Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN / PENGENALAN Kerajaan Uthamaniyah Kerajaan Uthamaniyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di barat laut Anatolia

kirakira pada awal abad ke-14 Masihi. Kemunculannya berkait rapat dengan keadaan dunia Islam yang kucar-kacir selepas serangan Monggol pada bahagian pertama abad ke-13 Masihi. Suasana politik yang bepecah belah di Eropah ketika itu telah memberikan peluang kepada Kerajaan Uthamaniyah meluaskan kekuasaannya di Balkan pada pertengahan abad ke-14 Masihi dengan kejayaan besar di Kosovo pada tahun 1389 Masihi dan Nicoplis pada tahun 1396 Masihi. Kerajaan ini bertahan selama kira-kira enam abad dan berakhir selepas berlakunya Perang Dunia Pertama.

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

ISI-ISI PERBINCANGAN 1. Sejarah Kerajaan Uthmaniyah (1300-1922) Pada abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam pada masa itu selain Safawiyah dan Moghul. Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah pernah menjadi negara terkuat dan berkuasa setelah mengalahkan Constantinople (Istanbul) dan kerajaan Rom Timur (Byzantium). Kerajaan itu memainkan peranan penting bagi agama Islam terutamanya dalam meluaskan wilayah Islam. Kerajaan Uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyah adalah pada zaman Sulaiman 1. Namun setelah itu, ia semakin lama semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam peperangan dengan bangsa Eropah sehingga akhirnya kerajaan Uthamaniyah dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan Republik Turki. Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, Sultan kerajaan Uthmaniyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka.

1.1 Tarekat Bektasyi

Agama Islam memainkan peranan utama bagi masyarakat Turki dan menjadi satusatunya sumber hukum, dengan mazhab Hanafi sebagai mazhab negara. Dalam bidang tasauf, ajaran Tarekat Bektasyi berkembang pesat. Tarekat ini diajar oleh Bektasyi Velidari Khurasan dan terkenal di Anatolia (Asia Kecil) pada 1281. Tarekat Bektasyi amat terpengaruh di kalangan tentera Janissary, sehingga mereka sering disebut sebagai Tentera Bektasyi. Ajaran Tarekat Bektasyi sehingga kini masih terus berkembang.

1.2 Janissary

Sebagai sultan pertama, Uthman 1 lebih menumpukan usaha untuk memantapkan kekuasaan dan melindungi wilayah daripada serangan musuh, terutama Byzantium. Setelah Uthman meninggal dunia, baginda digantikan oleh puteranya, Orkhan. Untuk memperkukuhkan
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

kekuasaannya, Orkhan membentuk pasukan yang kuat dikenal sebagai Janissary atau Inkisyariah. Pada zaman Orkhan, peluasan wilayah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki Broissa (Turki), Izmir (Asia Kecil) dan Ankara. Pasukan Janissary yang dibentuk oleh Sultan Orkhan merupakan pasukan kuat yang Berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.

1.3 Bayazid 1

Uthmaniyah berkembang menjadi kerajaan besar setelah sultan Uthmanyiah keempat, Bayazid 1, meluaskan wilayah hingga ke Eropah, meneruskan tugas ayahnya, Murad 1. Hal itu membuatkan Eropah menjadi marah lalu berperang menentang Uthmaniyah pada tahun 1396. Peperangan itu dimenangi oleh Bayazid 1. Pada 1402, Pasukan Timurlane (pemerintah Moghul) menyerang Uthmaniyah. Bayazid 1 ditawan dan Uthmaniyah mengalami kekalahan. Akibatnya, hamper seluruh wilayah Uthmaniyah jatuh ke tangan Timurlane.

1.4 Awal penubuhan

Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan oleh Uthman, putera Ertugrul dari kabilah Oghuz di daerah Mongol yang datang ke Turki untuk meminta perlindungan pemerintah Saljuk, Sultan Alauddin 11, daripada serangan orang Mongol. Mereka juga membantu Alauddin berperang menentang Byzantium. Uthman dilantik sebagai panglima perang kerajaan Saljuk, menggantikan ayahnya. Setelah Sultan Alauddin mangkat, Uthman mengambil alih kuasa dan sejak itulah tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah.

1.5 Sulaiman 1

Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1 (15201566). Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang undang) kerana kejayaannya mengubal undang-undang yang mengatur masyarakat. Selain itu, Sulaiman 1 juga digelar Sulaiman Yang Agung. Pada zaman kekuasaannya, Uthmaniyah memiliki wilayah yang sangat luas. Oleh sebab itu, kerajaan Uthmaniyah menjadi Negara terkuat dan berkuasa pada waktu itu. Sepeninggalan
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Sulaiman 1, Uthmaniyah mula lemah meskipun masih dianggap sebagai kerajaan besar sehingga empat abad berikutnya.

1.6 Muhammad 11

Pada 1453, Muhammad 11 menakluki Constantinople. Dengan penaklukan kota yang merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat itu, nasib Barat bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Uthmaniyah. Muhammad 11 kemudian menjadikan Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya menjadi Istanbul (Takhta Islam). Walaupun telah ditalukinya, Muhammad 11 tetap memberikan kebebasan beragama kepada penduduk Constantinople.

1.7 Muhammad Al- Fatih

Uthmaniyah kembali bangkit pada zaman Murad 11, dan diteruskan olehputeranya Muhammad 11, yang digelar al-Fatih (Si Penakluk). Pada zamannya, peluasan kekuasaan Islam dilakukan secara besar-besaran. Beliau berjaya menaluki Constantinople. Dengan jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menaluki wilayah lain seperti Serbia, Albania dan Hungary.

1.8 Abdul Hamid 11

Pada 1876, Sultan Abdul Hamid 11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera. Gerakan penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan Persatuan dan Kemajuan dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal bersama-sama rakan-rakannya berupaya mengakhiri kekuasaan Sultan Abdul Hamid 11. Pada 1922, Majlis Agung yang dipimpin Mustafa Kamal menghapuskan jawatan sultan dan mengisytiharkan penubuhan Republik Turki.
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

1.9 Peninggalan

Sebagai 'bangsa tentera', Uthmaniyah lebih banyak menumpukan pada kegiatan ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kurang menonjol. Oleh sebab itu, dalam khazanah intelektual Islam, hampir tidak ada ilmuwan terkemuka dari dinasti ini. Bagaimanapun, dalam mengembangkan senibina Islam, kerajaan ini cukup berjasa. Mereka banyak mendirikan masjid yang dihiasi dengan seni khat indah dan bangunan khas lainnya. Masjid Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina pada 1570, pada zaman pemerintahan Sultan Salim 11 merupakan salah sebuah bagunan bersejarah peninggalan Kerajaan Uthmaniyah.

2. Sistem Pemerintahan 2.1 Sejarah Pemerintah Sultan merupakan kuasa tertinggi dalam sisitem pemerintahan yang dilantik mengikut sistem feudal. Sultan berkuasa dalam bidang agama, politik, ekonomi dan pentadbiran Pada awalnya, sultan-sultan ini tediri daripada para amir yang menjadi tuan-tuan tanah dalam kerajaan Saljuq yang bepusat di Konya. Urkhan, salah seorang daripada amir itu kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Setelah itu, Bayazid diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah di Kaherah sebagai Sultan al Rum , iaitu pemimpin negara Islam. Murad II pula menggunakan gelaran Sultan al -Barrain wa al-Bahrain I (sultan di dua benua dan dua lautan). Murad I telah menggelarkan dirinya Khalifah Allah SWT di bumi setelah bejaya menawan kota Adrianople. Namun begitu, setelah oang Kristain berkuasa sejak perjanjian Kuchuk Kainarji (1774 Masihi), ahli-ahli diplomat Turki Uthmaniyah memperolok-olokkan orang Eropah dengan mengatakan bahawa sultan, seperti juga paus hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan tidak lebih daripada itu. Sultan dibantu oleh Wazir Besar yang merupakan ketua pentadbir dan penasihat sultan. Tugas beliau dinyatakan dengan jelas dalam Kanunname, iaitu buku perlembagaan yang digubal
5

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

pada zaman Muhammad II. Sebagai simbol kuasa yang ada padanya, beliau diamanahkan memegang cap mohor (Tughra) sebagai wakil sultan.

2.2 Susunan Pembantu Pemerintah

Di bawahnya terdiri daripada: i. Tiga orang hakim tentera, seorang Rumeli, seorang di Anatolia dan seorang lagi di Afrika. ii. iii. Dua orang Beylerbey, seorang di Asia dan seoang di Eropah. Dua orang Defterdar (book keeper) yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan. iv. Seorang Agha daripada tentera Janisari sebagai wakil tentera darat dan seorang laksamana tentera laut. v. Seorang Nishanji bagi monogram sultan.

Kadi ialah ketua agama bagi setiap daerah yang bekuasa menjalankan hukum jenayah dan sivil menurut syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.Selepas Salim I, diwujudkan pula jawatan Sheikh al-Islam (mufti) yang berpejabat di Istanbul. Tugas beliau adalah untuk memberikan fatwa dalam semua aspek agama temasuk keputusan beperang terhadap sesama Islam. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai pegawai istana di ibu kota Istanbul. Penubuhan kerajaan Tuki Uthamaniyah telah diasaskan kepda sistem feudal yang ditiru daripada kerajaan Byzantine. Sistem pemeintahannya juga tuut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief meupakan tentera asasi keajaan Turki.

2.3 Sistem Kuasa

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Tentera yang berjasa dikurniakan tanah dan tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak. Tentera yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah fief yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000ekor kuda. Tentera fief merupakan tentera asasi kerajaan Turki Uthmaniyah. Senjata yang digunkan oleh mereka ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian meeka ialah baju dan serban serta menunggang kuda. Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa). Ketua ini dipanggil bey. Antara bey ada beberapa orang beylerbey, terbesar ialah Beyberbey Anatolia dan yang kedua Beyberbey Rumani di Eropah. Bey-bey ini juga memakai gelaran Pasha. Beyberbey meujuk kepada turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota tunduk kepadanya. Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerah kuasa tanah fief kepada beyberbey. Pihak beyberbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas fief daipada orang yang melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan oleh Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname (1530M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat-syaratnya

diketatkan. Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahanyang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 Masihi. Tentera Turki Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudin bertambah sehingga 11 500 orang bagi setiap skuadron ( 1534 Masihi).
7

3. PENUBUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

3.1

Sejarah penubuhan
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Kerajaan ini muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas dunia Islam diserang Tentera Monggol pada awal abad ke 13M. Uthmaniyyah berasal daripada nama pengasasnya iaitu Osman Bin Ertughrul. Beliau merupakan ketua orang turki ( Kayi ). Ibu Negeri kerajaan Uthmaniyyah ini terletak di Bursa, Edirne dan Istanbul. Ianya Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean. Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq). Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas. Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman. 1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia. Ini menyebabkan imarah Uthmaniyyah menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.

3.2

PERLUASAN KUASA KERAJAAN UTHMANIYYAH

Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium. Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman Murat b. Orhan. Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M). Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M). Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M Pertempuran Ankara. Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya. Mehmet menyatukan semula Kerajaan Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahannya pada tahun 1413M. Kemudian Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II. Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme & Yeniceri. Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih).
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Pada 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi galakan dan kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi jaminan.

4. ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH

Zaman ini merangkumi era pemerintahan: 1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II. 2. Sultan Selim I b. Bayazid II. 3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I

Namun Kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan). Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej. Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu. Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri. Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini. Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri. Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

5. ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH


9

Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan. Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai
shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

peringkat sosial masyarakat Uthmaniyyah. Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu. Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

KESIMPULAN

10

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

LAMPIRAN
11

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 -1683

12

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

RUJUKAN Tafsir Sobuni, Mausuah Feqhiah oleh ulama Kuwait, Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Mu'tamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaily, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani dan lain2.

13

shafyniezaikanadia TamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah

Anda mungkin juga menyukai