Anda di halaman 1dari 29

KANDUNGAN

1.0 2.0

Pendahuluan Perbezaan Antara Jihad dan Qital 2.1 2.2 2.3 Perbezaan dari Segi Definisi.

.. ..

2 3

Perbezaan Pada Praktik Lapangan dalam Sejarah Islam Pendapat Ulama Kontemporer Tentang Jihad .. 10

3.0

Menyelusuri Jihad Pada Zaman Rasulullah s.a.w 3.1 3.2 Jihad Ketika di Mekah Jihad Ketika di Madinah

4.0 5.0 6.0

Larangan-larangan Dalam Peperangan Prinsip Perang Perang-perang Dalam Islam

17 18 20

Penutup Rujukan

.. ..

22 25

1.0

Pendahuluan

Agama Islam adalah agama sejahtera. Agama keamanan dan kedamaian, sesuai dengan namanya Islam yang bererti selamat, sejahtera, aman dan damai. Atas dasar ini, Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, bangsa dengan bangsa, negara dengan negara. Semuanya hendaklah diasaskan hubungannya atas keselamatan dan kesejahteraan, bukan permusuhan dan kebencian. Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan agama Islam dengan hati yang lunak dan hubungan yang mesra dengan semua manusia.

Peperangan adalah susulan dari dakwah Nabi Muhammad s.a.w pada zaman perkembangan Islam. Islam tidak pernah berdakwah dengan cara peperangan Umat Islam hanya menggunakan pendekatan ini apabila diancam atau diserang. Pemerintahan Islam selama 13 tahun di Mekah membuktikan bahawa penyebaran agama Islam tidak berkembang dengan cara kekerasan dan penindasan.

Peperangan adalah bahagian yang terakhir dari jihad, iaitu berperang dengan menggunakan senjata untuk meghadapi musuh. Makna inilah yang banyak difahami oleh
2

ramai orang. Namun makna peperangan (al-qital) berbeza dengan jihad (al-jihad). Dalam bahasa ahli mantik, mengatakan bahawa jihad itu umum dan perang adalah khusus. Setiap perang adalah jihad jika ada niat yang benar, tetapi tidak setiap jihad adalah perang. ( Yusuf Qardhawi 2009 : 4)

Oleh itu, diharap kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan dapat menyelami pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan daulah Islamiyyah kerana disyaricatkan jihad dalam pengertian perang memiliki latar belakang sejarah dengan perkembangan dakwah Rasulullah s.a.w. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mahmud Syaltut, apabila kita ingin mendapatkan gambaran yang objektif dan jelas tentang latar belakang disyaric atkannya perang hendaklah dimulai dari pengungkapan zaman dakwah Rasulullah s.a.w, mulai dari awal misi dakwah Baginda sehingga disyaric atkan untuk berperang. ( Rohimin 2006 : 41 42)

2.0

Perbezaan Antara Jihad dan Qital

Dengan mengamati definisi jihad secara rinci dan praktik lapangan dalam sejarah umat Islam, maka kita akan mendapatkan perbezaan antara jihad dan qital. Meskipun perbezaan yang dimaksudkan bukanlah perbezaan yang bertentangan ikhtilafut tadadh. Melainkan perbezaan dalam ruang lingkup yang bersifat mikro dan makro. Dengan kata lain, bahawa jihad lebih umum daripada qital, dan qital adalah sebahagian daripada jihad. Perbezaan tersebut dapat dianalisa dari dua sudut pandang, iaitu lapangan dalam sejarah umat Islam. 2.1 1) Perbezaan dari Segi Definisi. Definisi jihad: dari sudut definisi, dan praktik

Secara etimologi (bahasa) jihad adalah:

.
(bersungguh-sungguh dan mengerahkan segala daya dan kemampuan baik dari perkataan mahupun perbuatan). Secara istilahnya jihad dimaksudkan sebagai berikut: Penyebutan kata-kata jihad didalam al-quran diklasifikasikan menjadi dua:
1) Penyebutan jihad pada ayat-ayat makkiyah lebih cenderung kepada makna lughawi

seperti firman Allah:


Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.1


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.2
2) Adapun penyebutan kata-kata jihad di dalam ayat-ayat Madaniyah cenderung kepada

makna qital dalam pegertian luas. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

Q.S. al-Ankabut : 6 Q.S. al-Ankabut : 69


Tidaklah sama antara mumin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya.3


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah.4 Adapun definisi para ulama tentang jihad secara syaric ie adalah seperti berikut:

Mazhab hanafi:

Q.S. an-Nisa : 95 Q.S. at-Taubah : 41

Jihad adalah menyeru kepada din yang haq dan memerangi ketika terjadi penolakan dengan jiwa dan harta

Mazhab Maliki:


Berkata ibnu cArafah: Perangnya muslim terhadap orang kafir yang tidak terikat perjanjian dalam rangka meninggikan kalimat Allah s.w.t.

Mazhab syafici:


Perang di jalan Allah di ambil dari kata al-mujahadah yaitu peperangan di jalan Allah

Mazhab Hambali:


memerangi orang kafir Daripada pengertian di atas dapat kita simpulkan bahawa jihad mencakupi beberapa hal:
1. Adanya usaha untuk Iclau kalimatillah dengan mengorbankan nyawa dan harta 2. Menyeru untuk masuk atau tunduk kepada agama Islam

3. Di dalamnya terdapat qital

2)

Definisi Qital

Secara bahasa qital adalah:


6

Qital diambil daripada kata

, - yang mana apabila ) memerangi dan memusuhinya

ditambah bermakna: ( Secara istilah adalah:

Penyebutan qital mempunyai makna pertempuran yang berakhir kepada kemenangan atau kekalahan. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 74:


Kerana itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar FirmanNya juga dalam surah at-Taubah ayat 123:


Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa. Dan qital secara istilah adalah:
7


peperangan dan perlawan dengan senjata Syed Khattab berkata makna qital dalam Islam adalah: memerangi musuh dalam rangka menjaga kebebasan penyebaran dakwah, dan melakukan rukun Islam, dengan tetap menjaga etika-etika dalam peperangan. Kesimpulan dari makna qital adalah:
1. Terjadinya pertempuran pada dua pihak, yang berakhir pada kemenangan atau

kekalahan.
2. Penyebutan qital mencakupi jalan yang benar dalam erti fi sabilillah dan jalan yang

salah. Tergantung tujuannya dan praktiknya.


3. Qital dalam lingkup fi sabilillah khusus menjurus kepada pertempuran dan hanya

merupakan sebahagian dari rangkaian jihad. Sebagaimana pernyataan Syed Khattab bahawa makna qital adalah dalam rangka menjaga penyebaran dakwah, sedangkan dakwah itu sendiri merupakan rangkaian dari jihad namun tidak termasuk dalam qital. Kesimpulan perbezaan antara jihad dan qital:
1. Jihad: umum mencakupi usaha Iclau kalimatillah

Qital: sebahagian daripada usaha menegakkan kalimatullah


2. Jihad: tidak selalu dengan pertempuran

Qital: intinya adalah pertempuran


3. Jihad: penyebutannya lebih kepada usaha Iclau kalimatillah

Qital: penyebutannya mempunyai mana yang relative tergantung apa tujuan perang tersebut.

2.2

Perbezaan Pada Praktik Lapangan dalam Sejarah Islam


8

Praktik jihad dalam sejarah Islam sangatlah luas mencakupi seluruh rangkaian usaha dalam menegakkan kalimah Allah. Sedangkan qital adalah pertempuran yang terjadi antara kaum Muslimin dan kaum kafir dalam rangkaian jihad untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w pada setiap kali melancarkan jihad, memberikan tugas masing-masing kepada para sahabat. Tidak semua dari mereka menyertai pertermpuran. Di antara mereka ada juga yang menjaga Madinah sebagaimana mereka yang disuruh untuk menetap pada perang tabuk bagi menjaga Madinah dan menjaga keluarga Rasulullah s.a.w. Seluruh rangkaian usaha dalam meninggikan kalimah Allah yang sangat kuat menguatkan lagi antara satu dan lainnya. Inilah merupakan praktik jihad dalam sejarah Islam. Dalam usaha pembebasan Mekah sendiri, Rasulullah s.a.w sangat berusaha untuk menghindari terjadinya pertumpahan darah. Baginda membuat strategi jihad yang mampu mengalahkan kaum muysrikin dengan meminimalkan pertempuran. Pada malam harinya, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin agar masing-masing menyalakan obor. Sehingga dengan banyaknya obor yang menyala sehingga mencapai sepuluh ribu, menjadikan kaum musyrikin gentar dan takut. Mereka menganggap pasukan kaum Muslimin sangatlah besar dan tidak ada pilihan lain kecuali menyerah tanpa perlawanan. Demikian pula dalam Perang Tabuk. Rasulullah s.a.w tidak hanya mengendalikan pertempuran dalam melancarkan jihad. Namun beliau banyak bermain pada sisi politik dengan mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah setempat. Baginda mengadakan perjajian dengan penduduk Ailah, Jarba, dan Daumatul Jandal. Taktik politik inilah yang menyebabkan orang-orang Romawi mengalami kekacauan dan kekalahan tanpa pertempuran. 2.3 Pendapat Ulama Kontemporer Tentang Jihad

Sebahagian ulama dalam beberapa buku menyebutkan kalimat jihad seakan membatasi hanya terbatas dengan Qital. Sebagaimana yang banyak di ungkapkan dengan istilah

apabila kalimat jihad disebutkan

secara mutlak maka maknanya adalah Qital. Ungkapan ini perlu difahami dengan cermat dalam kondisi apa yang penulis sedang mengungkapkan dan apa maksud dari ungkapan tersebut.
9

Penulis mengungkapkan istilah ini dalam keadaan mengenengahkan pemahaman yang keliru Iaitu pemahaman yang terlalu bebas dalam memperluas makna jihad sehingga setiap amal asalkan terdapat padanya kesusahan dan kepayahan, maka dianggap sebagi jihad yang sebenarnya. Adapun dalil yang biasa digunakan untuk membatasi jihad hanya sebatas qital, juga perlu difahami secara cermat. Seperti hadis dari Amru bin Abasah tentang seorang yang bertanya kepada Rasulullah tentang Islam, iman, hijrah, jihad. Ketika orang itu bertanya kepada Rasulullah:


Apakah jihad itu? Rasulullah menjawab: engkau memerangi orang kafir apabila menemuinya. Ungkapan hadis di atas lebih cenderung mirip dengan ungkapan ) : (siapakah malaikat itu? Ia menjawab: Jibril. Jawapan ini benar, namun bukan pembatasan bahwa malaikat itu hanya satu, iaitu Jibril. Namun masih banyak malaikat-malaikat lainnya. Terdapat juga kenyataan bahawa jihad tidak dibatasi hanya dengan qital dikuatkan dengan sunnah filiyyah yang tersebut dalam sejarah pembebasan Mekah. Rasulullah sangat berusaha menghindari Qital. Lantas dengan tidak adanya Qital apakah pembebasan Mekah tidak dianggap sebagai jihad?. Begitu juga penaklukan wilayah-wilayah yang akhirnya menyerah tanpa terjadi Qital apakah tidak disebut sebagai jihad?. Sebagai penutup, kalau sahaja benar ada pendapat ulama yang hanya membatasi jihad hanya dengan Qital, maka penulis 10efensiv definisi itu bukanlah ijma para ulama. Sebagaimana definisi jihad yang di ungkapkan oleh ulama mazhab Hanafi bahawa dakwah untuk menyeru orang kafir masuk ke dalam agama Islam merupakan jihad.


jihad adalah menyeru kepada din yang haq dan memerangi ketika terjadi penolakan dengan jiwa dan harta
10

Sehingga dengan demikian pendapat seorang ulama tidak boleh menggugurkan pendapat ulama lain tanpa di landasi dalil dari nas yang jelas.

3.0

Menyelusuri Jihad Pada Zaman Rasulullah s.a.w

Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w merupakan contoh jihad yang klasik dari permulaan Baginda diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun sehingga terbina negara Islam di Madinah dengan pemerintahannya dan pentadbirannya sebagai Negara Islam sehingga wafatnya Baginda dalam usia 63 tahun, kemudian diikuti pula oleh Khulafa al-Rasyidin.

3.1

Jihad Ketika di Mekah

Wahyu al-Quran pertama kali diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika di Mekah ialah pada tahun 650 Masihi dan pada tahun tersebut, Baginda mula menyebarkan misi keagamaan.(Rohimin 2006 : 32) Antara intipati wahyu yang diterima Nabi dan misi keagamaan yang disebarkan oleh Baginda pada ketika ini adalah ajaran yang berkaitan dengan akidah.

Menurut Muhammad Fuad c Abdul Baqi,(Rohimin 2006: 33) ayat yang turun ketika di Mekah, hanya ada 4 ayat sahaja dan semuanya menggunakan terma jihad, iaitu pada surah al-Nahl ayat 110 :

11

Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; Sesungguhnya Tuhanmu sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kemudian pada surah al-Furqan, ayat 52:


Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.

Seterusnya pada surah al-Ankabut, ayat 6 dan juga ayat 69:


Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

12

Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

Ketika di Mekah, jumlah ayat al-Quran yang turun, yang berkaitan dengan jihad adalah sangat sedikit jika dibandingkan ketika berada di Madinah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa pada permulaan awal Islam iaitu ketika berada di Mekah, ajaran jihad belum dibebankan sepenuhnya. Ini memperlihatkan kepada prinsip-prinsip hukum Islam yang ditetapkan secara beransur-ansur dan tidak membebankan. Ajaran jihad yang diperkenalkan oleh al-Quran dilakukan secara beransur-ansur dan disesuaikan dengan pertimbangan dakwah itu sendiri serta keperluan dan keadaan umat Islam pada ketika itu.(Rohimin 2006: 34)

Selain itu, keadaan agama dan juga umat Islam yang masih lemah, baik di bidang politik mahupun ekonomi. Keadaan umat Islam pada ketika itu masih di bawah tekanan kaum kafir.

Dalam al-Quran digambarkan bahawa keadaan umat Islam sebelum melakukan hijrah ke Madinah sangat menderita dan selalu mendapat cubaan. Walaupun mereka diperlakukan secara zalim, mereka tetap membela diri. Ini berdasarkan pada ayat 39, surah asy-Syura:


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

13

Maka pengertian jihad ketika di Mekah lebih kepada pembelaan diri, iaitu bersifat 14efensive5. Walaupun umat Islam dianiaya dan diperlakukan secara zalim ketika itu, namun mereka tidak melakukan pembalasan melalui perang, tetapi mengambil sikap berhijrah ke tempat lain, bersabar, bertahan dan membela diri dari kezaliman. Secara keseluruhannya, ajaran jihad yang digambarkan pada ayat-ayat Makiyyah lebih bersifat vertikal iaitu perjuangan dan pengorbanan manusia dalam hubungan dengan Allah s.w.t. Bagi orang-orang Islam, menghadapi tekanan(fitnah) dengan penuh kesabaran tanpa melakukan kekerasan adalah dipandang sebagai sikap yang lebih baik kerana sikap tersebut merupakan salah satu bentuk ibadah(perjuangan) untuk mendapatkan keridaan Allah s.w.t.

Ketika di Mekah Nabi Muhammad s.a.w lebih terbatas dalam menyampaikan khabar gembira dan juga peringatan. Jihad yang dianjurkan adalah dalam bentuk dakwah, pengendalian diri dan bertahan serta bersabar dalam menghadapi penganiayaan dari pihak kaum musyrik.

Dalam bentuk dakwah, al-Quran ada menyatakan:


Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada Yang menolaknya), kerana Sesungguhnya Engkau
5

Pertahanan diri

14

hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah Engkau seorang Yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam Yang Engkau sampaikan itu). Akan tetapi sesiapa Yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -Maka Allah akan menyeksanya Dengan azab seksa Yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, Sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.6

Dalam bentuk dakwah, misi al-Quran dinyatakan sebagai:


Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu Yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) Yang betul.7

Daripada dua ayat Makiyyah di atas, dapat disimpulkan bahawa pengertian jihad ketika di Mekah masih terbatas pada pengertian dakwah. Sebagai pembawa misi dakwah, Nabi Muhammad s.a.w adalah pengenalan sebagai Rasul dan pengenalan agama Islam sebagai agama yang benar. Dalam melakukan dakwah, al-Quran belum memberi pendekatan atau alternatif yang lebih tegas kerana ia masih dalam bentuk pengungkapan agrumentasi yang tegas dan benar (bi al-hikmah). Pendekatan ini sesuai dengan keadaan umat Islam pada saat itu. Ketika di Mekah, berjihad dalam mengembangkan agama Islam belum mungkin boleh dilakukan secara peperangan. Ini kerana umat Islam belum mungkin sanggup menghadapi ancaman dari puak kaum musyrik. (Rohimin 2006: 37)

3.2

Jihad Ketika di Madinah

Q.S. al-Ghasyiyah: 21-26 Q.S. al-Takwir: 27-28

15

Pada tahun ke-13 kenabian Baginda, atas nasihat para sahabat yang amat bimbang dan mendapat petunjuk Ilahi, maka Baginda memutuskan berhijrah ke Madinah. Oleh kerana sudah ada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam maka, mereka meminta supaya Nabi Muhammad s.a.w terus bermukim di kota mereka.

Dalam 10 tahun di Madinah, berlaku perkembangan Islam yang amat pesat. Oleh itu, hijrah merupakan satu lambing perubahan minda atau anjakan paradigm dalam seluruh perjuangan Rasulullah s.a.w. Falsafah di sebaliknya begitu luas untuk dijangkau.

Di Madinah, Baginda telah:-

1. Mengikat tali persaudaraan antara dua kaum di Madinah iaitu antara kaum cAus

dan Khazraj dan menamakan mereka sebagai kaum Ansar (pembela Islam). Kemudian Ansar dipertautkan dengan pendatang dari Mekah iaitu kaum Muhajirin. 2. Membangunkan prasarana khususnya masjid yang tercantum di dalamnya pusatnya pentadbiran, pendidikan dan social. 3. Mengatur perlembagaan iaitu Piagam Madinah yang merupakan asas

pembentukan Negara. Inilah piagam pertama dunia yang mengiktiraf hak asasi dan memberikan perlindungan kepada amalan beragama secara harmoni. 4. Mengatur pentadbiran awam meliputi bantuan kebajikan. 5. Mengatur dasar pertahanan dan hubungan luar(antarabangsa) menerusi

pengutusan wakil, surat menyurat dan perjanjian.

16

Oleh itu, dakwah serta jihad Baginda amat teratur dan amat menurut perkembangan yang sesuai. Mengapakah Baginda tidak memilih untuk mengumpulkan pasukan gerila di Mekah dalam melawan golongan kafir? Tentu ini merupakan pilihan Baginda yang baik dan sebagai salah satu alternatif dalam pendekatan dakwah dan jika tidak ada pilihan, maka berperang adalah merupakan pendekatan yang terakhir. Ini kerana, mesej yang dibawa oleh Baginda bersifat damai dan menjurus kepada keamanan.

Apabila tertubuhnya negara Madinah, ancaman terus meningkat sama ada dari dalam dan juga dari sekeliling, terutama penduduk Mekah yang amat iri hati dan bertekad untuk menghancurkan Baginda dan umat Islam. Usaha Baginda untuk berbaik-baik dengan jiran-jiran sekeliling terus dibantah dan dihina. Malah utusan Baginda ditangkap, diseksa dan dibunuh. Dalam konteks inilah turun wahyu yang bermaksud:

17


Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka Yang diusir dari 18efensi halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang 18efensi Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan Kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyakbanyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.8

Maka ketika inilah jihad Baginda bersifat qital iaitu berperang dalam rangka membela diri. Maksud bela diri ialah umat Islam tidak memulakan perang tetapi bertahan menanti musuh. Namun Rasulullah s.a.w menetapkan medan perang hendaklah jauh dari tempat singgah penempatan awam demi mengelakkan pembunuhan orang awam.

Kejayaan Islam di Madinah yang dicapai setelah hijrah diwarnai dengan pelbagai peperangan. Namun, bukanlah bererti Islam ditegakkan dengan perang atau pedang. Umat islam juga bukanlah umat yang suka berperang dan haus kepada darah. Peperangan yang dilakukan oleh umat Islam pada dasarnya untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Jihad perang dalam Islam tidak bersifat menyerang(ofensif) melainkan pertahanan diri(defensif). Tindakan ofensif dilakukan untuk melindungi keadilan setelah keadilan itu diabaikan. (Rohimin 2006: 41)

Q.S. al-Hajj: 39-40

18

Ayat-ayat al-Quran sudah menjelaskan bahawa peperangan dalam Islam hanya tercetus apabila orang Islam mendapat isyarat atau keizinan daripada Allah s.w.t menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna bahawa konsep peperangan dalam Islam ada kaitannya dengan pemerintahan atau suruhan dari Allah s.w.t. Dia(Allah) lebih mengetahui penderitaan yang dialami oleh orang Islam. Oleh sebab itu, Allah memerintahkan berjihad iaitu berperang kerana mempertahankan diri, negara dan agama.

4.0

Larangan-larangan dalam Peperangan

Apabila peperangan hendak dilancarkan, ia tidak boleh sama sekali dilakukan tanpa memberitahu terlebih dahulu pihak lawan. Sebelum pengisytiharan perang dibuat, pihak Islam mestilah mengemukakan kepada musuh tiga perkara utama supaya dibuat plihan. (Dato Dr. Haron Din 2007 : 81-82)

1. Mereka perlu menerima Islam sebagai agama mereka. 2. Membayar cukai supaya dikendalikan kemaslahatan(kepentingan) mereka.
3. Peperangan

Sepanjang sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memerangi musuhmusuhnya tanpa mengemukakan ketiga-tiga perkara itu terlebih dahulu supaya mereka membuat pilihan. Sekiranya pelawaan kepada agama Allah ditolak, mereka masih boleh menerima yang kedua iaitu membayar cukai. Cukai yang dibayar adalah bagi kepentingan negara dan kemaslahatan umat manusia di tempat itu. Sekiranya kedua-dua itu ditolak juga, maka pilihan ketiga itu terpaksa diterima iaitu berperang. Demikian menurut hadis Nabi Muhammad s.a.w seperti yang direkodkan oleh Muslim: Apabila kamu berhadapan dengan musuhmu daripada orang-orang musyrikin, serulah mereka kepada salah satu daripada tiga perkara. Sekiranya salah satu daripada perkara19

perkara itu mereka terima, selesailah dan layani mereka dengan baik sama ada Islam, cukai ataupun peperangan.

5.0

Prinsip Perang

Baginda telah menetapkan prinsip perang berdasarkan bela diri seperti berikut: 1. Melindungi nyawa tawanan perang yang sudah menyerah diri. Malah sirah mencatatkan bahawa tawanan perang itu diberikan pilihan untuk terus di penjara atau melakukan amal kebajikan seperti mengajar membaca dan menulis. 2. Tidak menjejaskan orang awam dan harta benda, malah persekitaran. Ini berdasarkan pada hadis-hadis tersebut: Jadi, janganlah kamu membunuh anak-anak kecil, hamba yang digaji dan perempuan9

Jangan membunuh wanita, kanak-kanak kecil dan mereka yang telah berumur. Janganlah kamu membakar tumbuh-tumbuhan kurma, mencabut tumbuh-tumbuhan serta memusnahkan rumah-rumah.10

Punyai belas kasihan kepada mereka yang di dunia ini dan Dia(Allah) yang di Syurga akan belas kasihan kepadamu.11

Allah tidak akan memberikan belas kasihanNya kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap sekalian manusia.12

Riwayat Tirmizi dan Abu Daud Riwayat Tirmizi dan Abu Daud 11 Riwayat Tirmizi dan Abu Daud 12 Riwayat Bukhari dan Muslim
10

20

Tegasnya aspek qital bukanlah aspek utama dalam pengembangan Islam. Ia terpaksa dilakukan jika tiada pilihan lain iaitu antara hidup dengan mati. Namun salah faham berlaku, terutamanya yang sering diperbesarkan oleh sejarawan asing bahawa kononya Islam mula berkembang melalui mata pedang dengan slogan Pedang: Jihad Islam. Kata-kata ini telah dilontarkan oleh Macdonalds D.B,(1863-1943) seorang orientalis barat yang juga menyifatkan penyebaran Islam melalui mata pedang menjadi kefardhuan bagi seluruh umat Islam.(Mohamed Amara 1997: 144-145) Malangnya dalam zaman mutakhir, kegiatan pembangkit Islam telah menggunakan pengganasan sebagai kaedah atau strategi mereka. Jadi, dakwaan para sejarawan asing itu menjadi mudah diterima oleh majoriti umat manusia yang bukan Islam.

Mufti Syeikh

Atiyyah Saqr, Mantan Ketua Lembaga Fatwa al-Azhar ada

menerangkan di dalam fatwanya yang bertajuk, Jihad di dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan? telah membahagikan peperangan itu kepada tiga kategori utama, iaitu:1. Jihad pertahanan, diisytiharkan hanya jika musuh-musuh Islam menyerang agama, maruah, harta benda dan wilayahnya 2. Perang kebebasan, dilaksanakan kepsda mereka yang ditindas seperti hamba. Peperangan seperti ini biasa berlaku pada awal perkembangan Islam.
3. Perang pencegahan, diisytiharkan jika umat Islam mendapati pengkhianatan terhadap

perjanjian damai bersama musuh, ataupun apabila musuh-musuh mempunyai rancangan untuk menyerang umat Islam.13

Allah s.w.t telah berfirman:


13

Terjemahan petikan fatwa Jihad di dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan? dari Fatwa Bank. http://www.islam-online.net/fatwa.

21


Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah
22

mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim. (Mencabuli) bulan Yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan Yang dihormati; dan tiap-tiap perkara Yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya Yang seimbang. oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.14

6.0

Perang-perang dalam Islam

Terdapat beberapa peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Peperangan tersebut disebabkan usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Umat Islam terpaksa berjuang untuk mempertahankan agama suci mereka.

6.1

Perang Badar

Perang ini melibatkan 313 orang pasukan Muslim dengan 1000 orang kaum kafir Quraisy. Kaum Quraisy dipimpin oleh Abu Jahal dan pasukan Muslim dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.

14

Q.S. al-Baqarah: 190-194

23

Kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Sebanyak 70 orang pasukan kaum Quraisy ditawan dan 70 yang lainnya terbunuh. Sebaliknya di pihak kaum Muslimin, 14 orang syahid dalam pertempuran ini. Di antara kaum Quraisy yang terbunuh adalah Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khaif.

Tawanan perang yang lain diperintahkan supaya menebus diri mereka dengan membayar 4000 dirham per orang. Bagi tawanan yang ingin bebas tetapi tidak mempunyai harta, wajib mengajar sepuluh orang anak Muslim. Mereka mengajar anak-anak ini membaca dan juga menulis.

6.2

Perang Uhud

Pada pertengahan bulan Syac ban atau Syawal tahun 3 Hijriah, terjadi perang antara umat Islam dengan Kaum Quraisy Mekah. Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana lokasinya yang terjadi di kaki Bukit Uhud. Bukit Uhud terletak lebih kurang empat kilometer di Timur Laut Kota Madinah.

Faktor utama tercetusnya Perang Uhud adalah kerana dendam orang-orang Quraisy atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Bagi menebus kembali kekalahan, mereka menggabungkan kekuatan untuk memerangi umat Islam.

Tentera Islam pada awalnya berjumlah 1000 orang, tetapi kemudiannya sebanyak 300 orang anggota pasukan mundur dan menarik diri dari peperangan. Mereka adalah orang-orang munafik. Golongan ini dipimpin oleh Abdullah bin Ubay. Abdullah bin Ubay memerintahkan pengikutnya supaya mundur kembali ke Madinah. Namun tentera Islam tetap bersemangat ke medan perang walaupun dengan jumlah tentera yang sedikit.

24

Kawasan Bukit Uhud yang bergunung-gunung melengkapi dan memudahkan penyusunan strategi perang yang dilakukan. Nabi Muhammad s.a.w telah menempatkan 50 orang pemanah yang handal di lereng-lereng gunung sebagai penyerang utama. Mereka telah diperintahkan supaya tidak meninggalkan posisi mereka.

Dengan posisi strategik ini, tentera Islam dapat menyerang pasukan Quraisy dengan mudah. Tentera musuh telah melarikan dir dan meninggalkan banyak harta dan senjata. Ini menyebabkan tentera Islam terleka dan pasukan pemanah telah meninggalkan posisi mereka kerana mengira perang telah berakhir. Khalid al-Walid adalah panglima pasukan berkuda Quraisy. Dia telah mengambil kesempatan dalam kelekaan tentera Islam itu. Dia menyusun strategi lalu menyerang pasukan pemanah Islam. Tentera Quraisy kembali semula dan menyerang pasukan Islam dari belakang. Kemenangan yang pada mulanya berpihak kepada tentera Islam kini beralih ke tangan tentera Quraisy.

Kekalahan ini mengakibatkan 70 orang tentera Islam telah gugur. Antaranya bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib. Beliau telah dibunuh oleh Wahsy. Selain itu antara tentera Islam yang gugur di dalam peperangan ini ialah Sac ad bin Rabi, Amru bin Thabit, Musc ab bin Umair, Amru bin al-Jamuh dan Hanzalah bin Abu Amir. (Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim, Jilid 1 2007: 62-64)

25

Kesimpulan

Allah s.w.t menegaskan bahawa seorang mukmin tidak seharusnya berputus asa dalam berdakwah(dengan al-Quran) kepada orang kafir sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 52:


Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.

Malah dalam berdepan dengan penceroboh atau pengganas, Islam menyeru jalan damai. Tetapi jika jalan damai tidak dapat diperolehi, maka tiada pilihan lain selain tindakan ketenteraan yang bertujuan membela diri.
26

Dalam hadis Bukhari, Sayidatina

Aisyah r.a meriwayatkan jika ada dua pilihan

terbentang kepada Rasulullah s.a.w, Baginda akan meninggalkan pilihan yang sukar.

Menurut Muhammad Hassanein Heikal dalam Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w, Baginda sentiasa memilih jalan lembut dan aman demi merubah keadaan masyarakatnya. Malah ketinggian pekerti Baginda turut dinyatakan oleh musuhnya sendiri seperti Abu Sufyan sebelum beliau memeluk agama Islam. Keseluruhan hidup Baginda memaparkan cara-cara pragmatik dalam menghadapi apa jua keadaan iaitu: Hindari sengketa dan bina keharmonian Utamakan rundingan dan hindari keganasan Menadpatkan kesepakatan dan jalin hubungan baik dan Sebarkan rasa persaudaraan sesama Islam dan sesame manusia.

Sewaktu Rasulullah s.a.w memasuki Mekah, terdapat lebih 360 lebih berhala di sekitar Kaabah. Turunnya wahyu menyuruh Rasulullah s.a.w mensucikan Kaabah. Namun dalam suasana yang masih berkecamuk, Rasulullah tidak terus menghapuskan berhala, tetapi menyampaikan seruan tauhid. Kehadiran Rasulullah s.a.w pada ketika itu bersama 10,000 perajurit Islam. Namun Baginda tidak menggunakan kuasa ketenteraan untuk membalas dendam.

Konsep perjuangan damai Rasulullah s.a.w telah menjadi ikutan umat manusia di serata dunia seperti dalam perjuangan Mahatma Karamchand Gandhi untuk memerdekan India daripada penjajahan dan gerakan menegakkan hak asasi kulit hitam Amerika oleh Dr Martin Luther King Jr.

27

Umat Islam wajib meneruskan cara damai Rasulullah s.a.w dalam berjihad seperti mewujudkan badan bantuan hak asasi antarabangsa untuk membela insan yang ditindas dan teraniaya. Cara ini juga sebagai dakwah yang membuktikan salam damai Islam dan setiap adanya Islam, pasti keadilan dan pembelaan terpelihara.

28

RUJUKAN Al-Quran al-Karim Lisanul Arab, juz 3, hal: 135 Al-Munjid fi lughah: 607 Mucjam Lughatul Fuqaha, Syamilah: 375 Hadis Riwayat Ahmad, Maktabah Syamilah: 16413 Dr.Haron Din, 2007, Islam: Jihad Sebagai Survival Insan, PTS, Malaysia. Melvi Yandra, 2007, Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim Jil.1, E-Media Publication Sdn.Bhd, Indonesia Rohimin, 2006, Jihad: Makna dan hikmah, Penerbit Erlangga, Indonesia Yusuf Qardhawi, 2009, Fiqih Jihad: Sebeuah Karya Monumental Terlengkap Tentang Jihad Menurut al-Quran dan Sunnah, Maktabah Wahbah, Mesir http://ms.wikipedia.org/wiki/Qital
http://an-nuur.org/2011/04/perbedaan-antara-jihad-dan-qital/ :28/11/2011: 5.04PM http://nasimfauzi.blogspot.com/2008/12/gagasan-definisi-jihad.html ,28/11/2011: 5.07PM

29

Anda mungkin juga menyukai