Anda di halaman 1dari 2

Tatabahasa

Kata Terbitan
Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

1. persiaran : Bas persiaran itu terhumban ke dalam


gaung akibat cuaca buruk di kawasan pergunungan itu.
penyiaran : Stesen penyiaran diseru agar menapis
bahan-bahan siaran terlebih dahulu sebelum
ditayangkannya.

2. beradu : Ayam dan itik peliharaan Pak Jamil sedang


beradu.
Mengadu : David mengadu kepada ibunya bahawa
kepalanya sakit.
3. mendengar : Cinian suka mendengar lagu pada waktu
lapang.
Memperdengarkan : Siti sering diundang untuk
memperdengarkan suaranya yang merdu dalam majlis
keramaian.

4. pertemuan : Pertemuan antara kedua-dua orang


anak-beranak dalam rancangan televisyen’Jejak Kasih’
itu mengharukan sesiapa sahaja yang menontonnya.
Penemuan : Penjenayah itu akhirnya diheret ke
mahkamah setelah hasil penemuan sepucuk pistol di
dalam rumahnya.

5. petempatan : Kawasan petempatan orang asli telah


dimajukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
taraf hidup mereka.
Penempatan: Kawasan penempatan mangsa banjir
itu kan dipantau pada setiap masa oleh pihak yang
bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai