Anda di halaman 1dari 1

31/7/2018

Refleksi Hari Pertama

Salam sejahtera. Hari ini saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.10 pagi. Saya juga telah
mendaftarkan kehadiran dalam buku kehadiran guru praktikum di pejabat sekolah.

Selepas itu, saya juga telah berjumpa dan membincang dengan guru penolong kanan 1
tentang sesi sekolah. Kerana kami sebelas guru pelatih pergi ke sekolah yang sama. Oleh itu,
semua guru pelatih tidak dapat pergi ke sesi yang sama. Hal ini kami mengambil masa yang
lama bagi menguruskan sesi. Kemudian, saya juga telah pergi ke kelas 4 Sahana selama 30
minit sebagai guru ganti. Saya mengajar subjek Pendidikan Seni Visual kepada murid-murid.

Seterusnya, saya pergi ke pejabat sekolah untuk mengutip maklumat sekolah seperti
visi dan misi sekolah, bilangan guru, takwim tahunan dan lain-lain. Akhirnya, saya pergi ke
pejabat sekolah dan menandatangani di buku kehadiran dan keluar dari sekolah pada pukul
1.45 petang.

Anda mungkin juga menyukai