Anda di halaman 1dari 8

PENGUASAAN KEMAHIRAN JAWI DAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJARPELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI

KAWASAN NILAI NEGERI SEMBILAN


MOHAMAED MADANI BIN BAKAR
FPEND UKM 2005

BAB II: ULASAN KEPUSTAKAAN


1. PENDAHULUAN
2. SEJARAH TULISAN JAWI DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN DI MSIA
3. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
4. PEMBELAJARAN AL-QURAN DI MSIA
5. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MSIA
6. PENDIDIKAN ISLAM DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
7. PENDIDIKAN ISLAM DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
8. TEORI PENGUASAAN KEMAHIRAN DALAM JAWI DAN AL-QURAN
9. KEMAHIRAN MEMBACA
10. KEMAHIRAN MENULIS
11. FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHAN MEMBACA
12. KAJIAN2 YANG BERKAITAN
13. KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN
14. SIKAP DAN MINAT TERHADAP JAWI DAN AL-QURAN
15. AMALAN AGAMA
16. KESIMPULAN

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


JANTINA
SIKAP

KEMAHIRAN
JAWI

MINAT
KEMAHIRAM ALQURAN

AMALAN AGAMA

L/BELAKANG SEKOLAH AGAMA

Kajian ini adalah berdasarkan kepada model pengajaran dan pembelajaran yang telah
dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom(1976) yang menyatakan faktor-faktor yangmempengaruhi
hasil pembelajaran pelajar. Disamping itu, teori Elizabeth Marasigan dan Villamin (1990) yang
menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca juga dirujuk bagi melihat

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tertentu dengan penguasaan pelajar dalam


kemahiran jawi dan al-Quran. Ini digambarkan dalam kerangka konseptual sebagaimana
ditunjukkan oleh rajah 1 di atas.
BAB II
1. PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan tentang sejarah tulisan jawi dan pembelajaran al-Quran di Malaysia. Di
samping itu terdapat teori-teori dan konsep yang mendasari kajian ini serta kajian-kajian
berkaitan yang membina konsep bagi kajian yang dijalankan ini.

2. SEJARAH
3. TEORI PENGUASAAN KEMAHIRAN DALAM AL-QURAN
3.1 KEMAHIRAN MEMBACA
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah perintah
membaca sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Bacalah dengan menyebut nama Tuhan Mu yang menciptakan

Hassan Langgulung (1979) mengatakan bahawa membaca merupakan proses mental yang tinggi
melibatkan proses pengenalan, ingatan, pengucapan, pemikiran dan daya kreatif. Pembacaan
mengkehendaki symbol yang dapat dibaca, iaitu tulisan. Dengan erti kata lain pembacaan adalah
alat system perhubungan yang merupan isyarat bagi mewujudkan system sosial.

Menurut Harris dan Sipay (1980), membaca adalah proses unuk mendapatkan interpretasi yang
bermakna tentang lambing-lambang bacaan dan tulisan. Seseorang itu dapat memahami apa yang
dibacanya apabila berlaku interaksi antara pengamatannya tentang lambing-lambang yang
dibaca, kebolehan berbahasa dan pengetahuan tentang alam sekeliling. Gibson (1966), pula
mengatakan bahawa membaca adalah suatu proses pengwujudan komunikasi dan mendapat
makna daripada lambing-lambang yang bercetak.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tentang cara mengajar dan pengajaran
bacaan. Menurut Dechant dan Smith (1977) mengajar bacaan kepada kanak-kanak seharusnya
diperkenalkan huruf demi huruf bagi membuatkan pembaca lebih peka dalam mengenal
perkataan keseluruhannya. Bloomfield dan Barnhart (1961) telah memperkenalkan pendekatan
linguastik dalam pengajaran bacaan. Perkara-perkara yang ditumpukan dalam pengajaran bacaan
adalah hubungan yang rapat di antara perkataan sebagai symbol bertulis dan bunyi-bunyi yang
diwakili oleh huruf-huruf sebagai simbolnya. Beliau menegaskan bahawa satu daripada

pencapaian yang patut dicapai oleh pelajar sebelum mereka diajar membaca adalah seharusnya
diajar nama-nama huruf terlebih dahulu. Ini adalah kerana kanak-kanak telah dianggap boleh
membaca apabila bukan sahaja memahami maksud bahan yang dibaca malah berupaya
mengaitkan benda yang dibaca dengan apa yang telah diketahuinya atau yang sedia ada dalam
pengalamannya.
Bla..blabla
Bla..blabla

Kemahiran membaca dalam kajian ini menfokuskan terhadap kemahiran menyebut kalimahkalimah al-Quran dalam bentuk ayat yang lengkap. Ini adalah untuk mengenalpasti tahap
kebolehan membaca seorang pelajar sama ada di tahap lancar, sederhana atau lemah.

3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan Berbahasa ( bleh tengok sabariah Othman)

KESIMPULAN
Daripada apa yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa langkah-langkah
memperkenalkan dan mengukuhkan tulisan jawi dan bacaan al-Quran di sekolah-sekolah melalui
program j-Qaf adalah merupakan satu langkah yang tepat dan bijak. Sejarah pengajaran al-Quran
dalam alam Melayu dan system pendidikan Negara menunjukkan kepentingan yang tidak boleh
dipertikaikan dan diremehkan. Usaha-usaha memperkukuhkan penguasaan membac al-Quran
dikalangan pelajar hendaklah dipertingkatkan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di
peringkat sekolah menengah sama ada untuk mempersiapkan mereka bagi menghadapi
peperiksaan awam , mahupun mencapai objektif Kurikulum Pendidikan Islam itu sendiri. Aspekaspek latar belakang pengajian agama, pembelajaran di rumah, sikap, minat dan amalan agama
adalah antara faktor-faktor yang dipercayai mempunyai hubungkait dengan penguasaan
kemahiran al-Quran sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian-kajian terdahulu.

BAB III : KAEDAH KAJIAN

Bab ini membincangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, prosedur pengumpulan
data dan prosedur penganalisisan data bagi kajian yang dijalankan ini.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian digunakan untuk mencari jawapan kepada soalan
dan mengawal varian. oleh itu, kajian ini mengambil kajian tinjauan menggunakan soal selidik
dan ujian sebagai alat untuk mengumpul maklumat kajian. Kaedah ini digunakan kerana bersifat
saintifik, logic dan khusus. Malah melalui kaedah ini, ukuran secara kuantitatif dan kualitatif
mudah diperolehi. (Ballies 1975)
Mohd Majid Konting (1990) menyatakan bahawa soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Disamping itu ia juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas atau jawapan
yang diberikan oleh subjek tidak dipengaruhi oleh personaliti atau tingkah laku penyelidik.
Soal selidik dan ujian bacaan jawi dan al-Quran yang dibina adalah berdasarkan kepada
soal selidik-soal selidik dan ujian-ujian yang telah diguna pakai oleh maimunah Ismail (1995),
Nik Rosila (1997), Ramlan (2000) dan Yahya (2003) dalam kajian masing-masing.

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah menengah
kerajaan di sekitar Bandar Nilai yang terdiri daripada SMK Taman Semarak, SMK Dato Mohd
Said dan SMK Desa Cempaka. Jumlah sebenar populasi adalah seramai 188 orang terdiri
daripada 76 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan.
Sampel sebenar kajian ini adalah terdiri daripada 94 orang pelajar tingkatan satu
mewakili sekolah-sekolah menengah tersebut. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah tanpa
mengira kelas, latar belakang atau pencapaian mereka.

3.4

ALAT KAJIAN

Alat kajian terdiri daripada dua bahagian iaitu set soal selidik pelajar dan satu set ujian
kemahiran jawi dan al-Quran.
Soalan-soalan bagi soal selidik pelajar dan kemahiran jawi dan al-Quran diadaptasi
daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu iaitu maimunah
Ismail (1995), Nik Rosila (1997), Ramlan (2000) dan Yahya (2003). Soal selidik pelajar
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A mengenai latar belakang pelajar yang terdiri
daripada lapan soalan meliputi biodata pelajar dan perkara-perkara berkaitan dengan pengalaman
pembelajaran dan tahap kemahiran jawi dan al-Quran.
Bahagian B pula terdiri daripada soalan-soalan berkaitan dengan sikap dan minat pelajar
terhadap jawi dan al-Quran serta amalan-amalan keagamaan pelajar dalam kehidupan seharian

sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. Soalan-soalan bagi sikap dan
minat adalah diubah suai daripada kajian-kajian terdahulu manakala soalan-soalan berkaitan
dengan amalan agama dibina oleh penulis sendiri dengan sedikit ubah suai berdasarkan kepada
sukatan penilaian asas Fardu Ain (PAFA) diperingkat sekolah rendah. Berikut adalah pecahan
item-item mengikut konstruk-konstruk yang dibina:-

Sikap dan minat terhadap Jawi


Soalan 1 hingga 9

Sikap terhadap jawi

Soalan 10 hingga 20 :

Minat terhadap Jawi

Sikap dan minat terhadap al-Quran


Soalan 1 hingga 7

Sikap terhadap al-Quran

Soalan 8 hingga 15

minat terhadap al-Quran

Amalan agama
Soalan 1 hingga 14

Set ujian jawi dan al-Quran pula dibina berpandukan kepada ujian-ujian jawi dan alQuran yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu, iaitu maimunah Ismail (1995), Nik
Rosila (1997), Ramlan (2000) dan Yahya (2003). Set soalan ini terdiri daripada dua bahagian,
iaitu ujian bertulis dan ujian bacaan bagi jawi dan al-Quran. Berikut adalah bidang pengujian
mengikut item:-

Ujian Bertulis Jawi


S1

Menulis huruf jawi tunggal

S2

Menyatakan sebutan huruf-huruf tunggal Jawi

S3

Menyatakan/ menulis sebutan suku kata jawi

S4

Menyambung huruf menjadi perkataan

S5

Menukar perkataan jawi kepada rumi

S6

menukar perkataan rumi kepada jawi

S7

Menulis petikan rumi kepada jawi

Ujian Bertulis al-Quran


S1

menulis huruf Hijaiyyah

S2

Menyatakan sebutan huruf tunggal berbaris

S3

menyatakan sebutan kalimah berbaris

S4

menyatakan bacaan panjang pendek bacaan

S5

menetukan bacaan dengung atau tidak

Soalan-soalan dalam ujian jawi dan al-Quran ini juga dibina berdasarkan kepada Jadual
Penentu Ujian (JPU) yang menekankan aras kesukaran setiap item yang ditanya. JPU berkenaan
bagi setiap soalan jawi dan al-Quran adalah seperti berikut:Blablabla
Bla..bla..bla

Set soal selidik berkenaan telah diuji terlebih dahulu melalui satu kajian rintis yang telah
dijalankan ke atas 40 orang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks
KLIA. Ini adalah bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item-item yang digunkan
dalam kajian ini. Respon pelajar tersebut terhadap setiap item dikodkan dan dianalisis melalui
Reliability dalam perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan
(Cronbach Alpha) bagi setiap konstruk item adalah tinggi. Nilai Item yang baik haruslah
melebihi 0.60 (Mohd Majid Konting 1990). Berikut adalah nilai pekali kebolehpercayaan bagi
konstruk-konstruk item dalam soal selidik yang dibina.

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Penyelidik memulakan kajian dengan mendapatkan kebenran membuat kajian daripada penyelia,
Dekan Fakulti Pendidikan UKM, pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan, pengarah
Jabatan Pendidikan N9 dan pengetua-pengetua sekolah yang terlibat dalam kajian yang
dijalankan.
Setelah mendapat kebenaran, penyelidik telah menjalankan kajian di sekolah-sekolah
dengan memberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan kajian dan cara-cara mengisi dan
menjawab boring soal selidik kepada pelajar-pelajar. Seterusnya, satu ujian diadakan dengan dua
sesi iaitu ujian bertulis dan ujian lisan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran jawi dan bacaan
al-Quran pelajar. Borang-borang soal selidik yang telah siap dijawab beserta markah ujian
pelajar dipungut sebaik sahaja selesai sesi ujian.

Semua item dalam Bahagian B diukur menggunakan skala likert yang mengandungi lima
jawapan berdasarkan tahap persetujuan yang berskala 1 hingga 5.
Bagi memudahkan kajian dalam menginterpretasikan tahap persetujuan, skor responden
dibahagikan kepada tiga tahap utama berdasarkan min skor seperti rajah 3 di bawah. Nilai min
antara 1.00 hingga 2.33 diinterpretasikan sebagai tahap rendah, 2.34 hingga 3.67 sebagai tahap
sederhana dan 3.68 hingga 5.00 sebagai tahap tinggi sebagaimana berikut (Mohamad Tahir
Mustapha 1997):-

3.6

Min

Interpretasi

1.00 2.33

Rendah

2.34 3.67

Sederhana

3.68 5.00

Tinggi

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Maklumat daripada boring soal selidik pelajar dan markah ujian kemahiran jawi dan al-Quran
telah dikodkan dan dianalisis melalui computer menggunakan pakej SPSS 11.5. Data dianalisis
menggunakan analisis deskriptif yang terdiri daripada min, kekerapan dan peratusan. Disamping
itu, data juga dianalisis melalui analisis infrensi yang terdiri daripada ujian t dan Korelasi
Pearson bagi melihat perbandingan dan hubungan antara pembolehubah yang dikaji.

BAB IV: KEPUTUSAN KAJIAN

Bab ini membincangkan tentang hasil-hasil kajian yang diperolehi mengenai profil pelajar,
keputusan-keputusan kajian berkaitan dengan penguasaan kemahiran jawi dan al-Quran serta
pengujian hipotesis-hipotesis kajian.

4.2

PROFIL PELAJAR

Seramai 94 orang pelajar dipilih sebagai responden daripada 188 orang populasi pelajar Islam
tingkatan satu di tiga buah sekolah yang terdapat disekitar kawasan Nilai, N9. Jadual 4.1
menunjukkan jumlah responden mengikut sekolah masing2

4.3

KEPUTUSAN KAJIAN

Keputusan kajian akan didasarkan kepada keputusan-keputusan yang diperolehi daripada soal
selidik mengenai sikap dan minat responden terhadap jawi dan al-Quran di samping keputusankeputusan ujian kemahiran jawi dan al-Quran
Bagi memudahkan interpretasi skor pencapaian responden, markah yang diperolehi
diklasifikasikan seperti dalam rajah 5 berdasarkan gred pencapaian sekolah di peringkat PMR
iaitu

<PROBLEM_STATEMENT>
KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI
NEGERI PERAK
International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education, volume 1(1), 2014 : 3544
Oleh: Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri dan Azmil Hashim


- :

Anda mungkin juga menyukai