki. Beliau menyebarkan ideologi ini dengan menyebarkan majalah

atau buku melalui pejabat pos asing dan pusatnya terletak di Paris supaya tidak dikesan

oleh Sultan Abdul Hamid II dalam pergerakan Turki Muda ini. Namun pergerakan ini

dapat diketahui juga oleh Sultan Abdul Hamid II dengan adanya polis rahsia

Uthmaniyyah yang dapat mengesan aktiviti mereka. Akibatnya, Sultan Abdul Hamid II

telah menangkap sebahagian besar daripada penentangnya dan setelah melalui proses

pembicaraan mereka dibuang daerah, iaitu dihantar ke provinsi jauh dari Istanbul dan

tidak dibenarkan meninggalkan tempat buangan masing-masing.7 Kenyataan lain juga


5
Prof Madya Fadhullah Jamil. (2000). Islam di Asia Barat Mode: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor : Thinker’s Librarys Sdn. Bhd. Hal. 149.
6
Lois A. Arion dan Richard P. Mitchell diterjemah Mohammad Redzuan Othman. (1991), Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 127.
7
Prof Madya Fadhullah Jamil. (2000). Islam di Asia Barat Mode: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor : Thinker’s Librarys Sdn. Bhd. Hal. 149.

5
menyatakan bahawa dengan kebijaksanaan baginda, baginda telah memecahbelahkan

angkatan Turki Muda dan setengahnya diampunkan dan diberikan jawatan dalam

pentadbiran baginda. Walau bagaimanapun, pertentangan Turki Muda semakin lemah di

atas kebijaksanaan baginda.

Pada tahun 1906, satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu yang dinamakan

Jawatankuasa Kebebasan Uthmaniyyah. Kumpulan ini dibentuk secara sulit dan

pengasasnya ialah Talat Bey yang telah berjaya menggabungkan pusatnya di Salonika

dengan cawangan di Paris dan akhirnya terbentuk Committee of Union and Progress

(C.U.P). Setahun kemudian, tentera Division Ketiga (3rd Army) mara ke Istanbul dan

menuntut untuk memulihkan Perlembagaan 1876, disebabkan pemberontakan itu sangat

dahsyat dan terpaksa baginda menyerah kalah. Dalam pemerintahan C.U.P jawatan

Sultan Abdul Hamid II dikekalkan tetapi lebih kepada boneka semata-mata. Terdapat

pergolakan berlaku semasa pemerintahan C.U.P., Bulgaria, salah sebuah negeri di

semenanjung Balkan telah mengisytiharkan kemerdekaannya dengan mendapat galakan

dari Austria.8 C.U.P. tidak dapat berbuat apa-apa terhadap ancaman ini. Hal ini

menyebabkan mereka menutup kelemahannya dengan menindas kebebasan dalam negeri

seperti membuat dasar bercampur antara Islam, nasionalisme dan kuku besi

menyebabkan rakyat Muslim kurang selesa. Umat Islam bersama dengan anggota

berjawatan rendah telah memberontak untuk menegakkan syari’ah dan pegawai tentera

yang berpendidikan barat dilucutkan. Dengan kepandaian yang ada pada Sultan Abdul

Hamid II, baginda yang tidak terlibat telah campur tangan dengan mengambil

kesempatan. Baginda menggunakan cara ini untuk mengembalikan kuasanya dengan


8
Ibid. Hal. 151.

6
mengalu-alukan pemberontakan itu dan mengampunkan ke atas para tentera yang

pernah merampas kuasanya dan menyeru syari’at dipertahankan. Di sini persaingan

antara golongan Turki Muda dengan Sultan Abdul Hamid II menunjukkan bahawa

kebijaksanaan baginda dalam mengatasi tentangan dari golongan ini.

5.0 KEBIJAKSANAAN SULTAN ABDUL HAMID II MENANGANI TURKI

MUDA.

5.1 DIPLOMASI

Kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II dalam menghadapi penentangan dari

Gerakan Turki Muda dapat dilihat melalui cara baginda berdiplomasi. Walaupun secara

jelas, gerakan ini ditubuhkan untuk menuntut pemerintahan berdasarkan demokrasi, yang

menentukan batas-batas terhadap kuasa seorang Sultan namun,9 baginda tidak terburu-

buru untuk menghukumnya. Sebagai contoh, ketika baginda mengetahui bahawa gerakan

ini dalam usaha menyebarkan fahaman mereka di kalangan pemuda-pemuda Turki dan

menggalakkan mereka agar memasuki kancah peperangan. Dalam peristiwa ini, Sultan

Abdul Hamid II hanya menghukum tulang belakang gerakan ini iaitu Midhat Basha agar

dibuang negeri dengan harapan untuk memecahbelahkan kesefahaman antara anggota

gerakan ini.10

9
Prof. Dr. Hamka. (1980). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. hal. 402.
10
Dr. Eeman Mohamed Abbas. (2002). Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah :
Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. hal. 291.

7
Sultan Abdul Hamid II memilih untuk berdiplomasi kerana baginda seorang yang

mencintai perdamaian dan tidak suka kepada pertumpahan darah. Baginda menolak

cadangan para pembesarnya yang mahukan penggunaan senjata dalam melawan tentera

gerakan Turki Muda ini. Sewaktu gerakan ini giat menjalankan kempen anti-Abdul

Hamid melalui edaran akhbar-akhbar, baginda menggunakan kebijaksanaan diplomasinya

juga dengan cara memecahbelahkan komplot ini. 11 Tambahan pula pada ketika itu,

pemimpin-pemimpin tertingginya seperti Scalieri telah melarikan diri ke seberang laut

dan beberapa lagi berada di dalam tahanan penjara. Baginda mengambil peluang ini

dengan memberi keampunan kepada anggota bawahan yang masih ada serta menawarkan

jawatan dalam pentadbiran kepada mereka. Hasilnya, penentangan dari Turki Muda

terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II menjadi lemah ekoran tiada individu yang

berusaha meneruskannya.

Dalam menghadapi tentangan dari pihak Turki Muda, Sultan Abdul Hamid II

dilihat tidak pernah sekalipun memperlakukan lawannya dengan cara-cara di luar

daripada syariat Islam.12 Baginda juga jarang mengenakan hukuman undang-undang yang

berat kepada anggota gerakan ini. Sebagai contoh, sewaktu baginda berjaya menangkap

sebahagian besar daripada penentang ini, mereka hanya dihukum dibuang daerah, iaitu

dihantar ke wilayah yang jauh dari Istanbul dengan syarat tidak dibenar meninggalkan

tempat buangan masing-masing.13 Walaupun ini bukanlah penentangan buat pertama

kalinya yang dihadapi Sultan Abdul Hamid II, kerana sebelum ini juga baginda telah
11
Fadhlullah Jamil. (2007). Islam Di Asia Barat Moden : Penjajahan dan Pergolakan, Shah Alam :
Karisma Publications Sdn. Bhd. hal. 160.
12
Dr. Eeman Mohamed Abbas. (2002). Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah :
Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. hal. 228.
13
Fadhlullah Jamil. (2007). Islam Di Asia Barat Moden : Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam :
Karisma Publications Sdn. Bhd. hal.159.

8
cuba digulingkan oleh Ali Suavi, juga salah seorang anggota gerakan Turki Muda, tetapi

baginda masih mengekalkan sikap diplomasinya. Malahan, baginda tidak sekali-kali

menghukum keluarga penentang ini sebaliknya membantu mereka seadanya.

Kebijaksanaan berdiplomasi Sultan Abdul Hamid II dalam menghadapi

penentang-penentangnya ini sesungguhnya berjaya mengukuhkan kembali kuasa baginda

di mata pandangan rakyat Turki.14 Hal ini berlaku ketika berlakunya pemberontakan

penduduk beragama Islam di Turki terhadap corak pemerintahan rejim Turki Muda yang

dianggap anti-Islam itu. Mereka juga menuntut agar pegawai tentera yang berpendidikan

Barat dilucutkan daripada kuasa mereka. Sungguhpun, baginda tidak terlibat langsung

dalam pemberontakan ini namun baginda mengambil kesempatan dengan mengalu-

alukan pemberontakan ini, serta memberi keampunan kepada para tentera yang

merampas kuasa di samping menyeru supaya Syariat Islam terus dipertahankan.

5.2 KETENTERAAN

Dalam bidang ketenteraan, Sultan Abdul Hamid II telah mempersiapkan tentera

Turki Uthmaniyyah dengan senjata yang lengkap serta latihan yang berdisiplin. Baginda

juga turut menghantar para pegawai tentera Turki Uthmaniyyah ini ke negara-negara
14
Ibid, hal.162.

9
Eropah, terutamanya ke Jerman. Tujuan penghantaran pegawai tentera ke Jerman adalah

untuk mendalami lagi ilmu-ilmu ketenteraan moden. Selain itu, baginda juga telah

menubuhkan satu pasukan Brigade al-Hamadiyyah di kawasan timur. Tentera yang

menyertai pasukan itu adalah mereka yang terdiri daripada bangsa Kurdi. Bangsa Kurdi

adalah bangsa yang terkenal sebagai bangsa yang bersemangat, berbadan besar dan kuat.

Sejak zaman dahulu lagi mereka telah mendiami kawasan tersebut. Sultan Abdul Hamid

II berpendapat bahawa bangsa Kurdi ini akan dapat menewaskan tentera Rusia sekiranya

berlaku peperangan. Hal ini kerana mereka adalah pasukan Kurdi yang terlatih dan boleh

memberikan perkhidmatan yang hebat sekali. Semasa berlaku peperangan, tentera Kurdi

telah membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan tentera yang sangat penting.

Adapun tentang kekuatan ketenteraan laut, pelbagai peristiwa peperangan yang

berlaku telah membuktikan bahawa, walaupun tentera Turki Uthmaniyyah mempunyai

bilangan yang ramai, namun ianya masih lagi lemah. Hal ini berlaku kerana nakhoda-

nakhoda kapal perang Uthmaniyyah adalah pegawai-pegawai tentera Inggeris. Oleh itu,

kekuatan tentera laut Uthmaniyyah berada di tangan musuh. Demikianlah keadaan tentera

laut Uthmaniyyah yang diwarisi oleh Sultan Abdul Hamid II dari sultan terdahulu.

Kemudiannya, Sultan Abdul Hamid II ingin menggantikan para nakhoda asing itu,

tetapi mendapat tentangan daripada duta besar Inggeris. Pada ketika itu, baginda

merasakan bahawa baginda belum lagi mempunyai sebarang armada perang lagi. Oleh

itu, baginda telah membentuk satu kekuatan tentera yang baru, dan juga lengkap dengan

tentera-tentera yang hebat. Bagi memperkuatkan lagi angakatan tentera laut itu, baginda

telah membina kapal-kapal selam di Istanbul dengan menggunakan wang peribadinya

10
sendiri. Sedangkan pada masa itu, angkatan tentera Inggeris pun belum lagi mempunyai

kapal selam. Sultan Abdul Hamid II telah menyimpan kapal-kapal selam itu untuk

digunakan pada masa yang sesuai setelah keadaan negara menjadi baik semula.

5.3 BADAN PERISIKAN

Kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II ini juga dapat dilihat apabila beliau telah

menubuhkan sebuah badan perisikan yang kuat dan licik. Kelicikan badan perisik ini

membuatkan mereka berjaya menyelinap masuk ke dalam negara-negara Eropah dan

institusi-institusi penting khususnya yang berkaitan dengan pentadbiran dan pertahanan

negera tersebut. Langkah ini amat berjaya dilakukan oleh badan ini dengan sempurna

tanpa dapat dikesan oleh pertahanan negara tersebut. Jadi, setiap perjalanan urusan dan

perancangan untuk memusnahkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam negara tersebut

dapat diketahui oleh Sultan Abdul Hamid II. Oleh itu, baginda mula mempersiapkan

pertahanan dan membuat strategi untuk menghalang perancangan dari pihak musuh.

Selain itu, badan perisikan ini juga turut menyertai pergerakan pemberontakan

khususnya yang dilakukan oleh golongan Turki Muda yang melakukan pemberontakan

untuk menjatuhkan baginda ekoran dari perasaan tidak puas hati dengan corak

pemerintahan yang di amalkan oleh Sultan Abdul Hamid II yang dianggap pemerintahan

yang kejam oleh mereka. Dengan menyertai pemberontakan, maka segala maklumat

tentang semua perancangan komplot minoriti dan parti pembangkang dapat diketahui.

Badan ini juga dapat mengetahui tentang dokumen sebaran permusuhan yang dihantar

11
melalui pos luar negeri yang bertujuan untuk dihantar ke luar negara untuk disebarkan ke

Istanbul. Oleh itu, jelaslah disini bahawa segala perancangan musuh samada dalam atau

luar negara dapat dihalang oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniyyah khususnya

pemberontakan yang dilakukan oleh golongan Turki Muda. Keadaan ini menggambarkan

kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II semasa pemerintahannya.

5.4 KEBIJAKSANAAN MEMBENTUK HUKUMAN

Sultan Abdul Hamid II merupakan seorang pemerintah yang mencintai

perdamaian dan tidak suka kepada peperangan yang menyebabkan berlakunya

pertumpahan darah. Baginda dikatakan seorang pemerintah yang tidak pernah

memperlakukan lawan politiknya dengan cara-cara di luar daripada syariat Islam. Bahkan

baginda telah membantu keluarga-keluarga mereka dan memberikan penghormatan yang

tinggi kepada mereka. Dapat dilihat teladan yang baik daripada baginda ialah semasa

perbicaraan mengenai pembunuhan bapa saudaranya, iaitu Sultan Abdul Aziz. Baginda

langsung tidak campur tangan dalam urusan mahkamah sehinggalah urusan perbicaraan

itu selesai. Tetapi baginda menggunakan haknya sebagai sultan yang berkuasa mutlak

untuk mengurangi hukuman daripada hukuman bunuh kepada hukuman yang lebih ringan

kepada pesalah yang membunuh bapa saudaranya dengan hukuman penjara seumur

hidup.

Selain itu, dapat dilihat ketegasan Sultan Abdul Hamid II dalam pemerintahan

ialah dalam bentuk hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Hukuman ini dapat dilihat

12
melalui contoh Midhat Pasya yang diarahkan oleh Sultan Abdul Hamid II ditangkap dan

dibuang negeri ke Itali dan Midhat Pasya tidak dibenarkan pulang ke tempat asalnya.

Tindakan baginda adalah kerana Midhat Pasya telah mengusulkan fasal pembatalan kuasa

sultan sekiranya melanggar Perlembagaan. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan

sultan. Tindakan Midhat Pasya ini telah mengancam keselamatan negara. Begitu juga

yang berlaku kepada Mustafa Kamal, beliau juga telah dikenakan hukuman buang daerah

ke Damsyik dengan perintah daripada Sultan Abdul Hamid II. Beliau ditangkap kerana

terlibat dalam satu komplot untuk mengulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Tindakan Sultan Abdul Hamid II juga dikatakan tegas apabila beliau telah

bertindak menggantung Perlembagaan dan membubarkan Parlimen setelah melihat di

dalam persidangan pertama, para perwakilan telah mula berani mengkritik dan

menjatuhkan ahli kabinet yang dituduh gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Sultan

Abdul Hamid II juga melakukan tindakan menggantung Perlembagaan dan membubarkan

Parlimen kerana baginda menyedari bahawa ramai di antara para perwakilan yang

dilantik dan terlibat dalam Perlembagaan dan kabinet terlibat menerima rasuah.

Baginda telah menjatuhkan hukuman kepada golongan-golongan ini yang didapati

bersalah dan mencemarkan imej Parlimen dan Perlembagaan yang ditubuhkan. Tindakan

Sultan Abdul Hamid II akhirnya mengisytiharkan pemusatan kuasa secara autokratik

untuk mengawal dan mengukuhkan politik Daulah Uthmaniyyah. Tindakan kontraversial

telah mendapat kritikan hebat dari Barat dan menuduh baginda sebagai sultan yang

menghina polisi politik mereka dengan memungkiri janji untuk melaksanakan

Perlembagaan, menafikan prinsip persamaan, kebebasan dan persaudaraan rakyat dan

13
menimbulkan kotroversi demi mengukuhkan kepentingan politik sendiri dengan politik

Daulah Uthmaniyyah yang mengamalkan prinsip Islam yang pentingkan musyawarah

untuk kepentingan bersama. Baginda berpendapat Daulah Uthmaniyyah perlu ditadbir

secara tegas supaya rakyat Turki dapat dikawal dari berpecah dan jatuh ke tangan

pengaruh Barat.

5.5 DASAR PAN-ISLAMISME

Sultan Abdul Hamid II merupakan seorang pemerintah yang bijaksana. Baginda

telah melaksanakan pelbagai usahah untuk menghalang penguasaan Turki Muda untuk

menguasai kerajaan yang berada dibawah pimpinannya iaitu Kerajaan Turki

Uthmaniyyah. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh baginda ialah

melaksanakan dasar Pan-Islamisme. Pan-Islamisme merupakan dasar yang terpenting

yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Hamid II dalam menentang Turki Muda. Dasar ini

dianggap sebagai satu wadah untuk menyatukan umat Islam diseluruh wilayah Islam

tanpa memandang ras dan bahasa untuk mewujudkan kemerdekaan serta kesejahteraan

umat Islam. Dasar Pan-Islamisme ini juga telah digunakan oleh baginda sebagai salah

satu cara untuk menekankan perpaduan dan kerjasama di antara umat Islam dibawah satu

pemerintahan iaitu sistem khalifah.15

Dasar ini juga telah membantu baginda untuk mengekalkan kuasanya dalam

kerajaan Turki Uthmaniyyah. Keadaan ini kerana dasar ini telah membantu baginda

15
Fadhlullah Jamil. (2000). Islam di Asia Barat Moden : Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor :
Thinker’s Library. hal. 133.

14
untuk menyatukan umat Islam yang berada dibawah pemerintahannya supaya bersatu

dalam menentang kuasa atau ancaman daripada pihak luar. Melalui perpaduan yang

dipupuk inilah umat Islam akan mempertahankan kerajaan daripada diceroboh dan

sekaligus mengekalkan kuasa pemerintahan baginda dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Baginda mendapat sokongan daripada Syaikh Muhammad Abul Huda As-Sayyadi untuk

melaksanakan dasar ini dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dasar ini juga turut membela

hak umat Islam dan membantu memperkukuhkan kedudukan kerajaan Turki

Uthmaniyyah sekiranya diancam oleh gerakan Turki Muda.

Selain itu, melalui dasar Pan-Islamisme ini juga baginda telah menjalankan

beberapa projek yang bertujuan untuk menentang gerakan Turki Muda. Antara projek

yang dijalankan oleh baginda ialah projek kereta api Hijaz, membina dan membaiki

masjid dan menubuhkan sekolah-sekolah agama serta pusat pengajian Islam. Projek

kereta api Hijaz merupakan projek terpenting yang telah dilaksanakan oleh baginda.

Projek ini dianggap penting kerana pembinaan landasan kereta api ini telah bertindak

sebagai serampang dua mata bagi Sultan Abdul Hamid II. Secara jelasnya projek

landasan kereta api Hijaz ini dijalankan untuk memudahkan perjalanan jemaah haji.

Tetapi ianya berlainan bagi Sultan Abdul Hamid II kerana baginya landasan tersebut

tidak semata-mata dibina untuk memudahkan perjalanan jemaah haji malah landasan ini

turut dijadikan sebagai laluan untuk menghantar perisik ke kawasan Islam yang jauh

seperti Salonika.

15
Disamping itu, baginda juga turut membina dan membaiki masjid melalui dasar

Pan-Islamisme ini. Pembinaan masjid ini merupakan satu medium untuk menyatukan

umat Islam. Seperti yang kita sedia maklum, masjid merupakan tempat untuk

bermusyawarah dan tempat untuk umat Islam berkumpul serta berkongsi idea dan

pandangan. Melalui institusi masjid inilah Sultan Abdul Hamid II merealisasikan dasar

Pan-Islamisme baginda iaitu untuk menyatukan umat Islam dibawah pemerintahan

khalifah. Dengan adanya masjid, umat Islam akan lebih mudah untuk disatukan kerana

masjid boleh dijadikan tempat untuk mereka berkumpul dan mengeratkan lagi hubungan

persaudaraan sesama Islam. Antara projek lain yang turut dilaksanakan oleh baginda

ialah menubuhkan sekolah agama dan pusat pengajian Islam. Melalui projek ini baginda

telah menambah bilangan sekolah rendah dan maktab ketenteraan. Baginda juga turut

mendirikan sebuah universiti pertama yang diberi nama Universiti Istanbul yang mana

telah dibina pada tahun 1900.

5.6 DASAR PENGAWALAN AKHBAR DAN PERCETAKAN

Pengawalan akhbar dan percetakan juga merupakan salah satu usaha atau dasar

yang telah dilaksanakan oleh Sultan Abdul Hamid II dalam usaha untuk menangkis

ancaman daripada gerakan Turki Muda. Baginda melaksanakan dasar pengawalan ini

bertujuan untuk mengawal perkembangan persuratkhabaran yang menjadi alat untuk

16
menentang baginda. Akhbar-akhbar yang diterbitkan pada waktu ini mengandungi

ideologi-ideologi yang mana bertujuan untuk menghasut pemikiran rakyat supaya

menentang baginda. Menyedari akan hal ini, baginda telah bertindak untuk mengawal

akhbar dan persuratkhabaran yang secara jelas akan mengancam kedudukan dan

pengaruh baginda sebagai pemimpin dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sekiranya

ideologi-ideologi negatif yang menghasut rakyat untuk menentang baginda tidak disekat

kemungkinan besar kuasa gerakan Turki Muda akan berkembang dalam kerajaan ini.

Disamping mengawal akhbar dan persuratkhabaran, baginda juga telah menyekat

kemasukan bahan-bahan bercetak dari barat. Keadaan ini bagi mengelakkan bahan-bahan

cetakan dari barat agar tidak dibawa masuk ke dalam kerajaan ini. Baginda juga telah

menubuhkan satu biro khas yang dikenali sebagai Kementerian Pendidikan. Biro ini

diwujudkan bertujuan untuk menyekat penerbitan dan kemasukan bahan-bahan bercetak

yang mengandungi ideologi-ideologi yang menghasut rakyat untuk menentang baginda.

Penerbitan buku-buku agama dan aktiviti penterjemahan Al-Quran amat digalakkan oleh

baginda untuk mengelakkan muslim agar tidak terlibat dengan revolusi yang berbahaya.

Pelaksanaan dasar-dasar ini sedikit sebanyak telah berjaya untuk menghakis atau

mengurangkan ancaman yang dijalankan oleh gerakan Turki Muda.

5.7 PERLEMBAGAAN NEGARA

Ekoran pengaruh daripada kuasa-kuasa Eropah, Midhat Pasya dan pengikut-

pengikutnya telah membuat keputusan untuk melaksanakan perubahan-perubahan yang

17
dituntut oleh kuasa Eropah. Maka, mereka menabalkan Sultan Abdul Hamid II kerana

baginda bersetuju untuk mengisytiharkan Perlembagaan yang dirangka sendiri mengikut

kehendak Midhat Pasya dan pengikutnya. Tujuan Gerakan Turki Muda ini merangka

Perlembagaan adalah bagi membuka jalan ke arah pentadbiran secara demokrasi dan

membataskan kuasa Sultan Abdul Hamid II di bawah Perlembagaan negara.

Kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II jelas terbukti kerana baginda meluluskan rangka

Perlembagaan yang dibuat oleh Midhat Pasya itu atas beberapa sebab. Salah satu sebab

yang utama adalah Perlembagaan ini boleh menjamin kuasanya untuk membuang negeri

sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara. Ini secara tidak langsung

boleh melemahkan penentangan Gerakan Turki Muda. Malah, tekanan daripada pelbagai

peristiwa sama ada yang berlaku dalam negara atau peringkat antarabangsa telah

membuktikan tindakan baginda mengisytiharkan Perlembagaan ini adalah tepat sekali.

Sultan Abdul Hamid II juga memang menyedari bahawa matlamat sebenar orang-

orang Eropah mempengaruhi golongan Turki Muda untuk menuntut sebuah kerajaan

yang berpelembagaan ini bukanlah untuk membantu negara.16 Sebaliknya mereka mahu

meruntuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah yang sudah dibina sejak berabad lamanya dan

ingin mengurangkan kuasa yang dipegang oleh sultan. Justeru itu, apabila Perlembagaan

ini dipersetujui selaras dengan tuntutan orang-orang Eropah itu, penentangan golongan

Turki Muda dapat dikurangkan sekaligus dapat mengusir orang-orang Eropah di Turki.

16
Haji Dusuki Haji Ahmad. (1978). Ikhtisas Pengembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 423

18
Pada 23 Disember 1876, berdasarkan Perlembagaan bertulis yang pertama telah

diisytiharkan sebuah kerajaan berpelembagaan dengan berdasarkan Perlembagaan

Belgium dan Prussia.17 Sultan diisytiharkan sebagai khalifah iaitu pemimpin agama bagi

seluruh dunia Islam. Perlembagaan ini turut menekankan persamaan hak untuk semua

rakyat tidak kira golongan majoriti Islam atau golongan minoriti bukan Islam. Maka,

berlakulah dualisme iaitu walaupun kedaulatan agama melalui kuasa khalifah diakui

tetapi dalam masa yang sama kedudukan anggota masyarakat Uthmaniyyah

diperhitungkan melalui statusnya sebagai individu dan tidak lagi atas dasar agama. 18

Namun begitu, Perlembagaan ini ditentang pula oleh golongan elit iaitu terdiri daripada

ulama-ulama. Mereka tidak bersetuju dengan pemberian hak sama rata bagi semua kaum

dan merasakan Perlembagaan ini tidak selaras dengan prinsip murni Islam kerana asasnya

adalah daripada Undang-undang Belgium.

Pada 10 Mac 1877, satu persidangan Parlimen diadakan. Tetapi para perwakilan

mula mengecam para menteri dengan hebatnya dan ini menyebabkan Sultan Abdul

Hamid II bertindak memansuhkan Parlimen itu dan mengarahkan ahli-ahlinya agar

kembali ke wilayah masing-masing. Malah, baginda turut mengisytiharkan Perlembagaan

itu digantung. Setahun sebelum itu, Midhat Pasya dilucutkan daripada jawatannya dan

diperintahkan agar keluar dari empayar Uthmaniyyah atas alasan mengancam

keselamatan negara. Pemecatan Midhat Pasya ini secara tidak langsung telah

melemahkan kuasa Turki Muda dan dapat menangkis pengaruh kuasa-kuasa Eropah

17
Fadhlullah bin Jamil. (2007). Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd. hal. 155
18
Ibid.

19
daripada meresap ke dalam Empayar Turki Uthmaniyyah. Di sini jelaslah terbukti

kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid II melalui pengisytiharan Perlembagaan negara.

6.0 KESIMPULAN

Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada abad ke 19 telah memperlihatkan

kegiatan nasionalisme dalam Daulah Uthmaniyyah. Hasil perubahan dan pembaharuan

dilakukan adalah disebabkan oleh tindak balas terhadap tekanan ekonomi, politik dan

pengaruh luar. Selain itu juga, pemerintahan Sultan Abdul Hamid II merupakan zaman

kemuncak kepada Tanzimat iaitu salah satu usaha untuk menyelamatkan negara daripada

campur tangan. Berdasarkan pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh baginda,

kita dapat melihat baginda telah mewarisi sebuah negara yang sedang bergolak dan

hampir mengalami kejatuhan dan kemerosotan serta muflis dari segi ekonomi. Keadaan

yang wujud sebelum menaiki takhta dan semasa beliau berkuasa memaksanya bersikap

lebih keras bagi mengelakkan campur tangan kuasa asing serta golongan elit yang pro-

barat dan pihak nasionalisme yang mempunyai kepentingan dalam usaha untuk

menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II. Selepas berakhirnya era pemerintahan Sultan Abdul

Hamid II dan digantikan dengan penguasaan Turki Muda juga dilihat sebagai zaman

kejatuhan kerajaan Khalifah Islam akibat daripada kemasukan pengaruh-pengaruh barat

ke dalam pemerintahan Daulah Uthmaniyyah.

20
BIBLIOGRAFI

Dr Hamka. (1977). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Antara.

Prof Madya Fadhlulah Jamil. ( 2000) .Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan

dan Pergolakan. Selangor: Thinker’s Librarys Shd.Bhd.

Dr.Eeman Mohammed Abbas. (2002). Sultan Abd Hamid II dan Kejatuhan Khalifah

Islamiah(Peranan Gerakan Nasionalis& Golongan Minoriti) Kajian Sejarah dan

21
Pemikiran dari Tahun (1876-1909/1293-1327H).Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Sdn. Bhd.

Lois A.Aroian& Richard P.Mitchell. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara

Moden.Terjemahan Mohammad Redzuan Othman.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Prof. Dr. Hamka. (1980). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Haji Dusuki Haji Ahmad. (1978). Ikhtisas Pengembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Fadhlullah bin Jamil. (2007). Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan.

Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai