Anda di halaman 1dari 1

3.

4 Faktor Guna Tanah Utama sebagai Kawasan Perindsutrian di Seksyen 51A’Old Town’,
Petaling Jaya

1. Tanah pamah yang rata dan luas - Kawasan seksyen 51A yang bertanah pamah
memudahkan pembinaan kilang. Jalan raya juga dapat dibina lurus dan lebar

. 2. Lokasi yang strategik - Kedudukan Petaling Jaya Seksyen 51A ini strategik di antara Kuala
Lumpur dan Pelabuhan Klang. Barangan siap dapat diedarkan dengan cepat ke pasaran di
Kuala Lumpur manakala barangan eksport juga dapat dihantar ke Pelabuhan dengan segera.

3. Sistem jaringan jalan raya - Kawasan ini dilengkapi dengan jalan raya lurus, lebar dan rata.
Jaringan jalan raya juga sistematik. Kawasan Perindustrian Seksyen 51A juga terletak di
sebelah Lebuh Raya Persekutuan. Ini memudahkan pengangkutan bahan mentah ke kilang
dan barangan siap ke pasaran di tempat lain.

4. Kemudahan Infrastruktur - Bekalan air, sistem telekomunikasi baik, elektrik dan sistem
perparitan sempurna yang sedia ada turut membantu perkembangan Kawasan Seksyen 51A
ini.

5. Populasi penduduk - Dengan populasi penduduk Petaling Jaya melebihi 600,000 orang
tidak hairanlah kawasan perindustrian Seksyn 51A dapat berkembang maju dengan singkat.
Kepadatan penduduk sekitar dapat membekalkan tenaga buruh yang mahir dan separa-
mahir yang mencukupi

6. Pelaburan - Kawasan perindustrian Seksyen 51A ini mengakumi pertumbuhan yang pesat
juga disebabkan oleh pelaburan dari dalam dan luar negaraa. Antara pelabur asing
termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea.

Anda mungkin juga menyukai