Anda di halaman 1dari 5

Tun H.

S Lee

Biodata

 Merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari


Gaozhou, Guangdong.
 Bapanya Lee Kwai-lim dan ibunya Kam Kwok-chun

 Dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900

 Belajar di Cambridge, Britain. Beliau mengenali bakal King


George VI di situ

 Pada 1924, beliau berpindah ke Malaya bagi membantu


perniagaan bapanya terutamanya perlombongan

 Terlibat dalam politik Kuomintang dan aktiviti anti-Jepun.

 Pernah melarikan diri ke India bersama keluarganya kerana


pihak Jepun ingin membunuhnya semasa Perang Dunia Kedua

 Dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Cina yang


kemudian ditempatkan di Burma.

 Dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Britian di India


semasa zaman peperangan
Sumbangan

 Membentuk satu pakatan pilihan raya dengan Umno pada


1952, yang kemudiannya menjadi Parti Perikatan
 Terlibat dalam perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan
di London pada 1956

 Merupakan satu-satunya penandatanganan Cina untuk


perjanjian kemerdekaan Malaya

 Dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dari 1953 hingga 1956

 Dilantik sebagai Menteri Kewangan pertama untuk


Persekutuan Malaya pada 1957

 Berperanan menubuhkan Malayan (kemudian Malaysian)


Chinese Association pada 1949, dengan bantuan kumpulan
perniagaan Cina dan ahli pendidikan

Pendapat Saya

Tun H. S. Lee merupakan salah satu tokoh perjuangan


kemerdekaan negara kita. Beliau seorang yang bertanggungjawab,
pandai menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan. Kesungguhan
dan ketekadannya yang memulakan kerjasama antara berbilang
kaum di Tanah Melayu telah mencetuskan idea penubuhan Parti
Perikatan sehingga membentuknya negara Malaysia pada hari ini.
Tun V.T Sambanthan

Biodata

 Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak


pada 16 Jun 1919
 Bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.

 Memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti


Annamalai di India Utara.

 Sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti


sejak kecil lagi
 Dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya
(MIC) ketika berusia 36 tahun.

 Meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung

Sumbangan

 Membawa MIC masuk Parti Perikatan untuk bertanding dalam


pilihan raya umum yang pertama
 Bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak.

 Merupakan salah seorang dari yang menandatangani


Perjanjian Kemerdekaan

 Pernah dilantik menjadi Menteri Kesihatan, Menteri Tenaga,


Telekom dan Pos serta Menteri Perpaduan Negara

 Menabur jasa terutamanya usaha yang berkaitan dengan


perpaduan rakyat yang berbilang kaum

 Berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan


masyarakat pribumi

Pendapat Saya
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang tokoh berbangsa India
yang telah menyokong dan berusaha dalam memupuk sikap
kerjasama sebagai tonggak kemerdekaan negara. Dengan usaha
beliau, masyarakat India telah menunjukkan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada negara Malaysia yang berbilang bangsa selama
ini. Terbuktilah bahawa perjuangan Tun V.T. Sambanthan adalah
dihargai dan diingati selalu. Jasanya tidak dapat dinafikan yang
menjayakan kemerdekaan negara kita sehingga hari ini.

Anda mungkin juga menyukai