Anda di halaman 1dari 10

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA

BANGSA

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN
TURKI UTHMANIYAH DALAM
PERANG DUNIA PERTAMA
1914-1918
Pendahuluan

1. Perang Dunia I tercetus pada than 1914 melibatkan dua buah kuasa
besar yang dikenali sebagai Kuasa Bersekutu dan Kuasa Pusat
2. Kuasa Bersekutu – British, Perancis dan Rusia
3. Kuasa Pusat – Jerman dan Austria-Hungary
4. Faktor serta merta- Pembunuhan Pewaris taktha Austria Franz
Ferdinand dan isterinya pada 28 Jun 1914
5. Penglibatan Kerajaan Uthmaniyah dalam perang ini telah
menyebabkan perubahan yang besar dalam dunia Islam
Permusuhan Tradisi Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia

Bermusuhan sejak zaman Maharaja Ivan III hingga Tsar Nicholas I

Peperangan kerap kali dimenangi oleh Rusia yang membawa kepada beberapa
siri perjanjian yang merugikan pihak Turki, cthnya Perjanjian Radsin,
Perjanjian Karlowitz, perjanjian Jassy

Turki kehilangan wilayah seperti Ukraine, Hungary, Kota Crimea dan


pembebasan wilayah seperti Romania, Serbia dan Montenegro. Perjanjian
Berlin 1878 menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan 1/3 wilayahnya dan 20
% rakyatnya terutama di Benua Eropah

Penyertaan Turki dalam Perang Dunia I diharapkan dapat menyelamatkan


wilayah-wilayah daripada terus dikuasai oleh kuasa barat terutama oleh Rusia
Persahabatan antara Turki dan Jerman

1. Hubungan Turki Uthmaniyah dengan Jerman semakin erat seiring dengan


pengurangan pengaruh British dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Hubungan ini
semakin erat semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909). Kaiser
Wilhelm II beberapa kali melawat Istanbul dan mengisytiharkan persahabatan
dengan Sultan Abdul Hamid II dan 300 juta umat Islam sedunia
2. Jerman tidak dianggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa imperialis seperti
Britain, Perancis dan Rusia kerana Jerman tidak pernah menjajah negara umat
Islam.
3. Ever Pasha menjadi wakil di Berlin menjadi Menteri Perang dan meminta
bantuan Jerman untuk melaksanakan Reformasi ketenteraan
4. Melalui kerjasama dengan Jerman dan Austria Turki Uthmaniyah yakin akan
memperoleh wilayah-wilayah sedia ada dan membina kembali empayar
Keinginan Turki untuk menguasai kembali wilayahnya

1908-krisis politik kerajaan Turki


Turki Uthmaniyah mulai Uthmaniyah akibat rampasan kuasa oleh
lemah dan kehilangan pemimpin Turki Muda dan situasi ini
wilayahnya di tangan memberi peluang Austria, Serbia dan Rusia
kuasa barat selepas zaman menguasai wilayah Balkan
pemerintahan Sultan
Sulaiman al-Qanuni.
Antaranya Algeria, Libya Turki Muda mengheret Turki Uthmaniyah dalam
dan negara2 Balkan mulai Perang Dunia I dengan harapan dapat menguasai
memperoleh kemerdekaan semula wilayahnya yang merdeka dan yang telah
dikuasai oleh kuasa lain. Sanggup mengambil
risiko dengan menyebelahi Jerman dalam Perang
Dunia I
Kemunculan Uthmani Muda dan Turki Muda

Uthmani Muda :
Golongan intelektual Turki Muda :
berpendidikan barat. Golongan radikal yang yang
Terpengaruh dengan menentang Sultan Abdul Hamid
gerakan di Eropah seperti II. Berpendidikan barat dalam
Young Spain, Young Italy. bidang perubatan. Antara tokoh
Antara tokoh utama utama ialah Mahmed Murad,
Namik Kamal, Ali Suavi, Ahmad Riza, Sarafuddin
Nuri Bay dan Mustafa Magmuni dan Karim Sebati
Fazil
Apakah peranan pertubuhan ini?

1. Pada awal abad ke 20 kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami


perubahan besar dalam sistem pemerintahan apabila berlaku
Revolusi Turki Muda 1908. Memberi peluang kepada golongan
Uthmani Muda dan Turki Muda mengkritik dasar dan polisi
kerajaan yang dilihat mengabaikan hak rakyat.
2. Turki Muda bertindak mengadakan rampasan kuasa dari Sultan
Abdul Hamid II dan berjaya menguasai pemerintahan.
3. Negara2 barat mengambil kesempatan dari krisis politik ini untuk
menguasai wilayah Turki Uthmaniyah
4. Turki Muda bertanggungjawab melibatkan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia I
Perkembangan Gagasan Pan-Turkisme

1. Tujuan gagasan ini perpaduan budaya dan penyatuan seluruh warga Turki
termasuk Asia Tengah. Muncul dalam kalangan intelektual di Turki Uthmniyah
dalam tahun 1880 an.
2. Gagasan ini bergema ketika kerajaan Turki Uthmaniyah kalah dalam perang
Balkan pertama 1912-1913
3. Gagasan ini penting untuk membebaskan bangsa Turki di wilayah Caucasus dari
penguasaan Rusia
4. Pan-Turkisme digunakan untuk mengimbangi ideologi Pan-Slavia yang
digerakkan oleh Rusia untuk mempengaruhi penduduk Kristian Balkan
khususnya Serbia untuk menuntut kemerdekaan dari Turki Uthmaniyah.
5. Pan-Turkisme mendapat sambutan menjelang Perang Dunia I dan menaikkan
semangat pihak Turki Uthmaniyah untuk menghadapi pihak lawan
Kesimpulan
- Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I 1914-1918 membawa
kepada kekalahan kerajaan Islam tersebut. Golongan Turki Muda
memainkan peranan penting dalam penglibatan Turki Uthmaniyah dalam
Perang Dunia I.
- Perjanjian Versailles yang ditandatangani membawa kepada pendudukan
Istanbul oleh Pakatan Eropah yang memberi kesan kepada kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyah
- Kekalahan ini telah mempercepatkan proses pembinaan negara bangsa
Turki
Latihan Esei

1. Sejauhmanakah peranan Turki Muda membawa kepada penglibatan Turki


Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918

2. Penglibatan Turki Uthmaniyah memberi impak yang besar dari aspek politik,
ekonomi dan sosial. Bincangkan

Anda mungkin juga menyukai