Anda di halaman 1dari 2

Golongan gelandangan yang membanjiri Bandar bandar utama di negara ini semakin

meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan
Masalah kemiskinan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat yang tinggal jauh di
pedalaman, tetapi juga yang tinggal di bandar-bandar utama tanpa kecukupan
untuk menyara diri sendiri.
Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama berpunca
daripada faktor kemiskinan. Hal ini berlaku demikian kerana kebanyakan
golongan gelandangan terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuk
memenuhi keperluan asas seperti makanan dan tempat perlindungan setiap bulan.
Mereka memilih tempat perlindungan yang kotor dan sesak demi menjimat kos.
Natijkahnya, mereka mudah terjebak dengan masalah sosial dan penyakit.
Keadaan ini akan memburukkan masalah golongan gelandangan di bandar.
Selain itu, punca yang dihadapi oleh golongan gelandangan ialah mereka
ialah golongan kurang upaya, golongan warga emas atau golongan B40. Mereka
menghadapi masalah kewangan dan tidak berupaya untuk menyara diri dan
keluarga. Taraf pendidikan yang rendah menyukarkan mereka mendapat
pandapatan yang tinggi kerana tanpa memiliki kelulusan yang baik. Bandar-
bandar utama mempunyai banyak persaingan antara individu, jika tanpa taraf
pendidikan dan latar belakang jaringan yang baik sukar mendapat pendapatan
yang dapat menaggung kos kehidupan. Oleh itu, golongan gelandangan perlu
diambil berat oleh masyarakat untuk mengurangkan bilangan golongan
gelandangan.
Antara langkah yand dapat menangani peningkatan golongan gelandangan
ialah kerajaan melaksanakan program pembangunan ekonomi. Usaha ini
bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Usaha ini melibatkan
penyertaan golongan gelandangan dalam pelbagai program pembangunan
ekonomi yang dianjurkan oleh kerajaan. Mereka juga dibantu oleh kerajaan dari
segi pemilikan rumah, latihan kemahiran dan bantuan sara diri. Oleh itu,
kehidupan golongan gelandangan akan lebih terjamin.
Selain itu, pihak berkuasa boloh memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor. Dengan ini, mereka dapat dibantu mendapat pekerjaan yang
sesuai dan membina kehidupan yang lebih baik. Mereka juga dapat
menyelesaikan masalah kemiskinan dan mengurangkan kemunculan golongan
gelandangan. Golangan gelandangan perlu diberikan latihan dan lemahiran serta
menggalakan penyertaan mereka dalam pelbagai program. Usaha ini dapat
membantu golongan gelandangan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup.
Di samping itu, peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu
ditingkatkan. NGO boleh bersama-sama pihak kerajaan membantu
mengurangkan kadar kemiskinan bandar. Sebagai contoh, NGO menyediakan
peluang pekerjaan atau perniagaan kepada masyarakat. Golongan gelandangan
juga diberi bantuan dalam segi kawasan perumahan dan bantuan makanan. Oleh
itu, golongan gelandangan boleh dikurangkan dengan memberi pelbagai usaha.
Kesimpulannya, usaha-usaha dapat mengurangkan gologan gelandangan di
bandar-bandar utama dengan meningkatkan tarah hidup mereka. Oleh itu,
pelabagai pihak perlu memanfaatkan program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai