Anda di halaman 1dari 4

PERLUASAN KUASA BARAT DALAM

EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH


Sejak akhir abad ke 15 kuasa Eropah melencarkan gerakan perluasan kuasa besar-besaran
melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik & penempatan rakyat mereka di kawasan
baru & sehingga akhir abad
ke - 20, sebahagian besar dunia berada dibawah kekuasaan Barat - Portugis, sepanyol,
Britian, Belanda dan Peranchis.

Empayar Turki Uthmaniyah


Faktor-faktor perluasan kuasa Barat di Empayar Turki Uthmaniyah:
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk memusnahkan
kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.

Kuasa Barat seperti Britian, Peranchis, Russia, Jerman dan Austria- Hungary
bersaing antara satu sama lain untuk menguasai Empayar Turki Uthmaniyah - 1830,
Peranchis menguasai Algeria, Russia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya
menewaskan Turki - dan wilayah Romania, Serbia dan Montegnegro memerdekakan
dirinya dari Turki - Bosnia Herzegovina dikuasai oleh Austria Hungary.
Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang
Turki Uthmaniyah.
selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan,
Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
Britian juga menguasai Cyprus, Mesir, teluk Arab dan membuat perjanjian dengan
Sheikh Mubaraq al Sabah pada 1899 dan membuat perjanjian di Hadramawt, bahrain
dan Muscat.

1900 - Britaian mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah di Teluk Arab


menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya menentang kerajaan Turki
Uthmaniyah.

2. Revolusi perindustrian
Menjelang abad ke 18, kuasa Barat memerlukan bahan mentah - Britian memerlukan
arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap,
kapal laut berkuasa wap.
Pemodal-pemodal eropah telah menanam modal di wilayah2 Turki Uthmaniyah
termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot
buruh dsb.
3. Bahan mentah
Kuasa Barat memerlukan bahan mentah - 1795, British memerlukan bekalan makanan
seperti gandum untuk ke Peranchis.
Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq.
Pada awal abad ke - 20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi,
Kuwait dan Bahrain merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini.
4. Pembinaan Terusan Suez
Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan
Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan
dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan.
British berminat menguasai saham terusan Suez dan benjamin disraeli mengambil
tindakan membeli saham kompeni Terusan Suez.
5. Agama
Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki
Uthmaniyah.
Barat menyemai idea bahawa Islam agama mundur, anti kemajuan dan tidak berperi
kemanusiaan.
6. Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat
Kuasa Barat menyebarkan hilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat
peribumi. - British di Mesir.
Peranchis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dikalangan
golongan elit di mesir.
barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif,
seperti tanggagapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk.
sesiapa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

Bendera Turkey

Pertempuran Ottoman
7. Kesan Perjanjian Berlin

Perjanjian Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turku


Uthmaniyah.Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia
Herzegovina dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian
Berlin, Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara
sementara. Namun selepas 30 tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik
kekal kerajaannya.
Dalam perjanjian Berlin (1878) Turki Utmaniyah mendapat sokongan Britian dalam
menentang Rusia. Sokongan Britian bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah
terpaksa menyewakan Cyprus kepada Britian. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah
oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah
manakala dari kuasa pemerintahan Britian menguasainya

8.Konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia

Peperangan yang berlaku pada 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano
pada tahun 1878M. Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus
membawa kepada kemerdekaan Sebia dan Montenegro. Rusia pula Berjaya memiliki
Caucausus

Anda mungkin juga menyukai