Anda di halaman 1dari 14

JMS 316 INTELECTUAL ISLAMIC HISTORY SOALAN TUGASAN Discuss concerning the threat of Secularisme in Turkey by giving examples

based on historical reality. Terjemahan : Bincangkan tentang ancaman Sekularisme di Turki dengan memberi contoh-contoh berdasarkan realiti sejarah.

PENGENALAN- Pengertian Sekularisme Sekularisme ertinya memisahkan kehidupan dunia dari aturan agama atau menolak agama untuk memiliki peranan dalam mengatur kehidupan dunia dalam segala sisinya seperti dalam bidang sosial , politik, pendidikan ,ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Agama hanya diberi ruang untuk mengatur seremonial ibadah di masjid atau perayaan perayaan keagamaan tertentu dan agama hanya dijadikan sebagai masalah peribadi masing-masing.1 Di samping itu , Sekularisme ialah memisahkan agama dari kehidupan individu atau sosial dalam artian agama tidak boleh ikut berperan dalam pendidikan ,kebudayaan mahupun dalam hukum. Dengan kata lain Sekularisme memisahkan Allah Taala dari hukum dan undangundang makhluknya. Allah tidak boleh mengatur mereka seakan akan tuhan mereka adalah diri mereka sendiri, berbuat sesukanya dan membuat hukum sesuai seleranya.2
1

Dr. Yusuf Qaradhawi, Sekular Ekstrim, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2000, hlm : Pengantar Penerbit 2 Ibid , hlm : Bab Pertama

Selain itu, perkataan Secular menurut kamus Inggeris membawa makna yang berhubung dengan dunia nyata tidak berhubung dengan alam rohani spiritual atau alam akhirat. Ia merujuk kepada sifat keduniaan (temporal) sebagai lawan kepada sifat

keakhiratan atau kekelan abadi (eternal) dengan bahasa yang mudah , sekular merujuk kepada yang tidak di bawah pengaruh dan naungan gereja Kristian.3 Justeru itu juga , Sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusanurusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Secara sedar memusatkan perhatiannya semata-mata kepada masalah keduniaan dan meninggalkan peranan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan dan penghidupan manusia. Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan (sciences) dan kajian yang bersifat objektif dari pengaruh dan tuntutan agama.4

PENUBUHAN REPUBLIK TURKI MODEN DAN PERKEMBANGAN SEKULARISME Gerakan Freemasonry atau Zionisme di dalam Kerajaan Turki telah berjaya meruntuhkan Kesultanan Turki pada tahun 1909 iaitu pada zaman Sultan Abdul Hamid II.. Dengan kejatuhan ini maka pemerintahan Turki kini dikuasai oleh Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan, khususnya di tangan tokoh-tokoh Tiga Serangkai iaitu Anwar Pasha, Talat Pasha dan Jemal Pasha. Selain tiga tokoh ini, terdapat juga tokoh-tokoh lain yang peranan mereka sangat penting dalam sejarah Turki moden iaitu Ziya Golkalp dan Mustaffa Kemal Pasha. Dalam menghuraikan tentang Republik Turki moden kita akan

Mohd. Nasir b. Omar, Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini, Penerbitan Nadhi, selangor, 1986 , hlm165 4 Ibid .

menumpukan perhatian kepada kedua-dua tokoh ini sama ada dari segi pemikiran mahupun gerakan politik mereka.5 Walaupun Sultan Abdul Hamid II dikenali sebagai mengamalkan dasar kuku besi, namun banyak program pembangunan dan perubahan yang telah dilakukannya. Dalam melaksanakan pemerintahannya , baginda sendiri berasa curiga terhadap kuasa-kuasa asing dan tidak mempercayai golongan elit yang pro-Barat dan pihak nasionalis serta kelompok lain yang berkepentingan untuk merebut kuasa daripadanya. Dasarnya yang tegas telah berjaya memelihara Empayar Uthmaniyyah daripada terus berkecai. Tiada satu pun wilayah Uthmaniyyah yang terlepas ke tangan asing seperti yang berlaku kemudiannya apabila pihak Turki Muda mengambil alih kuasa.6 Baginda disingkirkan dan dibuang ke Salonika . Sejak itu, para pengganti Abdul Hamid hanya tinggal sebagai boneka sahaja. Secara ringkas, dapatlah dikatakan bahawa rejim Turki Muda yang terdiri daripada berbagai-bagai aliran seperti Islam, nasionalis dan liberal hanya bersatu atas dasar untuk menamatkan pemerintahan Abdul Hamid serta campur tangan asing, tidak berjaya untuk memperkukuhkan Empayar Uthmaniyyah. Sebaliknya , ia kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu. Sejajar dengan perkembangan politik yang semakin mengancam itu, kedudukan Islam selaku al-Din terus tercabar. Hal ini merupakan satu era baru yang membuahkan sekularisme yang kian mengganas di Turki.7

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka ,1987 , hlm : 91 6 Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden , Penjajahan Dan Pergolakan , Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd, hlm : 167 7 Ibid, hlm 167

Dalam perbincangan tentang penubuhan republik Turki moden dan perkembangan aliran sekularisme , kita akan menumpukan perhatian kepada kedua-dua tokoh ini iaitu Ziya Golkalp dan Mustaffa Kemal Pasha sama ada dari segi pemikiran mahupun gerakan politik mereka. Pertama sekali adalah mengenai Ziya Golkalp (1875-1924) atau Mehmed Ziya Bey. Beliau dilahirkan di Diyarbakir daripada keluarga pegawai-pegawai Uthmaniyah . Pendidikan yang diterimanya adalah setakat di Sekolah Kedoktoran Haiwan ( Veterinary School) di Istanbul, tetapi berkat kegigihannya dalam pelajaran dan penulisan , pada tahun 1913 beliau dilantik memegang Kerusi Sosiologi di Universiti Istanbul. Pada mulanya beliau memang ahli yang aktif di dalam Jawatankuasa Persatuan dan

Kemajuan seperti juga Mustaffa Kemal Pasha, tetapi kemudiannya menjadi penyokong utama Parti Rakyat ( Halk Firkasi) pemimpin Mustaffa Kemal. 8 Pada tahun 1923, beliau dilantik sebagai anggota Majlis Nasional Agung, tetapi tidak lama kerana ia meninggal dunia pada tahun yang berikutnya. Dalam sejarah Turki moden , Ziya Golkalp telah dianggap sebagai bapa nasionalisme Turki. Dialah yang menjadi perumus teori gerakan nasionalis yang kemudiannya berjaya menubuhkan Republik Turki di bawah pimpinan Mustaffa Kemal pada bulan Oktober 1923. Bahkan program Parti Rakyat dan juga perlembagaan pertama Republik Turki adalah sebahagian besarnya berdasarkan pandangan-pandangan Golkalp.9 Jika didasarkan kepada pengakuan Ziya Golkalp sendiri, pandangan hidupnya adalah adalah bertolak daripada tiga asas iaitu Turki , Islam dan Barat. Seperti katanya : I belong to the Turkish nation , I belong to the Islamic Ummah , I belong to the European
8

Abdul Rahman Haji Abdullah , Pemikiran Islam Masa Kini ( Sejarah Dan Aliran) , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa , 1987 , hlm : 91 9 Ibid , hlm : 92

civilization. Ertinya dia berdasarkan kepada sintesis antara Turkisme , Westernisme dan Islam. Bagaimanapun jika diperhatikan secara lebih mendalam , beliau sebenarnya lebih merupakan pemuja tamadun Barat dan sekaligus pendukung nasionalisme Turki yang tulen. Sungguhpun pada teorinya dia kelihatan masih menghormati Islam ,tetapi cara tanggapan dan pemikirannya mengenai Islam dan peranannya itu sendiri membuktikan penolakannya terhadap Islam.10 Sebagai seorang nasionalis, pada mulanya perjuangan Ziya Golkalp adalah berlandaskan idealisme Pan-Turkisme yang menekankan kesatuan kebudayaan bangsa Turki Orghuz. Tetapi selepas Perang Dunia Pertama, barulah tumpuannya lebih kepada nasionalisme Turki yang tulen dan pembentukan negara kebangsaan Turki. Dengan menekankan keegoan negara Turki, dia menyatakan tentang keunggulan kebudayaan Turki berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan lain. Bagaimanapun dalam proses mencapai kemajuan, Ziya Golkalp, ternyata tidak dapat melepaskan diri daripada tamadun sekular barat. Mengenai mengapa

nasionalismenya berasaskan tamadun Barat, ini adalah kerana anggapannya bahawa bangsa Turkilah yang merupakan pengasas tamadun tersebut. Bertolak daripada pegangan sekularisme yang dianutinya, Ziya Golkalp memisahkan di antara persoalan keagamaan dengan persoalan tamadun. Baginya ,agama hanyalah kepercayaan atau ritual. Dengan itu, ilmu-ilmu pengetahuan psikologi,

sosiologi, biologi, fizik dan matematik itu tidak ada hubungan dengan agama.Oleh kerana dia lebih menyukai tamadun daripada agama, maka dia menuntut agar kita meyakini keunggulan tamadun itu bahkan turut merasa nikmatnya.11

10 11

Ibid , hlm : 92 Ibid , hlm : 93

Khususnya tentang sikapnya terhadap Islam , dia menganggap yang Islam adalah agama moden. Dengan itu adalah perlu bagi orang-orang Turki bersembahyang dalam bahasa Turki agar mereka merasa dekatnya dengan Islam.Dalam persoalan hukum

syariat, dia menganggap hukum-hukum itu adalah bersumberkan Nas dan urf, yakin daripada al- Quran dan adat kebiasaan. Oeh kerana adat kebiasaan itu mengalami evolusi dan berubah-ubah, maka hukum Islam juga dapat berubah-ubah. Demikianlah antara lain prinsip-prinsip pemikiran dan perjuangan Ziya Golkalp, pelopor atau bapa nasionalisme Turki moden. Sekiranya semuanya itu masih dalam peringkat teori atau pemikiran, barulah kemudiannya di tangan Mustaffa Kemal Pasha teori ini menjadi kenyataan. Bahkan lebih jauh daripada itu, kalau Ziya Golkalp masih menghormati agama Islam meskipun dengan caranya sendiri, sebaliknya ditangan Mustaffa Kemal syiar Islam menjadi musuh utamanya yang mesti dibanteras habishabisan.12 Seterusnya kita akan menghayati pula tentang pengembang aliran sekular yang lebih radikal iaitu Mustaffa Kemal Pasha. Mustaffa Kemal merupakan merupakan

pengasas negara Turki moden telah dilahirkan di Salonika , sebuah bandar dalam wilayah Macedonia yang ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Salonika ketika itu merupakan maskas kegiatan kaum Yahudi. Mustaffa Kamal pula adalah pula seorang Dunmah (Dunama) iaitu daripada kalangan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkannya dari dalam. Beliau dilahirkan pada tahun 1881M. Ayahnya Ali Reza kemudiannya menjadi seorang peniaga kayu-kayan.Tetapi malangnya , apabila perniagaannya itu gagal , dia telah bertukar menjadi seorang pemabuk dan akhirnya meninggal dunia. Sejak itu,beliau telah dijaga
12

Ibid, hlm : 94

oleh ibunya , Zubaidah yang terkenal sebagai wanita yang warak, tetapi amat garang dalam mendidik anaknya. Mungkin oleh kerana suasana rumahnya yang kurang tenteram itu, Mustaffa terus membesar menjadi seorang individu yang degil, bongkak, enggan tunduk kepada sesiapa jua dan lebih gemar menghina atau memperkecil-kecilkan kebolehan orang-orang lain.13 Mustaffa berwatak keras lagi kasar. Beliau memulakan kariernya sebagai pelajar Akademi Tentera dan kemudiannya ke Kolej Peperangan di Istanbul hingga tamat pada tahun 1905 dengan pangkat Staff Captain. Sebagai seorang panglim tentera , beliau mempertahankan Turki daripada serangan-serangan Tentera Bersekutu hingga dengan itu namanya menjadi terkenal. Sebagai seorang anggota Freemansonry atau Zionisme, Mustaffa berjaya memainkan peranannya dengan penuh berkesan untuk menghapuskan institusi keagamaan dan malahan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam akan disingkirkannya. Memang ada pihak yang mungkin menolak hubungannya dengan gerakan Freemanson ini, kerana sebaik sahaja beliau berkuasa, beliau bertindak menutup semua majlis Freemansonry di Turki.Namun demikian, tindakan ini hanya untuk mengelabui pandangan orang kerana setelah itu dibangunkan kembali dengan nama baru iaitu Parti Republikan Rakyat.14 Secara rasminya negara Turki diisytiharkan sebagai sebuah republik pada 29 Oktober 1923 dengan Mustaffa Kemal dilantik sebagai Presidennya yang pertama. Sejak itu bermulalah siri-siri pemusnahan terhadap agama dan menggantikannya dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.
13

Prof. Madya Fadhlullah Jamil , Islam Di Asia Barat Moden, Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Selangor , Thinkers Library , 2000, hlm : 159-160 14 Abdul Rahman Haji Abdullah , Pemikiran Islam Masa Kini (Sejarah dan Aliran ), Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987 , hlm : 95

Dalam proses medenisasi negara Turki, Mustaffa Kemal sentiasa berkiblatkan kepada tamadun barat dalam segenap bidang. Bahkan baginya , bila disebut tamadun itu sendiri , maknanya tidak lain ialah tamadun Barat.15 Gerakan proses membaratkan ini berjalan serentak dengan gerakan nasionalisasi iaitu memutuskan Turki dengan tamadun Islam sebaliknya menghidupkan semula tradisi pra-Islam.

ANCAMAN-ANCAMAN SEKULARISME DI TURKI Semasa pemerintahan Mustaffa Kemal Pasha atau terkenal dengan gelaran Attaturk, beliau memimpin secara diktator. Beliau memimpin Turki selama 15 tahun. Beliau sentiasa berusaha untuk menghapuskan nilai dan kebudayaan Islam di Turki serta menyebarluaskan kebudayaan Barat. Antara pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau yang begitu mengancam agama Islam adalah seperti berikut. Pada bulan Oktober 1925, satu undang-undang iaitu Undng-Undang Topi telah diluluskan . Melalui undang-undang ini , pemakaian topi dimestikan bagi rakyat Turki, manakala pemakaian tarbus serta lain-lain jenis penutup kepala sama sekali diharamkan. Hal ini menyebabkan timbulnya penentangan daripada rakyat yang cintakan tradisi Islam.16 Pada tahun yang sama, wanita Islam telah digalakkan untuk membuka aurat iaitu dengan memakai gaun dan pakaian barat yang lain atas dasar mentamadunkan diri seperti orang-orang Eropah.

15 16

Ibid , hlm: 96 Prof. Madya Fadhlullah Jamil , Islam Di Asia Barat Moden, Sejarah Penjajahan Dan Pergolakan, Selangor, Thinkers Library, hlm : 166

Pada tahun 1926, Taqwim Islam (Kalendar Hijrah) telah digantikan dengan Kalendar Gregorian ( Kalendar Kristian) Pada tahun 1926 juga, Undang-Undang Awam Turki telah digubal berdasarkan Undang-Undang Switzerland, Undang-Undang Jenayah telah dipinjam dari Itali dan Kanun Perdagangan Turki telah digubal berdasarkan Undang-Undang Kanun Perdagangan Jerman. Lantaran itu, Penggunaan Syariat Islam terus diketepikan. Sejajar dengan itu, kedudukan para ulama telah lumpuh. Mereka tidak lagi diberi peluang untuk bertindak selaku agen yang mencorakkan masyarakat.17 Undang-undang Awam Turki yang baru digubal itu telah mengharamkan poligami, membenarkan perkahwinan dengan cara berdaftar,iaitu mengikut undangundang sivil dikalangan umat Islam dan akad nikah hanya dibenarkan untuk sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Dengan itu , semua rakyat Turki sama ada Muslim atau bukan Muslim dikendalikan oleh satu undang-undang yang sama.18 Pada tahun 1928, fasal menetapkan Islam sebagai agama negara bagi Turki telah dihapuskan daripada perlembagaan kebangsaan. Sebelum ini catatan nama Islam tidaklah memberi sebarang erti memandangkan bahawa dari segi amalan Islam tetap tercemar dan terhakis pengaruhnya. Di samping itu, satu reformasi bahasa telah dilaksanakan sebagai melengkapkan usaha untuk mengikiskan pengaruh pengaruh Islam daripada kehidupan rakyat Turki.Berhubung dengan ini, istilah Arab yang menjiwai Bahasa Turki Uthmaniyyah telah sama sekali dilenyapkan. Sejajar dengan ini, ,maka tulisan rumi telah diwajibkan dan huruf-huruf al-Quran ( Arab) diharamkan penggunaannya. Hal ini telah

17 18

Ibid, hlm 167 Ibid , hlm, 167

menimbulkan kekecohan yang tertentu kerana generasi muda Turki dan keturunan yang akan datang tidak dapat lagi membaca al-Quran dan mempelajari hadis-hadis serta kitab agama. Pada tahun 1932, Mustaffa Kemal telah melancarkan reformasi sejarah.iaitu mengaitkan sejarah Turki moden dengan zaman sebelum Islam. Dalam rangka untuk memenuhi semangat nasionalisme Turki itu, ia telah mengungkit kembali zaman pemerintahan Hun di bawah pimpinan Genghiz Khan di Asia Tengah dulu dan menggambarkannya sebagai zaman keemasan bagi sejarah bangsa Turki.Di sebalik itu , Islam telah digambarkan sebagai penghalang kepada kemajuan dan menyebabkan bangsa Turki mundur. Di samping itu, para sejarawan digalakkan untuk menggambarkan bahawa Islam adalah agama kolot yang hanya sesuai untuk Badwi yang tinggal di padang pasir. Pada tahun 1935, rejim Mustaffa Kemal telah menukarkan hari kelepasan bagi Republik Turki dari hari Jumaat kepada Ahad supaya kedudukannya sejajar dengan amalan antarabangsa, khususnya di Barat. Mustaffa Kemal juga telah menukarkan status Masjid Aya Sofya kepada sebuah muzium. Segala kesan sejarah dan alat peralatan kebudayaan dipamerkan di sana. Pada tahun 1932, beliau telah memerintah supaya azan iaitu bang yang menandakan masuknya waktu sembahyang ditukarkan ke dalam bahasa Turki. Perubahan bahasa ini begitu memilukan hati orang Islam. Dalam bidang sosial pula , Mustaffa Kemal mewajibkan penggunaan nama keluarga bagi setiap rakyat Turki. Di samping itu, pelajar lelaki dan wanita dibenarkan untuk belajar bersama-sama melalui sistem co-education seperti di negara Barat. Selain itu, dansa dikhalayak ramai juga dibenarkan dengan Ataturk sendiri memimpin majlis

10

tarian itu. Tanpa menghiraukan tuntutan Islam, beliau membenarkan wanita Islam berkahwin dengan orang lelaki bukan Islam. Hal ini dilakukan melalui undang-undang. Beliau juga mengisytiharkan seseorang individu dewasa boleh menukarkan agamanya jika ia kehendaki. Dalam hal ini beliau menggalakkan umat Islam agar murtad daripada agama Islam Justeru itu, segala tindakan yang diambil oleh Mustaffa sejak beliau memegang teraju pemerintahan di Turki bolehlah dikatakan didorong oleh sanjungannya yang melulu terhadap tamadun Barat dan kebenciannya yang mendalam terhadap Islam.

KESIMPULAN Oleh itu , apabila kita meneliti tentang perkembangan aliran sekularisme di Turki ini dan pembaharuan-pembaharuan yang diasaskan oleh Mustaffa Kemal Ataturk kita akan berasa sangat tersinggung dan pastinya kemarahan akan menguasai diri kita.Segala pembaharuannya begitu menghina dan merendahkan agama Islam . Selain itu , semasa pemerintahan beliau maka terpisahlah secara mutlak urusan kehidupan di dunia dari apa jua kaitannya dengan soal kerohanian dan alam

ghaib.Segalanya itu hanya dinilai dari sudut kehidupan di dunia ini semata-mata. Namun demikian segala yang telah dilakukan oleh Mustaffa itu tidak memberi kebahagiaan yang sepenuhnya kepada manusia. Menurut Dr.Sir Arnold Toynbee bahawa pensekularan tamadun barat yang bermula sejak abad ke tujuh belas sebenarnya tidak mampu memberi kestabilan hidup manusia.

11

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah , Pemikiran Islam Masa Kini (Sejarah Dan Aliran ) , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur , 1987

12

Dr. Yusuf Al- Qaradhawy , Sekular Ekstrim, Pustaka Al- Kautsar , Jakarta Timur , 2000

Mohd. Nasir b. Omar , Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini , Penerbitan Nadhi , Selangor , 1986

Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil , Islam Di Asia Barat Moden, Sejarah Penjajahan Dan Pergolakan , Thinkers Library , Selangor, 2000

Syed Mahadzir Syed Ibrahim , Siri Cendekiawan Islam 365 Hari Dalam Sejarah, Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd , Selangor , 2006

13

14

Anda mungkin juga menyukai